Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

03 June 2011

Penyakit Nanti Begitu Baru Begini

nanti la..da banyak idea, baru update blog. ( just kidding!)



" nanti aku masuk universiti, baru aku belajar sungguh-sungguh .. "

" nanti, bila dah kahwin, baru aku start jadi matang.."

" nanti dah pindah rumah baru, luas, baru aku rajin masak dan mengemas.."

Nanti begitu, baru aku begini. Kang bila dah begitu, baru aku akan begini.


Selalu dengar?

Manusia memang macam tu. Suka menggantung kerja dia dengan suatu perkara yang belum berlaku. Kalau dinamakan penyakit suka bertangguh dan beralasan pun, betul juga. Mengharap berlaku suatu keajaiban dan menyangka2 bahawa keajaiban itu akan mengubah dirinya suatu ketika nanti.

Bila? Bila dah masuk U, bila dah besar, bila dah jadi suami orang, bapak orang, mak orang. Sekarang? Belum lagi. Maka hidup diteruskan seperti biasa.

Target ada, tetapi tiada usaha. Kesedaran ada, tetapi sambil lewa.

Akhirnya, pejam celik dah masuk U. Ah, nantilah..baru tahun satu. Dah jadi senior nanti baru rajin belajar, baru jadi contoh kat adik-adik. Pejam celik dah tahun 3. Janji-janji masa tahun satu dulu entah ke mana. Dia masih seperti itu, dengan rutin harian yang tak pernah berubah. Ah..nantilah. Sampailah ke hari graduasi.

Kalau berubah pun, hanya seinci dua.

Ah..nanti dah kahwin, aku akan jadi matang, tak ada lagi perangai kebudak-budakan, buang masa lepak dengan kengkawan. Lagipun masa tu dah ada isteri, dia mesti memahami aku, jadi pendorong aku bla bla bla. Pejam celik dah 3 bulan berkahwin. Dia masih sama, tidak berubah apa pun. Malas tetap malas, sambil lewa tetap sambil lewa, main-main tetap serupa. Ah, baru 3 bulan. Orang berumahtangga ambil masa juga untuk jadi matang. Lama kelamaan mesti aku jadi macam tu punya, macam abang itu dan abang ini yang aku respect.

Masa berlalu. Genap setahun. Ah..nanti kalau Allah bagi rezeki aku dapat anak, time tu aku akan betul-betul berubah! Aku akan begitu, aku akan begini. Mesti punya! Pejam celik, anak sudah berusia dua tahun.

Dan dia masih begitu. Tetap dirinya yang sama. Kalau berubah pun, cuma seinci dua.


PUNCA

Hakikatnya, apa yang kita pandang sejauh mata memandang tu, ia bermula dari di mana tempat kita sedang berdiri. Cuba berdiri tegak dan pandang ke bawah, lihat bumi yang sedang kita pijak. Ya, itulah garis permulaan. Bererti, segalanya sudah bermula.

Tidak ada nanti itu, baru begitu, nanti ini, baru begini. No!

Semua itu hanya mainan syaitan untuk melengah-lengahkan kita dari 'bertindak', sebaliknya terus leka dibuai 'impian'.

Perempuan contohnya ; ah, nanti aku dah kawin, aku belajar la masak. aku takkan bagi suami aku makan kat luar, lagipun air tangan aku akan buat dia makin sayang kat aku. alah, belajar masak bukan susah pun. Nanti lah.

Tengoklah nanti, sedar tak sedar, dia dah berkahwin. Belajar masak entah ke mana. Awal-awal kahwin cuba juga berjinak-berjinak masuk ke dapur, nak tunjuk kat suami yang dia memang rajin buat kerja dapur. Sebulan dua boleh lagi. Masuk tiga bulan, empat bulan, lima bulan. Restoran Mamak lah jawabnya. Saya malas lah bang nak masak. Saya penat lah hari ni. Saya tak tau dah nak masak apa. Beli kat luar jela bang. Bla bla bla.

Lelaki pun sama , contohnya : ah, nanti dah kawin aku tak selekeh macam sekarang ni. orang bujang memang macam ni. malas basuh baju, malas kemas rumah. Jahit baju pun tak pandai. Tapi nanti dah kahwin, aku akan jadi pembersih, smart sentiasa. Badan pun mesti sentiasa wangi, malu kat isteri nanti. Lagipun aku kena lah tunjukkan contoh macam Rasulullah s.a.w, rajin tolong isteri buat kerja rumah, kemas rumah, masak. Nanti lah.

Tengoklah nanti, bila dah berkahwin dalam tempoh yang sedikit panjang, lakonan pun dah penat, tak mampu lagi berlagak bukan diri yang sebenar, dia akan kembali kepada dirinya yang lama. Malas tetap malas, bersepah tetap bersepah, busuk tetap busuk, selekeh tetap selekeh. Alah, dengan bini je pun. Malas lah nak kemas-kemas, duk kat rumah je pun. Ah, selekeh pun bukan ada orang nampak. Ah, kemas tu keje dia..bukan keje aku. Penat lah. bla bla bla.


Puncanya : SIKAP.

Orang yang ada kesedaran tentang mengapa perlu kemas, smart dan tidak selekeh, dan mengaplikasikan perkara tersebut dalam dirinya di alam bujang lagi, maka ia akan teraplikasi secara automatik di alam perkahwinan. Tak ada apa yang perlu dibuat-buat kerana itu memang dirinya yang sebenar.

Dia tidak pernah bertangguh-tangguh, nanti ada itu, baru begini. Contoh ; orang yang malas basuh baju akan cakap ; nanti lah, dah beli mesin basuh bulan depan, aku rajin la basuh baju. Bulan depan, ada mesin basuh, lain pula bunyinya. Nantilah, dah ada isteri nanti dia lah tolong basuhkan. Pulak dah!

Tetapi orang yang memang sedar bahawa malas itu negatif untuk masa depan, dan hari ini dia terus lakukan perubahan, tanpa menunggu itu dan ini, maka insyaAllah, masuklah ke alam mana sekalipun, dia akan tetap membawa dirinya yang positif.


MASA DEPAN

Saya percaya , ramai orang selalu berfikir tentang masa depan. Tidak kiralah dari segi pelajaran, rumahtangga, kerjaya, target yang hendak dicapai dan sebagainya. Berfikir dan merancang itu suatu perkara yang sangat positif. Setidak-tidaknya, kita tahu apa yang kita mahu buat dan ke mana kita mahu tuju serta apa visi misi yang hendak kita capai.

Cuma, jangan bertangguh-tangguh, jangan terpedaya dengan bisikan kononnya tunggu muncul 'batu loncatan', tunggu 'sampai masa' dah macam-macam lagi, kerana semua itu sebenarnya hanya gangguan yang bertujuan untuk melalaikan kita dari bertindak melakukan perubahan.

Kesimpulannya, mahu jadi pelajar cemerlang, hari ini kena start rajin baca buku, ulangkaji, study smart dan sebagainya. Mahu jadi suami yang soleh, isteri yang solehah, hari ini kena start ubah sikap, perangai, akhlak, dekatkan diri dengan Allah, tambahkan ilmu pengetahuan dan sebagainya. Mahu jadi ayah dan ibu yang disegani dan dihormati anak-anak, hari ini kena start istiqamah dengan amalan, baiki kelemahan, terapkan nilai positif dan sebagainya. Mahu cemerlang dalam kerjaya di masa hadapan, hari ini kena start bina personaliti, ubah sikap negatif, sifat malas, bertangguh dan sebagainya.

InsyaAllah, kita mampu melawan penyakit 'nanti begitu, baru begini'.


Sekian.

2 comments:

wrizuan[dot]net June 4, 2011 at 2:59 PM  

penyakit biasa dan sampai bila2 x kan berubah jika empunya diri sendiri yg ubahnya...

Ilham Fiq Ahmad June 5, 2011 at 8:23 AM  

wrizuan :

"sesungguhnya Allah sesekali tidak merubah nasib sesuatu kaun, sehinggalah mereka sendiri (berusaha) merubah nasih mereka sendiri.."

:)

Archive Blog