Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

27 May 2011

Kau Inspirasi

Hari lahir. Hari kegembiraan buat semua orang. Adatnya begitu. Tiba hari lahir, manusia cenderung merasa gembira. Salahkah gembira? Tidak salah. Tetapi biarlah kena dengan disiplinnya. Ya, disiplin untuk bergembira.

Jika gembira itu ditafsirkan sebagai rasa syukur, rasa terima kasih yang tinggi, kerana masih diberi hayat dan dipanjangkan umur oleh Allah, tiada salahnya. Bahkan itu anjuran agama. Setiap masa dan ketika, apabila mendapat nikmat, kita disuruh mengucapkan syukur.


ALHAMDULILLAH

Segala puji bagiMu Ya Allah. Engkau telah panjangkan umur aku sehingga ke hari ini. Engkau masih lagi kekalkan aku dalam nikmat Islam. Mudah-mudahan, peluang yang masih Engkau beri ini dapat aku manfaatkan sebaiknya untuk melipatgandakan amal ibadah kepadaMu.

Kemudian, jika disamping rasa syukur itu kita mengadakan sedikit jamuan makan, membacakan doa dan sebagainya, maka semua itu tidak menjadi masalah.


SEBALIKNYA

Apa yang menjadi masalah adalah apabila kegembiraan itu ditafsirkan secara melampaui batas. Tiba hari lahir, maka manusia cenderung untuk berseronok, bergelak ketawa, mengadakan party yang diselitkan dengan nyanyian, tarian dan sebagainya. Maka ini lah yang menjauhkan manusia itu dari memahami erti sebenar umur dan usia.

Adakah begitu caranya mengucap dan menzahirkan rasa syukur kepada Allah, kerana masih dipanjangkan umur dan usia?


HADIAH

Begitu juga dengan pemberian berupa hadiah. Menjadi suatu kebiasaan, apabila datang hari lahir salah seorang daripada kita, maka perlu diberi hadiah.

Adakah itu satu perkara yang salah?

Tidak. Nabi s.a.w ada menyebut : dengan hadiah menghadiahi, kalian semua akan lebih berkasih sayang.

Perkara itu bertukar menjadi salah apabila diamalkan secara melampaui batas. Hadiah adalah pemberian ikhlas daripada saudara atau kenalan kita, untuk menunjukkan kasih sayang dan menggembirakan kita. Hadiah itu pula sifatnya subjektif. Ada yang datang berupa ucapan, kad ataupun material yang lain. Bergantung kepad
a kemampuan dan keikhlasan si pemberi.

Tetapi apabila tidak dikawal, maka hadiah bertukar menjadi suatu kewajipan. Lebih teruk lagi kalau orang yang diraikan itu pula meminta-minta hadiah daripada saudara atau kenalannya. Hadiah yang diminta pula ditetapkan jenis dan harga. Maka ia tersasar dari tujuan asal ; iaitu unuk berkasih sayang.

Saudara atau kenalan pula akan merasa 'terbeban' untuk menyediakan hadiah seperti yang dihajati. Ini membawa kepada penyakit tidak ikhlas, mengungkit, mahu jasa dibalas dan sebagainya.

Ia sungguh mencacatkan ukhwah dan nilai kasih sayang.


DOA

Saya antara orang yang tidak pernah menyambut hari lahir sejak kecil. Itu tidak menjadi masalah, kerana perkara harus tidak membebankan kita dengan sebarang suruhan atau larangan.

Pada saya sendiri, hadiah yang paling besar adalah doa. Seorang yang berkirim hadiah, belanja kita makan dan sebagainya sempena hari lahir kita, belum tentu mengingati kita di dalam doanya saban hari. Dan tidak semestinya mereka
yang tidak mengucapkan selamat hari lahir, tidak mengirim hadiah atau belanja kita makan itu tidak mengingati kita, dan tidak mustahil dia lebih banyak mendoakan kita dalam doanya saban hari.

Jadi kena berwaspada juga. Jangan terikut-ikut dengan adat sahaja, sehingga kita terbelenggu dengan pelbagai persepsi dan prejudis yang hanya akan merugikan ukhwah di antara kita.

--------------------------------------



ISTIMEWA

Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmatNya
ke atasmu. Semoga setiap kesakitan dan kesusahan yang dialami menjadi saham akhirat yang besar untukmu. Anak yang akan lahir itu pasti akan mewarisi ketabahan dan kekuatan daripadamu. Pasti dan pasti, dirimu adalah inspirasi.

Selamat hari lahir buat teman hidupku dunia akhirat. Isteriku, sesungguhnya aku redha padamu.


didekasi khas buat isteri tersayang , Nuur Aishah bt Tolhah

4 comments:

Afuan Shah May 27, 2011 at 9:27 AM  

happy birthday untuk zaujah anda :)

Serikandi Asrar May 27, 2011 at 10:12 AM  

telah dilenyapkan serikandiumar... doakan yang terbaik...

Angah May 27, 2011 at 2:59 PM  

Ilham, salam untuk isteri anda,selamat hari lahir untuk nya. semoga kebahagiaan kalian berpanjangan...Amin

Ilham Fiq Ahmad May 27, 2011 at 7:16 PM  

Afuan Shah :

terima kasih :)

Serikandi Asrar :

kenapa lenyapkan serikandiumar? nama tu kan bagi banyak erti..

Angah :

terima kasih banyak2..jzkk :)

Archive Blog