Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

10 February 2011

Al Kisah Blog




Waktu kecil dulu, saya suka bahasa melayu. Saya lemah bahasa Inggeris. Di sekolah rendah, cikgu bahasa melayu sayang kat saya, teacher b.i pula selalu attack saya. Itu antara kelebihan dan kekurangan yang saya kesan pada diri saya di awal usia.

Di sekolah rendah dulu saya suka membaca, terutama novel. Saya masih ingat waktu Cikgu Sharifah puji saya dalam kelas darjah 5. Dia tanya siapa yang paling banyak baca buku dalam kelas tersebut. Rupanya saya yang paling banyak, iaitu 7 buah buku sebulan. Padahal buku yang saya baca adalah buku2 cerita penyiasatan, novel dan sebagainya. Oh ya, saya menggemari novel Ahadiat Akashah dan sangat minat dengan penulisan beliau ketika kecil dahulu.

Tingkatan 1, saya masuk Maahad Tahfiz. Tinggal di asrama, melalui cara hidup 'budak pondok' dan semestinya sudah jauh dari segala novel2 cinta yang saya suka baca. Lalu saya rapat dengan Al-Quran dan alhamdulillah, tumpuan tersebut tidak sia2.

Tetapi dalam masa yang sama, minat menulis tidak padam. Antara yang selalu saya tulis adalah diari. Lelaki tulis diari? Agak pelik, tetapi tidak pada saya, sebab diari kadang2 menjadi nyawa kepada saya. Saya masih ingat buku kulit keras warna hijau yang menjadi diari pertama saya. Waktu saya tulis diari, semua orang tak boleh tengok dan saya akan menyendiri waktu menulis tersebut. Siap tulis, diari akan disimpan di tempat yang paling strategik. Nasib baik tiada peti besi, kalau tidak memang di situlah tempat simpanan diari saya.

Ada sahaja perkara yang saya tidak berpuas hati, saya akan tulis dalam buku tersebut. Siap tulis tarikh dan haribulan lagi. Saya akan meluahkan segalanya kepada kertas. Saya ingat lagi yang saya pernah tulis begini ; tidak ada orang yang lebih memahami aku selain kertas. Kalau rasa gembira pun saya akan tulis. Sedih pun saya akan tulis. Pendek kata, semua yang saya lalui, saya akan tulis.

Sebenarnya selain menulis diari, saya juga suka menulis tentang isi kuliah dan sebagainya. Umpamanya di Maahad Tahfiz dulu, setiap hari jumaat akan ada kuliah pagi jumaat. Biasanya disampaikan oleh seorang guru tua yang kami panggil Pak Teh. Dalam beratus2 pelajar yang 'dipaksa' datang mendengar, dua tiga kerat sahaja yang membawa buku catatan. Alhamdulillah, kerana suka menulis jadi saya tergolong dalam golongan yang membawa buku catatan tersebut.


Blog

Saya tidak ingat bila saya kenal blog. Apa yang saya ingat, saya mula menulis blog ketika di Darul Quran, tahun 2007. Waktu itu tidak ramai lagi sahabat2 saya yang menulis blog seperti hari ini. Saya membuat blog kerana saya tahu saya suka menulis. Saya tidak terfikir pun hendak menetapkan apa2 tema penulisan, tetapi blog yang saya buat saya namakan dengan Laman Ilhamku.

Nama tersebut menggambarkan bahawa blog itu bakal menjadi tempat saya mencoretkan ilham saya. Ketika itu soal pembaca tidak pernah difikirkan pun. Widget follower pun saya tak kenal. Apa yang saya tahu, saya hendak menulis apa yang saya mahu tulis. Saya pun tidak memberitahu orang yang saya ada blog waktu itu.

Agak lama juga saya menamakan blog saya sebagai Laman Ilhamku.

Kemudian setelah beberapa tahun, nama tersebut bertukar kepada Tahfiz Al-Quran.Com. Nama sahaja yang ditukar, tetapi alamatnya tetap sama iaitu www.hafizquran.blogspot.com.

Kemudian bertukar lagi kepada Laman Ilhamku Online.

Kemudian terbaru, bertukar kepada Ilham Fiq Ahmad.

Macam2 nama diberikan, hafizquran tetap hafizquran.


Template

Bercerita tentang template lebih hebat. Saya sendiri tidak tahu sudah berapa kali blog saya bertukar wajah dalam tempoh lebih 4 tahun ini.

Dahulu saya juga seperti sesetengah blog hari ini, yang meletakkan pelbagai widget di kiri kanan blog. Jam, kalendar, link berita dan segala jenis widget hiasan mahu diletak. Hari ini saya tidak lagi berminat. Sehingga sampai ke satu tahap, saya rasa yang saya hanya mahu menulis.

Berikan kebebasan kepada saya untuk menulis apa yang saya fikir dan saya rasa.

Saya tidak suka menyekat minda dan hati saya dengan batasan2 tertentu atau ruang lingkup tertentu sahaja. Memang benar, antara yang saya suka tulis adalah tentang tahfiz Al-Quran. Tetapi blog saya bukan blog tentang tahfiz semata2. Tema blog saya pelbagai, kerana disamping cuba meraikan pembaca, saya kira saya perlu juga meraikan diri saya sendiri. Apabila saya selesa, tulisan saya akan menjadi lebih berkualiti.

Berbalik kepada template, sekarang ia sudah menjadi sebahagian hobi saya pula. Kadang2 saya akan meninjau beberapa template, mengubah HTML dan sebagainya. Kadang2, ia seperti sesuatu yang menyeronokkan pula. Lebih2 lagi kalau apa yang dibuat itu menjadi.

Pada saya, mengubah template bukan suatu isu. Apa yang lebih penting adalah penulisan dalam blog. Kalau blog cantik dan cun melecun, tetapi penulisan tunggang langgang ataupun tiada post baru berbulan2 lamanya, tetap tiada gunanya.

Al-kisah blog, ia adalah satu keseronokan buat seorang manusia yang suka menulis, seperti saya.


Sekian.

2 comments:

$hakirShafiee™ February 11, 2011 at 2:28 AM  

betol tu.. kat dq dulu hg la yg paling uptodate pasal blog2 ni dan tenet ni.. kami follow gitu ja2.. smp menang hadi exco tu.. kisah dulu la.
tapi skrg lg hebat.. tahniah bro :) eh tahniah abi.. huhu

hafizquran February 11, 2011 at 2:51 AM  

hebat ape nye..kita ni pakai blog biasa2 je..ang lain la..dot com tu yg penting..huhu...

Archive Blog