Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

11 February 2011

Kenapa Di Sini Tiada Shoutmix Chatbox?




Santai.

Masih bercakap tentang dunia belog blog.

Kalau perasan , blog saya tidak mempunyai chatbox di sebelah tepi. Benda alah yang dipasang pada asalnya untuk tujuan blogwalking. Memudahkan para pengunjung untuk meninggalkan jejak mereka atau bertanya khabar , atau memuji2 tuan blog dengan ayat2 seperti ini ; blog yang menarik, tulisan yang begitu menyentap jiwa dan yang sewaktu dengannya.

Ramai orang pasang benda alah tersebut di blog mereka. Bahkan ada juga yang pasang lebih dari satu. Mungkin takut tak cukup ruang untuk orang tinggalkan komen.

Saya dulu pun pasang juga. Tidak salah pun pasang benda alah tersebut. Antara kelebihannya , ia akan menampakkan blog anda 'hidup' dengan ramai pengunjung. Kalau rasa chatbox tu sepi, anda taiplah sendiri apa2 komen , bukan orang tau pun kan?

Tapi sejak sekian lama, chatterbox tidak ada lagi di blog saya. Sengaja saya tidak mahu benda alah tersebut wujud di sini.


Kenapa?

Saya sependapat dengan penulis blog ini --> emilayusof

Selain dari apa yang dia nyatakan, ada lagi beberapa keburukan yang lain. Kalau anda perasan, semua orang boleh meninggalkan komen dengan mudah di ruangan tersebut. Anda boleh memilih apa2 nama yang anda suka dan anda boleh menyamar menjadi sesiapa sahaja yang anda suka!

Ruangan nama diletak nama orang lain, ruangan address diletak link blog orang lain dan diisi emel orang lain. Tersangatlah mudah untuk menyamar sebegitu dan tersangatlah sukar untuk dijejak siapa yang punya angkara. Kalau pun boleh di block, tidak ramai pula blogger yang mahir dengan teknik2 tersebut.

Sekarang ini pula ada kaedah untuk blogwalking secara spam. Bukan hendak menziarah, tetapi hendak meninggalkan link mengarut ataupun iklan yang bukan2. Iklan ubat kuat pun ada. Ada satu blog saya masuk, tengok chatbox dia penuh dengan iklan sahaja, mengarut2 pula tu, sedangkan 'manusia' sebenar tidak ada pula yang meninggalkan apa2 komen.

Mencemarkan kanvas blog sahaja.

Keadaan lebih getir akan dihadapi oleh orang yang mempunyai saingan atau musuh, tidak kiralah dalam bidang apa sekalipun. Boleh jadi juga orang yang iri hati. Dengan ruang yang terbuka luas di blog anda, makhluk2 ini dengan senang lenang boleh menabur fitnah dan spekulasi, sehingga pengunjung blog anda yang kebetulan terbaca komen2 tersebut akan merasa sangsi dan syak wasangka.

Anda pula serba salah. Si penabur fitnah tidak dikenali. Hendak dijejak kembali tiada link, kalau ada pun link palsu. Tak pasal2 anda mendapat malu dan sakit hati.


Solusi 

Pada saya mudah saja, usah diletak shoumix tersebut jika ianya lebih mengundang sakit hati dan kemudharatan kepada anda. Kalau orang hendak meninggalkan jejak, mereka boleh berbuat demikian di ruangan komen. Di ruangan komen pun saya moderate. Pada saya, tapis lebih baik. Sebab saya tak suka minum teh yang tak ditapis. Setengah orang suka. Tak apalah, citarasa masing2.

Ada orang berani tapi tak bijak pula. Dibuka segala ruang yang ada, konon atas dasar berani dan terbuka. Tetapi pada saya itu tak berapa cerdik. Apa cerdiknya kalau buang masa melayan makhluk jenis lempar batu sembunyi tangan? Lagi bagus, dia sembunyi tangan, kita sembunyi shoutmix. Habis cerita.


Sekian.

2 comments:

tqaroslan February 12, 2011 at 12:34 AM  

betul3. baru tahu. bahaya jugak chatbox ni rupanya.
baru je sebenarnya buat blog, tengok blog orang lain ada chatbox, diri sendiri pun terasa nak ada.
terima kasih.

hafizquran February 12, 2011 at 1:28 AM  

tqaroslan :

xpe,kalau rasa selesa xde masalah nak pakai..pendapat msing2 :)

Archive Blog