Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

29 April 2011

Ingatkan Majlis Akad Nikah..


gambar dari Themalaysianinsider.com



Kebiasaannya, kalau nampak gambar orang ramai2 berkumpul dalam masjid, tentulah ada kematian ataupun majlis akad nikah. Memang orang kita begitu. Bahkan ada juga yang memang ke masjid bila berlaku dua perkara itu sahaja.

Tengah2 membaca beberapa berita di internet, terbaca lagi isu tentang video tuduhan zina. Sejujurnya, saya dah naik muak untuk membaca lagi tentang isu tersebut untuk ke sekian kalinya. Bukan untuk kes ini sahaja, bahkan kes2 sebelum ini pun saya tak ingin nak baca. Bukan nak menjadi warga yang tidak prihatin, tetapi seolahnya hanya itulah cara untuk 'memprotes' kejelikan dan kemualan yang semakin 'dirancakkan' oleh pihak pemerintah.

Negara yang sedang membawa rakyatnya ke arah konflik akhlak dan adab yang begitu serius.

Tapi hari ini gambarnya agak menarik. Kelihatan seperti upacara akad nikah. Rupanya saya silap. Mana ada orang akad nikah pakai baju kalis peluru.

Oh. Orang bersumpah laknat rupanya.

Hendak saya ulas, rasanya tidak tahu lagi sudut mana yang mahu disentuh. Para ulamak rasanya sudah memainkan peranan yang baik dalam menjelaskan hukum sumpah tersebut. Di dalam Islam, sesiapa yang menuduh orang berzina mahupun meliwat, wajib ke atasnya membawa 4 orang saksi.

Ini hukum Islam yang jelas.

Sebagaimana kita baca dalam sejarah, kisah Saidina Umar yang pada suatu ketika keluar mahu ke masjid dan ternampak dua orang sedang melakukan perbuatan maksiat. Maka apabila selesai solat di masjid, beliau bertanya kepada sahabat2nya.

" Bagaimana sekiranya aku, seorang khalifah, amirul mukminin, melihat perbuatan maksiat dan aku mahu menghukum mereka? "

Lalu para sahabatnya menjawab : " Adakah kamu mempunyai 4 orang saksi? Sekiranya tidak, maka dikenakan 80 kali sebatan "

Serta merta Saidina Umar menjawab : " Sesungguhnya aku tidak melihat apa2 pun!"

Itu dari sejarah.

Dari segi kaedah pun sudah jelas dan terang. Al bayyinah 'alal mudda'ie , wal yamin 'ala man ankara . Maksudnya : Orang yang menuduh perlu mendatangkan bukti dan saksi, manakala orang yang dituduh pula perlu bersumpah.

Sekarang situasi sudah terbalik. Langit kat bawah , bumi kat atas. Sunnah Allah dilanggar sewenang2. Maka mengambil hukum apa lagi yang lebih baik selain dari Islam?

Seorang yang menuduh orang berzina, bila tidak dipercayai, sewenang2 mahu bersumpah, dan berharap dengan sumpahnya akan membenarkan tuduhan2 yang dibuat. Hukum mana yang anda pakai wahai saudaraku yang beriman?

Saksi dalam Islam pula perlu cukup 4 orang. Video pula tidak boleh dijadikan sebagai bukti. Kesemua perkara ini dibahas dan ditetapkan dalam Islam dengan hikmah2nya yang tersendiri. Rasanya zaman moden ini, tidak susah pun untuk belajar tentang hukum2 sebegini.

Tanya saja 'pakcik google' , pasti akan dapat jawapannya.


JABATAN AGAMA

Fungsi jabatan ini adalah menjaga hal ehwal agama. Paling penting, perlu diterajui oleh orang yang amanah. Orang yang tidak ada kepentingan. Apabila anda duduk di satu kerusi yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga hal ehwal agama, sewajarnya anda bersikap adil. Sedarlah wahai hamba Allah, setiap detik dalam kekuasaanmu akan ditanya oleh Allah satu persatu.

Satu per satu.

Sesungguhnya api neraka itu sangat2 panas dan seksaan di dalamnya sangat2 dahsyat. Bertaqwalah kepada Allah wahai sang pemimpin.

Telah terlalu jauh dibiarkan penyelewengan ini. Sudah terlalu banyak ketempangan yang berlaku.

Masakan penceramah yang mahu menyampaikan ilmu agama dihalang lantaran ketiadaan tauliah. Tetapi upacara yang langsung tiada dalam Islam, dibenarkan sewenang2nya dilakukan? Kebobrokan apakah ini wahai sang hamba? Kamu adalah hamba. Tuan kamu adalah Allah.

Bertaqwalah!

Umat ini sudah cerdik. Mereka tidak boleh diperolok2kan dengan kata2 manis lagi. Mereka sudah masak dengan segala permainan dan segala bentuk manipulasi.

Itu tidak mahu saya sentuh. Saya bukan pengulas politik.

Tetapi rasanya kekecewaan ini telah lama bersarang. Ini soal agama, bukan peribadi. Ke arah mana mahu di bawa umat yang kita sayangi? Sejauh mana kejelikan moral mahu terus dibiarkan di dada2 akhbar?

Takutlah pada Allah!

DIA punya kuasa yang tidak dipunyai oleh sesiapa. DIA akan menghukum satu persatu kesalahan yang kita lakukan di dunia. DIA Maha Dahsyat dalam menyeksa orang2 yang menderhaka kepadaNya.

Neraka yang dimilikinya bukan api biasa2. Engkau akan dibakar tanpa bertemu kematian. Dalam Al-Quran Allah bagi warning tentang kedahsyatan ini. Setiap kali kulit ahli neraka hangus terbakar , Allah terus ganti dengan kulit yang lain pula.

Hangus lagi, ganti lagi. Hangus lagi, ganti lagi. Supaya apa? Supaya mereka2 ni merasai AZAB.

Bukan calang2 azab. Tempohnya pula lama. Sehari di neraka, seolah seribu tahun kita di dunia. Berapa banyak kali kulit kita akan terus berganti dan dalam masa yang sama terus menanggung kesakitan dari bakaran api neraka?

Sungguh! Seksaan ini untuk orang2 yang melampaui batas.

Orang2 yang mempermainkan hukum agama. Orang2 yang menyembunyikan kebenaran di bawah kerusi empuk mereka. Orang2 yang tidak sedar bahawa Malaikat maut akan menjelma di hadapan mereka bila2 masa sahaja!


.

Hari ini hari jumaat. Semoga ada maghfirahnya untuk orang2 yang mahu bertaubat.

Sekian


7 comments:

Cikli April 30, 2011 at 12:12 AM  

kalau betul nak bersumpah, naik atas mimbar, pegang tongkat. tangan kanan di telinga.

Ilham Fiq Ahmad April 30, 2011 at 1:22 AM  

Cikli :

hehe. itu dah gaya nak mix khutbah dgn azan..:)

~PENCHENTA~ April 30, 2011 at 10:39 PM  

Allah. Politik memang begitu ya? :(

Ilham Fiq Ahmad April 30, 2011 at 11:49 PM  

penchenta :

begitulah, apabila politik menjadi mainan keji manusia..

shaker May 1, 2011 at 1:22 AM  

makin sedih tgk politik negara yang semakin punah dan ranah disebabkan 'orang' ni.. moga allah beri petunjuk kepada kita..

p/s : xsabar nak tggu www.hafizquran.com dilancarkan.. hehee

Ilham Fiq Ahmad May 1, 2011 at 3:10 AM  

ket :

negara menunggu kepulangan pengislah seperti ket..insyaAllah :)

p/s : kan aku da habaq domain tu dah xleh ambik..kena cari domain lain..hu2

Husna Izzati Jaafar May 4, 2011 at 11:32 PM  

teringat statement jahil seorang bekas pemimpin ngara kita;jangan campur adukkan agama.agama akan tetap jadi agama.selamanya takkan boleh masuk dalam politik.
bukan ke politik perlukan agama sebagai tunjangnye?
memang dunia dah tunggu masa.

Archive Blog