Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

11 March 2011

Isu Masuk Syurga Atau Neraka






[ 1 ]


Di sebuah kampung Cindai Melana, terdapat seorang Tok Kiyai yang sangat dihormati dan disegani oleh seluruh penduduk kampung. Selama lebih 50 tahun menetap di kampung tersebut, kerja beliau adalah mendidik orang kampung untuk kenal dengan Tuhan mereka iaitu Allah. Seluruh masa dan tenaganya dihabiskan untuk menjelaskan tentang halal dan haram, syurga dan neraka serta mengajak manusia untuk mengenal hakikat diri mereka sebagai hamba.

Berkat kegigihan dan keikhlasan guru tersebut, penduduk kampung Cindai Melana kebanyakannya terdiri dari orang baik2 belaka. Sekiranya mereka keluar ke kampung2 lain, pasti mereka akan dikenali lantaran ketinggian akhlak dan budi yang dibawa oleh mereka. Sebut sahaja kampung Cindai Melana, pasti orang akan tahu akan kehebatan orang2 di kampung tersebut.

Semuanya berkat didikan agama yang berterusan dari Tok Kiyai.

Suatu hari Tok Kiyai bertazkirah maghrib di surau. Seperti kebiasaannya, penduduk kampung akan datang berbondong2 untuk mengaji ilmu agama. Ada yang membawa beg kitab, ada yang membawa anak2 dan ada yang datang seorang diri. Selepas maghrib, kebiasaanya surau2 di kampung Cindai Melana akan menjadi tempat paling meriah, manakala tempat2 lain akan menjadi hening dan sepi.

Tok Kiyai berceramah tentang syurga dan neraka. Kata Tok Kiyai, syurga Allah itu mahal harganya. Seseorang manusia tidak mungkin akan sampai ke syurga Allah, bahkan mustahil untuk menghidu baunya jika tidak diizinkan oleh Allah. Dan keizinan dari Allah itu bersyarat.

Allah janjikan syurga untuk orang2 yang baik dan Allah janjikan neraka untuk orang2 jahat.

Seorang penduduk kampung bertanya : " Tapi Tok Kiyai, bukankah Allah itu tidak terikat dengan apa2 syarat? Maksudnya, kalau Allah nak masukkan orang jahat dalam syurga pun, tak ada masalah kan? "

Tok Kiyai mengangguk.

" Benar..tetapi Allah bagi Islam kepada kita dengan perantaraan, iaitu Rasulnya Muhammad s.a.w yang datang dengan membawa Al-Quran kepada kita. Sudah jelas disebut dalam hadis2, bahawa hanya Al-Quran dan Hadis sahaja yang boleh menjamin kita selamat di akhirat kelak.."

" Dan dalam kedua2 sumber tersebut, dinyatakan kepada kita ciri2 orang yang masuk syurga atau neraka, serta diterangkan dengan jelas akan perbuatan2 yang boleh menjurus kita kepada kedua2nya.."

" Walaupun Allah boleh masukkan orang jahat dalam syurga, tetapi kita kena yakin dan percaya, bahawa Allah sekali2 tidak akan menyalahi janji2nya.."

Orang yang bertanya tadi mengangguk2 tanda faham.

" Ingat..kita semua masuk syurga Allah bukan kerana amalan kita, tetapi dengan rahmat dan kasih sayang Allah ..jadi hidup kita atas dunia ini serta segala amalan kita, kenalah sentiasa dibuat kerana hendakkan rahmat Allah. Orang jahat, atas dunia buat jahat, buat zalim, buat aniaya pada orang lain, jauh sekali hendak buat amalan2 yang menarik rahmat Allah, tetapi di akhirat hendakkan syurga Allah pula? "

" Berbuat zalim atau menyokong kezaliman, hukumnya sama sahaja. Keduanya ke neraka. Tetapi buat baik dan sentiasa menyokong usaha2 kebaikan, insyaAllah ke syurga.."

Penerangan dari Tok Kiyai benar2 meresap ke dalam hati penduduk kampung. Mereka terasa rohani mereka benar2 terisi dengan kata2 dan nasihat dari Tok Kiyai. Tanpa disedari, dari kalangan mereka ada seorang penduduk kampung seberang yang hadir sama di surau tersebut. Kehadirannya langsung tidak disedari, apatah lagi dia hadir di akhir2 ceramah. Ketika dia sampai, hanya kata2 terakhir dari Tok Kiyai yang dia dengar.

Apabila dia pulang ke kampungnya, segera dikhabarkan kepada Tuan Sheikh guru agama di kampungnya, bahawa dia mendengar Tok Kiyai 'berfatwa' bahawa orang yang sokong kebaikan dijamin akan masuk syurga, kemudian orang yang zalim dan sokong kezaliman, dijamin akan masuk neraka.

" Bagaimana ni Tuan Sheikh? kalau orang sokong kebaikan, padahal dia tak buat apa2 pun, boleh masuk syurga? Lepas tu, orang yang sokong kezaliman pun masuk neraka? Takkanlah syurga dan neraka itu Tok Kiyai yang tentukan? Saya rasa, Tok Kiyai sengaja cakap begitu supaya orang2 kampung terus sanjung dan buat baik pada dia.."

Tuan Sheikh mengurut2 janggut di dagunya apabila mendengar perkhabaran tersebut. Dalam hati, dia menaruh rasa tidak senang akan populariti Tok Kiyai yang kian menonjol. Perkara itu nyata benar2 tidak menyenangkan hatinya.

" Mana boleh! Syurga atau neraka hanya layak ditentukan oleh Allah! kita buat jahat ke, sokong kezaliman ke, tidak ada sesiapa yang boleh hukum kita masuk syurga atau neraka. Saya harap kamu semua tidak terpengaruh dengan fatwa dari Tok Kiyai kampung seberang! "

Saranan Tuan Sheikh disambut dengan sorakan dari anak2 buahnya. Mereka segera menyebar kenyataan Tuan Sheikh kepada seluruh orang kampung, tetapi dengan ayat mereka sendiri , iaitu : Tok Kiyai kampung Cindai Melana tentukan syurga dan neraka untuk pengikutnya. 

Perkhabaran tersebut kian tersebar malah diapi2kan pula oleh anak2 buah Tuan Sheikh yang seronok melihat ketegangan dan segala salah faham yang berlaku. Dan orang yang paling seronok adalah orang pertama yang melapor kepada Tuan Sheikh. Terasa seperti dirinya adalah hero kerana berjaya memburuk2kan Tok Kiyai dari kampung seberang.


[ 2 ]

Dahulu, waktu di madrasah tahfiz, tuan mudir selalu bertazkirah kepada kami. Lantaran ada di kalangan pelajar2nya yang mencuri, ponteng solat bahkan seringkali berbohong kepada guru2, maka tuan mudir menyampaikan tazkirah dengan agak keras. Memang, kebanyakan pendapat tuan mudir agak tegas jika dibandingkan dengan guru2 yang lain.

Antara yang saya tidak akan lupa adalah kata2 tuan mudir, bahawa kita boleh 'nampak' ahli syurga atau ahli neraka waktu atas dunia lagi. Iaitu berdasarkan perangai mereka. Kalau perangai macam pengikut syaitan, memang itulah ahli neraka.

Dan saya melihat, dia mengeluarkan kenyataan tersebut pada situasi dan kondisi yang betul. Kata2 tersebut, diambil iktibar oleh anak2 muridnya supaya sentiasa berusaha mencontohi perangai ahli syurga, bukan ahli neraka. Memang benar, bukan tugas kita untuk menentukan syurga dan neraka kepada sesiapa, tetapi itu tidak bermakna kita tidak boleh menyebarkan khabar gembira tentang syurga dan khabar buruk tentang neraka.

Cuma, mungkin method yang kita gunakan apabila bercakap perihal syurga neraka boleh disalahanggap dan diputarbelit oleh sesetengah manusia, lebih2 lagi yang mempunyai penyakit dalam hati mereka.


Sekian.

5 comments:

Cikli March 11, 2011 at 7:41 AM  

masalah bila ada yang datang dengar hanya untuk menjadi spy dan mengadu domba.

cara penyampaian yang berkesan dari tuan blog.

hafizquran March 11, 2011 at 3:39 PM  

itu namanya pencemar majlis ilmu..moga Allah jauhkan golongan2 itu dari kita. amin

School Of Tots March 11, 2011 at 10:05 PM  

Cintailah majlis ilmu dan datanginya dgn niat mencari ilmu. Tidak dinafikan ada juga penyampai ilmu yg kurang berilmu atau kurang berhemah. Namun sebagai penuntut ilmu, carilah lagi ilmu. Bukan berenti di situ atau mencari pelbagai alasan untuk tidak lagi mencari ilmu. Ciri orang alim ialah berilmu. Jadilah orang alim yang faham agama, dan seterusnya menjadi manafaat pada semua.

hafizquran March 12, 2011 at 5:19 AM  

SOT :

sstuju.niat yg baik shj yg akan mjamin keberkatan.

Belakang Garisan Pena March 14, 2011 at 8:10 AM  

kisah 1 - dan begitulah yang berlaku dalam arena dunia orang agama dan orang sekular pada hari ini. =)

Archive Blog