Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

28 March 2011

Saya Couple, Saya OK




"Saya dah sekian lama menjalinkan hubungan dengan dia. Masuk ini dah hampir 3 tahun kami bercouple. Tapi pada kami, couple tidaklah seburuk yang sering digambarkan oleh 'orang agama'. Saya bercouple, dan saya ok. Kami menjaga batas perhubungan dan saling menghormati. Keluarga kami pun merestui perhubungan ini, cuma mungkin kami belum bersedia untuk berkahwin. Tentang pelbagai kes terlanjur, zina dan buang anak, pada kami itu perbuatan manusia2 yang tidak bertanggungjawab dan tidak mengenal erti cinta yang sebenar. Itu manusia2 yang gilakan seks semata2."

Apa pandangan anda dengan statement di atas?

Kita akui, apa yang dinyatakan dalam statement di atas, atau yang mungkin keluar dari mulut sebahagian besar 'ahli couple' pada hari ini ada benarnya. Memang ada orang yang bercouple, tetapi akhirnya sampai ke jinjang pelamin. Siap kekal ke anak cucu. Siap boleh cerita pula dekat cucu2 tentang kisah couple mereka.

Sesetengah pula menganggap couple itu sebagai satu keunikan dalam bercinta. Itu mereka namakan sebagai variasi. Ada masa keluar makan bersama, berpimpinan di taman bunga, juga ada ketika meluangkan masa untuk ke pawagam menonton filem.

Itu pada mereka pelangi dan warna warni dalam percintaan. Ia membawa kepada keakraban hati dan lebih mengenali.

Kalau berjauhan pula, medium2 seperti facebook, skype dan 'coling2' boleh dimanfaatkan sebaiknya. Bukankah itu satu keindahan dalam perhubungan, sepertimana yang sering kita saksikan dalam filem2? Bukankah suatu yang sangat 'sweet' bila sang lelaki sanggup menelefon dari luar negara selama berjam2, semata2 mahu memujuk hati kita yang merajuk?

Ah. Keasyikan cinta ini benar2 menjadikan dunia ini aku yang punya.


..

Tunggu dulu.

Bercouple memang seronok, itu saya tidak nafikan. Mencegah orang daripada couple pula sesuatu yang sangat tidak seronok, bahkan makin membuatkan diri dibenci, itu pun tidak saya nafikan. Pada saya, dah terlanjur anda masuk membaca, mari kita berdiskusi dari segala sudut yang ada. Supaya akhirnya yang menang bukan orang yang nak couple, dan yang kalah bukan orang yang asyik larang orang dari couple.

Baik, kita cari kebenaran.

Apabila masuk bab nak mencari kebenaran, kita rasa meluat pula untuk cari 'orang agama', apatah lagi mereka2 ini jenis yang suka menghukum. Tak apa, kita tak payah cari orang agama. Tapi kita tak suka pada orang agama tak bermakna kita tak beriman pada Al-Quran dan Sunnah, betul? Jadi kita buka sendiri Al-Quran dan Sunnah.

Sekali lagi, kita nak mencari kebenaran.

Cari punya cari, dalam Al-Quran mahupun Sunnah, dalam 114 surah mahupun dalam Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Nasai, Ibn Majah, Tirmizi dan segala kitab hadis yang ada, langsung tidak dijumpai dalil yang membolehkan :

1- berhubungan antara lelaki dan perempuan selain pada perkara yang harus
2- berpegangan tangan atau berdating
3- bergayut , bergurau senda, bernada manja , usik mengusik dan berterbangan di pelangi bersama2
4- melazimi perkara2 / perbuatan2 yang membawa kepada mukaddimah zina

Kesemua di atas, yang terkandung dalam maksud 'couple' tidak ada nas yang membolehkannya , baik dari Al-Quran mahupun Sunnah.

Bahkan kita terjumpa pula dengan satu ayat di dalam Surah An Nur :

Firman Allah ta'ala : " Katakanlah kepada lelaki2 yang beriman supaya menahan ( menundukkan ) pandangan mereka dan menjaga kemaluan ( kehormatan ) mereka.."

Firman Allah ta'ala : " Katakanlah kepada perempuan2 yang beriman supaya menahan ( menundukkan ) pandangan mereka dan menjaga kemaluan ( kehormatan ) mereka.."

Belek2 lagi, jumpa pula Firman Allah ta'ala :

" Dan janganlah kamu merendahkan ( memanjakan ) suara kamu ketika bercakap , kerana dikhuatiri akan timbul keinginan ( nafsu ) pada orang2 yang berpenyakit dalam hati mereka .."


Kemudian kita termenung seketika. Walaupun tak mampu baca kitab arab, tetapi tafsir Al-Quran terjemahan dalam bahasa melayu berlambak dekat kedai. Bila baca dan perhati ayat2 Allah di atas, nampak macam terkena batang hidung sendiri pula.

Lelaki yang beriman? Akulah itu. 
Perempuan yang beriman ? Akulah itu.
Merendah suara? Manja2 masa bercakap ngan boyfriend? Mengusik2 girlfriend? Akulah itu. Yelah, adat bercinta mestilah nak manja2. Tapi Allah larang ....
Tak menjaga kehormatan? Nafsu? Hm, Akulah itu. Yelah, ada masanya keluar pegang2 tangan, duduk rapat2. Ini pun Allah larang..

Baik, berbalik kepada perbincangan asal. Iaitu mencari kebenaran.

Sudahkah kita temui kebenaran tersebut?

Apabila kita buang rasa jengkel kita pada orang2 yang selalu menegur atau mengkritik kita kerana bercouple, dan kita letakkan hal tersebut antara kita dan Allah, comfirm kita akan bertemu dengan persoalan2 di atas. Betul atau tidak, ada di kalangan yang asyik bercouple akan berkata begini :

" Ah, ini urusan aku dengan Tuhan. Kalau aku berdosa, itu aku dengan Tuhan. Kau sibuk apa? "

Pada saya, kata2 ini POSITIF, walaupun sesetengah orang menganggap macam negatif. Lebih2 lagi pada orang yang ikhlas tegur kawan dia supaya jangan bercouple, tetapi tiba2 dimarah sebegitu. Kurang asam betul. Akhirnya bergaduh tak sudah.

Kenapa saya kata positif?

Sebabnya, mereka2 ini masih sedar hakikat keterikatan diri mereka dengan Tuhan. Masih rasa bertuhan. Tinggal lagi, mereka tidak faham kenapa tidak boleh dan kenapa Tuhan larang. Tetapi kalau mereka benar2 menggunakan akal dan hati mereka untuk mencari kebenaran, seperti contoh di atas, mereka pasti akan berhenti dan berusaha menghindari, kerana mereka tahu itu Tuhan yang cakap, bukan kawan.

Hidayah milik Allah..

Cuma masalahnya adalah sesetengah orang yang mengungkapkan kata2 di atas, mengaku itu urusan mereka dengan Tuhan, tetapi tidak pernah cuba untuk 'menyelesaikan' hal tersebut dengan Tuhan. Kalau menyampah dengan teguran manusia, pergilah kepada Tuhan. Buka  Al-Quran , baca terjemahan , contohnya ayat2 di atas. Kalau dah jelas lagi terang bahawa itu larangan Tuhan , kenapa masih tegar melakukan..?

Kecuali kalau anda sanggup menjawab begini : " Ah, itu urusan aku sendiri. Kau dengan Tuhan peduli apa? "

Anda sanggup..?


Saya Couple , Saya OK

Kebiasaannya, hujah ini keluar dari mulut dua golongan. Pertama, golongan yang bukan belajar agama. Tetapi mereka berminda intelektual. Masing2 ada pasangan, ada masa berdating dan ada masa fokus bekerja atau belajar. Kehidupan mereka jauh dari anasir2 tidak sihat seperti hubungan seks bebas dan sebagainya.

Kedua, golongan yang belajar agama. Berminda agamawan. Berjiwa islamik. Pandai mengarang ayat2 tazkirah dan mutiara kata hikmah. Mereka mempunyai pasangan masing2, ada masa bergayut di telefon, ada masa ber'sms' , ada masa mengirim hadiah harijadi, ada masa saling kejut untuk bangun Qiamullail, dan ada masa mereka benar2 fokus pada pelajaran dan kerja agama.

Kedua2 golongan ini adalah golongan yang paling suka menyatakan : Saya couple, tapi saya OK.


Persoalannya..benarkah couple itu OK?
Apa pula pandangan anda :)


Sekian.


p/s : bersambung.

27 comments:

syafiqah.rahmat March 28, 2011 at 7:37 PM  

SubhanaAllah..syukran atas perkongsian. :) sama2 saling mengingatkan.

hafizquran March 28, 2011 at 7:40 PM  

syafiqah :

sama2. harap boleh kongsi pndangan :)

Anonymous March 28, 2011 at 11:09 PM  

Mencegah orang daripada couple pula sesuatu yang sangat tidak seronok, bahkan makin membuatkan diri dibenci,
adoahai lemah sungguh IMAN ini :) perkongsian yang menarik

hafizquran March 28, 2011 at 11:15 PM  

anon :

persoalannya, kalau mereka couple dan mereka OK..kenapa perlu dicegah..?

~PENCHENTA~ March 28, 2011 at 11:24 PM  

Aku juga pernah jawab persoalan ini di blog.

Yes. Yes. Dalil Al- Quran dan Hadis mungkin boleh jadi yang terbaik. Tapi, di saat mereka seronok dibuai cinta manusia, bagaimana kiranya mereka boleh beralih kepada cinta Illahi?

There goes phsychology. =)

Anonymous March 28, 2011 at 11:30 PM  

Jika kita cintakan Allah melebihi manusia...tak usah la kita bercouple, kerana setiap manusia telah ditetapkan jodoh masing2 oleh Allah S.W.T.

hafizquran March 28, 2011 at 11:33 PM  

PENCHENTA :

sebab itu kita tak boleh 'baca' kitab depan dorang. kita kena 'terjemahkan' kitab, baru betul. n semestinya, perlu mahir guna method :)

Latifah March 28, 2011 at 11:38 PM  

masyaAllah.
kupasan yang sangat berhikmah.
tapi kalau depa2 kat luar sana tu tak faham jugak tak tahu lah nak kata macam mana lagi.

~terima kasih atas perkongsian ini~

hafizquran March 28, 2011 at 11:47 PM  

Latifah :

selagi tak faham, selagi itu kena fahamkan, dan itulah namanya cabaran buat pendakwah. sama2 :)

Muhammad Iqbal March 29, 2011 at 8:49 AM  

Terlalu banyak perkara-perkara ini diperbahaskan. Ramai yang mengambil peranan masing-masing untuk sampaikan kebenaran. Alhamdulillah, kini, ada juga yang sudi berubah tapi tak terlepas, masih terlalu ramai yang masih terjebak. Ana pernah diketawakan oleh sepupu-sepupu ana kerana tiada 'awek'. Mujurlah Allah beri kekuatan pada diri ini supaya tidak terjebak dengan mereka. Apapun, kita perlu berminda kreatif dalam menangani mad'u kita. Sungguh sukar untuk itu, tetapi yakin sahajalah, bahawa Allah pasti menolong orang yang mengakkan agamaNYA...Nice :)

Anonymous March 29, 2011 at 2:35 PM  

di kampus saya, kami terpaksa mengedar risalah dan membuat pelbagai ceramah tentang haramnya couple. tapi yg datang menghadiri talk mestilah mereka yg tidak bercouple. tapi apabila diadakan ceramah tentang kahwin muda, penuh satu dewan! tapi permasalahan couple tetap berterusan sedangkan environment campus adalah islamic. bijak pandai ada mengatakan, jgn dibawa berbincang tiga golongan, iaitu org yg sedang marah, org yg sedang lapar, dan org yg sedang bercinta. wallahualam.

hafizquran March 29, 2011 at 6:29 PM  

Iqbal :

minda kritis itu yg perlu diasah..yg risaunya apabila ramai berminda qadhi..so kuranglah berjaya menyembuhkan penyakit,bahkan makin menambah sakit pula..

anon :

pada sy, kalau begitu minat audien, maka ambillah kesempatan dari sudut itu. kahwin muda dan couple ada kesinambungan yg sgt bagus. kawin muda itu salah satu alternatif dan ubatnya. tinggal lagi, dorongan dan motivasi utk mereka..:)

dhirar al-azwar March 30, 2011 at 2:37 AM  

c0uple itu jahiliyah.
jahiliyah adalah perkara yang bertentangan dengan islam.
islam takkan bercampur dgan jahiliyah.
ko nak islam pure,ko tinggalkan jahiliyah.

hafizquran March 30, 2011 at 3:43 AM  

dhirar al-azwar :

ups. sabar2..:)

amir al-yahya March 30, 2011 at 10:38 PM  

tertarik ngan komen dhirar al-azwar :

jgn sempitkn pemahaman psl islam,sbbtu org bkn islam susah nk join islam disebabkn pemikiran mcm ni lah.

p/s: boleh dirujuk disini

http://majelisrasulullah.org/index.php?option=com_simpleboard&Itemid=&func=view&catid=9&id=1978#1978

hafizquran March 30, 2011 at 11:34 PM  

amir al-yahya :

pendapat sedemikian mgkin sesuai pada sbahagian orang, tengok pada keadaannya.

mujahidahputeri April 2, 2011 at 11:10 AM  

SubhanaAllah.terbaik entry ni.mohon share.

hafizquran April 2, 2011 at 5:26 PM  

mujahidahputeri :

silakan.moga beroleh manfaat :)

Aesyahumaira April 3, 2011 at 6:20 PM  

ALLAH pemilik segala pujian,
Good! terkesan! syukran kathir (^_^)

Anonymous April 3, 2011 at 7:37 PM  

Assalam..mohon share ya

hafizquran April 3, 2011 at 8:33 PM  

Aesyahumaira :

Segala puji utk Allah :)

anon :

wslm. silakan.

Kumbang Jingga April 5, 2011 at 6:21 PM  

sgt kagum dengan entry ni....

Aida Syifa ;) April 15, 2011 at 10:08 AM  

assalamualaikum,
saya setuju, kadang-kadang mereka lebih meyayangi couple mereka lebih daripada ALLAH. padahal mereka xtau yang kasih sayang ALLAH tiada batasnya. dan mereka xtau yang bahagia mereka dgn couple mereka bukan selama-lamanya :) terima kasih utk entry ini !

maLin April 15, 2011 at 9:41 PM  

alhdulillah. . sgguh bermanfaat entry itu. . ia membuatkn sy sdar btapa couple itu ptot dicegah. . sy ada mempunyai kawan yg suka bertukar pasangan. .byk kali sy menasihatinya nmun semua itu mcm msok tlinga kiri kluar tlinga knan. . jd myb dgn cara yg awk mksdkan boleh la sy try utk melihat sendiri apa yg t'kndung dlm al-Quran mengenai hdungan lelaki dan prmpuan yg bkn mhrim. .

Anonymous June 4, 2011 at 4:40 PM  

Assalamualaikum...

terjumpa n baca entri ni dari wall seorg sahabat di fb..

menarik n meninggalkan kesan supaya terus berfikir dan bertindak...cara penulisan yg seswai utk sume...tahniah..:)

cuma, persoalan sye, bagaimana jika mereka yg golongan ke2 di peghujung penulisan anda hendak berubah...?maksud sye berubah yg tidak extreme dgn cara meninggalkan pasangan sebegitu sahaja...sebb, pd pndangan sye, ia mungkin lebih memberi kesan negatif kepada pasangan...

mohon kongsi method terbaek dalam menyelesaikan konflik ini...

syukran'alaik...:)

Ilham Fiq Ahmad June 5, 2011 at 8:24 AM  

anon :

wslm. sy jawab di sini

http://hafizquran.blogspot.com/2011/06/ada-hubungan-dan-berhubungan-tak-sama.html

munsyi June 15, 2011 at 2:06 AM  

assalamualaikum!saya sangat suka penulisan dan hujah2 saudara...pendekatan yang digunakan memang "menerpa di dada"...teruskan usaha dakwah seperti ini...dan jangan sesekali cuba memesongkn ilmu ataupn menyimpan ilmu...
~KATAKANLAH YANG BENAR WALAUPUN IA PAHIT~

Archive Blog