Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

03 March 2011

Si Cantik Yang Gelisah




Kalau kita perhatikan dalam nas2 Al-Quran mahupun Sunnah, kita akan dapati bahawa tujuan utama manusia diciptakan Allah hanyalah untuk diuji semata2. Jika taat maka dimasukkan ke syurga, jika kufur maka dimasukkan ke naraka. Dan ujian Allah itu dinilai dari sudut Ibadah dan Pentadbiran.

Dalam Al-Quran Allah menyatakan bahawa : Tidak aku jadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah. Di dalam ayat yang lain, Allah menyatakan kepada Malaikat dalam peristiwa penciptaan Adam : Sesungguhnya aku telah jadikan manusia sebagai khalifah ( pentadbir ) atas muka bumi.

Kalau kita benar2 memahami dan menghayati kedua2 maksud Allah dalam ayat di atas, kita akan dapati bahawa kehidupan kita sehari2, samada tahun2 yang lepas atau akan datang, tidak lebih dari untuk diuji dan dicuba oleh Allah semata2.

Kalau kita lulus, akhirat nanti masuk syurga. Kalau kita gagal, akhirat nanti masuk neraka.

Tidak kira bagaimana keadaan kita hari ini, miskin atau kaya, tua atau muda, cantik atau tak cantik, kita dalam tempoh ujian yang hanya akan berhenti apabila kiamat menjelang. Nah! Sekarang berapa ramai yang sedar hakikat di atas dalam kehidupannya sehari2?


Cantik

Ada orang diberi Allah dengan satu kelebihan, iaitu kecantikan rupa paras. Ada orang berpendapat cantik itu subjektif, bukan hanya rupa paras semata2. Tetapi biarlah di sini kita ambil contoh tentang rupa paras, kerana itu adalah tilikan utama manusia untuk mentakrifkan erti 'cantik'.

Seringkali si cantik menganggap kawan2nya yang kurang cantik sebagai tidak bernasib baik, atau tidak beruntung seperti dirinya. Biasalah, kawan2nya ada yang kurang cantik bahkan ada yang 'tak cantik' , maka mereka hanya dipandang sebelah mata sahaja. Manakala yang kurang cantik pula, senantiasa memandang si cantik sebagai satu tahap lebih tinggi dari mereka, dianggap lebih bertuah, lebih mulia dan sebagainya.

Fenomena ini sudah sebati dalam masyarakat kita hari ini sehingga menjadi suatu perkara yang tersangat susah untuk diubah.

Dunia hari ini sudah sebati dengan berkiblatkan barat bagi membuat pertimbangan tentang kaya atau miskin, cantik atau tidak cantik, glamour atau tidak glamour dan sebagainya. Dalam bab cantik atau tidak, barat juga yang menjadi tempat suluhan. Maka artis2 yang cantik serta para model diberi tempat yang cukup tinggi sebagai idola pada masyarakat.

Dalam keadaan tersebut, mereka yang diciptakan oleh Allah sebagai cantik dari segi rupa parasnya, turut sama terikut2 dengan penyanjungan tersebut sehingga ada di antara mereka yang menjadi kaya dan glamour meskipun tiada kepandaian apa2.

Hakikatnya, orang yang cantik atau tidak cantik, kedua2nya sama2 diuji oleh Allah dengan ujian yang sama berat. Jika tidak, maka di mana letaknya keadilan Allah ta'ala kepada manusia? Tidak, Allah jadikan setiap sesuatu dengan sejuta hikmah yang tersendiri.

Firman Allah ta'ala : Adakah kamu menyangka aku menciptakan kamu secara sia-sia ?

Kita melihat si cantik sebagai bertuah, sedangkan mereka mungkin pada masa yang sama melihat kita sebagai orang yang bertuah. Kita melihat mereka bertuah kerana disanjung, dipuja, ramai peminat dan sebagainya, sedangkan mereka melihat kita sebagai lebih bertuah kerana aman daripada fitnah. Semuanya kerana masing2 tidak sedar akan hakikat ujian yang diberikan kepada diri masing2.

Maknanya si cantik itu juga gelisah dalam hidupnya. Meskipun orang menilai dirinya bertuah, tetapi dia tidak mengecapi nikmat bertuah tersebut, lantaran hanya dirinya yang merasai hakikat ujian yang Allah berikan kepada dirinya.

Ada orang bertanya ; salah aku kah kerana ditakdirkan menjadi si cantik?

Jawabnya ; tidak, selama mana kau tidak menyalurkannya ke jalan yang salah.


Ujian

Orang yang sedar akan hakikat ujian berupa kecantikan akan sentiasa berhati2 dalam setiap tindakannya. Namun amat malang bagi yang masih belum sedar akan hakikat ujian tersebut. Banyak dari mereka yang terleka dalam dunia mereka sendiri, lantaran seringkali dipuja dan dipuji.

Mereka menjadi tumpuan sang lelaki dan mungkin saja menerima lamaran dari sang kumbang setiap hari. Ke mana sahaja mereka pergi maka pasti tumpuan akan diberi. Mereka senang sekali melirikkan senyuman menggoda kepada lelaki dan begitu seronok apabila senyuman dan lirikan mereka mendapat perhatian dari sang lelaki. Pada mereka, satu kepuasan yang sangat tinggi jika lebih ramai lelaki yang tergila2kan mereka sedangkan mereka hanya mahu bermain2 dan 'test market' sahaja.

Gejala2 kufur nikmat sebegini sebenarnya lahir dari sebab tidak faham akan hakikat ujian yang Allah beri. Mereka mengatakan itu sebagai nikmat. Ya, ia memang nikmat. Tetapi sedarkah anda bahawa segala nikmat yang anda kecapi di atas muka bumi ini akan ditanya satu persatu oleh Allah ta'ala di akhirat nanti?

Firman Allah ta'ala : Kemudian kamu akan ditanya pada hari kiamat akan segala nikmat2 ( di dunia ).


Sedar

Biasanya, mereka2 yang terleka ini akan kembali sedar apabila ditimpa sesuatu musibah oleh Allah ta'ala. Umpamanya, dalam bab percintaan. Sangkanya, apabila ramai lelaki tergila2kan dirinya, maka apabila dia mahu memiliki suami, ia akan menjadi suatu yang tersangat mudah. Kata mereka, 'petik jari' sahaja, pasti ramai yang datang.

Namun, setelah puas bermain2 dengan perasaan berpuluh2 lelaki, tiba masa mahu benar2 serius menjadi isteri, Allah tidak hadirkan kepadanya calon suami yang baik lagi soleh. Setiap lelaki yang datang tidak lebih sekadar mahu menikmati tubuh badannya semata2, atau tidak lebih sekadar mahu berbangga dengan kecantikannya semata2. Akhirnya apabila diteruskan juga perkahwinan, maka perkahwinan itu akan terhenti sekerat jalan.

Mengapa? Antara sebabnya, anda memang cantik, tetapi anda bukan orang yang PALING cantik. Justeru, bila lelaki memilih seorang wanita semata2 kerana cantik, itu antara tanda dia obses kepada si cantik, dan apabila anda berjaya dimiliki dan kemudiannya dia berjumpa lagi dengan yang lebih cantik daripada anda, maka anda akan ditinggalkan dengan mudah.

Sekali lagi, Allah Maha Adil. Dahulu, anda puas bermain2 dengan pelbagai lelaki, yang mana berkemungkinan ada diantara mereka yang benar2 soleh lagi ikhlas mahukan anda, kini setelah anda mahu serius, Allah balas perbuatan2 anda dengan pengkhianatan lelaki yang tidak berkesudahan. Janji Allah ; perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat.

Kerana itu, setiap manusia yang hidup atas muka bumi Allah wajib berjaga2. Setiap nikmat yang kita kecap, baik berupa kekayaan atau kecantikan, berkemungkinan besar merupakan ujian Allah yang sangat berat untuk kita hadapi. Jarang2 mereka2 yang berada dalam kondisi ini mahu mengambil masa untuk bermuhasabah, menilai kembali nikmat2 tersebut, seterusnya berusaha untuk menggunakannya dengan cara yang paling baik.

Ramai2 orang kaya, akhirnya mabuk dengan dunia. Ramai2 orang cantik, juga leka dan lalai dengan dunia.


Gelisah

Percaya atau tidak kalau saya katakan, dalam dunia hari ini, ramai si cantik yang sentiasa dalam keadaan gelisah. Luarannya tampak bahagia, tetapi dalamannya merasa bersalah dengan Tuhan. Orang2 yang merasa gelisah ini sebenarnya patut bersyukur, kerana itu tandanya bahawa hati mereka belum mati.

Sabda Nabi s.a.w : Jika kamu mahu melakukan sesuatu maka letakkanlah tanganmu ke dada, kerana sesungguhnya hati orang mukmin itu tenang pada perkara2 baik dan gelisah pada perkara2 yang buruk.

Tetapi dalam banyak2 si cantik yang gelisah itu, sebenarnya ramai juga si cantik yang berjaya mengatasi segala kegelisahan tersebut seterusnya hidup dengan tenang sebagai hamba abdi kepada Tuhan. Contohnya, si cantik yang sentiasa menjadi tumpuan sang lelaki semata2 kerana rupa parasnya, maka mereka berjinak2 dengan purdah. Akhirnya mereka sebati dengan purdah yang menjadi wasilah amannya diri mereka dari gangguan lelaki apabila di tempat awam.

Bila anda bertanya pada mereka, mereka akan menjawab bahawa kehidupan mereka sungguh tenang meskipun Allah uji mereka dengan kecantikan. Dan kata mereka, kecantikan itu hanya akan dihadiahkan kepada suami mereka sahaja suatu masa nanti. Kata mereka, itu adalah bukti bahawa mereka benar2 ikhlas mahu mencintai imam mereka nanti. Kata mereka lagi, itu juga tanda bahawa mereka benar2 komited untuk menjadi wanita solehah yang disebut2 dalam hadis Nabi s.a.w.

Masya Allah. Tidakkah anda merasa CEMBURU dengan mereka?

Sebenarnya, berpurdah bagi si cantik bukanlah wajib. Tetapi mengelak dari fitnah itu adalah sesuatu yang wajib. Maka gunakanlah wasilah mengikut kebijaksanaan anda. Apa yang lebih penting, anda nilai kembali samada anda merupakan si cantik yang gelisah atau si cantik yang tenang hatinya kepada Allah.

Semoga Allah berikan hidayah kepada kita semua.


Sekian.

10 comments:

SeRiKaNDi_uMaR93 March 4, 2011 at 8:24 AM  

perkongsian... bila fikir2 balik, memang rasa cemburu... tapi, syukur la.. kita tak cantik, tak kena kacau... tp, hairannya... ramai yang masih belum terbuka hati untuk berniqab, yang tak cantik nak... think positive!

hafizquran March 4, 2011 at 6:57 PM  

serikandi :

hmm..enti tau, bukan senang tau orang yg cantik ni nak pakai purdah or nak buat macam yg ana cakap tu. kena MUJAHADAH tahap gaban kata orang..

kita sama2 doakan mereka :)

SeRiKaNDi_uMaR93 March 5, 2011 at 7:09 AM  

benar2...macam kes di sekolah ana, sahabat baik ana memang selalu kena kacau, ada juga ajak dia... tapi, mungkin belum terbuka hati dia...

takpa2, sama2 doakan... memang kena mujahadah, sebab kita akan lalui pelbagai rintangan,,,

rasa mcm nak buat artikel tentang pengalama berpurdah pula... insyaallah.... :)

Anonymous March 27, 2011 at 1:04 PM  

jauhi kholqi, dialah ajnabi...
sebab itu diperintahkan kepada lelaki mahupun perempuan dengan "TUNDUKKANLAH PANDANGANMU"

nurul May 30, 2011 at 8:43 PM  

salam,
saya bukan la wanita cantik.
tapi sering kali jua diuji ujian begini.

terkadang ramai yg berkata,
'bertuah jadi kamu'

sedangkan mereka x mengerti, ujian yg Allah hadiah kan pada diri.

purdah alternatifnya. tapi mungkin ada halangan lagi bagi diri ini

wallahu'alam

mun maira..:) May 31, 2011 at 1:29 AM  

Insya Allah..teringin berpurdah...semoga Allah mmberi kekuatan utk itu..amin..

Ilham Fiq Ahmad May 31, 2011 at 9:37 AM  

nurul :

wslm. ujian setiap manusia berbeza2, yang cantik teruk diuji, tetapi xkelihatan secara nyata. yang kurang cantik teruk juga diuji, nampak jelas cara nyata. hakikatnya, mana ada mukmin yang hidup tanpa diuji? syurga itu mahal harganya...


mun maira :

saya doakan..amin

Anonymous June 3, 2011 at 9:59 PM  

assalamualaikum..
saya boleyh di kategorikan sebagai seorang yang cantik. masyaAllah berdosanya saya dengan menayangkan wajah saya di laman sosial.ablar sy pernah juga terfikir alangkah senang sekiranya saya saya di lahirkan biasa2 sahaja kerana ramai lelaki yang suka mengganggu saya. banyak benar dugaan yang perlu saya hadapi. doakan saya menjadi seorang wanita yang baek untuk calon suami saya. amin.

Ilham Fiq Ahmad June 3, 2011 at 10:11 PM  

anon :

wslm. rasa berdosa itu tandanya kita masih ada iman, alhamdulillah kita masih diberi kesedaran. belum terlambat utk perbaiki kesilapan2 tersebut. saya doakan kejayaan saudari. amin

mujahidahputeri June 8, 2011 at 10:01 PM  

paling suka tang ini :

Allah Maha Adil. Dahulu, anda puas bermain2 dengan pelbagai lelaki, yang mana berkemungkinan ada diantara mereka yang benar2 soleh lagi ikhlas mahukan anda, kini setelah anda mahu serius, Allah balas perbuatan2 anda dengan pengkhianatan lelaki yang tidak berkesudahan. Janji Allah ; perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat.(tp saya gantikan kepada lelaki yg memainkan perasaan mcm perempuan,playboy islamic)

Archive Blog