Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

07 February 2011

Dalam Banyak2 Bacaan, Kenapa Orang Tak Suka Baca Al-Quran?



Membaca fitrah manusia. Peringkat awal membesar, manusia memang akan belajar membaca. Sesetengahnya pula betul2 obses dengan membaca, sehingga dipanggil ulat buku. Zaman sekarang, sudah tidak ada orang yang tak pandai membaca ( kalau ada pun sedikit ). Bahkan manusia sudah naik ke satu tahap, iaitu membaca depan skrin, bukan lagi depan buku.

Banyak benda yang orang baca.. Komik, majalah, novel, cerpen, puisi, emel, sms bahkan signboard tepi jalan pun orang baca. Ada orang semua tulisan yang dia nampak dia nak baca. Baca pula kuat2, tanpa rasa bersalah. Biar semua orang pandang dia tak kisah. Nak ceritanya, tabiat orang ni suka membaca.

Sekarang ini kita nak check , sebab apa dalam banyak2 bacaan, orang tak suka baca Al-Quran?


Pertama :

Tak pandai baca. Itu sebab paling asas. Kenapa tak baca Al-Quran? Jawabnya sebab saya tak reti baca. Sepatutnya tak reti baca, belajarlah supaya pandai baca. Tetapi dibiarkan sahaja ketidakpandaian itu sampai ke sudah. Jadi, Al-Quran tidak di baca.


Kedua :

Maka sebab kedua adalah malas belajar untuk membaca Al-Quran. Bila kita belajar, bukan sahaja kita boleh reti baca, bahkan juga kita akan terdedah kepada kecantikan dan keindahan Al-Quran itu yang mana akan diterangkan satu per satu oleh guru kita. Tetapi bila malas belajar?


Ketiga :

Dari situ, kita dapati sebab ketiga adalah tiada minat untuk mempelajari Al-Quran. Term 'mempelajari' itu luas sebenarnya. Bukan saja belajar tajwid Al-Quran, bahkan sehingga kepada tahap liuk lenggok bahasa Al-Quran yang begitu memukau para pendengarnya ( kalau faham ). Nak faham , kenalah belajar. Bagaimana nak belajar kalau tidak ada minat? Pusing2, ke situ jugak. Jadi Al-Quran tidak dibaca.

Kalau anda berminat untuk memahami apa yang saya maksudkan di atas, anda boleh 'usha' blog ini --> Diari Musafir . Saya jarang iklankan blog orang. Tapi saya lihat perkongsian tentang keindahan bahasa Al-Quran jarang dibuat blogger, maka saya iklankan kat sini supaya anda semua boleh baca. Mana tahu, anda akan lebih berminat untuk baca Al-Quran selepas ini.


Keempat :

Tidak tahu apa faedahnya. Seolah2 begini ; kalau saya baca Al-Quran pun..apa saya dapat..? Jangan tak percaya. Memang ramai orang berfikiran begitu hari ini. Susahnya sebab ganjaran ataupun faedah itu sifatnya ghaib, tak nampak dan diberikan di hari akhirat. Kalau setiap kali baca Al-Quran jatuh duit dari langit, sudah tentu ramai manusia yang akan bersungguh2 baca Al-Quran. Baik, saya ceritakan faedahnya.

Satu ; kita tengok hadith Nabi saw yang menceritakan tentang ganjaran orang yang baca Al-Quran. Sabda Nabi s.a.w :


Maksudnya ; sesiapa yang membaca satu huruf ( sahaja ) dari Al-Quran , maka akan diberikan 1 pahala. Dan 1 pahala tersebut akan digandakan pula kepada 10 pahala. Aku tidak mengatakan Alif, Laam, Miim sebagai satu huruf. Tetapi Alif itu satu huruf, Laam itu satu huruf, Miim itu satu huruf.


Sekarang ambil kalkulator, lepas tu kira sambil baca Al-Quran. Setiap huruf yang anda sebut, anda dapat 10 pahala. Kalau anda baca sehelai sahaja dari Al-Quran pun dah berapa banyak pahala anda dapat? Apa lagi kalau baca 1 surah? 1 juzuk? 30 juzuk?

Sebab itu orang yang faham kelebihan baca Al-Quran, mereka akan bersungguh2 membaca Al-Quran. Tapi yang tidak faham ganjaran, mereka lebih suka baca novel cintan. 30 buah novel pun belum tentu anda dapat 1 pahala, tau?

Kedua ; Kita cerita faedah lain dari baca Al-Quran. Faedah ni semua orang atas dunia ni hendak. Tapi ramai yang tidak dapat. Sebab itu rahsia yang sangat besar. Diulangi, sangat BESAR! Hanya orang2 tertentu sahaja yang tahu rahsia ini.

Faedahnya adalah ; anda beroleh ketenangan jiwa. Betul tak saya cakap, ramai orang atas dunia hari ini yang mencari ketenangan jiwa? Dalam entri sebelum ini, saya tulis pasal sental hati dengan clorox. Itu pun kes nak cari ketenangan jiwa jugak. Padahal, ketenangan jiwa itu ada pada Al-Quran, iaitu ketika anda membacanya dengan penuh tumpuan dan penghayatan.

Firman Allah ta'ala : ألا بذكر الله تطمئن القلوب --> ketahuilah! dengan mengingati ALLAH, hati akan menjadi tenang.

Kalau rasa resah gelisah, tidak tenang hati dan perasaan, jiwa kacau kata orang, bacalah Al-Quran. Comfirm anda akan rasai ketenangan tersebut. Nak tahu, kena buat! Ini faedah yang sangat besar yang anda tak dapat dengan buat benda2 lain.

Couple tu menenangkan jiwa anda ke? Keluar dating, pegang2 tangan, tenang? Bergayut siang malam, tenang? Tak tenang. Jangan bohonglah. Jadi jangan malu2, kembalilah pada Al-Quran. Itu pun kalau anda benar2 mahukan ketenangan. Tapi sebab ramai yang belum sedar akan faedah yang begitu besar lagi best ini, maka mereka pun tidak lah mahu membaca Al-Quran.


Kelima :

Tak faham Al-Quran. Ini pun ada kaitan dengan sebab2 di atas. Betul, tidak faham apa yang dibaca, akan mengurangkan keinginan untuk membaca. Macam baca suratkhabar bahagian saham. Langsung tidak ada 'umph' untuk baca.

Tapi Al-Quran lain. Anda tak boleh samakan dengan bacaan2 lain atas dunia ni. Saya tanya, sejak kecil sampai besar, dah berapa kali anda baca surah Al-Fatihah dalam solat? Tak terkira banyaknya kan. Tapi kenapa tak rasa jemu dan bosan? Pernah dengar ada orang nak tukar bacaan Fatihah dalam solat kepada surah2 lain sebab tak tahan dengan kejemuan membaca Fatihah? Tak pernah.

Sebabnya, Al-Quran itu mukjizat. Ia bukan sekadar bacaan semata2. Walaupun kita tak faham, tetapi kita seronok dan tidak jemu membacanya.

Cuma berbalik kepada apa yang saya sebut di atas, sebab orang tak suka baca Al-Quran adalah kerana tidak memahami tafsiran Al-Quran. Mudah cerita, cubalah beli tafsir dan baca Al-Quran sambil hayati pengertiannya. Sure seronok. Sebab setiap yang Allah sebut dalam Al-Quran itu adalah realiti. Kalau tak, takkanlah para saintis yang mengkaji Al-Quran akhirnya memeluk Islam?

Kita yang dah Islam ni pula yang malas baca dan malas nak faham.


Keenam :

Sudah terbiasa dengan benda2 lagha. Maksud saya, benda2 yang melalaikan, yang kurang berfaedah dan tidak mendatangkan pahala atau kebaikan yang banyak. Contohnya, dengar radio muzik, tengok movie sampai bengkak, layan facebook sampai lebam, kalau berjalan suka bersembang2, lepak dan segala bagai yang sama waktu dengannya. Faedah pada benda2 tersebut kadang2 tiada, tetapi jadi tabiat kita. 

Apabila banyak sangat benda2 tersebut, maka manusia akan merasa malas dan tak suka baca Al-Quran. Sampaikan Al-Quran pun tidak ada dalam diari hidupnya. Kalau boleh, kurangkanlah benda2 lagha dalam hidup kita. Kalau tak boleh tinggal semua, tinggal sikit2.

Paling kurang, masa berjalan pergi kelas ke, bawa Al-Quran kecil dan baca. Kalau takut tersepak batu, bacalah apa2 ayat yang anda hafal. Kurang2 Surah Yaasin mesti kita ingat. Kalau tak , bacalah Surah Al-Ikhlas banyak2. Nescaya hidup anda hari itu akan menjadi lebih best!

Seperkara lagi, kalau kita selalu berhubung dengan keluarga, cuba2lah terapkan perkara tersebut dalam keluarga kita. Contohnya kalau tinggal berjauhan, atau ada adik2 kita di mana2 kampus, sambil2 telefon tanya khabar, ingatkan juga supaya selalu2 baca Al-Quran. Memang nampak macam poyo sikit bagi yang tak pernah buat, tapi kalau sudah terbiasa buat, insyaAllah dah tak poyo lagi dah ^-^

Apa faedahnya kalau anda buat seperti itu? Saya tutup dengan sebuah hadith Nabi s.a.w :

Maksudnya : Sesiapa yang menyuruh kepada sesuatu kebaikan, maka dia akan mendapat pahala sama seperti orang yang melakukan kebaikan tersebut



Semoga berguna untuk sama diamalkan.

Sekian.

5 comments:

$hakirShafiee™ February 7, 2011 at 4:18 AM  

mgkin sbb qran kena baca dengan caranya sendiri.. sbb malas belajar jd mereka malas baca terus.. dan paling penting didikan awal tntg baca quran ni peluk dipupuk baru minat ut akan dtg.. insyallah..~~

huda February 7, 2011 at 6:01 AM  

Al Quran adalah ubat utk penyakit hati... ubat ni Allah dah bagi kat kita, tak perlu bayar pon nak baca. jadi kalau kita tak guna, mmg rugi besar..
kalau baca quran dan maksudnya sekali, lepas tu relate kan dalam kehidupan, mmg ayat2 quran tersgt best dan lengkap...
jom rajin2 tadabbur quran

hafizquran February 7, 2011 at 6:50 PM  

ket :

betul3..tapi kalau didikan awal dah bagi nyanyian..minat artis2 hiburan..dah besar tambah jauhlah dengan al-quran..:(

huda :

dahla tak payah bayar, diberi pahala pulak kan? hm, sebab tu Allah tanya dalam Al-Quran : Adakah sama orang2 yang TAHU dengan orang2 yang TIDAK TAHU..

tqaroslan February 8, 2011 at 9:21 PM  

like

hafizquran February 9, 2011 at 2:35 AM  

tqaroslan :

syukran..jemput2lah slalu dtg kongsi ilmu d sni..:)

Archive Blog