Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

13 March 2011

Ibrah Dari Imtihan





'' rempit dengan lokap ni..dah ibarat aur dengan tebing beb!"

Teringat dengan satu dialog dalam filem Adnan Sempit. Itu kalau rempit dengan lokap. Kalau pelajar dengan exam, lebih kurang juga. Memang aur dengan tebing dan memang isi dengan kulit.

Belajar dan masuk periksa. Kemudian belajar lagi, dan masuk periksa lagi. Kemudian berganti tahun. Belajar lagi, periksa lagi. Begitulah seterusnya.

Seingat saya, suatu ketika dahulu saya pernah mengalami tekanan yang sangat dahsyat sewaktu hendak menempuh peperiksaan. Bukan tekanan kerana takut gagal atau tekanan kerana tidak mampu, tapi tekanan untuk melakukan yang TERBAIK.

Kemudian, setiap kali saya berbicara tentang imtihan atau peperiksaan, pasti saya akan menyebut perkara tersebut. Sebagai ibrah dan motivasi.


TEKANAN

Tekanan datang ke atas setiap orang, samada muda atau tua, pelajar atau pekerja. Di alam mana sekalipun, manusia akan dilanda tekanan.

Kerana itu, manusia perlu kepada Tuhan.

Tuhan adalah sumber motivasi kepada manusia. Ketika terhimpit, tertekan dan tiada tempat untuk mengadu, manusia akan secara automatik mencari Tuhan. Justeru tidak hairan, di dalam kitab2 Aqidah disebut, bahawa antara tanda IMAN merupakan FITRAH kepada manusia adalah ; sewaktu terhimpit manusia akan mencari Tuhan.

Cuba lihat kisah Fir'aun.

Allah merakamkan kejadian tersebut di dalam Al-Quran. Ketikamana Fir'aun dan bala tenteranya ditenggelamkan oleh Allah di tengah2 lautan, maka tatkala hampir lemas itulah tiba2 Fir'aun mengucapkan lafaz keimanannya kepada Tuhan.

Tidak disebut 'Allah' , tetapi disebut ; aku beriman bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang disembah oleh Bani Israil ( iaitu Allah ) dan aku daripada orang2 Islam.

Sedahsyat2 Fir'aun yang berani mengaku Tuhan kepada manusia pun, akhirnya tika terhimpit terpekik terlolong mencari Tuhan, apa lagi kita sebagai manusia biasa yang tidak pernah pun mencapai takhta seumpama Fir'aun.


POSITIF - NEGATIF

Secara logiknya, kita akan mengatakan bahawa tekanan adalah suatu perkara yang buruk, tidak baik, tidak disukai dan negatif. Justeru, ramai orang bencikan tekanan. Seboleh2nya mereka mahu sentiasa berada dalam dunia 'oh-la-la' yang serba indah tanpa sebarang tekanan. Perkara2 seperti peperiksaan, sudah tentu bertentangan dengan kemahuan mereka.

Namun orang berjaya adalah orang yang sering dihimpit tekanan. Tak percaya?

Samada berjaya di dunia atau berjaya di akhirat, kedua2nya adalah tekanan. Contoh berjaya di akhirat melalui tekanan adalah : lihat firman Allah dalam surah Al-Ankabuut :

" Adakah manusia mengira mereka akan dibiarkan mengatakan bahawa kami telah beriman sedangkan mereka belum diuji..? "

Orang mukmin sinonim dengan ujian, dan ujian sinonim dengan tekanan. Maka seorang mukmin yang berjaya di akhirat adalah mukmin yang seringkali dihimpit dengan tekanan. Bahkan boleh jadi, dalam hidupnya setiap masa tertekan dan terhimpit.

Tetapi, bagaimana ada di antara mereka, contohnya alim ulamak terdahulu, yang mati dalam senyuman?

Terbukti, tekanan2 tersebut tidak menghasilkan kepahitan pada mereka, sebaliknya memberikan sejuta kemanisan dalam kehidupan mereka. Setelah dikaji, terbukti bahawa bukan mereka tidak dihimpit tekanan dalam hidup, tetapi sebenarnya mereka telah berjaya mengatasi - atau lebih tepat menukarkan - tekanan tersebut daripada negatif kepada positif.

Ya. Tekanan pada mereka bukan negatif, tetapi positif.

Contoh?

A - Seorang ulamak perlu menulis kitab dan mengajarkannya kepada ummat. Dalam masa yang sama masyarakat sedang menunggu2 karya beliau dan sebahagiannya menanti2 untuk mengkritik atau mempertikai. Sebahagiannya pula sentiasa menyanjung2 segala yang datang dari beliau. Semua itu menjadikannya tertekan untuk mengarang kitab, lantaran dalam hatinya sentiasa gundah memikirkan pengiktirafan dan penilaian manusia. Ini tekanan negatif.

B - Seorang ulamak yang berada dalam situasi yang sama seperti di atas, berhadapan dengan tekanan2 yang sama, tetapi dia terus LARI kepada Allah. Dari memikirkan manusia, dia konsisten memikirkan Allah. Segalanya untuk Allah, walau tanpa manusia. Akhirnya, tekanan2 negatif tadi bertukar menjadi positif, bahkan menjadi motivasi yang sangat ampuh padanya dalam menulis dan berkarya.

Terbukti, hanya ada satu sahaja cara untuk menukarkan tekanan ( tidak kira tekanan peperiksaan, kerjaya, rumahtangga atau apa sekalipun ) , iaitu dengan cara LARI kepada Allah, bukan lari daripada Allah.


MOTIVASI

Musim peperiksaan, kebiasaannya kita akan stress dan tertekan. Tidak salah mahu melakukan yang terbaik, tetapi jangan ditinggal perhubungan kita dengan Allah. Jika di awalnya kita niatkan ilmu kita hanya kerana Allah, maka di akhirnya samada lulus cemerlang, kurang cemerlang, cukup2 makan atau gagal sekalipun, maka kita tetap akan redha dan serahkan kepada Allah.

Tetapi jika di awalnya hanya ada kita semata2, usaha kita, kerajinan kita, ilmu kita, bahkan natijah nanti pun ditentukan kita, maka pasti dan pasti, jika natijah sebaliknya yang menimpa, Allah akan terus kita lupa. Moga Allah jauhkan kita dari kesesatan tersebut.


IBRAH

Apa yang penting, sesekali dalam musim imtihan, ada ibrah / pengajaran yang kita dapat lihat. Contohnya, pengurusan masa. Sangat berbeza pengurusan masa kita dalam fatrah imtihan berbanding di luar fatrah imtihan. Begitu juga dengan pergantungan kita dengan Allah. Dari segi ingatan, doa dan solat hajat. Di luar fatrah imtihan sangat berbeza jika dibandingkan dengan fatrah imtihan.

Dari situ, mungkin kita boleh kembali menilai dan berfikir. Kalau perlu, boleh sama2 kita perbetulkan perihal niat. Adakah perjuangan kita dalam menuntut ilmu ini benar2 kerana Allah, atau hanya demi kelulusan semata2. Jika demi Allah, mengapa penjagaan masa kita pada kedua2 keadaan tidak sama? Dan mengapa pergantungan kita dengan Allah pada kedua2 keadaan tidak sama?

Satu saja seruan untuk kita bersama.

Dalam apa sekalipun yang kita buat dan apa sekalipun yang kita tempuh, ALLAH jangan kita lupa.

Salam Imtihan.



Sekian.

3 comments:

Kejora March 16, 2011 at 5:07 PM  

assalamualaikum...:))

Shaker™ March 20, 2011 at 4:44 AM  

salam imtihan juga dari mutah utk org besaq... hehee

hafizquran March 20, 2011 at 8:59 PM  

kejora :

wslm wbt

ket :

esok paper last..huhu

Archive Blog