Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

23 February 2011

Kembali

Hampir 5 hari tiada entri baru di blog ini. Terasa bagai 5 bulan lamanya. Kekerapan mengupdate blog sebelum ini menjadikan temoh tersebut begitu lama.

Sebenarnya bukan tentang blog sahaja. Bahkan bila capaian internet terus hilang dari saya secara tiba2, segala informasi terkini bagaikan tersekat semuanya dari pengetahuan saya. Dari situ saya menilai, betapa besarnya peranan yang dimainkan oleh internet untuk mencorakkan dunia maklumat saya.

Baik berita dekat mahupun berita jauh, semuanya terbantut dan tersekat.

Saya ketinggalan banyak benda dan banyak cerita. Bahkan saya agak kesal kerana terlambat mengetahui tentang apa yang sedang berlaku di Libya. Juga tentang gelombang kemenangan Pro-M di kampus2 dalam negara.

Hanya malam ini baru saya mendapat semula capaian internet dengan baik. Malam ini juga saya lebih banyak membaca dari menulis.

InsyaAllah selepas ini akan ada entri2 seperti biasa. Semoga Allah memberikan ruang dan kesempatan sebaiknya kepada saya.


Sekian.

0 comments:

Archive Blog