Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

20 March 2011

Katakan Tidak Pada Campurtangan Amerika

NONE
imej dari malaysiakini


Amerika penyelamat?

Britain hero?

Sungguh, saya naik meluat. Benci pada Muammar Gaddafi tidak bermakna saya menyukai tindakan Amerika. Bahkan tindakan Amerika dan barat yang sewenang2nya melancarkan serangan atas nama 'menyelamat' adalah tindakan paling bacul dan tidak bermaruah.

Apa sekalipun alasan yang keluar dari mulut Amerika, ianya sama sekali tidak boleh dipercayai. Sejarah telah mengajar dan membuktikan, bukan sekali tapi berkali2.

Pergolakan yang berlaku di Libya, pada saya, tidak harus dijadikan alasan untuk membenarkan pencerobohan oleh pihak lain. Juga tidak wajar sama sekali untuk menghalalkan campurtangan negara barat dengan cara keganasan.

Mereka akan sentiasa bersandiwara kononnya untuk kebaikan, sedangkan mereka sebenarnya mahu mengambil kesempatan. Sungguh, manusia yang suka berpeluk dan menyanjung Amerika sebagai hero akan membangkang kata2 saya.

Setiap negara punya maruah. Setiap negara punya pemerintah. Setiap negara ada hak dan undang2.

Kita mengutuk kekejaman dan kezaliman Gaddafi, tetapi di sana masih punya banyak cara untuk meghentikan kezaliman tersebut, bahkan saya yakin rakyat Libya yang menentang Gaddafi sama sekali tidak merelakan campurtangan dan pencerobohan dari pihak barat.

Kerana apa?

Kerana itu menjatuhkan maruah mereka. Itu merupakan suatu penghinaan kepada mereka. Itu merupakan pencabulan ke atas tanah air mereka.

Dalam masa yang sama, kelemahan dan kedhaifan negara2 arab amat mengecewakan.

Bukan lemah dan dhaif dari sudut kemampuan atau persenjataan, tetapi lemah dan dhaif dari sudut ikatan persaudaraan dan keimanan. Langsung tidak wujud sensitiviti untuk membantu saudara seakidah dengan mereka, walau berjiran atau duduk sebelah menyebelah sekalipun.

Sungguh, mereka2 ini akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.

Wajib Berjihad

Jika dirujuk dalam Fiqh Jihad, situasi dan keadaan sekarang ini di Libya adalah situasi yang mewajibkan umat Islam menunaikan jihad. Bahkan keluar berjihad pada masa ini hukumnya adalah fardhu ain, yakni wajib atas setiap umat Islam yang mempunyai kemampuan.

Kenapa?

Kerana negara dan maruah mereka sedang diceroboh oleh tentera kuffar. Di ketika itu, hukum jihad ke atas mereka adalah wajib, dan mati mereka adalah dikira sebagai syahid.

Dan saya doakan, semoga mereka memperoleh mati syahid. Amin.

2 comments:

Belakang Garisan Pena March 20, 2011 at 11:12 PM  

Dan kalau berlaku sedemikian rupa seperti Libya di Malaysia? hmm.

Semoga yang berjuang itu syahid. -Amin

dhirar al-azwar March 23, 2011 at 1:14 AM  

memang dalam Quran dah cakap...
kafir tetap kafir...
jangan sesekali percaya kata2 mereka...
mereka tuh hanya menanam tebu di tepi bibir..
janganlarh kita mudah terpedaya lagi..

Archive Blog