Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

24 February 2011

Gaddafi - Musuh Sebenar Islam



Jutaan hati ummat sedang membara dengan kemarahan kepada si pemimpin zalim bernama Moammar Gaddafi. Susuk tubuh yang telah 42 tahun memegang takhta kekuasaan di bumi Libya dalam tangisan dan kesengsaraan rakyatnya sendiri.

Dan kini tanpa ragu2 mengisytiharkan perang pula kepada rakyat yang bangkit menyuarakan bantahan kepadanya!

Bahkan tanpa segan silu menggunakan darjat kemuliaan 'mati syahid' sebagai tebusan kepada kezalimannya - seandainya dia gugur akibat penentangan tersebut.

Pemimpin yang zalim ada di mana2. Di setiap zaman dan di setiap era. Kewujudan mereka adalah untuk melengkapi sunnatullah berupa ujian kepada orang2 mukmin. Mereka adalah musuh Allah , Rasul dan musuh utama kepada orang2 beriman.

Kekuasaan yang dimiliki mereka di dunia langsung tidak dapat memberikan kemuliaan kepada mereka walau secebis pun. Bahkan ia menjadi asbab bertambahnya kehinaan mereka dunia dan akhirat. Mereka menyangka bahawa mereka adalah wira yang memimpin keadilan kepada rakyat, sedang Allah membiarkan mereka dalam kesesatan tersebut dengan tujuan untuk menambahkan azab kepada mereka.


Mereka sesat dalam beragama.

Menggunakan kalimah yang bermartabat tinggi di dalam Islam tidak lebih untuk mengaburi mata2 penyokong bawahan. Padahal apa yang telah dan sedang dilakukan mereka langsung bertentangan dengan ajaran dan prinsip Islam.

Islam menetapkan syarat yang begitu ketat kepada seorang pemimpin. Bahkan Nabi s.a.w dalam banyak hadis menekankan tentang tanggungjawab berat yang akan ditanya ke atas seorang pemimpin di hadapan Allah kelak.

Kerana itu seorang pemimpin yang benar2 meletakkan Allah di atas pemerintahannya, akan sentiasa berwaspada hatta dalam sekecil2 tindakannya, lebih2 lagi bersangkutan dengan hak2 rakyat yang diamanahkan kepadanya.

Namun apa yang kita lihat hari ini adalah sebaliknya.

Seorang demi seorang pemimpin berjiwa Fir'aun dizahirkan oleh Allah akan kezaliman mereka buat tatapan ummah. Sejarah adalah sesuatu yang akan terus berulang. Dan Gaddafi yang hari ini tampak gah mengisyiharkan pembunuhan kepada rakyatnya sendiri pasti dan pasti akan menerima nasib yang sama seperti Ben Ali dan Hosni Mubarak. Begitu juga dengan pemimpin2 yang mengorak sejarah kezaliman sebelum mereka.

Jasad Fir'aun dikekalkan oleh Allah buat tatapan pemimpin hari ini. Namun hanya sedikit yang mengambil ibrah.

Seorang lelaki yang begitu gah dan hebat di zamannya, bahkan dijulang seumpama Tuhan dan mengaku pula diri sendiri sebagai Rabbukum Al-A'la - Tuhan kamu yang tertinggi. Namun akhirnya kehinaan juga yang ditemui, sehingga ke hari ini kita semua menjadi saksi ke atas kehinaan tersebut.

Fir'aun telah mati, namun kejahatannya masih kekal diwarisi.

Ia diwarisi oleh mereka2 yang gila kuasa, tamak kepada kedudukan dunia, meletakkan taraf dan kasta dalam pemerintahan, berseronok di atas penderitaan rakyat, dan mereka2 ini wujud di setiap zaman dan setiap era. Hari ini mereka bukan sahaja ada di Tunisia, Mesir atau Libya. Bahkan bertaburan di seluruh pelusuk benua.


Satu perkara yang kita tidak boleh lupa.

Seiring dengan kemunculan mereka, akan tetap juga muncul golongan yang mempertahankan agama dan memperjuangkan penentangan kepada mereka. Mereka2 ini adalah tentera Allah. Mereka juga wujud di setiap tempat dalam setiap era.

Sejarah terus berulang.

Tentera2 Allah dijanjikan dengan kemenangan oleh Tuhan mereka sendiri. Mereka adalah pejuang yang tidak gentar kepada tekanan dari pemimpin yang zalim dan kejam. Sesungguhnya urusan agama Allah hanya layak dipikul oleh manusia2 yang dipilih olehNya sahaja.

Begitu ramai di kalangan ummat hari ini yang meminggirkan perjuangan dari diari hidup mereka. Mereka asyik dengan keseronokan hidup mereka sendiri. Sedang darah saudara2 mereka dihirup di Palestin dan Libya, mereka leka menghirup minuman kegemaran mereka tanpa sedikit pun memikirkan tentang nasib saudara2 mereka!

Inilah ummat lemah yang telah beribu tahun digambakan oleh Nabi s.a.w. Ummat yang kuantitinya diibaratkan hanya seperti buih2 di lautan. Dan di titik ini kita harus berhenti seketika dan bertanya, apakah aku juga tergolong dalam jumlah buih2 tersebut..?

Melihat kezaliman ke atas ummat Islam hari ini serta kezaliman golongan taghut yang kian memuncak, menggamit hati menyorot segenap sejarah perjuangan ummat terdahulu.

Tidak pernah ada pada mereka ungkapan kesenangan dan keselesaan apabila mengucapkan ikrar untuk berjuang!

Sayangnya bau darah syuhada' itu tidak sampai kepada hidung kita hari ini. Wangian tersebut sangat jauh dari kita untuk dihidu. Menjadikan akar perjuangan langsung tidak hidup apatah lagi untuk subur di dalam hati dan sanubari kita.

Sungguh!

Kalau kita benar2 meletakkan urusan ummat Islam hari ini dalam diari harian kita sendiri, pasti dan pasti, hanya air mata yang akan mengalir mengenangkan betapa lemahnya ummat di hari ini.

Semoga setiap dari kita menikmati titisan air mata tersebut.

Dan semoga titisan air mata tersebut mampu menyuburkan kembali hati2 kita yang kian hancur diinjak musuh!


sekian.

4 comments:

Anonymous February 24, 2011 at 4:03 AM  

lama xsgghh sini. tenet putus.. aura-aura ada mengatakan ada pihak nak gulingkan raja jordan pulak.. xtaw la mcm mana nnti.. harap2 bg kita khirij dulu la.. heee

SeRiKaNDi_uMaR93 February 24, 2011 at 6:20 AM  

kebangkitan Islam...bangkit dan terus bangkit!

hafizquran February 24, 2011 at 4:36 PM  

anon :

ana pun lama xmenulis, tapi sebab internet hilang..huhu..

srikandi umar :

bangkit bersama para srikandi yg hebat..moga nti salah satu dari mereka..amin

SeRiKaNDi_uMaR93 February 24, 2011 at 10:50 PM  

amin....

Archive Blog