Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

17 February 2011

Semalam - Giliran Saya Pula ( Kes Pecah Rumah )

ini mangkuk namanya



16 Februari 2011

Saya keluar rumah sekitar jam 10.40 pagi. Mahu ke muhadharah Fiqh Al-Jihad di Jamiah. Selesai muhadharah sekitar 12.20 hajatnya mahu terus pulang ke rumah. Teringat pula kitab bahasa arab belum dibeli, lantas menukar haluan ke Maktabah Handasi dekat Bab Syimali.

Kemudian terus melangkah pulang, selepas singgah sebentar di Mat'am Dhoi'ah membeli syawarma. Kira2 nya sampai ke rumah dalam pukul 12.50 tengahari.

Sampai sahaja di tangga rumah, mata saya kebiasaannya akan terus memandang pintu rumah. Sudah tabiatnya begitu. Alangkah terkejut bila terlihat pintu rumah terkuak dengan begitu luas. Takkan lah isteri saya sudah pulang? Sedangkan kelasnya bermula seawal jam 9 pagi dan hanya akan berakhir jam 4.30 petang.

Saya terus berlari ke muka pintu. Sempat memanggil nama isteri, tetapi terhenti apabila terpandang keadaan dalam bilik tidur kami menerusi pintu yang terbuka.

Segalanya berselerakan. Empat buah beg ( bagasi ) tercampak atas tilam , dengan segala laci2 almari terbuka. Waktu itu saya pun tak tahu apa yang saya rasa. Terus mendail nombor saudara Zaid ( Presiden Persatuan Pelajar PERMAI ) dan kemudiannya memanggil tuan rumah.

Siapa sangka.

Dalam jangka tidak sampai 3 jam saya tinggalkan rumah, ada pencuri yang tekad untuk merempuh pintu dan memunggah segala barang berharga dalam rumah.

Sebuah laptop milik isteri saya , sebuah hardisk beserta modem internet Wi-Tribe lesap. Begitu juga Handset Sony Ericsson C905 milik saya berserta charger. Dompet saya pun turut dikebas. Di dalamnya tiada duit tunai pun, kerana saya biasanya membawa duit tanpa dompet. Tetapi di dalamnya ada kad ATM, visa ( iqamah ) isteri dan kad jamiah saya.

Bila isteri saya pulang dari jamiah ( waktu itu saya di balai polis bersama zaid membuat report ), dia memberitahu yang tong gas turut sama diambil. Kedengaran agak lucu, tetapi itulah yang berlaku. Tong gas yang kami guna untuk memasak pun turut disapu penceroboh tersebut.

Kemudian polis datang, periksa sikit2 dan balik. Tuan rumah pula nampak menyesal kerana katanya sebelum ini tidak pernah berlaku kes pecah rumah pada penyewanya. Tak apalah, saya bersangka baik saja.

Dalam kesedihan pun kami bersyukur atas banyak perkara. Antaranya ; pencuri tersebut tidak mengambil pasport isteri yang terletak di celah rak buku. Mungkin dia tak nampak. Kemudian di rak tersebut juga ada plastik putih berisi duit kutipan untuk pelajar Mesir. Isteri saya diwakilkan untuk membuat kutipan tersebut cumanya belum diserahkan. Itu juga tidak diambil oleh penceroboh tak guna tersebut. Saya yakin Allah hijabkan pandangannya dari duit derma tersebut.

Kemudian laptop saya yang disimpan dalam bagasi, juga tidak diambil. Sebenarnya lcd laptop tersebut rosak sejak beberapa bulan lepas kerana terkena tempias hujan. Jadi saya simpan saja sebab malas nak hantar repair. Charger laptop pula disimpan di tempat lain. Mungkin sebab tiada charger lalu laptop tersebut tidak diambil. Agaknya lah.

Apapun , kami tetap bersyukur. Kata mak mertua saya tadi , penceroboh masuk tika tak ada orang lebih baik dari dia masuk tika ada orang. Pada saya, ujian Allah sebegini ada hikmahnya yang mungkin kita tak nampak.


TERIMA KASIH

Terima kasih pada saudara Zaid sanggup teman saya pergi buat report dan sebagainya. Juga pada Saudara Aizat dan Saudari Izzati. Mereka ni ketua yang jaga bahagian keselamatan di Irbid. Semalam juga mereka hulurkan sumbangan pada kami. Moga Allah membalas segala jasa baik semua sahabat2 yang prihatin dengan menghulurkan sumbangan pada kami.

Untuk beberapa hari ini, mungkin tidak aktif update blog. Kalau ada rezeki, dapat repair laptop dan dapat ganti internet, dapatlah aktif memblog balik. Kalau tidak, anggaplah tak ada rezeki. Mungkin ada hikmah lain yang Allah nak tunjuk.

InsyaAllah, rumah kami akan dipasang grille lusa. Itu pun duit sumbangan sahabat2 semua yang kami guna. Jazakumullah khairal jazak.

.
.

Sebenarnya isu pecah rumah sebegini saya dah dengar sebelum datang Jordan lagi. Antaranya yang saya baca dari blog sahabat saya di Mu'tah, saudara Solihin. Kemudian bila tiba di sini, seorang demi seorang terkena musibah yang sama. Saya anggap, itu cabaran dan ujian yang wajib kena tempuh oleh orang2 seperti kami. Itu namanya mujahadah dalam menuntut ilmu.

Dan...Semalam giliran saya pula.


Sekian.

8 comments:

qalamulhazin February 17, 2011 at 8:54 PM  

banyakkan bersabar...

hafizquran February 17, 2011 at 8:57 PM  

huzaifah :

insyaAllah..sentiasa..:)

akuegenius February 17, 2011 at 9:16 PM  

bykkan sabar..sgala itu ujian dari ALLAH..:)

hafizquran February 17, 2011 at 9:32 PM  

akuegenius :

terima ksih..ujian itu satu anugerah :)

School Of Tots February 18, 2011 at 11:17 PM  

Sabar menghadapi ujian
Dlm ujian ada pengajaran
Supaya menjadi ingatan
Agar lebih waspada di masa depan.

Shaker™ February 19, 2011 at 3:04 AM  

banyakkan sabar. tabahkan hati.. semoga pencuri itu akan kena balasannya nnti.. sedih la plak baca post ni.. rasa mcm nak p ja irbid.. kami doa dari mutah je lah..

Anonymous February 21, 2011 at 3:41 PM  

nnt pencuri tu baca ada duit kat rupanya..dia pun ceroboh balik kang

Anonymous March 2, 2011 at 5:30 AM  

nauzubillah minta dijauhkan

Archive Blog