Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

09 May 2011

Pengumuman dan Terima Kasih







Pertama sekali saya nak ucap terima kasih banyak2 kepada yang masih klik blog saya untuk sebulan dua kebelakangan ni, walaupun nisbah kewujudan entri baru sangat2lah menyedihkan.

Ada beberapa faktor yang membantutkan penulisan saya.

Faktor paling utama ; masalah blogspot. Saya pernah menulis tentang beberapa problem yang menjadikan blogspot tidak boleh diakses. Sehingga kini, sebenarnya masalah tersebut masih berlanjutan. Ada ketika boleh diakses, ada ketika langsung tidak boleh diakses.

Dan sejujurnya, keadaan tersebut sangat2 mematikan mood saya untuk mengupdate blog.

Faktor kedua ; sekarang saya sedang berada dalam musim peperiksaan. Orang putih kata final exam, orang arab sebut imtihan nihaie.

Sebenarnya, saya agak kurang selesa mengaitkan soal exam dengan soal update blog. Memang ada perkaitan, tetapi sangat tak wajar dijadikan alasan. Kerana memang ada orang yang menghabiskan masa berjam2 lepak kedai makan, atau menghadap movie di musim exam untuk release tension. Begitu juga, ada orang yang menggunakan wasilah update blog untuk release tension.

Jadi, itu bukan bebanan.

Cuma, keadaan saya adalah keadaan yang bertimpa2. Sudahlah keadaan blog tidak stabil, ditambah pula dengan fokus exam, jadi soal update blog terpaksa di'k.i.v' untuk sementara waktu.

InsyaAllah, juga dalam perangkaan meningkatkan kualiti blog, supaya segala penulisan dapat dihidangkan dengan lebih baik kepada para pembaca. Apa yang penting, jiwa saya tetap utuh kepada penulisan blog.

Pada saya, blog ini sangat besar maknanya :)

Satu lagi..alang2, tolong doakan saya sekali untuk exam. Terima Kasih Daun Keladi ~

8 comments:

Latifah May 9, 2011 at 8:19 PM  

Assalamua'laikum...

maannajah bittaufiq fil niha'ie imtihan..

^_^

semoga segala urusan dipermudahkan-Nya. InsyaAllah.

Muhammad Iqbal May 9, 2011 at 8:35 PM  

hmm, ana rasa, kalau nak puaskan hati betul-betul, apa kata, enta tukar kepada sesuatu yang baharu, cuba guna hosting dan domain sendiri. Ana pun belum lakukan, tapi ana dapati ramai yang sangat berpuas hati dengan menggunakan domain dan hosting sendiri tu. Kalau ada duit lebih tu, senang la kan, tapi kalau duit setakat cukup-cukup makan tu, hmm, agak susah la jugak..Wallahua'lam (^_^)

yatie Awang May 9, 2011 at 8:45 PM  

semoga berjaya....

SeRiKaNDi_uMaR93 May 11, 2011 at 2:20 PM  

buat yang terbaik untuk exam...

doakan ana mampu sampai sana September ini kerana sudah bulat hati menolak uiam:)

semangat jordan~~~

Ilham Fiq Ahmad May 13, 2011 at 12:48 AM  

Latifah :

wslm. terima kasih atas doanya..:)

Muhammad Iqbal :

insyaAllah..dalam perancangan:)

yatie awang :

amin..ya rabbal 'alamin ..

srikandi umar :

insyaAllah..jadi datang ke? ok..ana doakan dan kami nantikan kedatangan nti..itu pun kalau datang ke mantiqah irbid. insyaAllah :)

shaker May 20, 2011 at 10:05 AM  

Salam imtihan abi.. insyallah.. lepas ni blog buleh bertukar kepasa .com dah kot... heheee

SeRiKaNDi_uMaR93 May 22, 2011 at 7:06 PM  

salam...
haish, pecah rahsia comment tu :)
ana pilih yarmouk, irbid, mu'tah...

last minute punya keja.. turun sendiri ke kementrian :)

SeRiKaNDi_uMaR93 May 22, 2011 at 7:06 PM  

doakan sampai jordan ana ni:)

Archive Blog