Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

05 February 2011

Ceramah Saya Dalam Program Intelek Huffaz ( PINTAZ )

video
sedutan ceramah saya di program PINTAZ


Seingat saya kali terakhir saya berceramah tentang tentang Tahfiz Al-Quran adalah pada dua tahun lepas, dalam sebuah forum di Darul Quran.

Hari ini bercerita perkara yang lebih kurang sama dengan sahabat2 syabab dan akhawat di Irbid. Mereka menyertai program Tahfiz Az Zikr dengan matlamat untuk menjadi salah seorang dari hamlatul Quran. Kesungguhan yang terpancar dari wajah mereka menjadi inspirasi kepada saya untuk turut sama bermuhasabah.

Banyak perkara yang saya sentuh berkaitan galakan kepada para penghafaz Al-Quran begitu juga dengan ancaman2 yang dijanjikan kepada mereka.

Sekaligus, menjadi peringatan juga kepada saya.

Mereka baru melangkah ke dunia hafazan Al-Quran manakala saya sudah lama berada di dunia tersebut. Sesungguhnya, banyak perkara yang saya sendiri terlepas pandangan dalam kehidupan sebagai hamlatul Quran. Saya yakin, sahabat2 saya yang lain mungkin juga merasa keadaan yang serupa.

Penjagaan masa. Penekanan kepada muraja'ah. Komitmen yang sepatutnya diberikan.

Bahkan Dr Mustafa Murad menyebut di dalam kitabnya Kaifa Tahfazul Quran ; seharusnya bagi seorang huffaz itu menjadikan Al-Quran sebagai wirid hariannya.

Semoga apa yang saya kongsikan bersama mereka pada malam ini ada manfaatnya.

Sekian.

4 comments:

$hakirShafiee™ February 5, 2011 at 5:22 AM  

terbaik us kita... hehee

hafizquran February 5, 2011 at 6:08 PM  

ket lagi baek..:)

SeRiKaNDi_uMaR93 February 5, 2011 at 6:40 PM  

takut la pula dengar, ana hafal sendiri, jadi kekangan masa membuatkan kadang-kdang tertinggal... terabai...

hafizquran February 5, 2011 at 10:46 PM  

SeRiKaNDi_uMaR93 :

xmengapa,jadikan motivasi bersama.
اذا أحب شئا اكثر من ذكره

Archive Blog