Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

03 March 2011

Betulkah Suami Raja Dalam Rumahtangga?



[1]

Biasanya , apabila kita bercakap tentang kepimpinan dalam keluarga, pasti kita akan terus menyatakan bahawa lelaki atau suami adalah ketua kepada isteri. Ayah ketua kepada anak2 dan begitulah seterusnya. Dalilnya kita petik dari Firman Allah ta'ala : 

" Lelaki itu adalah ketua kepada wanita , dengan sebab Allah telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain "

Begitu juga dengan Firman Allah :

" dan bagi lelaki ke atas mereka2 itu ( perempuan ) kelebihan satu darjat "


Benar. Menggunakan dalil di atas bagi menerangkan darjat lelaki atau suami dalam rumahtangga adalah benar, tetapi kita lihat praktikalnya hari ini sudah jauh menyimpang.

Pertama sekali kena faham , apa yang dimaksudkan dengan 'darjat' dalam ayat Allah di atas?

Para ulamak menerangkan bahawa darjat yang dimaksudkan adalah darjat قوامة ( kepimpinan ) atau pelindung kepada perempuan. Fitrahnya, Allah menjadikan lelaki dan wanita berbeza dari sudut fizikal dan kekuatan. Maka di sana lelaki berperanan sebagai pelindung dan ketua yang bertanggungjawab pada wanita ; disebabkan tabiat kejadian lelaki itu lebih kuat dari wanita.

Memang ada wanita yang berusaha untuk menjadi lebih kuat, gagah dan perkasa dari lelaki ; tetapi itu dinamakan sebagai khilaf tabiat atau bersalahan dengan tabiat. Jelasnya, tabiat adalah sesuatu yang boleh diubah. Tetapi asal2 tabiat atau fitrah itu adalah sebagaimana yang disebut di atas.

Kedua , lelaki atau suami dalam rumahtangga menggalas tanggungjawab yang cukup besar. Di mana kesemua yang berlaku pada ahli rumahnya akan ditanya oleh Allah ta'ala di akhirat kelak. Sabda Nabi s.a.w : 

" Setiap dari kamu adalah pemimpin, dan kamu akan ditanya tentang apa yang kamu pimpin ( tanggungjawab kamu ) "

Maka ini suatu tugas yang besar lagi berat. Dari hal isteri sehingga anak2, kesemuanya terbeban di atas bahu sang suami. Ini adalah suatu taklifan ( bebanan ) dan bukannya tasyrifan ( kemuliaan ). Jadi bagaimana lelaki atau suami boleh mendabik dada mengaku sebagai raja yang begitu berkuasa, sedangkan dia hanya kuli / khadam yang akan ditanya dengan lebih banyak soalan oleh Allah di akhirat sana?


Cuba lihat :

lelaki yang tidak sedar akan hakikat di atas kebanyakannya akan menyalahguna kuasa dan mandat yang ada padanya. Berbekalkan dalil2 yang disalahtafsir, dia menganggap dirinya sebagai raja dalam rumahtangga dan segenap isi rumah perlu berada di bawah tapak kakinya setiap masa. Ini adalah suatu kefahaman yang jauh menyimpang dari syariat asal Allah ta'ala pada manusia.

Mereka2 ini kadangkala bertindak zalim dan kejam kepada ahli rumah mereka dengan sebab merasakan bahawa mereka duduk di tempat paling tinggi. Mereka memukul isteri, memarahi dan menengking isteri depan anak2, serta menjadikan isteri sebagai kuli dan khadam dalam rumahtangga. Bahkan mereka juga memukul dan membelasah anak2 sekiranya membuat kesalahan dan kesilapan.

Secara mudahnya , ini suatu yang tidak syar'ie sama sekali. Ini bukan ajaran agama, sebaliknya ini adalah hasutan dan nafsu amarah semata2.

Cuba lihat pula : 

Bagaimana orang2 yang faham akan hakikat kepimpinan dan tanggungjawab mereka. Mereka begitu teliti dalam menguruskan rumahtangga termasuk isteri dan anak2 mereka. Mereka tahu di mana perlu mereka keras dan di mana perlu mereka berlembut. Mereka begitu tegas dalam bab2 akhirat dan sangat bertolak ansur dalam hal2 keduniaan.

Mereka tidak menjadi raja dalam rumahtangga, tetapi mereka dihormati oleh isteri dan anak2 lebih dari hormatnya rakyat kepada seorang raja. Dan ini dibuktikan oleh Nabi s.a.w bilamana baginda bersabda :

" Sebaik2 kamu adalah orang yang paling baik pada ahli keluarganya dan aku adalah orang yang paling baik kepada ahli keluarga aku "

Begitu juga dengan pengakuan isteri2 Baginda s.a.w yang menyatakan bagaimana baginda menolong mereka di rumah, menjahit baju dan sebagainya. Tetapi ketegasan baginda juga dinyatakan oleh isteri2 baginda sebagaimana dinyatakan dalam satu hadis :

" Apabila baginda berdiri menghadap Allah, seolah2 baginda tidak mengenali ahli2 keluarganya yang lain "

Baik, dari dua contoh di atas, masihkan kita mahu mengatakan bahawa lelaki atau suami adalah RAJA dalam rumahtangga..?

Perumpaan tersebut, sekalipun hanya pada istilah, ianya agak menyimpang dan menyeleweng dari sudut praktikalnya. Ini kerana, raja digambarkan sebagai seorang yang sangat selesa, cuma mengarah sahaja, menerima layanan dan tidak memberi layanan, sifatnya mahu menguasai keseluruhan perkara dan sebagainya. 

Dan ini sangat tidak tepat untuk dinisbahkan kepada seorang suami.


[2]

Ada juga yang berhujah dengan dalil dari hadis Nabi s.a.w :

" Sekiranya manusia boleh sujud pada manusia nescaya aku akan perintahkan isteri sujud kepada suami "

Tetapi kita kena ingat, bahawa gambaran yang diberikan oleh Nabi s.a.w itu adalah bertujuan untuk menekankan aspek ketaatan seorang isteri kepada suami dalam menjadi hamba Allah. Dan ketaatan itu bersyarat. Ini kena faham betul2.


Perhatikan :

Firman Allah ta'ala : 

" Wahai orang2 beriman , taatlah kamu kepada Allah, dan taatlah kamu kepada Rasul, serta kepada orang2 yang memegang urusan ( ketua ) dari kalangan kamu "

Mengapa Allah menggunakan lafaz 'taat' hanya kepada Allah dan diulangi lafaz 'taat' juga kepada Rasul, tetapi lafaz tersebut tidak digunakan kepada ulil amri ( ketua ) ?

Sepatutnya : Taatlah pada Allah, dan Taatlah pada Rasul , dan Taatlah pada ketua dari kalangan kamu

Tetapi sebaliknya : Taatlah pada Allah, dan Taatlah pada Rasul , dan kepada ketua dari kalangan kamu

Para ulamak menyatakan bahawa : Taat kepada Allah dan Rasul adalah taat yang bersifat mutlak ( tiada bantahan )  tetapi taat kepada ketua, seperti raja, gabenor atau suami, adalah taat yang tidak mutlak. Segala perintah perlu ditaati, kecuali apabila disuruh berbuat maksiat.

Sabda Nabi s.a.w :

" Wajib dengar dan wajib taat pada perkara yang kamu suka atau tak suka, selagimana tidak disuruh berbuat maksiat. Maka apabila disuruh buat maksiat maka tidak boleh dengar dan tidak boleh taat "

Kenapa ?

Kerana ia bertentangan dengan kaedah , iaitu :

" لا طاعة لمخلوق في معصية الخالق " 
 maksudnya : tiada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Tuhannya.


Maka kita kena faham betul2, bahawa ketaatan itu ada hadnya. Mandat yang Allah beri kepada suami juga ada hadnya. 

Tetapi jika diperintah kepada perkara2 ketaatan, umpama solat, mengaji Al-Quran, mendidik anak2 , tidak mengumpat dan sebagainya, maka perintah tersebut wajib ditaati oleh isteri tanpa berbelah bagi, jika tidak maka isteri tersebut beroleh dosa dan kemurkaan Allah.

Sehingga dalam bab khidmat kepada suami, atau layanan di tempat tidur kepada suami, jika diperintah oleh suami maka hukumnya wajib. Bahkan disebut dalam hadis kiranya suami mengajak isteri ke tempat tidur, tetapi isteri menolak dan membantah, lantas suami tidur dalam keadaan marah, maka isteri tersebut DILAKNAT oleh malaikat sehingga terbit fajar.

Jadi perintah atau ketaatan kepada suami ini hukumnya sangat besar di sisi Allah.

Tetapi itu tidak bermakna tiada tolak ansur dalam rumahtangga. Contohnya dalam kes di atas, di mana isteri kepenatan seharian kerana bekerja, atau dalam keadaan tidak sihat, seringkali sakit dan sebagainya, maka suami janganlah pula memaksa isteri melayani kehendaknya semata2. Sebaliknya perlulah dia mengambil kira faktor kesihatan isteri dan sebagainya. Isteri pula hendaklah menolak dengan baik, yakni dengan memberi alasan2 yang sesuai serta berlemah lembut dengan suami. Komunikasi dan tolak ansur ini sangat penting dalam rumahtangga, bahkan ia ditekankan oleh Allah ta'ala :

" Dan bergaullah dengan mereka ( isteri2 ) dengan cara yang baik "


[3]

Sama juga dalam bab membenarkan isteri bekerja. 

Islam tidak pernah melarang isteri keluar bekerja atau membantu keluarga, tetapi Islam meletakkan had2 dan syarat2 tertentu. Hal ini jika tidak difahami dengan baik, maka akan menjadikan anda memandang Islam sebagai agama yang kolot dan mengongkong.

Islam tidak mengongkong, tetapi meletakkan syarat. Sama juga seperti yang saya sebut dalam entri sebelum ini tentang hikmah manual dan peraturan Allah dalam bab2 pakaian dan seumpamanya.

Jika isteri mahu keluar bekerja, maka yang paling penting adalah keizinan dan keredhaan suaminya. Kedua, hendaklah tumpuannya di luar tidak menjejaskan tumpuannya di dalam rumah. Ini kerana terdapat begitu banyak hadis yang menceritakan kelebihan dan ganjaran kepada isteri solehah yang berkhidmat dengan ikhlas kepada suaminya. 

Maknanya, dalam bab yang lebih utama, sepatutnya isteri2 merebut ganjaran2 tersebut dengan berbakti dan memfokuskan khidmat kepada suami dalam rumahtangga. Tetapi jika diminta oleh suami untuk membantu, atau suami mengizinkan untuk bekerja bagi membantu ekonomi keluarga dan sebagainya, maka itu tidak menjadi masalah.

Cuma isu2 seperti pengabaian perhatian kepada urusan dalam rumah dan juga anak2 haruslah disifarkan seboleh mungkin. Maknanya, jika anda mampu mengagihkan tugasan anda sebagai isteri , ibu dan pekerja dalam masa yang sama sebaik mungkin, maka itu tidak menjadi masalah. Jika sebaliknya, maka kembalilah bermuhasabah, bincang dengan suami dan ambillah tindakan yang paling menguntungkan rumahtangga anda.


Sekian.

1 comments:

Shaker™ March 3, 2011 at 7:20 PM  

raja didunia dan akhiat :)

Archive Blog