Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

19 April 2011

Blog : Imbasan Nikmat



Kalau kita tergolong dalam golongan manusia yang sempurna anggota tubuh badan, pernahkah kita terfikir, andaikata kita kehilangan salah satu dari anggota tersebut?

Kalaulah diberi pilihan untuk dikorbankan, anggota manakah yang paling ringan untuk kita korbankan? Sudah tentu, kita tidak akan sanggup mengorbankan mana2 anggota tubuh badan kita sekalipun.

Tetapi kalau terpaksa juga dikorbankan, kehilangan anggota manakah yang kita rasakan paling ringan?

Korbankan sebatang jari tangan?
Atau semua kuku di jari?
Dua batang gigi?
Kelopak mata?
Cuping telinga?

Sebutlah apa sahaja yang ada pada tubuh badan kita, jika diberi pilihan untuk dikorbankan, nescaya kita akan menolak. Tetapi pernahkah kita sedar, bahawa semua anggota2 tersebut tidak akan dirasakan sebagai suatu NIKMAT oleh manusia, kecuali pada satu keadaan sahaja.

KEHILANGAN

Apabila salah satu dari anggota2 tersebut ditarik oleh Allah daripada kita, saat itulah baru terasa nikmatnya anggota tersebut.

.

.

Lebih seminggu gagal mendapat akses ke blogspot, sedikit sebanyak memberi kesan pada diri saya. Barulah terasa betapa akses itu merupakan satu nikmat yang besar. Tapi itu baru blog, tiada kaitan pun dengan anggota tubuh badan.

Bersyukurlah kawan, sementara nikmat masih Allah kekalkan..



p/s : Alhamdulillah, sudah dapat akses seperti biasa. Harapnya problem yang sama tidak berulang.

4 comments:

Latifah April 19, 2011 at 11:29 AM  

Allahurabbi...
walaupun masalah datang silih berganti, syukur, masih sempurna anggota tubuh badan untuk menghadapi setiap halangan.
Terima kasih Allah.

Anonymous April 21, 2011 at 4:19 PM  

assalam. bagaimana hendak sujud syukur? apa kaifiat nya? adakah takbir ketika berdiri atau ketika duduk? selepas sujud syukur perlu kah memberi salam seperti solat fardhu biasanya? duduk iftirasy ke duduk tawaruk? harap dapat explain detail.

adakah betul yg slalu ana lakukan seperti ini:

1)takbir ketika duduk (niat)
2)sujud ucap dalam hati sahaja dlm bhs melayu
3)duduk tawaruk, n bagi salam

mana lebih afdal? slt sykr au sjd sykr?

ikhlas drpd: hamba ALLAH

Anonymous April 25, 2011 at 12:03 AM  

ustaz syafiq
ana suka membaca entry2 ustaz
suka membaca pandangan ustaz
boleh ustaz kongsikan pandangan ustaz tentang politik permai tahu ini?

syukran

Ilham Fiq Ahmad April 25, 2011 at 12:16 AM  

anon 12:03

sebagai orang baru, sy lebih bnyk memerhati. insyaAllah, pandangan utk dikongsikan akan menyusul.

Archive Blog