Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

01 May 2011

Menulis Untuk Belajar





Menulis perlu menghadirkan hati. Itu antara perkara pertama yang saya belajar. Menulis tanpa menghadirkan hati akan menjadikan penulisan kita seperti layang2 putus tali.

Menghadirkan hati bukan setakat meraih fokus, tetapi lebih dari itu, menggapai keikhlasan dan kejujuran ketika menulis. Hasil penulisan yang lahir dari hati sesungguhnya berupaya untuk sampai ke hati orang yang membaca.

Itulah ajaibnya bidang penulisan.

Menulis tidak sama seperti berceramah. Itu juga antara perkara yang saya pelajari.

Berceramah , kadang2 lebih mudah untuk menjadikan orang faham. Berbanding menulis, kadang2 orang boleh tersilap faham, bahkan boleh juga terlajak faham. Kalau berceramah, kita boleh mendapatkan reaksi spontan dari orang yang mendengar, dan kita masih punya ruang dan peluang untuk memperbetulkan dan memperbaiki objektif yang mahu disampaikan.

Tetapi menulis tidak semudah itu.

Umpamanya menulis blog. Orang yang masuk membaca datangnya dari latar belakang yang berbeza. Kefahaman yang berbeza, kecenderungan yang berbeza. Adakalanya, mereka akan gagal memahami kehendak dan maksud sebenar penulis, sekiranya ada kecacatan dari sudut penyampaian dan gaya penulisan.

Penulis pula kadangkala tidak menyedari perkara tersebut. Lebih teruk kalau terkena pada penulis yang mempunyai tabiat 'copy paste'. Sejauh mana amanah penulis tersebut terhadap apa yang dinaqal (disalin) dan sejauh mana pula keprihatinan penulis terhadap kefahaman orang yang masuk membaca?

Malangnya ada yang jenis 'asal ada'. Janji blog di'update' sentiasa.


BELAJAR

Apa yang saya sebut di atas adalah antara apa yang sempat saya pelajari, selama beberapa tahun menulis, khususnya dalam medium blog.

Saya 'berkenalan' dan berinteraksi dengan ramai pembaca di alam maya. Mereka membaca tulisan saya, memperhalusi idea saya dan lebih menarik apabila ada yang mahu berdiskusi dengan saya.

Saya suka melontarkan idea. Begitu juga, saya gemar mencari ilham dengan cara tersendiri.

Ilham itu kebanyakannya saya kongsikan di dalam blog.

Berkongsi semua perkara itu, bukan bermakna saya mahu mengajar sesiapa. Tidak sama sekali. Kerana itu, saya tidak menulis seperti orang mengarang tesis. Saya cuma mengemukakan pandangan dan idea saya terhadap sesuatu perkara.

Jika ada kebaikan, maka ambillah untuk manfaat bersama.

Lama kelamaan, saya sedar bahawa dengan wasilah menulis, saya secara tak langsung telah banyak belajar. Saya menulis dan saya belajar tentang banyak benda. Itulah pengalaman. Guru yang paling berharga.

InsyaAllah, saya akan terus menulis.

Sebolehnya, saya akan pastikan para penjenguk yang masuk ke blog saya mendapat manfaat dan tidak sia2. Manfaat itu sebenarnya adalah saham saya di akhirat sana. Kerana Nabi s.a.w bersabda : " Barangsiapa yang menunjuk seseorang kepada sesuatu kebaikan, maka dia akan memperoleh ganjaran yang sama seperti orang yang melakukan kebaikan tersebut.."

Dalam satu hadis lain pula Nabi s.a.w menyebut : " Apabila mati anak adam, maka terputuslah sekalian amalannya, melainkan 3 perkara : sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya "

Sedar tak sedar, manfaat yang dikongsikan dalam blog adalah termasuk dalam kategori ilmu yang bermanfaat. Saham terus mengalir walaupun nadi kita telah berhenti berdenyut.

Contoh mudah, kita menulis tentang amalan membaca ayat kursi selepas solat.

Sabda Nabi s.a.w : " Sesiapa yang membaca ayat kursi selepas setiap kali solat ( 5 waktu ) , tidak ada yang menghalangnya untuk masuk syurga , kecuali mati "

Hadis yang menerangkan fadhilat ayat kursi ini kita tulis dan olah dengan gaya bahasa kita sendiri. Takdir Allah, masuklah si polan ni membaca tulisan kita tersebut, dan dia tertarik untuk mengamalkan apa yang kita tulis.

Bukan setakat itu sahaja, dia ajarkan pula kepada kaum kerabat dan kepada generasi di bawahnya. Orang yang mendengar daripadanya pula menyampaikan kepada orang lain. Bayangkan, setiap orang yang mengamalkan membaca ayat kursi tersebut- hasil dari tulisan kita - maka akan terus menerus sampai pahala kepada kita hingga hari kiamat.

Seronok kan?

Maka kalau anda mempunyai medium untuk menulis, manfaatkan sebaiknya. Elakkan bercerita perkara2 yang tidak bermanfaat, kerana memblog perlukan masa. Masa pula bukan boleh dijual beli. Justeru, masa yang ada untuk memblog, manfaatkan untuk menulis perkara2 yang bermanfaat.

Kalau boleh, biarlah manfaat yang berterusan hingga ke akhirat sana.

Dan insyaAllah, kita sama2 berusaha ke arah itu.

sekian.

5 comments:

Hana Farhana May 1, 2011 at 2:05 PM  

setuju!

diyanna May 1, 2011 at 4:09 PM  

salamun alaik

ye sy setuju sgt2. kata yg lahir dari hati akan meresap jauh ke dalam hati yg lain :)

terima kasih bnyk. insyaAllah akan sy manfaatkan medium menulis ini.

Ilham Fiq Ahmad May 2, 2011 at 3:12 AM  

Hana Farhana :

terima kasih :)

diyanna :

wslm. insyaAllah sama2 kita manfaatkan.

shaker May 2, 2011 at 3:23 AM  

~~kongsi sampai mati~~ huhu

Ilham Fiq Ahmad May 2, 2011 at 2:29 PM  

ket :

tagline yg menarik. saham akhirat namanya tu..:)

Archive Blog