Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

25 May 2011

Aku Tak Suka Blog Kau



gambar hiasan



Semalam saya terbaca satu artikel Saifulislam di facebook. Artikel lama yang di'link'kan oleh seorang kenalan. Ia berkisar tentang komen seorang pembaca beliau yang tidak suka dengan buku beliau. Tetapi yang saya baca semalam artikel kedua, susulan selepas artikel pertama barangkali.

Saya terfikir sejenak. Sempat juga berdiskusi seketika dengan isteri.

Saya akui, saya bukan peminat utama buku atau blog Saifulislam. Saya sendiri mempunyai banyak pertentangan pendapat dengan beliau, dalam beberapa perkara. Saya pernah membaca beberapa buku beliau berkaitan cinta, dan saya akui ianya berisi dan bermanfaat. Ada banyak pengajaran yang boleh diambil. Namun begitu, saya tidak juga menyukai seratus peratus, ataupun 'obses' dengan apa yang ditulis oleh beliau. Terutama yang melibatkan perjalanan hidup beliau sendiri secara peribadi.

Tetapi tidaklah sampai saya tergerak mahu meninggalkan komen atau memberi emel seperti yang dilakukan oleh pembaca beliau tersebut. Mungkin, rasa tidak puas hati yang memuncak menyebabkan dia bertindak sedemikian.

Artikel yang saya baca semalam- yang sebenarnya merupakan emel balas beliau kepada si pengomen - menyedarkan saya tentang banyak perkara.

Benar, apabila si pembaca meletakkan persepsi yang terlalu tinggi dan melebihi apa yang dibaca, ia akan membawa banyak masalah. Apabila kita bercerita tentang keluarga kita , contohnya dari segi kebaikan dan pengalaman yang boleh diambil iktibar, maka kita tiba-tiba dilihat sebagai sengaja mahu mengangkat diri dan keluarga sendiri pula.

Kalau begitu, takkanlah kita perlu bercerita perkara yang buruk dan tidak manis pula kepada orang yang membaca?

Pada saya, dalam perkara seumpama itu, pembaca harus mempunyai hati yang baik, persepsi yang bersih dan paling penting; kematangan. Apabila menyentuh isu rumahtangga, perkahwinan dan sebagainya, semua orang tahu, rumahtangga mana yang tidak pernah bergelora. Roomate mana yang tidak pernah bergaduh. Housemate mana yang tidak pernah berselisih faham.

Asas tersebut sudah cukup untuk meneutralkan kita daripada menganggap si penulis persis Malaikat.


PENULIS

Menjadi penulis bukan mudah. Kita bersusah payah memerah otak mencari idea, menghabiskan masa menyusun ayat dan menyiapkan artikel, tiba-tiba dilontarkan dengan pelbagai kata dan tuduhan yang benar-benar menyakitkan hati kita.

Sudahlah masuk tidak berbayar, tidak mahu beradab pula.

Mungkin ramai penulis di luar sana yang pernah merasai sebagaimana dirasai Saifulislam. Penulis blog umpamanya. Kadang-kadang banyak menerima komen daripada 'anon' yang niatnya cuma mahu menjatuhkan semangat si penulis.

Ada sahaja sisi buruk yang mahu ditimbulkan, meskipun sedemikian banyak sisi baik yang boleh dipandang.

Cuma apa yang boleh saya kongsikan adalah ; kadangkala kewujudan mereka ini memberikan kesan positif kepada kita. Antaranya :

1- Kita boleh koreksi kembali penulisan kita. Manalah tahu ada kesilapan dan kecacatan yang berlaku tanpa kita sedari.

2- Kita boleh meningkatkan kualiti artikel yang dihasilkan, dengan cara menyemak kembali sasaran pembaca, katakunci yang sering dipakai serta apa yang pembaca mahukan dari blog kita.

3 - Kita beroleh semangat yang lebih besar. Itu menandakan ada orang yang 'prihatin' dengan perkembangan blog atau penulisan kita, sehingga mendatangkan rasa tidak senang mahupun irihati. Mungkin juga, mereka merasa 'tergugat' dan sebagainya. Asasnya, kalau kita tak hebat, musuh pun tak kan peduli.

Cumanya, jangan sampai kehadiran mereka memberi kesan negatif pula. Umpamanya kita tiba-tiba merasa lemah dan hilang semangat untuk terus menulis. Ini suatu perkara yang malang. Kalau ada seratus komen, cuma 2 atau 3 komen yang menyakitkan hati, abaikan sahaja. Ada perkara yang kita perlu fikir, ada perkara yang tidak perlu difikir apatah lagi dilayan.

Dan antara perkara yang paling tidak patut kita fikir dan layan adalah : PROVOKASI. Lebih baik, block sahaja parasit-parasit sebegini. Sudahlah tiada identiti, mengeluarkan sampah sarap pula.

Ini cumalah pandangan saya secara umum. Tiada kaitan secara langsung dengan mana-mana pihak, termasuk Saifulislam.com.

Pepatah arab menyebut : Redha manusia adalah matlamat yang tidak akan tercapai sampai bila-bila.

So - Aku Tak Suka Blog Kau - ok fine!


sekian.

2 comments:

Adam Roslan May 25, 2011 at 9:58 AM  

Assalamualaikum Tuan Rumah. Kali pertama ke sini.

Kita tulis ikut cara kita, orang terima atau tidak itu bukan hak kita :)

Terkini: IKEA Meatballs Halal

Ilham Fiq Ahmad May 25, 2011 at 4:50 PM  

Adam Roslan :

wslm. betul tu. setiap sesuatu ada keunikan yg tersendiri :)

Archive Blog