Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

12 February 2011

Iktibar Mesir : Kau Berjuang, Allah Kasi Menang








Malam ini ramai orang sujud syukur. Bukan di Mesir sahaja bahkan seluruh dunia. Mubarak telah meletak jawatan, sesuatu yang mungkin sangat mustahil beberapa tahun lepas. Bahkan boleh jadi sebelum kebangkitan Tunisia, tidak ada yang sangka regim paling angkuh di bumi Mesir akan tumbang dalam keadaan begitu hina.

12 Februari yang begitu bersejarah buat bumi Mesir. Bumi syahidnya para pejuang agama Allah. Bumi tertimpanya kehinaan kepada pengikut2 Firaun laknatullah.


18 hari bukan tempoh yang singkat. 

Kita yang melihat dari jauh, boleh jadi hanya hangat berbicara sekitar 2,3 hari isu itu meletus. Kemudian naik isu valentine, isu Mesir sudah jauh tenggelam. Kalau bukan kerana berita Mubarak letak jawatan , boleh jadi sudah ramai yang meminggirkan isu Mesir dari ingatan.

Namun dalam keadaan kita bersenang lenang, mereka di bumi Mesir tetap berjuang. Apa nak jadi pun jadilah, asalkan tuntutan mereka berjaya. Asalkan kezaliman terhapus. Asalkan keadilan dapat ditegakkan. Dengan darah, dengan nyawa mereka mendepani taghut yang memerintah mereka.

Kita juga berjuang, tetapi mungkin sangat jauh hendak dibandingkan dengan mereka. Semangatnya, kekentalan jiwanya, keteguhan pendiriannya serta keberanian yang sungguh luar biasa.

Kita pula seperti biasa, datang isu valentine kita kecoh seketika. Kemudian isu maulidur rasul. Kecoh pula dengan bid'ah , sesat dan sebagainya. Tak habis2. Masa itulah kalau nak tengok 'orang agama' bertaraf selebriti jadi jaguh utama. Kalau isu kezaliman pemerintah, haram.


Ramai orang putus asa dalam berjuang.

Hari ini Mesir memberi tamparan kepada mereka2 yang beranggapan sedemikian. Orang2 yang jenis berjuang mengharap kemenangan. Orang2 yang jenis berjuang dan berharap supaya segera menang.

Orang begini biasanya tidak setia atas landasan perjuangan yang susah lagi mencabar. Mereka biasanya akan memilih landasan2 'selamat' dan port2 yang 'baik punya' untuk berdakwah. Mereka menamakan zon selesa itu sebagai 'perjuangan'. Susah mereka tak sanggup, ditekan mereka tak sanggup, kekangan mereka tak sanggup, ditangkap dan dipenjara lagi lah mereka ketar lutut.

Orang yang setia atas landasan perjuangan sangat sedikit.

Mereka lah orang yang sedar dan faham apa itu perjuangan. Mereka berjuang mengharap kemenangan yang hakiki, bukan menang yang sementara. Mereka tidak sanggup menggadai agama dan pendirian hanya semata2 mahu menang di dunia. Mereka hanya memilih antara dua ; benar2 menang menegakkan Islam ataupun syahid sebagai ganjaran.

Inilah yang tergambar dengan jelas dari bumi Mesir.

Mereka melihat saudara2 mereka dibelasah, ditangkap bahkan dibunuh. Mereka tidak takut dan tidak gentar. Disuruh balik, mereka bertahan di dataran Tahrir. Disuruh berkurung, mereka berkampung. Datang kereta kebal mereka berdepan dengan kereta kebal. Datang water canon mereka bersolat depan water canon.

Sungguh kental mereka dalam mentakrifkan erti perjuangan!

Mereka mengajar kita bahawa menang kalah adalah kerja Allah. Apa yang lebih utama adalah berjuang tanpa kenal erti penat dan lelah. Kalau mereka tak yakin menang itu kerja Allah, saya percaya berita Mubarak letak jawatan tidak akan sampai kepada kita.


Ambillah iktibar.

Jika kita mengaku berjuang, maka ketahuilah bahawa landasan kita bukan hamparan permaidani merah. Kemenangan itu pahit bayarannya, kerana syurga itu manis sebagai ganjarannya. Kepada manusia yang mengaku berjuang tetapi sibuk mempersoalkan 'bila tibanya kemenangan' , nah! Hari ini warga Mesir memberi jawapannya.

Kalau masih tidak celik juga, baliklah bermuhasabah. Adakah kita benar2 seorang pejuang?


Sekian.

5 comments:

$hakirShafiee™ February 12, 2011 at 5:36 AM  

alhamdulillah~~ dpt taw pasal letak jawatan ni dalam bas tadi.. apa pon kita doakan moga penanti yg lebih baik tk masa depan mesir.. TAkbir~~!!!

salmanfasiri February 12, 2011 at 12:31 PM  

Alhamdulillah...Imam Hasan Al-Banna ditembak mati pada 12 Feb 1949....benih-benih yang ditanam al-Marhum kini barulah membuahkan hasil di Mesir

ibnuyassir February 12, 2011 at 2:44 PM  

Ar Rayah World News

Mubarak Berundur, Khilafah Akan Kembali

http://ibnuyassir.blogspot.com/

hafizquran February 12, 2011 at 7:50 PM  

Insya Allah semua..

Kita doakan yg terbaik utk umat Mesir dan seluruh dunia. :)

Profesor Adab February 13, 2011 at 11:05 PM  

Mukjizat Balaghah Al-Quran & Sejauh Mana Kemampuan Kalam Arab Menandingi Kalam Allah
www.rosemujahid.blogspot.com

Archive Blog