Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

02 May 2011

Kematian Osama Dan Propaganda Media





Hari ini, seluruh media kecoh dengan berita kematian Osama bin Laden. Satu nama yang pernah menggemparkan dunia beberapa tahun dulu. Seingat saya, ketika itu banyak baju2 t-shirt dicetak dengan gambar Osama yang begitu besar, memegang senjata dan diangkat2 sebagai hero.

Beliau dikaitkan dengan peristiwa 11 september. Benar atau tidak, hanya Allah yang mengetahui. Bahkan sehingga kini, siapa beliau ( Osama ) pun tiada siapa yang tahu dengan sebenar2nya. Hakikatnya hanya Allah yang Maha Tahu.

Jika mengambil jalan untuk percaya pada segala laporan media selama ini, maka Osama adalah seorang muslim yang ekstrim, pengganas dan perancang kepada segala keganasan untuk membunuh rakyat Amerika.

Tetapi pada saya, mengambil jalan tersebut untuk membuat sebarang pendirian, adalah cara yang paling tolol.

Banyak analisis dari sumber yang bebas menyebut, segala cerita dan kisah sensasi tentang 11 September adalah propaganda semata2, demi tujuan tertentu dan matlamat tertentu. Tetapi awas, sekiranya anda benar2 mahu tahu, jangan baca dari sebarangan sumber. Blog ini sendiri tidak akan bercerita kepada anda, melainkan anda mahu mengkaji dan mencari dengan usaha sendiri.

Pada saya, Islam telah tercemar dengan begitu teruk daripada propaganda tersebut. Islam yang dilihat sebagai ganas dan para pejuang Islam yang dilihat sebagai pengganas, ternyata telah banyak menjauhkan generasi hari ini daripada Islam.

Ramai juga yang enggan 'berlebih2an' dalam Islam, sebaliknya cukuplah sekadar berindentitikan Islam di atas kad pengenalan, supaya tidak terjebak dalam kancah ekstrimis yang digembar gemburkan media.

Amerika dan sekalian sekutunya, ternyata telah berjaya dalam propaganda mereka. Sekurang2nya mereka telah berjaya memburuk2an Islam melalui perang saraf, dan berjaya mengangkat serta meletakkan diri mereka di kerusi 'hero dunia'.

Saya tertarik dengan ulasan seorang Dr yang pakar dalam bidang Fiqh Jihad.

Beliau menyebut tentang kematian Osama sebenarnya adalah kerana sakit yang membawa kepada kematian. Mudahnya, mati kerana sakit dan bukan kerana apa2 serangan. Namun di sana berlaku konspirasi untuk menutup cerita sebenar, lalu dijadikan mayat tersebut dengan kesan tembakan, diserahkan kepada tentera Amerika, dan diisytiharkan bahawa sesungguhnya Osama bin Laden telah mati di tangan komando Amerika dalam serangan dan sebagainya.

Ulasan yang ternyata tidak akan anda baca dalam laporan media.

Apapun, pada saya, cerita ini tidak pernah saya percaya dari mula. Hatta kalau Osama itu sendiri merupakan individu yang diada2kan oleh Amerika pun tidak mustahil.

Sebagai Muslim yang ada kemuliaan dan maruah, seharusnya kita jangan mudah percaya dan terpengaruh dengan propaganda. Senantiasalah mempelajari tentang Islam, mendalami tentang keindahan dan kecantikan Islam, supaya hati kita tetap teguh di atas landasan keimanan dan kemegahan sebagai seorang yang menjunjung Islam sebagai agama dan cara hidup.

Sekian.

1 comments:

shaker May 3, 2011 at 4:33 AM  

sekarang matawang usdolar jatuh teruk dalam sejarah.. dan emas naik mendadak...

dgn isu ini mereka akan kembali pulih sedikit.. pandai btol dorang ni

Archive Blog