Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

05 April 2011

Kahwin Muda Dan Tahap Wajib Kahwin


 gambar hiasan


Perkahwinan adalah suatu benda yang cukup berat. Ia melibatkan soal amanah, tanggungjawab dan hubungan yang berterusan sehingga mati. Ia juga merupakan perbincangan tentang suatu alam yang penuh dengan dugaan dan cabaran, baik dari segi lahiriah mahupun batiniah.

Nikah kahwin suatu perkara yang berat. Memang berat.

Bermakna , bukan calang2 orang yang 'lepas' untuk masuk ke alam tersebut. Ibarat kata, kalau belum penuh ilmu di dada, jangan berani2 cakap pasal kahwin. Lebih kurang begitulah.

Tetapi hari ini, kita bercakap tentang perkahwinan untuk golongan muda, atau dengan istilahnya kahwin muda. Bukan bermakna perkahwinan itu untuk golongan tua. Tetapi perbincangan tentang nikah muda lebih kepada golongan remaja yang pada pandangan umum belum lagi matang, tidak mempunyai kerjaya, masih belajar dan sebagainya.

Sudah tentu, pernikahan atau alam perkahwinan yang merupakan perkara berat, sukar untuk dipadankan dengan golongan muda, yang kebanyakannya masih mentah dan ditakuti tidak berupaya menanggung tanggungjawab perkahwinan yang berat tersebut.

Dari situ, wujudlah perbincangan dan perbezaan pendapat tentang kahwin muda. Boleh atau tidak. Wajar dibenarkan atau wajar disekat. Belajar dulu atau kahwin semasa belajar. Wajib ada kerja dulu atau tidak. Serta berbagai2 perbincangan yang lain.

Baik, dalam entri yang lepas telah saya sebutkan serba sedikit gambaran tentang kahwin muda. Sekali baca, kelihatan pandangan saya begitu condong kepada menggalakkan kahwin muda, dan mungkin juga kelihatan 'menghentam' golongan yang menyekat atau tidak membenarkan kahwin muda.

Kali ini, biar kita bincangkan secara keseluruhan dengan jelas.


HUJAH

Pertama sekali kita perlu faham, bahawa pihak yang menggalakkan ada hujahnya dan pihak yang melarang juga ada hujahnya. Seperti biasa, kita mahu mencari kebenaran. Bukan mahu sengaja memberi menang atau condong kepada mana2 pihak.

Kedua, perbincangan tentang kahwin muda bukan perbincangan yang bersifat objektif atau tetap. Ia suatu perkara yang subjektif. Dengan kata lain, ia bergantung pada individu dan keadaannya.

Seperti yang kita sedia maklum, hukum nikah tidak akan lari dari 5 hukum sedia ada. Samada ia menjadi wajib, sunat, harus, makruh ataupun haram. Maka, perbincangan tentang mahu membenarkan nikah awal ataupun melarangnya, sangat2 bergantung kepada 5 hukum tersebut.

Jadi, perlu faham dengan baik2. Saya ringkaskan seperti di bawah :

Situasi A : Seorang pemuda yang mahu berkahwin, sudah mempunyai pasangan, tetapi belum mempunyai kerjaya yang tetap atau masih belajar.

Dalam keadaan di atas, hukum berkahwin ke atas pemuda tersebut masih di tahap harus semata2. Jadi, kalau satu pihak mahu menggalakkan dia berkahwin muda , maka hukumnya harus. Kalau satu pihak mahu melarang dan menyuruh supaya difokuskan pelajaran, juga harus. Pada saya, pendapat kedua lebih baik. Iaitu berusaha menumpukan perhatian pada pelajaran terlebih dahulu.

Situasi B : Seorang pemuda yang mahu berkahwin , sudah mempunyai pasangan, belum mempunyai kerjaya, tetapi tidak mampu menjaga perhubungan antara dia dan pasangannya. Kerapkali terjebak dengan maksiat dalam perhubungan tersebut. Tidak lagi dapat menumpukan perhatian pada pelajaran, begitu juga pasangannya.

Dalam keadaan di atas, hukum berkahwin ke atas pemuda tersebut adalah wajib. Bukan lagi harus mahupun sunat. Ini kerana, dia berada dalam keadaan melazimi maksiat atau zina, dengan asbab dia menangguhkan perkahwinan. Kalau satu pihak mahu melarang dan mencegah dia dari berkahwin muda, maka itu salah sama sekali. Seharusnya, semua pihak mendorong beliau supaya dapat berkahwin walaupun masih muda.

Baik, sekarang saya nyatakan dengan jelas. Pendapat saya, golongan yang berada dalam situasi B adalah wajib berkahwin. Dan saya sangat menyokong alternatif 'nikah khitbah' kepada golongan2 seperti ini. Dan selepas ini, perbincangan saya tentang 'kahwin muda' adalah khusus kepada golongan yang berada dalam situasi ini sahaja. Iaitu wajib kahwin. Bukan yang sunat, bukan yang harus.



KENAPA HALANG ?

Semua orang tahu, pihak yang melarang kahwin muda kebanyakannya mempunyai hujah yang sama, iaitu belum cukup pengalaman, tidak matang, tidak ada kemampuan dan yang sewaktu dengannya. Saya tidak menafikan bahawa ini merupakan satu risiko, disebabkan perkahwinan itu suatu perkara yang berat.

Tetapi dalam masa yang sama, mereka berdepan dengan satu lagi risiko yang lebih besar, iaitu zina. Zina ialah suatu maksiat kepada Allah yang sangat besar dosanya, bahkan ia mengakibatkan rosaknya keturunan, penyakit kelamin, gejala buang bayi dan aids. Mudharat atau risiko ini sangat2 besar berbanding mudharat atau risiko tidak berapa matang, kurang berkemampuan , belum bekerja, masih belajar dan sebagainya.

Maka kita menggunapakai kaedah fiqh , iaitu menimbang antara dua mudharat. Selepas ditimbang, terbukti mudharat kedua iaitu zina lebih besar, berbanding mudharat pertama. Maka, mahu atau tidak, kita wajib mengambil mudharat kedua yang lebih ringan. Lalu, kahwinkan mereka dalam usia yang muda adalah langkah terbaik.

Masihkah dapat kita bertoleransi dengan golongan2 yang masih berkeras melarang, sedangkan situasi anak2 mereka sudah berada di tahap yang begitu serius? Masih lagikah kita mahu bertangguh2 dan 'meraikan' pendapat mereka sedangkan setiap hari berlaku kemungkaran dan kemaksiatan kepada Allah yang begitu dahsyat..?

Cubalah letakkan agama di depan. Letakkan maqasid syar'iah itu di depan. Syariat ini Allah turunkan semata2 untuk mengislahkan manusia dan mengelakkan manusia dari mudharat. Lalu kenapa masih kita berkeras sedangkan kemudharatan bertimpa2 di depan mata?

gambar hiasan


PUASA

Ini juga suatu isu. Ada golongan berpendapat, janganlah diambil hadis tentang anjuran berkahwin itu sekerat2. Sabda Nabi s.a.w : " Wahai pada pemuda, barangsiapa yang mempunyai kemampuan dari kalangan kamu, maka berkahwinlah, kerana kahwin itu boleh menjaga pandangan dan boleh menjaga kehormatan. Jika kamu tidak mampu maka berpuasalah, kerana pada puasa itu ada penjagaan "

Kata mereka, nabi anjurkan berpuasa untuk orang yang tidak mampu berkahwin. Lalu, golongan2 yang berada dalam keadaan wajib kahwin pun disekat dengan hujah yang sama. Pada saya, ini jelas sekali tidak memahami syariat. Islam bukan suatu agama yang sedemikian zalim, sehingga membebankan manusia dengan apa yang dia tidak mampu. Islam itu agama rahmat, jadi jangan sampai kerana kita, orang lain gagal melihat rahmatnya Islam.

Anjuran berpuasa itu terpakai untuk golongan yang hukum kahwin pada mereka masih di tahap harus mahupun sunat. Adapun di tahap wajib, ia tidak terpakai. Sebaliknya wajib berusaha dan ditolong semampu mungkin untuk mereka berkahwin.

Ada juga pendapat yang menganjurkan mengembara, supaya dapat melarikan fokus daripada berkahwin. Sekali lagi, pendapat ini terpakai untuk keadaan harus dan sunat sahaja. Adapun dalam keadaan wajib, ia lebih merosakkan berbanding memberi kebaikan.

gambar hiasan


MAMPU DAN BERSEDIA

Golongan yang berada dalam keadaan wajib kahwin ini wajar dibantu, bukan dikritik. Mereka ini ada kalanya tidak mampu tetapi sudah bersedia. Mereka bersedia untuk menjadi seorang suami, untuk memikul tanggungjawab, untuk menjadikan kahwin sebagai wasilah berubah dan menjadi seorang hamba Allah yang lebih baik. Tetapi mungkin mereka belum mampu terutama dari segi kewangan.

Patutkah diminta hantaran berbelas ribu pada mereka? Patutkah ditagih kerjaya tetap, berkereta dan mempunyai rumah pada mereka? Sebenarnya, ini yang menjadikan mereka tidak mampu. Tidak mampu kerana mereka dibebankan. Tetapi kalau tidak dibebankan, saya optimis mereka sebenarnya mampu.

Rezeki itu di tangan Allah, bukan manusia. Asalkan mereka ada tekad yang baik, niat yang ikhlas, bersedia menanggung tanggungjawab, bukan bermain2, serius mahu berubah, maka mereka wajar ditolong. Salah satu caranya adalah dengan mempermudahkan perkahwinan kepada mereka.

Apabila kita permudahkan kepada mereka, maka jadilah mereka orang yang mampu dan bersedia. Jadi tidak timbullah soal kemampuan dan sebagainya. Apa yang lebih penting adalah individu muslim dan bait muslim terlaksana dengan baik.



NERACA WAJIB KAHWIN

Baik, saya mahu timbulkan soal wajib kahwin.

Sebenarnya, keadaan mana yang dikira sebagai wajib kahwin..?

Ini kerana, istilah wajib kahwin itu kedengaran begitu 'aib' pada sebahagian orang, sedangkan dalam masa yang sama mereka tidak sedar yang mereka berada dalam keadaan tersebut!

Mudahnya begini.

Pada mereka, orang yang tidak tenteram hidupnya, bergelodak nafsunya, sampai tahap tak boleh tengok perempuan, sampai tahap kalau tidak dapat kahwin, comfirm akan berzina, cari pelacur dan sebagainya, maka inilah orang yang berada dalam tahap wajib kahwin.

Habis bagaimana pula dengan orang yang tidak sampai ke tahap tersebut, tetapi setiap hari terjebak dengan maksiat dalam perhubungan?

Umpamanya, kerapkali bertemu ( dating ), berpegangan tangan, bercumbu2an , ringan2 ( tidak sampai ke tahap berzina ), bercakap dengan kata2 yang menaikkan nafsu syahwat dan sebagainya?

Itu keadaan pertama.

Keadaan kedua , jarang bertemu, tetapi sering berhubung di telefon, di internet, main sms, ayat2 jiwang, bergayut siang malam dan sebagainya?

Apakah kedua2 keadaan ini bukan keadaan wajib kahwin..?

Habis hukumnya apa? Harus? Sunat?
 

HARAM

Apa yang diharamkan oleh Allah dalam bab hubungan lelaki dan wanita adalah jelas. Baik dari segi melihat, bercakap dan bersentuhan. Segala nas dan dalil ini adalah qat'ie dan tetap. Haram tetap haram. Bahkan ia turut dinamakan sebagai 'zina' dalam hadis. Mata yang berzina, telinga yang berzina dan tangan yang berzina. Apatah lagi kalau sehingga melibatkan nafsu syahwat.

Saya percaya, zaman ini, ramai pasangan yang bercouple dan berada dalam situasi ini. Tetapi mereka tidak merasakan mereka di tahap wajib kahwin. Mereka tidak merasakan apa yang mereka buat sebagai dahsyat atau teruk. Mereka tidak merasakan mereka dalam keadaan 'terdesak' sehingga wajib kahwin cepat2. Mereka tidak merasakan mereka akan terjerumus dalam lembah penzinaan pun kerana mereka kononnya 'menjaga'.

Pada saya, semua situasi itu adalah situasi wajib kahwin. Kerana tidak ada istilah sunat mahupun harus untuk keadaan2 yang melibatkan perkara haram dan kemaksiatan kepada Allah. Hanya perkahwinan merupakan jalan keluar kepada pasangan2 yang berada dalam semua situasi di atas.

Malangnya, ramai yang berada di tahap wajib kahwin, tetapi langsung tidak menyedari hakikat tersebut. Maka hiduplah mereka dalam dosa dan kemaksiatan setiap masa dan waktu.


ISU ZINA DAN GILA SEKS

Kadang2, bila kita bercakap soal mendorong golongan muda supaya segera berkahwin dengan sebab2 yang dibincangkan di atas, maka akan timbul pula satu pendapat, yang mana seolah menyatakan saranan kita sebagai tidak relevan.

Ada pendapat yang menyatakan bahawa kahwin bukan 'ubat' kepada kaki zina dan kaki seks bebas.

Benar. Saya setuju seratus peratus. Bahkan saya tidak pernah menyatakan bahawa kahwin muda adalah ubat kepada orang muda yang kaki zina dan kaki seks bebas.

Kahwin adalah satu wasilah untuk memperbaiki diri dan menjaga perhubungan serta mengelakkan zina. Apabila berada dalam dunia penuh tanggungjawab, mereka akan mula berubah ke arah yang lebih baik, dan dalam masa yang sama tuntutan nafsu mereka juga terjaga.

Tetapi terkecuali di sini manusia yang mahu berkahwin semata2 kerana nafsu dan seks!

Kalau kita menyuruh mereka untuk segera berkahwin semata2, maka kita sebenarnya meletakkan mereka dalam mudharat yang lebih besar. Apa yang mereka fikir hanyalah tentang seks, maka apa jaminan kita bahawa selepas berkahwin mereka akan tenteram dan berhenti dari mengamalkan seks bebas? Tidak mustahil, tabiat tersebut menjadi lebih teruk dan tekanan dalam alam rumahtangga akan membawa kepada perceraian.

Tidak, saya sama sekali tidak bersetuju dengan keadaan di atas. Berkahwin atas dasar nafsu semata2 bermakna perkahwinan tersebut akan runtuh bila2 masa sahaja.

Ubat kepada maksiat tersebut adalah taubat. Tujuan perkahwinan perlu disedarkan kepada mereka terlebih dahulu. Ada step dan peringkatnya. Bukan sembrono kita galakkan supaya berkahwin muda. Jauh sekali untuk membiarkan mereka berseronok semata2.

Dan untuk melakukan semua kerja di atas, kita perlukan tenaga yang ramai. Seharusnya, semua pihak berpakat untuk menjayakan misi kahwin muda kepada generasi hari ini. Hubungan mereka dengan Allah sudah tentu menjadi agenda utama kita dalam mengajak mereka ke arah perkahwinan mengikut syariat.


KESIMPULAN

Pada saya, usaha ke arah menggalakkan remaja hari ini supaya berkahwin adalah suatu usaha yang sangat baik. Pelbagai pihak patut menyumbang dalam menjayakan usaha seperti ini. Alangkah bagus jika ada pihak yang memberi fokus dalam usaha menyedarkan golongan muda ini tentang Islam, tentang hubungan mereka dengan Allah, pembinaan jatidiri sebagai muslim yang mukmin dan sebagainya. Satu pihak yang lain pula memberi fokus dalam usaha membantu mereka mendapatkan sumber kewangan untuk berkahwin, membantu mereka dalam membuat perancangan hidup dan sebagainya.

Seandainya usaha2 ini dilaksanakan, dan golongan muda tidak lagi melihat perkahwinan sebagai jalan keluar yang mustahil bagi mereka, saya optimis, gejala sosial yang semakin merosakkan anak muda kita hari ini akan dapat dikurangkan.

Semoga Allah menyinari hati2 kita dengan petunjukNya. Amin


Sekian.

10 comments:

Kumbang Jingga April 5, 2011 at 2:48 AM  

artikel yg bagus...pasal kawin time belajar tu sy setuju...lebih baik fokus pada stdy dulu kalau dpt menjaga hubungan kan..belum lg jatuh wajib sbb belum lg ada nafkah...even patutnya tak leh kapel sebelum nikah time stdy...hehehe...

Shaker™ April 5, 2011 at 3:00 AM  

doakan saya cepat kawen abi... hahaaa.... tahap haram xkawen nih...ngeh2....

hafizquran April 5, 2011 at 5:16 PM  

kumbang jingga :

betul, lebih baik fokus pd study kalau betul2 dapat jaga hubungan. tp pada sy, jatuh wajib bkn sbb blum ada nafkah. jatuh wajib sebab bgelumang dgn maksiat dan zina.

ket :

Ya Allah permudahkanlah jodoh sahabatku ini, tunjukkanlah dia jalan ke arah bait muslim yg Engkau redhai, dan tetapkan imannya dalam istiqamah bjuang di jalanMU...amin :)

Anonymous April 9, 2011 at 5:08 PM  

untuk mereka yg berada di tahap wajib kahwin, sekiranya mereka mula sedar dan bertaubat, adakah hukumnya masih wajib bagi mereka? berdosakah jikalau mereka mahu menangguhkan perkahwinan utk memberi masa kpd mereka utk bertaubat dan menghayati Islam?

hafizquran April 10, 2011 at 12:49 AM  

anon :

terkecuali bg mereka yg benar2 berhenti dan bertaubat, kerana tindakan tersebut tidak lagi meletakkan mereka dalam situasi wajib kahwin yg saya ceritakan.

fiirr April 10, 2011 at 6:29 PM  

utk mereka yg pasangannye jauh...berbeza negara...cume cntact mlalui chatting....jujur ckp..tetap rase bsalah bile mngingati insan yg bukan mahram..tp susah utk mbuang fikiran dr teringat. niat di hati utk bnikah itu ade.....tp jarak yg jauh dan msing2 tgh belajar..doakan kami dmudahkan urusan utk mdpt keberkatan hidup dr Nya.

sy sgt yakin tentang kalau foundation suatu hubungan itu x dberkati oleh Nya..bgaimane nk harap hbungan pkhwinan nti mjadi lebeh baek..bgaimane?

Danial Razali April 18, 2011 at 11:42 PM  

ana? keh3

hafizquran April 19, 2011 at 4:57 AM  

fiirr :

pointnya, jagalah hubungan sebelum kahwin, mudah2an Allah jaga hubungan selepas kahwin.

Danial :

aula. he2.

aku hanya hamba ALLAH... May 25, 2011 at 7:40 PM  

jalan terbaik bg pemuda ialah solah istigharah...dari situ Allah aka menunjukkan jalan yang sepatutnye...

orang mude zaman sekarang takut kawen mude..katenye nak kumpul harte..tapi berape ramai dr golongan2 yg dah berjaye..dapat bertahan dalam perkahwinan..pokok nye..bukan persedian harta yang harus diawalkan..dah bersedia atau blm ad lah ketentuan kite sendiri...

saya berkahwin umur 20..sudah mempunyai 2 cahaya mata..al-khawarizmi dan najah zahirah..pada mulanya rase tak bersedia jugak..tapi..saya berkahwin kerana saya ingan menjaga hubungan saya dengan ALLAH..Alhamdulillah..hidup saya sekeluarga bahagia...

apa2 yg kita buat..jangan didahulukan duniawi kerana ia tak berkelebihan lansung untuk kita..

BUAT LAH KERANA ALLAH,RASUL, dan ISLAM..InsyaALLAH ALLAH permudahkan..n solah 5 waktu jangan tinggal...itu kunci kejayaan..

ws.:)

Ilham Fiq Ahmad May 25, 2011 at 7:56 PM  

ahhA :

tahniah kerana bjaya jadi bapa dalam usia muda , n terima kasih atas perkongsian kisah anda. moga2 boleh jadi motivasi pada yang lain :)

Archive Blog