Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

31 January 2011

Tunisia, Mesir ; Dunia Sedang Memuhasabah Pemimpin

Pemimpin adalah khalifah Allah. Lebih2 lagi pemimpin yang menggelar negara mereka sebagai negara Islam. Tanggungjawab yang terpikul di bahu mereka tersangat berat. Di dunia mereka terbeban, di akhirat pun mereka akan terbeban.

Justeru pemimpin harus menjaga hubungan mereka dengan Allah. Jauh sekali dari mencuba untuk mengkhianati amanah yang diberikan Allah kepada mereka, melalui wasilah yang berbeza2.

Di dalam Al-Quran disebut akan dua sifat penting yang harus ada pada seseorang pemimpin. Firman Allah Ta'ala : ان خير من استأجرت القوي الأمين

القوي -> ertinya mempunyai kekuatan, kebolehan serta kemampuan.
الأ مين -> ertinya seorang yang amanah.

Berkredibilti dan berharta sahaja tidak cukup untuk menjadikan seseorang itu pemimpin yang baik, kecuali dilengkapi dengan sifat amanah yang tinggi dalam kepimpinannya.


Rejim Yang Dibenci Rakyat

Apabila rakyat mula muak dengan kepimpinan para pembesar mereka yang tidak amanah, maka berlakulah kebangkitan dan krisis yang kita saksikan hari ini. Sebagai pemimpin, mereka harus bersikap jujur dalam berkhidmat. Mereka harus sedar bahawa mereka adalah 'pembuat kerja' untuk rakyat.

Malangnya, ramai pemimpin hari ini yang lupa semua perkara tersebut. Mereka lupa untuk bersifat jujur. Mereka lupa tentang amanah. Mereka lupa tentang nilai kredibiliti dalam kempimpinan.

Mereka mula tamak pada harta.  Mencari jalan untuk kekal berkuasa. Bersekongkol dengan musuh negara dan agama demi kepentingan mereka sahaja. Mereka sanggup diperkuda asalkan mereka selamat, biarpun rakyat di bawah mereka terhimpit dan menderita.

Mereka lah yang digelar rejim durjana. Penderhaka kepada rakyat. Pembelot kepada negara. Paling dahsyat, penderhaka kepada Allah yang memberikan peluang kepada mereka untuk berkuasa.


Kebathilan Tetap Kalah

Allah berfirman : وقل جأ الحق وزهق الباطل ان الباطل كان زهوقا --> ertinya ; telah datang akan kebenaran dan hancurlah kebathilan. Sesungguhnya kebathilan itu tetap akan hancur.

Kemenangan adalah janji Allah kepada orang beriman dan orang berjuang. Samada menang di dunia, atau menang sebagai syuhada di akhirat kelak.

Kebathilan yang diamalkan oleh sang pemerintah hari ini - di mana2 negara sekalipun - tetap akan hancur dan binasa. Itu janji Allah. Kadangkala Allah memberikan mereka peluang kegembiraan dengan menyangka mereka telah menang. Walhal hakikatnya Allah sedang melekakan mereka dan Allah sedang menguji orang mukmin yang berjuang.

Berapa ramaikah di antara orang mukmin yang berjuang itu akan berputus asa dari perjuangan mereka?

Ingatlah. Islam tidak pernah kalah dan tidak akan kalah.

Apa yang kita lihat hari ini adalah bukti bahawa kehancuran bakal menimpa kebathilan bila2 masa sahaja. Wahai sang pemerintah , sedarlah. Bersedialah untuk meninggalkan kerusi empukmu itu.

Samada anda beralih mencari Tuhan, atau tunggulah saat kebinasaan.

Hari ini, dunia sedang memberi muhasabah kepada para pemimpin!


Tunisia berjaya

Mesir menyusul

2 comments:

shahjiehan February 1, 2011 at 12:14 AM  

MasyaAllah..hebat sungguh kekuatan mereka jika bersatu...

hafizquran February 1, 2011 at 12:22 AM  

kita doakan supaya kesatuan mereka itu benar2 atas dasar agama, dan semoga Allah menolong perjuangan mereka. amin

Archive Blog