Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

03 April 2011

Student Syariah Dan Hafazan Al-Quran




Kebelakangan ini asyik menulis post yang berkisar tentang hubungan lelaki dan wanita sahaja. Minta maaflah kepada sesiapa yang merasa bosan atau tidak berminat. Sejujurnya, saya menulis itu untuk berkongsi dan dalam masa yang sama memberi nasihat. Sudah tentu, saya bukan seorang pakar motivasi nikah-kahwin mahupun doktor cinta.

Apa yang baik, ambillah manfaatnya. Itu sahaja.

Kali ini saya mahu berbicara tentang pelajar syariah , secara khusus dan pelajar bidang lain secara umum. Ia berkaitan dengan hubungan kita dengan Al-Quran.

Semalam saya memberi nasihat kepada seorang sahabat tentang hafazan Al-Quran. Dan secara tiba2, saya sendiri merasa terkesan dengan isu tersebut.

Memang benar, ramai pelajar syariah khususnya graduan syariah yang lahir hari ini agak lemah dalam bidang hafazan Al-Quran. Bukan bermaksud mereka perlu menghafaz Al-Quran sebanyak 30 juzuk. Tetapi menjadi kebiasaan, kalau di Mesir mahupun Jordan, sukatan yang diwajibkan untuk dihafaz adalah sebanyak 6 juzuk.

Dalam kesibukan sehari2 mempelajar bidang2 lain khususnya fiqh, Al-Quran sering dipinggirkan. Hafazan Al-Quran dianggap sebagai tidak penting berbanding menghafaz nas2 dan dalil2 yang berkaitan dengan subjek yang dipelajari.

Ini sudah menjadi perkara biasa. Akhirnya, lahirlah ustaz dan ustazah yang kadang2 bacaan Al-Quran tunggang langgang tajwidnya, bahkan berkhutbah atas mimbar pun salah bacaan ayat Al-Qurannya. Dan ini saya saksikan dengan mata kepala saya sendiri sedari kecil.

Sewaktu masih di sekolah tahfiz, banyak kuliah2 agama yang kami hadiri. Ada di antara kami yang sudah khatam menghafaz Al-Quran 30 juzuk seawal usia 14 atau 15 tahun. Ada juga yang memenangi pertandingan hafazan peringkat negeri dan sebagainya. Ustaz yang mengajar kuliah agama di sebuah masjid ini hebat orangnya. Tetapi apabila dibaca ayat Al-Quran, barisnya salah dan kadang2 tertukar2 kalimah. Sudah tentu, pelajar tahfiz akan segera mengetahui kesilapan2 tersebut.


TOK AYAH

Saya tiba2 teringatkan arwah atuk saya. Meninggal kira2 8 tahun yang lalu. Kalau di kampung Seterpa waktu itu, semua orang kenal siapa Haji Sulaiman yang kami panggil tok ayah. Guru Al-Quran yang paling tua di kampung tersebut. Kalau musim raya korban, berderet tempahan untuk jadi tukang sembelih. Kata mereka, daging jadi lembut. Wallahua'lam.

Waktu kecil2 dulu, setiap minggu akan balik kampung dan tidur di sana. Sehingga kini, suara arwah tok ayah mengaji Al-Quran di waktu subuh masih terngiang2 di telinga saya. Bacaan paling merdu pernah saya dengar. Sayu pun ada.

Apa yang ingin saya sebut adalah, beliau bukan seorang penghafaz Al-Quran. Bahkan mungkin tidak pernah bertalaqqi dengan mana2 sheikh arab pun. Tetapi bacaan Al-Quran begitu lancar di bibir beliau. Tidak hafaz, tetapi ingat.

Demikian juga dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Bukan seorang penghafaz Al-Quran. Tetapi beliau ingat Al-Quran. Kalau kita dengar mana2 kuliah agama beliau, kelihatan ayat2 Al-Quran begitu lancar keluar di bibir beliau. 


APA RAHSIANYA?

Kita yang belajar syariah kerap kali mengeluh. Tentang hafazan Al-Quran pun kita mengeluh. Kita merasakan itu sebagai bebanan dan sebagainya. Pada saya , ia kembali kepada soal niat. Kita dan Al-Quran tidak termasuk dalam bab muqarrar, sebaliknya ia tanggungjawab kita sendiri. Apa niat kita mendampingi Al-Quran itu sendiri.

Pada saya, rahsia mereka2 yang saya sebut di atas mudah sahaja. Iaitu mereka ikhlas mendampingi Al-Quran, bukan kerana sesuatu sebab tertentu.

Al-Quran adalah wirid kepada mereka yang sentiasa dibaca dan dibaca setiap hari. Setiap kali waktu solat, Al-Quran akan dibaca. Sebulan sekali mereka cuba khatam. Kalau tidak boleh, dua bulan sekali. Kalau tidak boleh, tiga bulan sekali.

Baik, sekarang, adakah kita juga melakukan hal yang sama? Jika ya, Alhamdulillah. Harapnya selepas ini tidak ada lagi golongan ustaz ustazah yang salah membaca ayat Al-Quran dalam ceramah ataupun khutbah.

Tetapi jika tidak, maka tepuk dada tanyalah niat di hati.

Pelajar syariah adalah golongan yang paling diharapkan untuk membentuk dan mengislahkan masyarakat. Alangkah sayangnya, kalau kita hanya belajar atau menghafaz kerana sesuatu sebab tertentu sahaja, umpamanya untuk lulus exam atau memperoleh markah yang tinggi. 

Sewajarnya, kita belajar dan menghafaz untuk menyampaikan kepada orang lain. Seorang pelajar syariah sebenarnya lebih beruntung berbanding yang lain. Ini kerana mereka mempelajar tentang bahasa arab, ilmu tafsir dan sebagainya. Sedarkah anda bahawa semua ilmu itu sebenarnya memudahkan kita untuk menghafaz Al-Quran?


NASIHAT

Lazimilah membaca Al-Quran setiap masa sekerap yang boleh. Kalau saya cerita tentang menghafaz, mungkin banyak alasannya, susah, jadual padat , susah ingat dan lain2. Tetapi kalau saya cerita tentang 'membaca', rasanya semua orang boleh melakukannya, sekadar yang mereka mampu.

Alangkah baiknya kalau pelajar2 syariah hari ini mencontohi para ulamak terdahulu. Dalam sibuk belajar dan menuntut ilmu, Al-Quran tetap merupakan wirid yang tidak ditinggalkan. Setiap masa terluang akan dihabiskan dengan membaca Al-Quran.

Di zaman kita, ia mungkin hampir2 mustahil. Pun begitu, usahalah untuk mencontohi mereka. Hendak berfacebook tidak salah, tetapi yang salah adalah apabila kesemua masa dihabiskan untuk facebook. Setidak2nya, berilah masa yang lebih sikit untuk Al-Quran. 

Insya Allah, anda mampu mengubahnya.

Sekian.

5 comments:

Insyirah April 3, 2011 at 7:12 PM  

Salam Tuan Tanah,

Alhamdulillah. Sangat-sangat tepat dengan apa yang berlaku sekarang. Teringat apa yang diberitahu oleh zauj, kalau di Pakistan untuk digelar sebagai "ustaz" syarat pertama mesti hafaz 30 juzuk al-Quran dan paling minima habis sunan sittah!Itu paling minima... Betapa dititik beratkan tentang ILMU sebelum mengangkat seseorang digelar "alim".

Di Malaysia, pakai kopiah & berjubah pun dah semua panggil "ustaz".

Dan, satu lagi. Jangan sekadar "hafiz" di bulan Ramadhan tetapi "hafiz" setiap waktu. :)

hafizquran April 3, 2011 at 8:32 PM  

Insyirah :

wslm. sgala puji utk Tuan Tanah yg hakiki iaitu Allah..

part 'jgn skadar hafiz di bulan ramadhan' tu saya setuju. syukran :)

Najwa Najihah April 3, 2011 at 10:10 PM  

Saya sangat setuju. Kalau baca pun turut dijadikan alasan, orang itu ada masalah sebenarnya.
Masa yang Allah beri, 24 jam setiap hari. Terlalu cukup untuk baca Al-Quran walaupun hanya 5 min.

Anonymous April 3, 2011 at 11:41 PM  

bagus topik ni diketengahkan... rasa sedih melihatkan bakal ustz@zah, tp AlQuran tdak lancar, baris salah, makna lari... alangkah bagusnya kalau sistem di U tempatan wajibkan bg smua plajar syariah hafaz alQuran,mgkin 1 sem 1 juzuk pn sudah cukup baik... kalau di uia plajar islamic studies hanya wajib hafaz 1 juzuk, selama 3-4 tahun menghabiskan masa untuk mendapat segulung kertas yg bernama ijazah syariah...

hafizquran April 4, 2011 at 3:47 AM  

Najwa :

sewajarnya kita bermuhasabah..kenapa solat dan baca al-quran selama 5 minit dirasakn begitu terbeban bbanding mhadap internet selama 2-3 jam....

anon :

sama2 kita doakan utk sistem yg lebih baik..n kalau boleh, kita pun berusaha ke arah itu.

Archive Blog