Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

24 February 2011

Bagai Bercakap Dengan Cermin

kekerasan yang menjadi sejarah

NONE
kekerasan yang menjadi sejarah

kekerasan yang menjadi sejarah



Saya percaya hari ini ramai yang terbaca kenyataan Perdana Menteri kita tentang Libya. Katanya, Libya tak harus guna kekerasan ke atas penunjuk perasaan.

Mungkin apa yang PM kita maksudkan adalah kekerasan berupa pengeboman, tembakan dan sebagainya. Mungkin pada PM , menggunakan cota, water canon dan sebagainya itu bukan namanya 'kekerasan'. Kerana itu, kenyataan sebegini tidak kedengaran dari beliau ketika Hosni Mubarak mengganas baru2 ini.

Saya berfikir di luar skop politik kepartian. Saya memikirkan tentang isu keadilan dan kredibiliti seorang pemimpin.

Semenjak isu Tunisia dan Mesir, saya menulis dengan memberi fokus kepada isu kepimpinan. Antara yang saya sebut adalah dua ciri penting yang perlu ada pada seorang pemimpin, iaitu Qawiy ( kemampuan ) dan Amin ( amanah ). Dua sifat ini jika hilang dari seorang pemimpin, maka hancurlah kepimpinannya.

Semalam saya menulis tentang fenomena pemimpin hari ini yang lebih banyak mewarisi gaya Fir'aun dari gaya Nabi Muhammad s.a.w. Tamak kepada harta negara, boros, membelakangkan agama, tidak meletakkan akhirat sebagai matlamat, membiarkan rasuah bermaharajalela, salahguna kuasa, kemasukan hiburan2 dan gaya hidup barat serta seribu satu lagi kebejatan yang lahir hasil dari tiadanya Qawiy dan Amin pada pemimpin2 hari ini.


Rakyat Yang Sama

Rakyat di Tunisia, Mesir mahupun Libya adalah rakyat yang sama dengan rakyat di Malaysia. Itu yang saya rasa ramai orang terlupa. Apa pun sebab kebangkitan mereka, yang penting mereka mahukan keadilan dan keamanan. Jika sesebuah negara diperintah dengan begitu baik, mustahil akan ada rakyat yang sanggup menadah dada menerima bedilan peluru dari pemerintahnya sendiri!

Mereka ( rakyat ) adalah golongan yang memimpin negara, dan pemerintah adalah golongan yang bekerja untuk mereka. Tidak wajar sama sekali seorang pemerintah memiliki kekayaan yang begitu banyak, namun rakyat hidup menderita dan melarat. Tetapi di zaman ini, ia sudah menjadi fenomena biasa.

Siapa di antara pemerintah hari ini- baik Malaysia atau di mana2 - yang benar2 beriltizam dengan cara pemerintahan seumpaman Umar Abdul Aziz?

Lalu rakyat bangkit memprotes. Mereka mahukan hak mereka dibela. Mereka mahu mengejutkan pemerintah mereka yang sedang tidur lena. Namun mereka tidak dilayan dengan sewajarnya. Mereka dianggap pengkhianat yang perlu dihancurkan.

Bahkan di sesetengah negara, mereka tidak dianggap sebagai rakyat pula!


Malaysia

Di Malaysia pun ada tunjuk perasaan. Di Malaysia pun ada rakyat yang bangkit menyuarakan bantahan ke atas kezaliman. Di Malaysia pun ada rakyat yang berani turun ke jalan raya untuk menuntut keadilan.

Hendak dibandingkan dengan Tunisia, Mesir mahupun Libya, saya rasa rakyat di Malaysia jauh lebih berlembut dari mereka. Setiap kali mahu berhimpun, permit akan diminta dengan pihak berkuasa. Saya tidak rasa di Libya sekarang ini mereka  memohon permit untuk tunjuk perasaan mereka.

Tetapi dalam banyak2 kes, kita lihat permit tidak diberikan kepada rakyat. Lalu berlakulah tunjuk perasaan ( demonstrasi aman ) tanpa permit yang seterusnya dinamakan dengan ''perhimpunan haram''. Haram kerana tiada kebenaran atau permit. Sedangkan kalau diberi permit, maka namanya bertukar jadi halal.

Contoh perhimpunan halal = konsert jom heboh, konsert di ambang merdeka, sambutan tahun baru dan sebagainya.

Dua tahun lepas saya pernah menulis tentang apa beza perhimpunan seperti bantah ISA dengan perhimpunan sambut tahun baru. Saya dapati bezanya cuma teknikal sahaja, terutama soal kebenaran. Selainnya, semua sama. Jadi kenapa yang berhimpun sambut tahun baru dianggap rakyat, sedangkan yang berhimpun menyuarakan bantahan dalam isu2 seperti ISA dianggap sebagai bukan rakyat?


Layanan

Saya timbulkan isu rakyat atau bukan rakyat kerana melihat kepada layanan yang diberikan. Orang yang berhimpun malam merdeka tidak ditembak dengan gas pemedih mata apatah lagi dibelasah dengan cota. Disumbat dalam trak jauh sekali. Tetapi orang yang berhimpun secara aman menuntut keadilan dari kerajaan, kita boleh lihat sendiri bagaimana mereka dilayan.

Ketika perhimpunan anti PPSMI beberapa tahun lepas, saya melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana seorang ibu dengan 3 anaknya yang masih kecil disembur dengan gas pemedih mata. Sehingga mereka berlindung di Masjid Negara. Apakah anak2 kecil itu bukan rakyat? Apakah ibu lemah itu juga bukan rakyat?

Kalau mereka rakyat , kenapa begitu layanan sang pemerintah pada mereka..?


Cermin

Hari ini bila saya terbaca luahan PM, saya berharap supaya kata2 itu benar2 lahir dari hati beliau. Sebarang kekerasan memang tidak wajar digunakan ke atas rakyat yang berhimpun secara aman, bahkan tidak ada yang mengambil tindakan2 agresif seperti Hindraf. Mereka hanya mahukan suara mereka didengar. Tidak perlulah mereka disembur, dipukul atau digari. Mereka datang sebagai rakyat tanpa senjata.

Kalau tidak, maka sama sahajalah kita dengan Libya. Apa maknanya saranan sebegitu kalau tidak lebih sekadar retorik pemerintah semata2? Bagai bercakap dengan cermin.


Sekian.

2 comments:

Anonymous February 25, 2011 at 7:59 PM  

mohon ust jawab mesej soalan yang dihantar oleh saya.

hafizquran February 27, 2011 at 4:52 AM  

sudah dijawab. terima kasih:)

Archive Blog