Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

02 February 2011

Petua Mudah Untuk Hafaz 30 Juzuk Al-Quran Dalam Masa Sebulan Sahaja!



Sekejap ya. Bagi saya duduk bersila dulu. Tarik nafas dalam2. Kemudian hembus perlahan2.

Baik.

Ini petua paling mahal dan paling mudah. Tengoklah tajuknya,hafaz 30 juzuk Al-Quran dalam sebulan sahaja! Jadi mesti dengar baik2.

Pertama sekali, ambil naskhah Al-Quran.
Kedua, sila rendamkan dalam air.
Ketiga, minum air tersebut.
Kemudian? Yaaaa...! Anda telah pun bergelar penghafaz Al-Quran!!

......

Ini cerita karut. Cerita tidak masuk akal tentang petua yang juga langsung tidak masuk akal. Tetapi yang tidak masuk akal itulah yang ramai orang cari. Kalau bertanya pada 'pakcik' Google, soalannya pasti lebih kurang begini ;cara mudah hafal Al-Quran, petua mudah ingat Al-Quran, teknik mudah menghafaz Al-Quran.

Yang penting, perkataan ''mudah'' itu mesti ada.

Lalu muncullah pelbagai kaedah, yang dibawa oleh pelbagai orang untuk menyahut soalan2 tersebut. Sebahagiannya benar2 ikhlas untuk membantu agama Allah, maka saya doakan moga Allah beri ganjaran sebaik2nya kepada mereka. Sebahagian besarnya pula terang2an hanya mahu berniaga. Mahu mencari loba di dunia dengan menjual ayat2 Allah yang Maha Mulia. Semoga Allah berikan balasan yang setimpal juga atas pengkhianatan mereka.

Semua Mesti Mudah

Zaman ini, semua orang mencari mudah. Bila terlalu obses pada kalimat ''mudah'' , maka automatik akan mengenepikan ''mujahadah''. Sehingga dalam bab menghafaz Al-Quran yang begitu berat pun , dicari juga jalan mudah.

Kalau anda nak mudah, buat lah petua di atas. Kalau tetap tidak berjaya, telan lah sekali mashaf Al-Quran tersebut. Itu kalau ''mudah'' yang anda cari, maka ''mudah'' jugalah yang saya beri.

Tetapi,

Kalau anda mencari ''mujahadah'' , maka di situ ada penghormatan anda kepada bidang tahfiz Al-Quran itu sendiri.

Penghormatan anda itu besar nilainya. Ia mendorong semangat mujahadah anda. Ia mendorong komitmen yang tinggi daripada anda. Dan ia akan memberi keberkatan kepada perjuangan anda, dengan izin Allah ta'ala.

Saya terkilan. Hari ini ramai orang enggan mengenal susah untuk mendapat kan Al-Quran yang begitu berharga.

Tidak ramai ibu bapa yang sanggup menghantar anak2 mereka ke madrasah2 tahfiz yang terletak begitu jauh dari tempat tinggal mereka.

Tidak ramai ibu bapa yang sanggup meletakkan anak2 mereka dalam bi'ah mujahadah yang menuntut seribu satu pengorbanan dalam kepayahan.

Juga tidak ramai penghafaz Al-Quran yang mahu menjadi menghafaz Al-Quran ; sanggup untuk berada dalam suasana yang susah, payah dan menekan.

Namun dalam masa yang sama mereka menuntut kejayaan.
Mereka mencari jalan pintas.
Mereka seboleh2 mahu menemui insan ajaib yang mampu menolong mereka untuk lekas hafaz dan lekas ingat.

Maka jawapan saya ; ketahuilah bahawa tidak ada satu pun jalan pintas untuk berjaya.

Melainkan terlebih dahulu perlu menempuh derita. Perlu berdepan dengan susah dan payah. Kerana dengan mudah tanpa susah, anda tidak akan menghargai anugerah yang bakal anda dapat.

Justeru, kalau anda mahu menghafaz Al-Quran, carilah ''mujahadah'' , jangan dicari ''mudah''.

Sekian.

4 comments:

Khairunnisa Azalin February 2, 2011 at 11:21 AM  

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, terima kasih untuk perkongsian ni. Sangat2 memerlukanye sekarang.

na'im February 2, 2011 at 1:43 PM  

doakan saya ustz,..supaya sntiasa mujahadh dalam meletakkan quran dlm dada.

Anonymous February 2, 2011 at 3:19 PM  

*Kadang2 rasa nak cepat dan mudah je :(

Betul2 terkesan dgn entri nih.

hafizquran February 2, 2011 at 10:31 PM  

Khairunnisa Azalin :

Ambillah mana yg terbaik utk diamalkan. InsyaAllah :)

na'im :

insyaAllah, doa ana mengiringi usaha kalian di DQ.

anon :

benar, semua orang merasa begitu, sebab itu kita perlu pada muhasabah :)

Archive Blog