Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

02 April 2011

Salah Faham Tentang Cinta




Kalau kita mengkaji tentang cinta, comfirm kita akan berjumpa dengan berjuta2 pandangan manusia. Itu belum masuk dalam bab kata2 hikmah, lirik lagu, novel, cerpen dan sebagainya. Terlalu banyak.

Tetapi, banyak tidak semestinya baik. Kata2 atau ayat2 yang disusun indah, belum tentu betul dan benar.

Begitu juga dengan cinta.

Saya melihat, banyak orang salah faham dalam mengenal makna cinta. Baik, sekarang kita membincangkan secara khusus tentang cinta antara manusia dengan manusia,  antara lelaki dengan wanita. Jelas.

Antara salah faham yang sering berlaku adalah perihal jodoh.

Kata mereka, kalau jodoh sudah ditentukan, mengapa perlu mencari cinta kita ? Nantikan saja jodoh itu sampai.

Sebenarnya, kita tidak menafikan bahawa jodoh itu tekah ditetapkan oleh Allah. Begitu juga dengan rezeki. Begitu juga dengan kematian. Tetapi kita perlu faham, bahawa manusia disuruh berusaha dalam segala hal. Berusaha dengan segala cara yang ada dengan menggunakan segala kudrat padanya demi memperoleh sesuatu adalah perkara yang dianjurkan oleh Islam.

Takdir juga begitu.

Ada orang kata, kalau syurga dan neraka telah ditentukan, mengapa perlu berbuat amal ibadah? Kalau sudah tentu ahli neraka, buat amal banyak mana pun, tetap ke neraka. Alangkah jauh kefahaman ini dengan ajaran Islam yang sebenarnya.


MAKAN

Setiap hari, anda bangun dari tidur, mengapa anda melangkah ke dapur, membuka peti ais dan mencari makanan? Ketika tengahari, perut terasa lapar, mengapa anda melangkah ke gerai makan mencari nasi ulam? Sepatutnya, rezeki anda telah ditetapkan, dan anda hanya perlu duduk bersila menanti perut anda kenyang. Bukankah katanya rezeki dan takdir telah ditentukan?

Tetapi saya percaya, tidak ada orang yang akan berbuat demikian. Ketika perut lapar, mereka pandai pula berusaha mencari makanan. Tetapi dalam bab ibadah, tidak mahu berusaha membuat amal, sebaliknya beralasan segalanya sudah ditentukan. Ini jelas sekali kefahaman yang menyimpang.


JODOH

Begitu juga dengan jodoh. Memang benar telah ditentukan, tetapi kita tetap wajib berusaha. Berusaha untuk mendapatkan calon yang baik, yang kuat agama dan akhlaknya, sebagaimana saranan Nabi s.a.w dalam hadith2 baginda. Begitu juga, berusaha untuk memperbaiki diri dari segi zahiriah dan batiniah untuk menjadi bakal suami atau isteri yang baik. Demikian juga dengan berusaha membina kewangan dan sebagainya.

Sudah tentu, perbuatan duduk bersila di rumah dan mengharapkan jodoh anda segera tiba di muka pintu adalah tindakan yang salah. Memang benar Allah yang bagi kenyang, bukan nasi. Tetapi kita berpegang dengan asbab. Asbab nasi, kita menjadi kenyang walaupun hakikatnya Allah yang bagi kenyang. Begitu juga jodoh. Asbab kita berusaha , dapatlah jodoh. Walaupun hakikatnya, memang Allah sudah tetapkan jodoh tersebut.

Kadang2 susah juga berdepan dengan salah faham seperti ini. Si anak dara yang sungguh menebal nilai 'kemuslimahannya' berkata ; jodoh sudah ditentukan, mengapa kita sibuk mencari? Sepatutnya kita fokus beramal ibadah kepada Allah.


SEPATUTNYA

Dalam pada mendekatkan diri kepada Allah, memperbanyakkan amal ibadah, hubungan dengan manusia jangan kita pinggirkan. Hal ehwal cinta ini termasuk dalam hubungan kita dengan manusia. Kita tidak tahu siapa , di mana dan bagaimana kita berjumpa dengan jodoh kita. Ada orang bertemu di pusat pengajian, ada orang di alam pekerjaan dan sebagainya.

Sewajarnya, kita terbuka dan optimis dalam usaha mencari jodoh. Mencari bukan bermakna terhegeh2, letak gambar besar gedabak dalam facebook, siap dengan posing bajet kiut atau melazimi aksi tergedik2 depan lelaki. Bukan begitu.

Mencari maknanya anda tahu membawa diri anda masuk dalam masyarakat. Anda menjadi diri anda sendiri, samada di univerisiti atau di tempat kerja. Anda bergaul secara professional dan tegas dalam menjaga batas2 agama. Sekiranya ada yang tertarik dengan diri anda, menyuarakan hasratnya, maka anda terbuka dalam tegas. Disalurkan kepada tempat dan cara yang sepatutnya. Berbincang secara matangl dan kemudian jika benar2 ada kesungguhan, sila berjumpa dengan keluarga.

Sila faham, bahawa apa yang saya sebutkan di atas termasuk dalam kategori 'berusaha'. Itu pun sudah memadai. Apa yang silap, bila anda duduk goyang kaki di rumah, dan berharap supaya putera raja segera datang melamar anda. Anda fikir anda siapa?


NO MAN NO CRY

Salah faham kedua. Ini pada pendapat saya. Secara teori, saya ingin nyatakan bahawa saya tidak ada masalah. Bahkan saya boleh tabik spring pada teori tersebut. Tetapi pada praktikalnya, saya minta maaf. Saya kurang percaya.

Apa dia?

Seorang wanita yang dilamar oleh lelaki, mulanya gembira, tetapi tiba2 merasa berdosa dengan Allah. Lantas menolak lamaran tersebut.

Sebab?

Kononnya kerana meminggirkan cinta Allah. Katanya kepada sang lelaki ( dengan ayat berbunga2 bermadah tazkirah bagai ) : saya tidak boleh menerima orang lain untuk diletakkan di hati saya selain Allah. Siap bermimpi2 lagi bahawa Allah murka kepadanya kerana 'tunduk pada nafsu dan sanggup menerima lelaki' di hatinya selain Allah.

Jujurnya, saya tidak tahu samada ia terinspirasi dari kisah sufi yang agung, iaitu Rabiatul Adawiyah , ataupun ia cuma rekaan 'budak agama' yang kecewa dengan cinta. Tetapi seperti saya nyatakan di atas, secara praktikalnya sangat2 jauh menyimpang dari kefahaman Islam yang sebenar.

Anda lupa kepada sebuah hadith baginda s.a.w yang masyhur. Iaitu apabila baginda didatangi oleh tiga lelaki yang seorangnya tidak mahu berkahwin dan seorang lagi pula mahu berpuasa tanpa mahu berbuka.Tetapi adakah Nabi membenarkan perbuatan2 mereka? Jawabnya tidak. Bahkan Baginda s.a.w sendiri berkahwin dan menganjurkan supaya berkahwin.

Habis, adakah Rabiatul Adawiyah dan Hasan Al Basri , penghulu para tabi'in di Basrah ( juga tidak berkahwin ) telah melakukan kesalahan dan dosa?

Sebelum saya jawab, perlu juga ditanya, secara realitinya, masih wujudkah insan2 seperti mereka di zaman kita hari ini? Jangan terlalu asyik mengarang ayat puitis tanpa sedar yang anda tidak lagi berpijak di bumi nyata. Jangan bebankan diri kita dengan benda yang kita tidak mampu.

Maka pada saya, kalau di zaman kita hari ini, ada orang yang mengucapkan kata2 sedemikian, ia boleh jadi lahir dari sejenis tekanan perasaan atau masalah dalaman. Mereka perlu diubati untuk membuka kembali hati mereka dalam mengenali cinta.

Cinta antara lelaki dan wanita, hakikatnya indah dan sangat indah. Tetapi ia menjadi buruk kerana kita yang salah faham tentang cinta. Dan perlu diingatkan, bahawa cinta lelaki dan wanita langsung tiada kaitan dengan berkurangnya cinta kita kepada Allah. Apa kejadahnya seorang wanita menerima seorang lelaki sebagai suami, atas dasar menyempurnakan agamanya dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w , tiba2 Allah murka pula padanya kerana meletakkan lelaki di hatinya selain Allah?

Kalau betul2 mahu meletakkan hanya Allah di hati, maka mak dan ayah juga perlu dibuang. Ini kerana seorang mukmin wajib mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih dari segala makhluk yang lain. Dalil ini sahih dan benar, tetapi apabila kita salah faham akan pengaplikasiannya, maka hiduplah kita dalam kesengsaraan dan penderitaan lantaran kejahilan kita sendiri tentang cinta. 

Saya harap, kita semua tidak terlibat dengan salah faham tentang cinta seperti di atas.


KESIMPULAN

Cinta kepada Allah adalah cinta paling agung. Kerana itu terdapat sebahagian ahli sufi yang tidak berkahwin kerana sibuk dengan ibadah dan cintanya kepada Allah. Tetapi mereka adalah golongan terpilih, yang mana kekentalan iman mereka tidak dimiliki oleh orang2 di zaman ini, kecuali sangat2 sedikit. Maka orang awam tidak boleh disamakan dengan mereka.

Menerima cinta di hati kita kepada manusia tidak mencacatkan hubungan cinta kita dengan Allah, selagimana kita tetap meletakkan cinta Allah sebagai cinta yang paling utama. Justeru, pembaca yang masih bujang , jangan takrifkan cinta dalam konteks yang salah. Cinta manusia itu mungkin menjadi wasilah untuk anda lebih mencintai Allah dan meningkatkan taqwa pada-Nya.

Justeru, letakkan matlamat yang betul : " Anda bercinta, Allah redha ".


Sekian.


19 comments:

Kak Long April 2, 2011 at 3:53 AM  

khususnya cinta lepas kahwin kan2..?
hehe..

btul 2..cinta itu nikmat andai betul caranya..tambah2 bila cinta disulami dengan redha Yang Maha Esa..

Syuk Ry April 2, 2011 at 3:56 AM  

nice entry..

hafizquran April 2, 2011 at 4:14 AM  

kak long :

exactly :)

syuk ry :

thanks :)

HanNa April 2, 2011 at 6:07 PM  

SubhanAllah...post ini beri pencerahan :) syukran.

K2r~90 April 2, 2011 at 10:12 PM  

ade input y baru saye peroleh,, mmg betui zaman sekarang terlalu byk cabaran sampaikan fahaman pun berbeza =)

hafizquran April 2, 2011 at 11:06 PM  

HanNa :

sama2.

K2r90 :

moga beroleh manfaat..

Anonymous April 3, 2011 at 1:06 AM  

takde button like ke?
huehue

Anonymous April 3, 2011 at 1:31 AM  

masalahnya jadi mudah kalau mereka matang. melamar terus ke depan pintu rumah, berjumpa ibubapa. ini tidak, setengah abad dulu nak bercinta baru nikah, itupun kalau nak. =.="

sayang, cinta mereka indah cuma atas dunia.

sedih bila ramai yang tak sedar.

hafizquran April 3, 2011 at 1:53 AM  

anon 1:06 :

stakat ni..belum ada.

anon 1:31 :

betul, stuju. perlu beri perhatian juga pada usaha mematangkan anak muda, disamping bagi keyakinan utk kawin awal.

Anonymous April 7, 2011 at 1:44 PM  

terima kasih.:).pesanan yang menarik dan mencuit hati.hehe.

matadore April 11, 2011 at 11:49 AM  

Moga moga dikurniakan zauj/ah yang memahami, supaya saling membantu dalam menyuburkan cinta padaNya.
Lagi sweet tarbiyah cinta dalam jamaah dari beseorangan!

Anonymous April 11, 2011 at 12:16 PM  

maaf..nk tnye,bagaimana kite sebagai perempuan nk usaha?

bebot May 26, 2011 at 1:49 PM  

salam.nk tnya..blh ke if seorang lelaki itu menganggap seorang perempuan itu lebih dr seorang kwan krn disebabkan dia berpegang kpd prinsip utk tdk bercouple, tetapi selalu berhubung dan mengharapkan persahabatan dpt pergi lbih jauh(krn memegang prinsip tersebut & aim utk kahwin lmbt lg..still studyig)..and pihak perempuan pun ingin meletakkan harapan dlm perhubungan ni.. blh ke ustaz? sebab org lain memandang serong perkara sebegini..mereka mengatakan perkara sebegini ttp mendekatkan diri ke arah zina hati..syukran ustaz :)

Ilham Fiq Ahmad May 26, 2011 at 9:13 PM  

anon 12:56 :

perempuan boleh berusaha dgn banyak cara, hatta smpai tahap melamar lelaki pun takde masalah. orang kata perigi cari timba tu macam hina, tapi sbnarnya x. itu cuma persepsi kita. kedua gunakan orang tengah, utk tolong mencari. ketiga expresikan diri dalam masyarakat. jadi diri sendiri, umpamanya kalau berkerja, nampakkan kita seorang yang konsisten, ada kredibiliti, mtang dsbg. itu sume boleh dikategorikan sbg 'usaha' dalam mencari jodoh. apa yg penting, sy nak tekn dalam post ni adalah ; jangan duduk goyang kaki tunggu jodoh smpai. wallahua'lam.

Ilham Fiq Ahmad May 26, 2011 at 9:17 PM  

bebot :

wslm. bukan kawan dan bkan couple, jadi tengah2? sy rasa secara asasnya kita perlu hadam dulu takrifan couple itu sendiri. isu zina hati sgt menarik utk diulas. pada sy, sekiranya anda berkawan tanpa dicemari unsur2 syahwat, lagha, lalai, dsbg, maka itu bukan zina hati. tetapi kalau anda unsur2 tersebut, ia dikatakan sbg zina hati. ramai orang menolak kawan yg lebih dari seorang kawan adalah kerana : mengambil langkah berhati2 supaya tak terjebak dalam zina. anda tahu kan, apabila lelaki dan wanita berdua2an ( tak kira alam maya atau alam nyata ) maka yg ketiga adalah syaitan. wallahua'lam

bebot May 27, 2011 at 6:37 PM  

syukran ustaz diatas kesudian m'jwab persoalan yg diajukan..ya, sy aware yg apabila lelaki & wanita berdua2an akn ada yg ketiga iaitu syaitan.di dlm kes ini, lelaki itu menganggap perempuan itu sbg teman yg agak istimewa.dan mereka berkawan tanpa ada sbrg unsur2 syahwat.ttp agak sering berhubung di alam maya.kononnya dlm proses mengenali hati budi masing2.adakah itu dibolehkan? syukran sekali lg ustaz..

NABILA June 13, 2011 at 7:14 PM  

salam....kalau boleh ustaz huraikan lagi dlm post yg akan datang tentang zina hati...terlalu banyak sangat pendapat mengenainye...org kata kalau kite mengingati atau suke kat seseorang itu..itu juga bermakna zina hati...n kite kena pendamkan dalam hati perasaan kite takut syaitan akan mencari peluang merosakkan hati kite...ramai islamic kata...kalau cinta baik pendamkan sahaja..risau ada yg ke3 iaitu syaitan...please explain betul ke tak pendapat tu??

Ilham Fiq Ahmad June 13, 2011 at 7:42 PM  

bebot :

'tetapi agak sering berhubung' itu sudah cukup memberi kefahaman kepada kita mengapa syariat itu sifatnya mencegah, bukan mengubati. ada hikmah besar disebalik cegahan bermain api, wpn si kecil melihat api yg kecil sbg tidak merbahaya, namun org dewasa tahu ia bisa membinasakan rumah dan bangunan.

Ilham Fiq Ahmad June 13, 2011 at 7:43 PM  

NABILA :

insyaAllah. cuma sy berpendapat, isu tsebut adalah khilaf antara yg syadid dan yang lebih terbuka. anda bebas utk memilih pendapat yg sesuai. kedua2nya ada hujah tersendiri.

Archive Blog