Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

09 March 2011

Rupanya..Saya Dari Negeri Ulamak Ayah Pin!

Sungguh. Saya tak sangka langsung.

Beberapa hari ini, saya kembali beristighfar dan bertaubat kepada Allah. Sungguh2 saya tidak sangka dengan perkhabaran yang saya baca. Saat itu juga saya terasa mahu segera menempah tiket kapal terbang dan pulang ke Malaysia. Saya sanggup batalkan pengajian saya di sini asalkan saya dapat selamatkan ahli keluarga saya di Malaysia.

Saya khuatir kalau saya tidak segera pulang, mereka akan semakin jauh tersesat dan tak mustahil akan gagal untuk mendapatkan syurga Allah di akhirat kelak!

Manakan tidak, selama saya hidup, dari kecil sehingga besar, dari bujang sampailah jadi suami orang dan dah nak jadi bapak budak, baru saya tahu bahawa ulamak bernama tok guru yang memerintah negeri saya rupanya adalah dari jenis Ayah Pin!

Saya mengucap panjang.

Sungguh saya tak sangka. Saya tertipu! Kalau lah bukan kerana terbaca dari akhbar paling amanah dan paling benar sekali di Malaysia itu, nescaya saya tidak akan mengetahui hakikat tersebut dan saya akan terus tertipu selama2nya.

Saya sangat bersyukur. Berkat penelitian, karamah dan keberanian dari Al-Fadhilah Al-Ustazah As-Syaikhah Kabirah Farahhana Jamaludin yang menulis tentang 'Imej Nik Aziz Sama Dengan Ayah Pin' , tentu saya tidak akan sedar seperti sekarang.

Walaupun isu ini telah beberapa hari berlalu, tetapi saya masih terkesan.

Alangkah Ayah Pin nya Tok Guru Nik Aziz , yang telah menjadi seorang menteri besar yang begitu dekat di hati rakyat.

Alangkah Ayah Pin nya Tok Guru Nik Aziz , yang menjadi imam dan guru kepada rakyatnya. Turun di pagi hari memberi kuliah tafsir dan sirah di dataran ilmu. Mengajak rakyatnya hampir kepada Allah dan meninggalkan kehidupan dunia yang melalaikan.

Alangkah Ayah Pin nya Tok Guru Nik Aziz , yang berjaya menarik minat non muslim di kelantan kepada Islam. Sehinggakan sami Siam pun begitu menyenangi beliau. ( Ah! Mungkin itu kerana sami Siam itu juga serupa Ayah Pin? )

Alangkah Ayah Pin nya Tok Guru Nik Aziz , yang begitu istiqamah mengamalkan sunnah Nabi s.a.w baik dari pemakaian mahupun pentadbiran. Tidak pernah goyah dengan dasar Islam yang dibawa meskipun ditentang sejuta cabaran.

Alangkah Ayah Pin nya Tok Guru Nik Aziz , yang berjaya mendidik wakil2 rakyat di bawahnya serta sekalian anak buahnya, sehingga tidak ada satu pun kes rasuah yang wujud dalam pimpinannya.

Alangkah Ayah Pin nya Tok Guru Nik Aziz , yang berjaya mendidik rakyat Kelantan kenal dan bepegang teguh dengan ajaran agama Islam.

Alangkah Ayah Pin nya Tok Guru Nik Aziz , yang telah berjaya melaksanakan dasar2 Islam dalam pemerintahannya.

Alangkah Ayah Pin nya Tok Guru Nik Aziz , yang diserang bertubi2 oleh musuh2 Islam dan pencinta kehidupan sekular lantaran pendiriannya yang kukuh terhadap Islam.



Alangkah Ayah Pin nya Tok Guru Nik Aziz , yang berdiri di belakangnya beribu2 rakyat Kelantan ketika bermunajat memohon keadilan dan bantuan daripada Allah!


Alangkah kasihan kepada semua manusia yang sedang solat dalam gambar di atas. Kesemua mereka sedang bersolat dan bermunajat di belakang orang yang setaraf dengan Ayah Pin rupanya!

Jangan marah!

Bagaimana mungkin anda hendak marah, sedangkan pendedahan tersebut dibuat oleh seorang Al-Fadhilah Al-Ustazah yang maqam serta darjatnya jauh lebih tinggi daripada kita semua , yang solat tahajudnya mungkin bermula dari pukul 2 sampai subuh,  yang pengamalan sunnah dalam kehidupan sehariannya begitu utuh dan teguh, yang setiap butir kata dan setiap pemikirannya datang dari suluhan ilham yang maha terang. Dia yang punya karamah yang terlalu tinggi!

Kalau tidak, mana mungkin dia mampu mengetahui tembelang Tok Guru yang rupa2nya adalah setaraf dengan Ayah Pin ini..? Ribuan manusia dalam gambar di atas pun tidak sampai maqam sepertinya, kerana itu mereka tertipu sehingga hari ini.





Al-Fadhilah Al-Ustazah Al-Karamah Farahanna Jamaludin




Ini pula hanya setaraf Ayah Pin





Sekian.

Update :

Dalam isu ini, pada saya Tok Guru bukan lagi menjadi mangsa serangan politik semata2, bahkan serangan kepada pegangan agama beliau sendiri. Dasar Islam yang dipegang teguh bertahun2 terbukti menimbulkan rasa tidak senang hati sejuta pihak, sehingga hari demi hari pelbagai tohmahan dilontarkan kepada beliau. Pada saya, jika mahu bergelanggang, silalah bergelanggang secara sihat, dan serahlah kepada orang yg selayaknya. Musuh politik beliau sendiri rasanya seribu kali lebih teliti sebelum mengeluarkan apa2 pandangan.

Tetapi, kalau setakat mahu mengeji, melempar tohmahan, melabel tanpa asas dan hujah yang kukuh, tidak perlulah sampai diberi ruang di dada akhbar. Dan pada saya, tohmahan2 dangkal sebegitu, cukuplah dijawab seperti tulisan di atas.


Sekian


p/ s : Pembaca yang dihormati, sila baca dengan hati-hati, jangan baca dengan emosi. Kadang2, sikap kita yang terlalu cepat melatah dan marah2, hanya mengundang gelak tawa dan persendaan dari sang musuh. Jika anda gagal untuk faham 'mesej' saya dalam artikel di atas dengan sekali baca, sila baca berkali2.

18 comments:

Shaker™ March 9, 2011 at 6:21 AM  

masih kena ulang utk memahami ayat demi ayat... hehee..

Anonymous March 9, 2011 at 7:43 AM  

maaf menggangu anda. saya dpt maklmt dari rakan berkaitan penulisan anda ini. mgkin memg niat anda untuk menyindir. tapi ingt penulisan anda masih boleh mencetuskan provokasi. bayangkan jika mereka yang tidak mampu berfikir panjang membaca blog anda. adakah anda rasa dia mampu mengolah apa yang anda cuba smpaikan? jadi perbaiki tulisan dan mohom maaf kepada semua pendokong Islam yang percaya kepada tok guru. jgn hanya kerana artikel anda ini, Islam terus diceca dan dihina......

Anonymous March 9, 2011 at 8:55 AM  

maaf klu sy trkasar bahasa..
adekah benar artikel yg anda baca tntg TOK GURU???
sejauh manakah kebenarannye??
begitu mudah mempercayainya....
maaf sekali lagi..
apekah kebaikan apabila mencaci dan memburukkan makhluk ALLAH yg lain??
adakah mendapat pahala atau sebaliknya???
mengapakah wujudnya keadaan sedemikian??
RASULULLAH x pernah membenci apatah lagi menyimpan perasaan dendam terhadap umatnye yg berlaku zalim terhadap baginda..
di manakah letaknya maruah umat Islam yg suci lg tulus di sisi ALLAH??
sanggup memikul dosa hanya kerana tidak suka kpd makhluk ALLAH yg lain dan memburukkakn imej org itu??
sedar dan bertaubatlah sebelum terlambat..
tidak akan sempurna iman seseorang itu sebelum dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri..
Wallahua'lam..
maaf sekiranya terkasar bahasa..cuma ingin menegur secara sihat..
sy cume x fhm sama ade anda 'berpihak' kpd TOK GURU ataupun tidak..klu sy salah, berithu sy..sy boleh hapuskan tanggapan sy ni..dan anggap kata2 sy di atas hanya untuk peringatan bersama..
terima kasih..

Anonymous March 9, 2011 at 9:10 AM  

maafkan sy atas komen sblom ni..sy ingin berbaik sangka dgn anda..sy x taw sama ade ingin memerli artikel trsebut atau x..skali lg sy minta maaf..terima kasih..

terkejut March 9, 2011 at 11:23 AM  

ape maksud ustaz dakwa cmni? maaf,ada bukti ke?dan mcm mana plak al-fadhilah ustazah farahhana jamaludin tu bleh dikatakn pnya martabat yg tinggi sdgkn suruhan Allah pn gagal dilaksanakannya?maaf,ana suka penulisan ustaz tp ana cukup xleh nak terima artikel kali ni.

Anonymous March 9, 2011 at 11:23 AM  

ustaz,ana x faham.adakah post ini berbentuk sarkastik bunyinya?

terkejut March 9, 2011 at 11:28 AM  

salam. ana cukup terkejut ustaz dgn artikel kali ni.betul ke ni ustaz tulis ? mohon penjelasan macam mana sampai bleh kluar dakwaan mcm ni terhadap tok guru,ada bukti ke?dan mcm mana plak bleh dikatakn al-fadhilah al-ustazah al-karamah farahhana jamaludin yg x bertudung scra smpurna tu bleh dikatakn pnya darjat yg tinggi? ana suka dgn penulisan ustaz tp utk artikel kali ni,TAK.dan ana msh berharap artikel ni bkn cetusan ilham dr ustaz sendiri.

terkejut March 9, 2011 at 11:41 AM  

maaf ustaz,mgkin jgak ana tersilap paham.adakah ustaz perli si farahana jamaludin tu? kalo begitu lega ana,fuhh...maaf ustaz,tp ana msh mohon pnjelasan sbb kalo org yg x paham mcm ana ni baca artikel ustaz bleh jd keliru di buatnya.

hafizquran March 9, 2011 at 12:35 PM  

ket :

kena baca ayat demi ayat sebab tak dak khulasah :)

untuk segala anon dan terkejut :

ada ketika kita perlu menulis secara jels, dan ada ketika cukup berkias. kalau kita mengikuti setiap prkembangan secara dekat, rasanya apa yg saya 'cubit' dalam artikel ini sudah cukup utk difahami.

cuma, maafkan saya kerana di akhir artikel tidak diletakkan kesimpulan. mungkin juga kerana itu ramai yg teragak2 utk 'faham' :)

ala kulli hal..terima kasih atas komen2 anda.

hafizquran March 9, 2011 at 1:02 PM  

saya sudah tambahkan 'kesimpulan' di akhir artikel, KHAS untuk pembaca2 yang keliru dan tidak faham. terima kasih :)

SayaFaham March 9, 2011 at 1:29 PM  

Salam ust..
sgala kritikan dan teguran trhdp pnulisan ust sy stuju. tp bagi sy, msg yg ust smpaikan cukup jelas..sy rasa tidak timbul persoalan 'keliru' atau 'salah fhm' trhdp artikel kali ini..melainkan bagi mrka yg sngaja memburuk2kan penulisan ust.. ala kulli hal,jazakallah..

1Nafsu March 9, 2011 at 3:15 PM  

haha...sian ko mu (anta) fiQ..lpas ak (ana) baca komen2 tu...meme benar la hadis nabi...org laki ado 9 akal..org pompuan ado 1 akal (orang laki pkir jauh)...sbb tu diorg xphm msj tulisan BOLD n 'gelaran2' d tuju kpd cik Farahhana..sorila ladies...walaupon antunna xguna nama 'kewanitaan' dlm komen...ana yakin korang adalah golongan kaum HAWA..
p/s : 1 akal dlm hadis bukan bermaksud 'kurang pandai' n 9 nafsu bukan bukan bermaksud 'kuat nafsu' seperti yg d fahami masyarakat..

wOrkshOp gUrLz March 9, 2011 at 3:47 PM  

sy rase sy paham ape yg cube anda sampaikan...

Insyirah March 9, 2011 at 4:27 PM  

Usai membaca artikel, tidak terasa mahu menambah apa-apa di ruangan komen. Bila melihat komen, terasa 'geli hati' membaca komen orang lain. Sesekali, perlu juga mencuit... Ada yang melompat, tetapi andai difikir dan memikir dengan lebih kritis insya Allah akan mendapat ibrah apa yang mahu disampaikan oleh penulis.

Kepelbagaian cara untuk menjentik adalah satu seni dalam menulis daripada cakap terang dan jelas tapi orang tak nak faham bahkan lebih malang buat-buat tak faham. Maka, kiasan adalah langkah yang paling indah untuk mengajak manusia berfikir itupun kalau mereka mahu menggunakan akal harapnya dipandu dengan nur iman.

p/s : Penulis yang baik adalah penulis yang mengkritik dengan membuat manusia tersedar :)

hafizquran March 9, 2011 at 6:44 PM  

sayafaham :

wslm. tak mengapa, sy bersangka baik. mgkin kerana benar2 tidak faham atau keliru. harapnya selepas ini tdk berulang lagi :)

1nafsu :

ana xtahu la macam mana nta boleh yakin yg pengomen tu perempuan. ana no komen :) sgala yg baik ana terima, insyaAllah.

workshop gurlz :

terima kasih kerana faham. alhamdulillah.

insyirah :

sy teringat seorang shbt senior dulu, selalu mmberi tazkirah yg membuatkan org 'melompat' :) tapi dia kata, kalau ntum terasa baguslah, itu tandanya ana sedang bercakap dgn manusia. hm, mthod itu kan pelbagai.

terima kasih atas komen :)

dhirar al-azwar March 10, 2011 at 4:24 AM  

sudah terang lagi bersuluh masakan tak dapat kefahamannya...
manusia sangat mudah melatah..
letakkan emosi di bawah rasional di atas..
baca dengan mata hati..
kita doakan untuk farhana ea..

Cikli March 10, 2011 at 11:26 PM  

Assalamualaikum ustaz,

kelakar juga bila ramai yg terkejut dgn artikel ustaz ni..

hafizquran March 11, 2011 at 4:01 AM  

dhirar al-azwar :

kadang, kondisi dan kestabilan diri pun mmberi kesan juga. yg penting, sama2 cuba utk slalu mlihat dgn mata hati :)

Cikli :

wslm. biasalah tu, semangat orang muda :)

Archive Blog