Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

03 April 2011

Kahwin Muda ? Langkah Mayat Aku Dulu!


" nak kawin..?? NO!! "


Kalau suatu masa dahulu, isu kahwin muda tidak pernah timbul. Tanyalah atuk dan nenek kita, tentang perkahwinan mereka dan yang sebelum mereka. Kadang2, ada yang berkahwin dalam usia 14 tahun, 15 tahun dan sebagainya. Tetapi perkahwinan mereka kekal sehingga ke anak cucu. 

Hari ini, kahwin awal adalah suatu isu.

Ia menjadi isu apabila wujud dua golongan, iaitu yang menggalakkan kahwin awal dan golongan kedua pula menentang kahwin awal atau kahwin muda. Golongan kedua lebih menekankan soal kerjaya, aset dan ekonomi yang kukuh. Barulah boleh dibuka jalan untuk masuk meminang.


TERSEPIT

Antara dua golongan di atas yang berkeras dengan pendapat masing2, kita melihat ada golongan yang tersepit. Iaitu golongan remaja dan pemuda.

Arus cabaran hari ini, khususnya melibatkan perhubungan antara lelaki dan wanita, tidak lagi sama seperti dahulu. Seorang lelaki boleh melihat wanita yang disukainya dengan jelas walaupun berada di dua tempat yang begitu jauh. Begitu juga, mereka boleh berdua2an tanpa ada larangan dan sekatan, samada di alam maya atau di alam nyata.

Perhubungan ini lazimnya tidak terkawal - meskipun ada yang berusaha mengawal - lantas terjebak ke kancah penzinaan. Apa yang pasti, bilangan yang telah terjatuh ke kancah tersebut adalah sangat tinggi zaman kita hari ini, dan bilangan tersebut terus meningkat. Dalam masa yang sama, golongan yang 'menunggu' masa untuk terjatuh ke kancah tersebut juga terlalu tinggi dan terus meningkat.

Mereka sedang bermain dengan api, yang tidak mereka sedari sedang menunggu masa untuk membakar mereka.

Sudah pasti, ada di antara mereka yang mempunyai kesedaran tentang perkahwinan, namun berbalik kepada soal di atas, pertelagahan dua golongan yang meletakkan mereka di tengah2, yang mana mereka terus tersepit dan tersepit.


ISLAM

Kita berada dalam suatu agama yang cukup indah. Agama yang bukan setakat solat, puasa dan haji. Tetapi agama yang merupakan rahmat untuk sekalian alam. Agama yang merupakan satu2nya panduan cara hidup yang paling ideal. Itulah Islam. 

Tetapi alangkah sayangnya, apabila kita yang berada di dalamnya, tidak memperoleh rahmat dari ajaran agama tersebut. Islam yang disebut dengan jelas sebagai agama yang mudah, tetapi menjadi begitu susah kepada kita. Padahal, tidaklah agama itu susah. Sebaliknya, kita sendiri yang menjadikannya susah. Mengada2kan benda yang tiada dan terlalu mengagungkan adat budaya yang tiada maslahat pada manusia.

Dalam bab nikah kahwin, Islam telah meletakkan panduan yang jelas. Sabda Nabi s.a.w yang begitu masyhur pada kita ; barangsiapa yang mempunyai kemampuan maka berkahwinlah. Semua orang tahu hadis ini. Tetapi langsung tidak mahu mengambil istifadah.


MAMPU

Pertama sekali dalam hadith tersebut, Nabi s.a.w menyebut tentang kemampuan. " Wahai para pemuda, barangsiapa yang mempunyai kemampuan di kalangan kamu maka berkahwinlah ". Soal kemampuan ini, rupanya tidak difahami dengan betul oleh kebanyakan orang di zaman kita.

Seorang lelaki yang mampu memberi makan kepada isterinya nasi lemak setiap hari, atau roti yang boleh mengenyangkan kedua2 dari mereka, itu dikira sebagai mampu. Seorang lelaki yang mampu memberi makan ayam panggang, daging dari jenis yang paling baik setiap hari, juga dikira sebagai mampu. Dapat menyewa sebuah rumah yang baik dikira mampu. Dapat membeli banglo 4 tingkat, juga dikira mampu.

Jadi, mampu yang bagaimana yang kita mahukan?

Ingat, Islam tidak pernah mengajar ummatnya supaya berlebih2an. Sebaliknya Nabi s.a.w menyebut : Sebaik2 perkara dalah pertengahan. Hidup secara sederhana adalah hidup yang paling baik. Bukan hidup yang tercela.

Apa yang menjadi masalah besar di hari ini, adalah kewujudan golongan yang mentafsirkan makna 'mampu' sesuka hati mereka. Pada mereka, 'mampu' itu adalah pada hantaran berbelas ribu, jenis kereta yang dipakai serta pangkat dalam kerjaya yang disandang. Gaji mesti empat angka, baru boleh pinang anak dara aku, ini kata mereka.

Terbukti, berbahas dengan mereka dengan tidak mengambil kira takrifan Islam yang sebenar , adalah perkara yang sia2 dan membuang masa. Kecuali, tindakan dan tafsiran mereka itu ada sandaran dari sudut kaedah fiqh, atau berdalilkan mana2 hadith mahupun ijma' sahabah. Terbukti tidak.


ZINA

Kombinasi empat huruf ini adalah musuh utama pada golongan muda hari ini. Kalau hendak mengguna pakai kaedah fiqh, ia sangat2 jelas. Kaedah menimbang antara dua mudharat, sebagai contoh. Antara mudharat 'tidak kaya' dan 'hantaran tidak seberapa' dengan mudharat terjebak ke kancah zina, buang bayi dan sebagainya, yang mana lebih besar?

Manusia yang sihat akal fikirannya, pasti akan menjawab bahawa mudharat kedua lebih besar. Hanya manusia yang ego dan enggan membuka mata hatinya sahaja yang akan 'buat2 tak nampak' akan hakikat tersebut.

Jangan pelik. Ada mak bapak yang melihat anak daranya berkepit dengan lelaki ke hulu ke hilir. Tetapi membiarkan sahaja lantaran lelaki tersebut belum bersedia dari sudut kewangannya, dan dijangka berkahwin pun 3 tahun akan datang. Lalu si bapak pun kata kat maknya : " Biarlah mereka mengambil masa untuk kenal mengenal antara satu sama lain. Kita dulu pun macam tu juga kan yang? ". Ini bapak DAYUS namanya.

BUKA JALAN

Dalam menghadapi pelbagai kes zina, buang bayi, anak luar nikah, rogol dan sebagainya hari ini, sewajarnya kita sudah boleh bersikap terbuka dan positif dalam isu kahwin muda. Jangan anggap anak2 muda yang sedang belajar itu selamat nafsu mereka. Sebaliknya, cubalah letakkan diri kita di tempat mereka.

Mengambil sikap terbuka dalam isu kahwin muda, bukan bermakna kita mengambil mudah soal perkahwinan. Ya, kita tahu perkahwinan itu suatu yang sukar. Suatu alam yang penuh cabaran. Bahkan, saya sangat optimis bahawa golongan yang menentang perkahwinan muda sebahagian besarnya bimbang akan cabaran2 di alam rumahtangga yang mungkin tidak difikirkan oleh si anak muda yang mahu berkahwin.

Cuma, risiko tersebut perlu ditempuhi dan diatasi.

Kita bercakap soal memilih antara dua mudharat. Sudah tentu, kedua2nya ada risiko. Tetapi, kita mengambil risiko yang paling ringan, sebagai usaha untuk keluar dari masalah tersebut.


MATANG

Matang bukan syarat utama untuk berkahwin. Apa yang lebih penting adalah kefahaman, jatidiri dan keutuhan jiwa yang dimiliki. Ini sebenarnya yang perlu dibina. Jangan menolak pinangan seorang anak muda hanya kerana berpendapat dia tidak matang. Perlu ingat, matang itu suatu proses yang perlu dibina. Bahkan berapa ramai manusia hari ini yang menjadi matang dengan asbab berkahwin. Tanggungjawab di alam perkahwinan menjadikannya seorang yang matang.

Itu yang perlu dibina.

Bercakap dengan anak muda yang mahu berkahwin perlu kena dengan caranya. Kita membuka jalan untuk perkahwinan awal bukan bermakna kita menggalakkan mereka untuk berseronok2. Sebaliknya, kita nampak kemanisan dan dalam masa yang sama, nampakkan juga kepahitan yang bakal mereka rasai. Tekankan soal tanggungjawab.

Latih mereka untuk menjadi anak muda yang berdisiplin. Latih mereka untuk menjadi anak muda yang berjiwa kental. Bukan berjiwa jiwang2 dan main2.

Ini tidak. Anak muda dilatih dengan keseronokan, hiburan dan games. Itu pada mereka tidak apa, jangan sebut soal kahwin sudah. Hendak berdating, bercouple, itu ok. Hendak kahwin? Langkah mayat aku dahulu.


HINA

Berapa ramai anak muda yang mahu berkahwin, tetapi dihina, dikeji dan dikritik. Kononnya gatal, tidak sabar, terlalu ikutkan nafsu dan sebagainya. Orang yang mahu menyempurnakan agama dikutuk. Orang yang terang2 membelakangkan agama dan melazimi maksiat pula dipuji. Kadang2, saya rasa dunia ini sudah betul2 dekat dengan kiamat.

Buat anak muda, peganglah kata2 ini : " Hemah seorang pemuda boleh meruntuhkan bukit "

Pasakkan niat yang ikhlas di hati anda untuk pernikahan. Berapa usia anda itu tidak penting. Jangan kerana usia anda 19, 20 anda merasa gugup mahu berbicara soal perkahwinan. Jangan kerana itu usia anda, anda malu dan takut dikritik dan dikeji. Pegang kata2 di atas.

Prinsip dan hemah seorang anak muda, boleh meruntuhkan bukit! 

Tengoklah kebangkitan di Mesir dan Tunisia, siapa yang mempelopori kebangkitan itu kalau bukan anak muda? Ya, anak muda adalah singa, bukan kucing. Anda tegas dengan prinsip anda, dunia akan tunduk kepada anda.

Apatah lagi soal nikah kahwin. Soal mahu mengambil seorang wanita menjadi isteri dan hidup sebagai hamba Allah yang jauh dari unsur2 maksiat dan zina? Kenapa anda perlu takut? Bangunlah. Kalau anda mahu, tiada siapa yang boleh sekat kemaraan anda!


DAYUS

Jangan sesekali menjadi dayus dengan diri sendiri. Lantaran isu nikah muda ini sensitif dan negatif pada kebanyakan orang, maka anda menjadi kayu. Lantaran ibu bapa anda menyinga bila disuarakan pasal nikah muda, maka anda menjadi tunggul. Lantaran keadaan anda yang masih belajar dan tidak ada kerjaya, maka anda membatu.

Buatlah sesuatu!

Seorang anak muda, sikapnya bukan begitu. Sikapnya adalah seperti air yang sentiasa mencari ruang untuk mengalir, biarpun disekat dengan pelbagai sampah sarap. Anda juga harus begitu. 

Secara peribadi, saya puji ketegasan anak muda yang sanggup berkahwin di selatan Thailand, semata2 risau terjatuh ke lembah maksiat dalam keadaan kedua2 keluarga menghalang. Begitu juga, saya puji ketegasan anak muda yang berani berkahwin dalam usia yang muda, meskipun dihalang oleh ibu bapa atau membuatkan ibu bapanya terasa hati. Ini soal anda dengan Allah. Cinta anda pada Allah jangan jadi nombor dua, cinta mak ayah nombor dua itu tidak mengapa.

Tetapi, seboleh2nya kita tidak mahu menggunakan cara sebegitu. Bukan?

Seboleh2nya, kita mahu gunakan cara yang baik. Bukankah nikah kahwin itu suatu perkara yang baik.

Habis bagaimana? 

" Saya mahu berkahwin, dan sebolehnya saya mahu segera berkahwin. Hubungan saya dan dia telah terlalu lama dan terlalu rapat. Sangat2 khuatir akan terjatuh ke lembah zina, bahkan mukaddimah zina sudah menjadi kelaziman. Tetapi keluarga kedua2 pihak menentang. Mereka suruh habiskan belajar dahulu, sedangkan kami sudah tidak boleh fokus belajar. Saya mahu berbincang dengan keluarga, tetapi saya takut. Saya pasti mereka tidak akan membenarkan. Jadi apa patut saya buat? "

InsyaAllah, saya akan cuba berikan jalan keluar ( nasihat dan cadangan ) untuk masalah ini dalam entri akan datang.


Sekian.

7 comments:

-hazen April 3, 2011 at 11:46 AM  

saya keliru part mampu tu.

kalau boleh tuliskan satu artikel tentang 'bersedia' ok jugak. :D

apa aras-arasnya,

apa kesan-kesannya,


mampu tapi tak bersedia

bersedia tapi tak mampu

ini antara yang bermain-main di fikiran.

SeRiKaNDi_uMaR93 April 3, 2011 at 1:38 PM  

kahwin muda tidak menjadi masalah, andai kedua-dua pasangan sudah matang dan yakin akan saling membantu antara satu sama lain...

yang menjadi kegerunan, kahwin muda atas dasar suka-suka akhirnya berpisah di tengah jalan...

ini yang kita tidak mahu,
kahwinlah bila pun janji kita ada rasa bertanggungjawab ke atas psangan masing-masing....

hafizquran April 3, 2011 at 5:17 PM  

hazen :

insyaAllah..ada ruang, akan ditulis :)

srikandi umar :

sebab itu bab kawin awal ni pro contra dia sgt banyak. cakap setengah2 akan buat orang salah faham, sb yang menegah tu betul dan yang menyarankan pun betul. titik temunya adalah : penuhi syarat2 tertentu spt kesediaan diri, keyakinan utk memikul tggungjawab dan diri sndiri kena ada sahsiah yang baik.

kerdil April 5, 2011 at 11:26 AM  

time kasih diatas perkongsian saudara syafiq yg sy rasa tlh banyak membantu & membuka mata para muda mudi di luar sana yg sdg dlm dilema & tersepit dgn diri sndiri..sy doakn moga kita semua diberi petunjuk agar mndpt pertolongan Allah swt..di sini sy ingin berkongsi sdkt pngalaman sy sndiri yg tlh dpilih Allah swt utk berada pd glngan yg brkahwin muda pd zmn global nie..scra totalnya sy amat bsetuju&bpuas hati dgn sgala pndgn&cdgn yg tlh dilontarkn oleh saudara dlm blog nie..kerana apa??krn sy tlh merasai situasi ini..sy jgk prcya rmai shbt2 di luar sna yg sdg mnglami gejolak jiwa remaja yg pnh mncbr ini..sdikit ltr sy,sy bkahwin pd usia 20thn sama dgn psgn..smemangnya sy tdk pnh mnjgka yg sy akn bkahwin pd usia smuda ini sdg sy msh lagi dlm pngajian..wlubgaimnpn itu bknlah pkara yg mstahil krn sgalanya tlh dirancang oleh Allah swt..jdoh kami adlh dgn plihan sndiri bkn djdohkn oleh ibu bapa..smmgnya bnyk cbaran yg dilalui sblm mndpt restu utk mnyempurnakn iman ini..tp scra rngkasnya yg ingin dikongsikan adlh segalanya akan dpt diatasi sekiranya kita meletakkn kptsn prkahwinan ini adalah niat semata2 krn Allah swt..sy ykn&psti segala prsoalan yg timbul ttg kemampuan,kematangan,jaminan kbhagian slps prkhwinan?? segalanya akn diatur oleh Allah swt..alhmdllh,sdkt crita mngenai rzeki..sblm ini kami hnya bgntng dgn pnjaman pngajian..diizinkn Allah,br2 ini kami tlh bjmp dgn prniagaan yg dpt mmbantu mnjana pndptn khdpn kami..apa yg berbeza sy dpt rasai adlh,sy pnh bniaga sblm bkahwin ttp rezeki dgn bniaga slps berkahwin ini adalah lebih mudah&berlipat kali ganda ;-)sy ykin ini semua adlh janji drpd Allah bg sesiapa yg menyempurnakan agamanya..itu shj yg dpt sy coretkn..sekian..

hafizquran April 5, 2011 at 5:25 PM  

kerdil :

time kasih sudi kongsi cerita, mudah2an jadi iktibar dan motivasi buat pra pembaca yang lain :)

Anonymous April 13, 2011 at 9:55 PM  

sekadar berkongsi dan meluah perasaan

saya berasa sedih apabila membaca artikel ini kerana saya adalah salah sorang yang tidak dapat bernikah awal. keluarga menghalang. ketika pergi bersama keluarga ke rumah pihak perempuan untuk bertanya tentang jodoh, ibubapa pihak perempuan kata, sabar dahulu habis belajar dan kerja dahulu (walaupun saya tahu mereka bersetuju kami berkahwin, tp mst habis belajr n kerja dulu).
ibu bapa si lelaki pulak asyik menghalang, kata nak bagi anak org makan pasir ke, ibu bapa si laki suruh berkerja dahulu, suruh ada duit ekonomi stabil dulu kerana kedua2 pasangan masih belajar (IPTA berbeza dah jauh)..

akibat ibu bapa terlampau suruh ada kerjaya dahulu walaupun dah berapa kali, beribu2 kali pujuk, terang cakap maksiat, terang itu ini. (tp tak penah nak phm2). si laki ambil keputusan berhenti belajar (dah nak masuk tahun 2 ) dan bekerja untuk cari duit, bg depa(ibu bapa) puas hati

si perempuan pulak blaja jugak tp result hacur(tak berapa bagus sbb pernah down teruk satu sem ->baru habis pengajian).

sedih sgt tak dapat berkahwen sebab kata mereka belajar lg... nak belajar pun dah tak leh masuk.. nak masuk cam ne.. jiwa dah kacau... baik berhenti je blaja drpd result hancur. walaupun duduk jauh.. hati teringat2 kat pasangan.. terbayang2. mcm2 buat dah untuk sibuk2 kan diri ini, tak nak bermsg2 tp huh! termsg jugak..!tertelpon jgk!
selamat iman masih ada lagi..! n pegangan agama kuat lagi.. kalu tak! mmg hancus!

dan sekarang saya dah dapat keje, saya nak kawin jugak.. peduli lah, dorg yg suruh sgt, keje dulu, keje dulu.. pas kahwin nt saya nak sambung belajar balik buat pjj.. bukti kan pada korang(kedua ibubapa dan bakal mertua), igt saya tak mampu kah hah! saya akan bukti kan! (ter"emotional")

p/s1: hub kami mmg dah lama.. kami tak nak rosakkan nye.. dari pertengahan 2008 sampai sekarang(mula2 knl mmg tak tgk muka~~ selepas 4bulan lebih kenal baru tgk muka.)dan berharap sgt. pengorbanan berhenti blaja ni, sy dpt kahwin bulan10 ni..(sedih sgt T_T)

p/s2: yg pelik nye dorg suruh tunang dulu baru nikah.. aduh! apa benda lah hukum manusia ni menyusahkan...

p/s3: beruntung sgt sapa2 yg dapat kawen semasa blajar..(nikah dapat, blaja pun dpt)

wslm maaf jika ada terkasar

hafizquran April 19, 2011 at 5:01 AM  

anon :

maaf lambat balas komen saudara. terima kasih sudi berkongsi, apa termampu, saya doakan saudara diberi kekuatan n ketabahan utk hadapi semua tu.

apa yang penting, tekad kita kena sandarkan pada ALlah, jgn smata2 semangat or dendam. dari situ, akan lahir kekuatan dan hemah kita sbg lelaki.

pepatah arab sebut ; hemah seorang lelaki dapat meruntuhkan gunung.

gud luck!

Archive Blog