Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

04 February 2011

Mesir Bergolak : Saya Terkesan Dengan Video Ini


Boleh jadi anda sudah pun menyaksikan video ini beberapa hari lepas. Hari ini pun kita saksikan lebih banyak video dari Mesir yang sedang bergolak. Ditambah pula dengan penyertaan dari para pencacai upahan yang mempunyai agenda lain untuk mengucar kacirkan keadaan.

Namun jika anda belum melihat, luangkanlah sedikit masa untuk melihat video ini seterusnya menilai dengan mata hati anda.

Sungguh saya terkesan. Saya di sini, paling kuat pun, saya hanya mampu berdoa dan menderma disamping menulis. Jauh sangat keadaan saya berbanding mereka di sana.

Saya sungguh2 terkesan dengan babak solat di depan Water Canon. Di Malaysia juga ada benda alah tersebut. Anda boleh saksikan apabila berlakunya demonstrasi aman di ibu negara , contohnya. Maka akan keluarlah makhluk tersebut di samping gerombolannya yang menembak gas berasap kepada para demonstran.

Kalau anda pernah terlibat atau sekurang2nya pernah melihat situasi apabila makhluk bernama water canon ini bertindak di Malaysia, anda akan dapati kumpulan pendemostrasi akan bertempiaran lari apabila disembur. Bagi yang pernah merasa, mereka pasti tahu pedihnya terkena semburan dari makhluk tersebut. Bagi yang tidak pernah merasa, saya kira anda sendiri dapat mengagak keperitan yang dirasai oleh mereka2 yang terkena semburan dari water canon tersebut.

Namun di Mesir sana, mereka sanggup bersolat di hadapan trak tersebut!

Saya hampir menangis melihat kecekalan hati mereka. Para pengkritik yang hanya melihat dari luar kandang patut merasa malu. Mereka adalah rakyat yang lemah, bangkit menuntut keadilan dan mendesak TAGHUT untuk berundur. Mereka datang dengan cara yang baik, tanpa senjata tanpa perisai. Tetapi mereka dilayan seperti anjing yang tidak bermaruah.

Lalu di hadapan kezaliman tersebut mereka bersolat. Bersujud dan berdoa kepada Allah. 

Kita selalu mendengar bahawa doa adalah senjata orang mukmin. Tetapi boleh jadi kita belum pernah 'merasai' kebenaran kata2 tersebut. Namun rakyat Mesir membuktikannya. 

Anda bayangkan bagaimana pedihnya rasa apabila disembur oleh air bergas tersebut, bukan sekali semburan tetapi berkali2. Dalam kepedihan, keperitan dan rasa gatal yang begitu mencengkam, mereka tetap teguh bersolat. Apakah anda mengira air yang disembur itu adalah air sejuk yang bertujuan untuk mereka berseronok sambil bermandi manda?

Mereka membuktikan bahawa mereka punya senjata yang paling ampuh ; itu DOA. Seorang mukmin yang berjiwa pejuang langsung tidak merasa gentar meskipun berdiri dalam hujanan peluru dari pihat taghut.

Dan hari ini, mereka terus berjuang. Kedegilan Husni Mubarak untuk turun membuatkan saya benar2 meluat. Lalu saya bertanya ; apakah perasaan Husni Mubarak tatkala menonton siaran televisyen di mana rakyatnya sedang dibantai dan negaranya sedang menuju kehancuran? Apakah dia tidak punya hati dan perasaan?

Tidak hairanlah Allah menyebut di dalam Al-Quran :

فانها لا تعمى الأبصار ولكن تعمى القلوب التي في الصدور
--> sesungguhnya mereka itu bukanlah buta mata tetapi buta HATI yang terletak di dalam dada

Sabda Nabi s.a.w : Takutilah doa orang yang dizalimi, kerana tidak ada sebarang HIJAB antara doanya dengan Allah.

Apa pun yang berlaku, saya tetap nyatakan kekaguman saya kepada rakyat Mesir yang sedang berjuang menuntut keadilan. Kematian dan kecederaan yang berlaku di hadapan mata mereka sedikit pun tidak mematahkan semangat mereka untuk terus melangkah. Saya terinspirasi. 

Satu sahaja doa saya buat mereka ; semoga Allah berikan kemenangan kepada mereka dalam perjuangan tersebut, ataupun Allah berikan ganjaran syahid atas perjuangan tersebut.

Sekian

4 comments:

$hakirShafiee™ February 4, 2011 at 1:49 AM  

sakit kena water canon tu. tp dorg ttp solat gak.. salute..

hafizquran February 4, 2011 at 2:11 AM  

ket : itulah pasal..malu ngat ngan depa..huhu

School Of Tots February 4, 2011 at 9:59 AM  

InsyaAllah marilah kita sama2 doakan supaya kemenangan berpihak kepada Islam.

Game Over Husni Mubarak !!

hafizquran February 4, 2011 at 7:40 PM  

School Of Tots :

Amin..itulah yg kita harapkan.
yes!GAME OVER HUSNI YANG SUDAH TIDAK MUBARAK LAGI~

Archive Blog