Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

25 March 2011

Politik Yang Mengecewakan

 

Apalah malangnya apabila sukan yang baik seperti Snooker dan Bowling akhirnya dipandang buruk dan tidak baik disebabkan unsur2 tidak sihat yang masuk ke dalamnya. Masuk anasir judi, maka rosaklah permainan. Mulalah dipandang sebagai mungkar dan berdosa. Walhal asal hukumnya hanya harus semata2.

Semakin lama, kita semakin gagal membezakan antara yang benar dan yang salah. Antara memperbaiki dan menjauhi. Antara menjadi agen perubah dan menjadi pencetus balah.

Senario terbaru dalam politik negara bukan suatu yang utama untuk saya ulas. Bahkan terdapat beribu2 pengulas yang telah mendahului saya dalam isu tersebut. Samada bertauliah atau tidak, itu belakang kira. Yang penting ulas.

Pun begitu, apa yang saya lihat dalam kebanyakan ulasan, komen2 di bawahnya jauh lebih merisaukan berbanding entri di atasnya.

Seolah2 mereka tiada Tuhan. Seolah2 apabila mereka mati, mereka tidak akan dihidupkan kembali.

Episod tuduh menuduh, fitnah memfitnah, carut mencarut sama sekali bukan amalan politik yang sihat, apatah lagi hendak dikatakan sebahagian dari ajaran Islam.

Kata orang, sepak terajang dalam politik memang begitu. Siapa kata? Sepak terajang tidak ada masalah, tetapi biarlah kena dengan adab dan peraturan. Biarlah dengan penuh rasa bertuhan. Apa kau sangka kalau kau beroleh kuasa, kau akan kekal selama2nya?


KECEWA

Ramai orang menzahirkan rasa kecewa mereka pada politik. Sebahagiannya menjadikan senario2 terbaru dan terkini sebagai dalil bahawa politik itu busuk , kotor dan jijik.

Saya pun mengakui perkara tersebut.

Kita mengakui perkara yang sama, tetapi belum tentu kita akan mengambil tindakan yang sama. Kalau setakat melempar kata kemudian balik peluk teddy bear dekat rumah, apa faedahnya? Kita bercakap soal masa depan sebuah negara, masa depan agama, dan kita adalah anak muda. Sudah2lah bermain guli dan anak patung.

Permainan politik yang demikian jijik, kotor dan LUCAH, adalah berpunca dari tangan2 manusia yang jahil tentang makna politik itu sendiri. Mereka tidak menganggap politik sebagai urusan agama, sebaliknya menganggap ia sebagai satu jalan untuk terus berkuasa.

Justeru, mereka sanggup menggunakan apa sahaja cara untuk merealisasikannya.

Dalam kecewa, ramai yang berpaling dan berlalu dengan cemuhan yang tidak kunjung padam. Saya rasa saya dua kali kecewa. Kecewa atas kecewa.

Terlalu sedikit anak muda yang peka akan nasib negara. Mereka menganggap itu semua tiada kaitan dengan mereka. Sepatutnya, kekecewaan itu kita tebus dengan jiwa besar kita. Politik tidak kotor, tetapi manusia2 di dalamnya yang menjadikannya kotor.

Umpama najis yang memenuhi lubang tandas awam, andai dibiar tiada siapa yang akan membersihkannya. Apabila mahu membersihkannya, sudah tentu perlu berdepan dengan perasaan jijik itu terlebih dahulu. Akhirnya baru ia akan memberi maslahah pada semua orang.

Tapi kalau masing2 lepas tangan? Apa kejadahnya mempersalahkan tandas sedangkan yang pengotornya adalah manusia.

Kalau anda mahu marah, sila marah pada manusia2 yang tak reti membersihkan tandas selepas menggunakannya. Manusia yang jenis pandai buat tak pandai bertanggungjawab. Manusia yang mementingkan kepuasan diri sendiri dan membelakangkan kepentingan orang lain.

Manusia2 ini bersepah di zaman kita hari ini.

Jangan kerana mereka, kita anak2 muda berputus asa.


Sekian.

1 comments:

Hani March 25, 2011 at 10:21 PM  

analogi yang bagus..

Archive Blog