Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

03 February 2011

Jangan Kaitkan Isu Mesir Dengan Politik Boleh Tak?!

Kita masih sedang mengikuti perkembangan di Mesir dengan penuh debaran. Soalan di atas pula agak berapi. Boleh jadi anda pernah dengar atau anda sendiri pernah bertanya demikian.

Sebelum saya menulis lanjut, suka untuk saya sebut satu perkara. Iaitu kebanyakan dari kita yang mengambil tahu isu mesir , sebenarnya tidak tahu menahu tentang apa2. Dahsyat bukan dakwaan saya? Ok, dakwaan itu salah. Mereka memang ambil tahu, tetapi ambil tahu tentang keluarga mereka sahaja. Tapi bagi saya, mereka tetap tidak tahu apa2.

Kenapa saya suka sangat menyebut begini? Biarlah mereka nak ambil tahu pasal keluarga mereka! Salah ke? Kalau kau punya adik ke anak ke ada kat sana, kau pun akan rasa perasaan yang sama!

Fuh. Berdesing telinga.

Anda yang dihormati. Kita kena faham, setiap orang melihat isu yang berlaku di Mesir dengan sudut pandang yang berbeza2. Yang paling lemah, melihat isu itu sebagai isu kerana mereka punya keluarga di sana. Itu sensitiviti paling lemah. Yang paling kuat pula memandang dari kacamata seorang muslim yang merasakan pertalian ikatan akidah yang begitu kuat dengan seluruh saudara seakidahnya tidak kira di mana berada.

Tetapi hendak merasa risau, itu tidak salah. Semestinya, jika saya sendiri di tempat mereka, saya pun tidak boleh tidur malam. Janganlah memandang kata2 saya sebagai hentaman membabi buta. Tidak ada gunanya saya berkata demikian. Lagipun, itu tidak cerdik namanya. Contohnya begini ; berlaku sebuah kematian dalam sebuah keluarga. Katakan, anaknya meninggal kerana bermain mercun buluh. Dahsyat juga. Semua orang menangis dan bersimpati.

Tiba2 saya masuk dan bersuara kuat ; Itulah, orang dah larang main mercun, tapi budak2 sekarang jenis degil. Sudah terkena batang hidung sendiri, barulah tahu langit tinggi rendah.

Agak2, saya boleh duduk bersila dalam rumah tu atau saya balik dengan lontaran penyapu?


SKOP PANDANG

Apa yang saya sebutkan di atas, ramai yang tidak sedar akan isu besar di Mesir. Allah tunjukkan di Mesir, untuk pengajaran kepada negara2 yang lain. Isu yang berlaku adalah kezaliman yang berleluasa. Rakyat yang tertindak. Hak2 yang tidak ditunaikan. Penipuan dan rasuah. Pelbagai isu salahguna kuasa. Baik, saya tanya anda. Adakah isu itu hanya berlaku di Mesir?

Adakah pemimpin2 di negara lain tidak terlibat dengan kelakuan yang serupa?

Maka di sinilah perlunya kebijaksanaan kita melihat isu. Politik adalah isu penting dalam negara. Apakah tanpa kaitan politik, Mesir akan bangkit begini? Tunisia akan rebah sehingga Presidennya lari?


Lihat. Fikir.

Kezaliman yang dilakukan oleh sang pemerintah, tidak kiralah di benua mana sekalipun, mereka tetap akan berdepan dengan pembalasan dari rakyat. Kebangkitan rakyat tetap akan berlaku, kerana Allah sesekali tidak akan redha dengan kezaliman yang berlaku di atas muka bumiNya. Cuma kebangkitan itu bergantung kepada kesedaran rakyat.

Rakyat Tunisia telah membuktikan kesedaran mereka.
Rakyat Mesir sedang membuktikan  kesedaran mereka.

Baik, sekarang anda nampak satu sudut pandang yang lain?

Di sinilah timbulnya suara2 dari mereka2 yang punya kesedaran, dengan mengaitkan isu yang sedang berlaku di dunia, khususnya Mesir dan Tunisia, sebagai peringatan buat negara mereka. Ini bukan suatu perkara yang salah, lantaran berpesan2 dengan kebenaran itu adalah tuntutan agama.

Sepatutnya mereka kita puji. Kerana mereka ada kesedaran untuk menyedarkan masyarakat di negara mereka, sebelum kebangkitan yang sama melanda mereka pula. Maka pemimpin ditegur, dinasihati sebaiknya. Inilah namanya 'ibrah. Apa yang penting, mereka bukan menerjah sesiapa, sebaliknya menulis secara umum.

Tetapi sedih. Masih wujud orang2 yang berfikiran begitu sempit. Melihat Mesir hanya Mesir. Tunisia hanya Tunisia. Saya simpati pada mereka. Lalu saya berharap, catatan ini boleh mengubah cara mereka berfikir.

Tetapi kalau mereka tetap juga menolak dan enggan berfikir, tidak mengapa. Sebagaimana anda marah apabila ditegur hanya prihatin pada kaum kerabat sendiri sahaja, seperti itu jugalah orang lain marah apabila anda menghentam mereka kerana mengaitkan isu yang berlaku dengan politik. Jelas bukan?

Nada menasihati dan berbentuk muhasabah, bukan bermaksud menghentam atau menyalahkan. Ia lebih bersifat lontaran yang ada baiknya jika difikirkan. Dalam masa yang sama, kiriman doa tidak putus kita berikan. Setiap detik kita berdoa, moga Allah berikan keselamatan kepada mereka semua.

Pada saya, perjuangan kita bukan MESIR. Perjuangan kita adalah untuk KEADILAN. Jika untuk Mesir semata2, habis Mesir berakhirlah perjuangan kita.

Sekian.



كلنا خالد سعيد

3 comments:

SeRiKaNDi_uMaR93 February 3, 2011 at 7:26 AM  

ya betul..bukan di mesir sahaja, kalau negara2 lain yang merasakan mereka di tindas..memang patut bangkit... hmm.. ana gi kuliah, pak long zainal asri selalu sebut... "insyaallah...kita sedang menuju kebnagkitan islam..." tup2 jadi mm2 skrng... ya, kita sedang menelusuri kebangkitan Islam...

$hakirShafiee™ February 3, 2011 at 7:48 PM  

moga tiada 'politik' utk tunjuk kehenseman masing2.. huhu

hafizquran February 3, 2011 at 11:26 PM  

serikandi umar :

islam tetap akan menang, itu mmg wajib kita yakini.

ket :

yang berpolitik tunjuk 'hensem' , yang tak berpolitik 'control ayu' ~

Archive Blog