Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

14 February 2011

Saya Akan Raikan 14 Februari..InsyaAllah!



Semalam

Kali pertama ke Klinik Dr Lina dekat Mujamma' Faniq. Datang pukul 9 , pukul 10.30 baru dapat masuk jumpa doktor. Saya hanya menunggu di luar. Kata isteri, mujurlah Dr tersebut boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Semenjak disahkan mengandung, semalam baru kami berkesempatan berjumpa doktor. Bunyinya macam sibuk benar. Setelah di scan , bayi dalam kandungan disahkan sihat dan cergas. Dalam scan tersebut kelihatan imej bayi seperti sedang berlari dan bermain bola sepak.

Ok, itu tipu. Jangan percaya.

Kandungan isteri disahkan genap 12 minggu bersamaan 3 hari. Dengan wajah berseri2 dia keluar menunjukkan kepada saya foto dari scan tersebut. Imej yang biasa dilihat dalam gambar dan video, tetapi kini adalah imej bayi saya dan dia. Bayi kami.


Setahun yang lalu

Pagi majlis akad nikah, kebetulan mama diserang sakit perut. Terpaksa berkejar ke hospital di Kuala Lumpur, sedang rombongan ternanti2 berdekatan Country Homes. Hampir sahaja majlis akad nikah dibatalkan kalau keadaan mama tidak stabil. Saya pula terpaksa menemani mama di katil hospital. Keadaan mama lesu dan terpaksa dimasukkan air.

Takdir Allah, mama beransur pulih dua jam kemudian. Kami bergegas ke masjid bandar country homes. Saya sebagai pengantin, hanya bersiap di toilet stesyen minyak Shell sahaja. Pengantin koboi namanya. Mujurlah ada kawan2 yang membantu.

Hampir jam 12 tengahari, segalanya selesai. Dengan sekali lafaz, saya sah bergelar seorang suami. Saat itu juga, saya secara automatik menerima satu lagi tanggungjawab. Dari menjaga diri sendiri, kepada menjaga diri sendiri dan orang lain.

Bukan budak kecil yang hendak dijaga. Bukan budak yang tidak tahu apa2. Tetapi seorang manusia yang sebaya dengan saya, cuma berlainan fitrah kejadian sahaja. Saya perlu menjadi seorang pendidik kepadanya. Sudah tentu ia sukar, kecuali setelah saya berjaya mendidik diri saya sendiri terlebih dahulu.


Bulan2 seterusnya

Hari2 awal perkahwinan memang mencabar. Istilah bulan madu tidak ada pada saya. Saya memegang istilah seumur hidup madu, bukan sebulan sahaja. Dan madu tersebut pula perlu dimakan dengan sedikit hempedu. Sungguh menipulah siapa yang mengatakan perkahwinannya hanya menikmati madu tanpa hempedu.

Saya berusaha untuk belajar. Isteri berusaha untuk belajar. Masing2 belajar dengan kehidupan. Setiap kali berlaku perselisihan, setiap kali itu juga kami belajar perkara baru. Berkenalan hanya sebulan sebulan kahwin tidak menjadi alasan untuk membenarkan kerenggangan dalam rumahtangga.

Saya banyak mengajar isteri secara langsung. Isteri pula banyak mengajar saya secara tidak langsung. Pada saya, aturan Allah adalah aturan yang paling cantik.


Beberapa bulan lepas

Kami selamat tiba di bumi Jordan. Memulakan kembara baru dalam hidup kami. Saya kembali kepada perancangan asal, yang terbantut hampir 2 tahun lamanya. Saya kembali belajar, isteri juga turut sama belajar.

Dua bulan lepas, kami menerima khabar gembira. Saya bakal jadi ayah. Segala yang Allah atur, ada hikmah yang tersendiri. Hanya rasa syukur yang mampu kami panjatkan.


Esok

Rupa2nya setahun sudah berlalu. Esok adalah hari ulangtahun perkahwinan kami yang pertama. Ia tiada kaitan dengan apa2 kepercayaan. Tetapi sekadar memperbaharui rasa syukur kerana kekalnya kami dalam perhubungan ini adalah semata2 kerana rahmat dan kasih sayang dari Allah ta'ala.

Sudah tentu, saya akan meraikannya.

Cuma tiadalah sampai membuat kenduri atau parti gilang gemilang. Mengarut itu semua. Orang sekarang pelik2. Datang ulangtahun kelahiran, disambut dengan begitu meriah hingga lupa dunia. Walhal sepatutnya beringat dan berjaga2, kerana itu tandanya usia semakin tua. Perlu dimuhasabah samada yang banyak itu dosa atau pahala.

Hari ulangtahun perkahwinan juga begitu. Sepatutnya merasa risau. Saya sendiri, sudah setahun berlalu, apakah berjaya segala misi dan cita2 yang digarap sebelum berkahwin. Apakah cukup isteri dilentur dan dididik supaya menjadi seorang isteri dan ibu yang baik? Setahun berlalu, bermakna setahun juga segala dosa dan pahala akan dihisab oleh Allah di akhirat kelak. Sudah tentu, saya yang kena tanggung.

Maka bila datangnya tarikh2 sebegini, saya memang berhasrat untuk raikannya dengan isteri. Meraikan dengan penuh rasa syukur kerana diberi kebahagiaan dan nikmat yang besar oleh Allah. Juga meraikan dengan cara memuhasabah diri masing2 sepanjang setahun di mana banyak berlaku salah dan silap.

Pada saya, dalam rumahtangga, isteri bukan permaisuri dan saya bukan raja. Kami adalah dua orang yang sentiasa perlu bekerja untuk membahagiakan antara satu sama lain. Tiada lebih dan tiada kurang. Nampaknya, kehadiran 14 Februari mengingatkan saya kepada banyak benda.

Paling penting, anda yang 'terkebetulan' membaca coretan saya ini, doa2kan lah saya dan juga isteri. Semoga sentiasa dikekalkan dalam rahmat dan kasih sayang dariNya. Dan, saya juga akan sentiasa doakan kebahagiaan anda semua :)


Sekian.


--> 14 Februari 2010 - kami selamat diijabkabulkan

8 comments:

$hakirShafiee™ February 14, 2011 at 4:47 AM  

waduh2.. romantisnya papa dgn mama ni.. hahaaa.. insyallah. moga kekal ke anak cucu.. ameenn.. doakan aku gak taw..

Kak Long February 14, 2011 at 4:53 AM  

mekaseh atas segalanya..

terima kasih atas kasih sayang dan tunjuk ajar selama kita kenal hingga ke detik ini..

dan maaf atas segala salah dan silap sepanjang bergelar isteri dan teman..

semoga Allah mengekalkan cinta kita hingga ke syurga..dan semoga anak yang aishah kandung ini menjadi pengikat kasih sayang dan penyambung perjuangan kita, InsyaAllah..

amin

hafizquran February 14, 2011 at 5:01 AM  

ket :

time kasih ket..insyaAllah slalu doa kat ang..waduh2..bila mau kawin..lambat bangat...hehe

kak long :

la..isteri sndiri rupanya. ingatkan awek mane tadi :) insyaAllah..amin ya rabbal 'alamin..

School Of Tots February 14, 2011 at 7:36 AM  

Tahniah atas ulangtahun perkahwinan dan rezki anak pertama ini, semoga berbahagia selalu.

yatie Awang February 14, 2011 at 8:18 AM  

InsyaAllah....kebahagiaan akan kekal bersama selagi kita ada kepercayaan antara satu sama lain...Amin...Happy Aniversary....

hafizquran February 14, 2011 at 3:58 PM  

SOT :

terima kasih atas doa tu..semoga anda turut diberi kebahagiaan..amin :)

yatie :

betul..kepercayaan perlu dibina dan dipertahankan..:) terima kasih..

$hakirShafiee™ February 16, 2011 at 5:28 AM  

sama-sama.. insyallah.. hg doakan aku na.. xlama gak kot.. hahaa

hafizquran February 16, 2011 at 5:35 AM  

ket :

bagi signal nampak? hehe..insyaAllah..amin ya rabbal alamin

Archive Blog