Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

16 February 2011

Susahlah Kalau Begini




Bila tiba Maulidur rasul, semua orang akan ingat Rasulullah.

Orang tak fikir tentang tarikh yang salah atau sejarah yang kurang tepat. Orang tidak fikir tentang sahih atau dhaif. Orang fikir tentang selawat, marhaban dan berzanji.

Orang = masyarakat awam.

Mungkin dengan uruf sedemikian sudah cukup untuk kita berhenti dari membuka lagi percanggahan2 yang telah lama ditutup oleh para ulamak terdahulu. Mungkin dengan kebaikan yang kita saksikan pada masyarakat bilamana tibanya 12 Rabi'ulawal sudah cukup untuk kita merasa bersyukur daripada menaburkan pelbagai keraguan lagi kepada mereka.

Pada saya, itu lebih utama dan lebih patut.

Hidangan masyarakat hari ini bukan hidangan yang berat2 dan pelik2. Itu tidak sesuai dengan tekak mereka. Penerimaan sebagai ahli ilmu dan orang awam langsung tidak sama. Mereka bertaqlid dan itulah cara yang sepatutnya pada mereka. Ahli ilmu mungkin tidak. Mereka belajar, mengkaji dan berijtihad.

Ketenteraman masyarakat dalam hal2 tersebut sudah dinikmati sekian lama.

Ketenteraman tersebut dinikmati mereka bukan dalam keadaan tiada orang alim dan tiada ahli ilmu di zaman mereka. Kita baru hidup tak sampai 40 atau 50 tahun. Tetapi aneh. Kita boleh pula merasakan yang kita menemui sesuatu yang tidak ditemui oleh ulamak2 yang lebih dulu hidup dari kita?

Lalu kita merosakkan ketenteraman dalam masyarakat.

Pada saya masalahnya bukan orang, masalahnya adalah kita. Kita yang sentiasa merasa lebih tahu dan lebih pandai dari orang2 sebelum kita.

Habis.


*************

Malam ini ada program yang sangat baik. Temanya adalah ke arah mencintai Rasulullah.

Hidangan pada malam ini juga sedikit berat.

Ada yang saya setuju dan ada yang saya kurang setuju. Seperti biasa, pendapat masing2.

Dari isu sirah kepada isu syiah. Mereka berbicara tentang perangkap kesesatan. Bercerita tentang bid'ah dan sebagainya. Tidak disebut secara terang, tetapi dapat difahami dengan jelas.

Bercakap pasal syiah, masanya tidak cukup sejam atau dua jam. Itu belum cukup memadai untuk kita faham, kenal dan tahu apa itu syiah. Demikian juga dengan sirah, isu bid'ah dan selainnya.

Ahli panel bercakap dari sudut pandangan serta keilmuan mereka. Tetapi ia sesuatu yang tidak tetap. Bermakna ada persetujuan dari hadirin dan boleh jadi ada yang tidak dipersetujui. Itu perkara biasa dalam mana2 forum atau ceramah sekalipun.

Masalahnya bukan ahli panel. Masalahnya adalah yang hadir mendengar.

Jika yang hadir malam ini datangnya sebagai pendengar semata2, maka susahlah. Sudah tentu, bercakap dengan pelajar ilmu tidak sama seperti bercakap dengan orang awam. Begitu juga, cara mendengar ahli imu tidak boleh sama dengan cara mendengar orang awam.

Orang awam jika ustaz kata bersugi itu wajib, maka dia akan kata wajiblah. Kalau dikata sunat, maka dia akan kata sunatlah. Kalau dikata ini salah , ini tidak tepat, maka itulah yang dia pegang. Kalau ditanya orang, itulah yang dia akan jawab dan sampaikan.

Kita tidak boleh begitu. Dikata syiah sesat, maka sesatlah. Dalilnya forum pada malam ini, ahli panel kata sesat. Dikata ini bid'ah tiada hadis sahih, maka begitulah kita pegang. Dalilnya forum pada malam ini, ahli panel kata begitu.

Aduh.

Susahlah kalau begini.

Sebaiknya , dengar dan balik buat homework. Itu baru belajar namanya. Bukan semata2 mendengar. Jika mahu berpegang dengan sesuatu pendapat, pastikan kita ada hujah yang mantap. Sebab kita bukan orang awam, kita adalah ahli ilmu. Mana2 pendapat pun, selagi mana namanya pendapat, maka ia tidak akan sunyi dari kekhilafan.

Ada sebab saya berfikir begitu. Saya tertanya2 juga, berapa ramai yang hadir pada malam ini, menadah telinga dan mendengar ( sekali sekala ketawa ) kemudian akan balik membuat homework atau kajian lebih lanjut daripada apa yang mereka dengar?

Kalau ramai yang buat, maka Alhamdulillah. Tetapi kalau tidak?

Sekali lagi. Aduh.

Susahlah kalau begini.


Sekian.

9 comments:

$hakirShafiee™ February 16, 2011 at 5:26 AM  

klau ramai xbalik buat homework akan jadi teruk dan xkan fham. saya ska en3 ni.. bukan sekadar dengar sahaja!

hafizquran February 16, 2011 at 5:38 AM  

ket :

itu lah yg dirisaukan..tabiat dgr sahaja mmg akan mngundang padah ..

Mia-Ina February 16, 2011 at 6:14 AM  

entry ni penuh bermanfaat...ble balik ceramah, byk yg perlu dibuat homework agar kefahaman tercetus pd diri..

Ckin Kembaq February 16, 2011 at 12:07 PM  

Org sekarng jenisnya 'malas' brfikir. Kalu kata haram, haram la.kalu boleh, bolehla. Sebabnya malas nak beratkan fikiran dengan pikir panjang2..tmbah2 remaja.. =_= Pegi program, gelak, menangis, say it best, tp balik ttp sama. yg berubah dan ambil pengajaran, alhamdulillah. Tp berapa kerat?Kita mmg usaha utk menympaikan, namun penerimaan tu dr diri sndri. Hidayah milik Allah, langkah seterusnya adalah dengan bertawakkal dan berdoa moga2 mereka sedar. Bukannya sekadar memenuhi tuntutan. InsyaAllah. ^_^

p/s : Pembaharuan dari pihak program, perlu solat hajat.tapi, bukanlah esok nak ada program,hari ini baru nak solat kan?Mana mungkin nak dimakbulkan doa tu.Kalau Allah nak bagi,mmg dpt, tp usaha yg sikit. Dan perlu diperingatkan kpd penganjur agar perbetulkan dulu niat, agar tujuan betul,bukannya sekadar memenuhi tanggjwb persatuan contohnya... ^_^

MOH KEMBARA February 16, 2011 at 4:05 PM  

Salam Ustaz, semoga adik sihat. Akak suka membaca dan mendengar. Kalau yg dikatakan buat homework tu, kena tanya kawan, ustaz gak, sebagai rujukan. Alhamdulillah ada 2-3 kawan yg ada title ustaz bertauliah!

SeRiKaNDi_uMaR93 February 16, 2011 at 6:58 PM  

betul2..ana setuju, ana ambik contoh cousin ana sendiri, hanya mula mendalami ilmu agama di kelas-kelas pengajian pondok, hingga mengikut setiap inci apa yang diktakan oleh ustaz, sedangkan kefahaman dia kosong, dia lakukan amalan tanpa ada pegangan dan akhirnya apa yang dia lakukan dan apa dia pegang adalah salah...

ini yang dirisaukan...

azwan wahab February 16, 2011 at 7:30 PM  

saya kira lebih parah jika mendengar, kemudian menyampaikan kpd org awam dgn cara yg tdak sesuai.
hilang ketenteraman masyarakat seperti yg ustaz sebutkan.

Anonymous February 17, 2011 at 12:06 PM  

Ust,pasal tempat ibu bapa rasulullah s.a.w., adakah di syurga atau neraka?

1)syurga kah?
2)Neraka kah?
3)Kita serahkan pd ketentuan Allah?

mohon pendapat ust.

hafizquran February 17, 2011 at 9:17 PM  

Mia Ina :

betul tu..cuma ramai yg malas wat homework sbb dah penat dgr :)

ckin kembaq :

sebetulnya, yg 'malas' difikir itu adalah bab2 agama..ye tak? kalau bab2 lain rajin je nak seacrh n kaji..masalah tu..huhu. anyway, cdgn yg bagus!

MOH KEMBARA :

akak dah stat memblog balik? tak pe, akak ramai kgkawan hebat2..tanya je dorang..:)

srikandi umar:

peringkat awal mengaji takpelah lagu tu, sekadar mengikut. tetapi bila naik step seterusnya kena lebih rajin la..kalau sbelmnya cuma ikut, next kena la ikut dgn kefahaman yg jelas..baru betul..:)

azwan :

betul2..pada ana, kesatuan masyarakat lebih utama dipertahankan!

anon :

setakat ana tahu, ibu bapa rasulullah bkn ahli neraka, kerana merka dianggap sbg ahlul fitrah. kesemua yg hidup antara zaman nabi isa dan nabi muhammad adalah ahlul fitrah.wallahua'lam.

Archive Blog