Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

07 March 2011

Apa Perlu Dibuat Bila Malas Tulis Blog




Seotai mana pun seorang blogger, dia tetap akan ada masa 'off'. Sehebat mana pun seorang penulis, dia tetap akan berdepan dengan kekeringan idea. Secantik mana pun sesuatu blog, dia tetap akan ditimpa masa2 kesunyian dan kesepian. Sunyi dari cetusan idea dan sepi dari sebarang ungkapan kata dari tuannya.

Saya termenung lama sebelum menulis. Saya optimis, pasti ramai yang pernah mendengar sesetengah blogger menulis sebegini : "biarlah aku mendiamkan diri seketika waktu, kerana aku enggan menulis tanpa kehadiran hati''. Lalu blog nya sunyi dan sepi untuk seketika, sebelum kembali ceria dan aktif dengan pelbagai entri.

Itulah lumrah biasa bagi blogger. Ada ketika, kita tidak tahu mahu mencoret apa lagi buat tatapan para pembaca.

Sebenarnya, bukan idea yang menjadi masalah utama. Masalah utama adalah jiwa. Ketika jiwa ditimpa gelora, memang susah untuk menggerakkan pena. Kalau diteruskan juga tulisan tersebut, pasti akan berlaku banyak cacat celanya. Dan, selaku manusia biasa, blogger juga tidak terlepas dari dibebani pelbagai masalah yang bisa meruntun jiwa.

Tapi, kalau setakat mahu mencatat tentang 'jadual harian saya' atau 'makanan kegemaran saya' , itu tentu2 sekali tiada kaitan dengan entri saya ini. Itu memang tidak perlu ditulis dari jiwa.


Jika Kering Idea?

1- Banyakkan membaca. Penulis yang banyak menulis tetapi kurang membaca adalah penulis yang bangkrap. Ini saya pinjam kata SaifulIslam.com.

2- Cetuskan minat untuk mengkaji, samada bahan ilmiah atau tentang kehidupan.

3- Biasakan diri berfikir dan bina perkaitan. Pengalaman kita adalah sesuatu yang bagus untuk ditulis jika anda bijak berfikir dan membina perkaitan.

4- Ziarah blog orang lain.


Jika Lemah?

1- Perbetulkan semula niat menulis. Jika untuk manusia, memang patut anda lemah. Tetapi jika untuk Allah, tentu tiada istilah lemah.

2- Cari ketenangan hati. Tentu sekali cara yang paling baik adalah dengan membaca Al-Quran atau solat sunat. Dengan mendekati Allah, hati anda akan lebih bercahaya dan otak anda akan lebih pantas menghasilkan idea.

3- Ambil motivasi dari kawan2 sekeliling atau kawan2 di alam maya. Mungkin dengan mencontohi penulis2 yang telah berjaya boleh memberikan suntikan motivai yang besar dalam diri anda.

4- Jadikan follower atau pembaca sebagai wasilah. Mereka bukan tujuan utama anda menulis, tetapi dengan kewujudan mereka, boleh menjadikan anda lebih bersemangat untuk menulis, lantaran merasakan ia sebagai suatu tanggungjawab dan amanah.


Cuma, saya mahu menyebut tentang dua fenomena :

Satu :

Blogger yang dalam saat kejatuhan, seperti tekanan jiwa, kesibukan, hilang tumpuan dan sebagainya tetapi masih mahu mendesak diri supaya menulis. Ini tidak sepatutnya berlaku. Ingat, tulisan anda adalah sesuatu yang punya 'roh' kiranya ditulis dalam keadaan yang tenang dan lahir dari dalam hati anda sendiri. Justeru, jangan mendesak. Berikan peluang kepada diri anda sendiri untuk kembali stabil, kemudian barulah kembali menulis.

Dua :

Blogger yang mempraktikkan perkara di atas, atau menggunakan ayat seperti yang saya sebut di awal2 tadi. Keadaan diri tidak stabil, jadi enggan menulis takut tidak lahir dari hati. Itu tidak mengapa. TETAPI formula tersebut jangan digunakan terlalu lama. Dengan kata lain, jangan sampai menjadi tabiat. Bila setiap kali mahu menulis, anda sumbat otak anda dengan doktrin tersebut, akhirnya anda akan tinggalkan terus hobi menulis. Sebab itu, ada blog yang guna ayat di atas, kemudian terus tiada entri sampai berbulan2!


Antara dua keadaan di atas, elok kita pilih yang pertengahan. Bersederhana lebih baik. Memperbaiki diri dan dalam masa yang sama, tidak lupa untuk memberi. Semoga kita semua adalah dari kalangan tersebut, kerana sabda Nabi s.a.w :

" Sebaik2 perkara adalah yang di pertengahannya ( sederhana ) "


Sekian.


p/s : Isteri saya sudah mula exam pertama esok hari. Semoga Allah berikan kekuatan dan kemudahan untuknya. Amin.

7 comments:

Kumbang Jingga March 7, 2011 at 7:11 AM  

sy blog tentang macam2..even kalau makan tengah hari pun amik gambar then buat entry hahahaha...

Insyirah March 7, 2011 at 7:53 AM  

salam'alaikum ustaz.

di jordan, kalau zaujah ustaz "boleh" telan susu kambing, usahakanlah supaya zaujah melazimi minum susu kambing, selain khasiatnya boleh juga menambah tenaga pada zaujah terutama early stage pregnancy sangat-sangat lesu dan teruskan minum susu kambing sampai selepas bersalin pun.

yatie Awang March 7, 2011 at 8:24 AM  

betul tu..dengan membaca minda kita lebih terbuka, kita akan dapat lebih pengetahuan, dan itu yang membolehkan kita untuk terus menulis maklumat yang berguna untuk dikongsi.
dan untuk isteri Hafizuan semoga berjaya....

Huda Afiqah Hashim March 7, 2011 at 9:13 AM  

Salam kembara.

Sukakan entri ni. Huhu~ membongkar hakikat apa yang tersirat. Ya~ sebaiknya adalah pertengahan.

[Cuba menyempurnakan ulasan kritikal tentang PRK, tapi...masih belum dapat ruang pada diri untuk menenangkan emosi... Dengan kata lain- ketenagan hati. Uhuks~~~]

Salam ukhwah.

hafizquran March 7, 2011 at 7:31 PM  

kumbang jingga :

xmengapa, asalkan ada manfaat. kalau ttg makan tengahari ada manfaat utk dikongsi, takde masalah

insyirah :

betul..ana pun dengar ttg khasiat susu kambing. cuma masalahnya zaujah ana memang 'xboleh' dgn susu org daging kambing. kalau boleh, sgt bagus la kan..syukran atas pkongsian tu.

yatie awang :

a'ah, dan ana mmg cukup terkesan dgn kata2 saifulislam ttg penulis yg bangkrap tu. membaca mmg sgt perlu, dan jangan terhadkan bacaan kita pada bahan2 tertentu shj :)

huda afiqah :

banyakkan berta'awwuz, minta dijauhkan dari godaan syaitan. kadang2 kita ada kekuatan tu, tapi syaitan meragu2kan kita. insyaAllah, semoga Allah berikan kekuatan utk enti menulis, amin.

Insyirah March 8, 2011 at 11:34 AM  

daging kambing, ana sendiri surrender. dulu memang tak boleh minum susu apatah lagi susu kambing, jadi zauj ambil inisiatif minum susu dengan madu, minum masa panas insyaAllah rasanya tak seteruk sejuk. (bagi yang susah nak minum macam ana). bila campur madu, baunya berkurang dan ia jadi sedap. ana pun start minum masa awal mengandung. jadi, rasa nak kongsi manfaat tu dengan orang lain. insya Allah badan tak lesu sangat.

wallahua'lam.

hafizquran March 9, 2011 at 12:02 AM  

insyirah :

jazakillah khair. nanti ana cuba suggest kat dia. tapi sbnarnya dia ambil set bersalin salindah tu, so xlah lesu sgt. Alhamdulillah, bulan ke 4 ni lebih stabil.

Archive Blog