Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

11 February 2011

Fahaman Sempit Pejuang Islam Tentang Hari Valentine?



Setiap kali datang Februari, inilah isunya.

Valentine Day = Hari Kekasih


[ satu ]

Sejarah tidak pernah berbohong. Kalau kita celik kebenaran, kita dengan mudah boleh menyemak asal usul perayaan tersebut. Seterusnya, kita dengan mudah sahaja dapat menentukan samada ia patut dirayakan oleh kita ataupun tidak. Ini khusus kepada umat Islam yang masih mahu merayakan Valentine's Day tanpa mahu menyelidik asal usul perayaan tersebut. Dalam Islam, kita cuma ada dua sahaja perayaan , iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.

Hari ibu, hari bapa, hari tok nenek? Boleh sambut sekadar meraikan sahaja. Tidak sehingga menetapkan ia sebagai suatu bentuk perayaan, atau menambah ia sebagai perayaan baru dalam Islam, atau mengaitkannya dengan akidah. Menyambut sesuatu perayaan orang kafir dengan mengakui akidah mereka hukumnya adalah haram.


[ dua ]

Nak berkasih sayang tidak perlu kepada hari. Begitu juga hendak mencintai ibu, bapa atau guru, tidak perlu kepada hari2 tertentu. Samalah juga, hendak mencintai Rasulullah, juga tidak perlu kepada hari2 tertentu. Berkasih sayang dalam lingkungan syarak , sifatnya berterusan dan bukannya pada waktu2 tertentu sahaja. Tetapi hendak meraikannya tidak salah, contohnya maulidur rasul, dengan memperbaharui ingatan dan semangat perjuangan kita menyambung dakwah Rasulullah. Maklumlah, kalau tiada tarikh sambutan, kita mudah lupa. Nama lagi melayu.


[ tiga ]

Saya sokong kempen anti zina, anti arak, anti pergaulan bebas dan anti valentine's day. Tetapi kita perlu terima hakikat bahawa masyarakat negara kita masih sangat jauh dari nilai hidup beragama yang sebenar. Kalau kita lihat, Pas sendiri berdepan dengan kesukaran untuk melaksanakan kempen tersebut, dan tentangan tersebut datang dari rakan Pas sendiri. Tetapi pada saya, ia suatu yang normal. Yang tidak normal adalah kita tidak melaksanakan kempen tersebut kerana takutkan rakan politik yang berlainan agama.


[ empat ]

Ada orang melempar tuduhan. Katanya, orang2 yang mahu melaksanakan kempen anti valentine's day ini fikirannya sempit dan tidak faham tentang hari kekasih. Pada saya, tidak pelik mereka beranggapan begitu. Nak tahu contoh fikiran sempit pada mereka?

Sempit = duduk berduaan lelaki dan wanita, berpegang tangan dan bercumbuan tidak boleh , kerana akan berlaku zina. Nabi bersabda ; yang ketiganya adalah syaitan.

Terbuka = duduk berduaan lelaki dan wanita, berpegang tangan dan bercumbuan boleh, kerana itu gambaran kasih sayang dan jiwa merdeka.

Orang Islam dan pejuangnya harus faham perkara2 begini. Jangan sampai kita dituduh sempit dan kita mengaku pula sebagai sempit. Jadi asas kepada larangan harus kita faham betul2.


[ lima ]

Islam larang arak, kerana ia merosakkan fungsi akal. Apabila manusia mabuk,akalnya tidak berfungsi dengan baik dan dia boleh melakukan sesuatu yang merosakkan diri dan maruahnya sendiri. Islam larang zina kerana ia merosakkan keturunan. Ia mendatangkan penyakit yang dahsyat umpama Aids dan sifilis. Islam larang dengan membawa sebab musabah yang MEMANG diterima akal. Kerana itu, Islam datang dengan dalil dan hujah, bukan semata2 perintah.

Sebab2 yang diterima akal ini memang diakui oleh semua agama. Cuma mereka sahaja yang tidak beramal dengan agama mereka sendiri. Bukan tika hari valentine sahaja kita kena cakap kepada mereka bahawa berzina itu mudharatnya sangat dahsyat, tetapi di setiap masa dan ketika kita perlu cakap. Asas2 ini yang mereka tidak mahu faham, dan akhirnya mereka menuduh kita sebagai pejuang Islam berfikiran sempit, umpamanya tentang hari valentine.


[ enam ]

Pada saya, bukan hanya untuk umat Islam sahaja perlu dilaksanakan kempen ini, bahkan kepada masyarakat seluruhnya. Di sinilah perlunya sesuatu kerajaan menegakkan Islam dan nilai2nya di dalam pemerintahan mereka. Apa yang dibawa Islam memang COMFIRM sesuai untuk semua manusia, tidak kira apa agamanya.

Tetapi jika kita lihat hari ini, masyarakat bukan Islam begitu lantang menolak kerana apa? Antaranya adalah kerana kerja dakwah kita selaku umat Islam sangat lemah. Kerajaan dilihat tidak memainkan peranan yang besar dalam hal ini. Kerajaan dilihat terlalu terbuka dalam bab sosial dan pergaulan bebas. Akhirnya bukan orang bukan Islam sahaja yang tidak faham , bahkan orang Islam sendiri semakin ramai yang tolak Islam.


[ tujuh ]

Saya faham sangat mengapa sesetengah orang bukan Islam membuat provokasi, kononnya Pas mahu melaksanakan Islam yang ekstrim di dalam negara contohnya dengan menguatkuasakan larangan kepada sambutan seperti hari valentine. Selain sebabnya adalah berkaitan provokasi politik, ia juga berpunca dari ketidakfahaman mereka tentang kebaikan Islam.

Kan bagus kalau orang Islam yang berkawan dengan bukan Islam hari ini pakat2 mendedahkan kebaikan Islam kepada kawan2 mereka. Pas dedahkan Islam pada Dap. Umno tolonglah sama dedahkan Islam pada Gerakan. Adakah ini berlaku?

Salah satu cara untuk tidak dilihat ekstrim adalah dengan menonjolkan kebaikan yang ada dalam ajaran Islam. Umpama yang saya sebut di atas tentang zina. Kalau takut sangat hendak guna nama Islam, gunalah nama lain tetapi intipati yang sama. Masalahnya ini tidak berlaku secara proaktif di negara kita.


[ lapan ]

Apabila ia tidak berjalan dalam masyarakat majmuk di negara kita, maka lahirlah kenyataan terpesong seperti Islam agama sempit, pejuang Islam berfahaman mundur dan sebagainya. Mahu atau tidak, itulah badai yang terpaksa kita tempuh dan itulah kepahitan yang terpaksa kita telan apabila bercakap tentang isu2 seperti ini.

Mereka beranggapan kita berfikiran sempit kerana persepsi kita pada hari valentine lebih menjurus kepada isu seks, pergaulan bebas dan zina. Tetapi pada kita, itu hakikat. Minyak dengan api,apabila dekat COMFIRM akan menyambar. Sebab itu mahu atau tidak, kita kena berterusan memberi kefahaman kepada bukan Islam di negara kita dan tak lupa juga kepada orang Islam sendiri.


Last

Pada saya, isunya bukan melayu tidak sepakat. Tapi isunya adalah melayu tak buat kerja dakwah. Cuba kalau pakat2 letak Islam di depan dan sama2 gerakkan dakwah, tidak mustahil masyarakat bukan Islam akan semakin hampir dengan kebaikan Islam.

Pada saya , itu lebih baik dari berfikir untuk buka hub hiburan. Tak habis2 mengarut!


Sekian.

2 comments:

tqaroslan February 12, 2011 at 12:39 AM  

baru-baru ini saya ada menghadiri forum mengenai cinta dan islam.

di dalam forum tersebut, ada satu kenyataan ahli panel itu yang mengatakan bahawa hukum bercouple ini pada asalnya adalah harus, tetapi ia boleh bertukar menjadi haram kerana melanggar batas dan syariat Islam itu sendiri.

saya tidak pernah mendengar sebelum ini mengenai kenyataan hukum bercouple itu pada asalnya harus. betul ke?
saya agak pelik dengan kenyataan ahli panel tersebut.

hafizquran February 12, 2011 at 4:11 AM  

tqaroslan :

petama skali kita kena faham dulu apa skop couple yg dimaksudkan. pada takrifan umum, couple itu lebih kepada perhubungan lelaki dn perempuan yg bkn mahram,berdating,berpegang tgn,bergayut dan sgala jenis tabiat cinta tidak sihat yg lain. semua itu jelas dihukum sbg haram, bahkan Islam tdk pernah mengajar ttg cinta sebelum kahwin.

tetapi jatuh cinta dan jatuh hati kpd ssorang tidaklah haram,slama mana tdk disusuli tindakan maksiat.

sy tidak pasti apa hujahnya shingga couple dikatakan harus. pada saya,couple dalam ertikata di atas adalah haram. tetapi kalau couple ditakrfikan sbg mncari calon,merisik dan sbgnya, ya..itu memang harus.

Archive Blog