Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

13 January 2011

Taubat dan Dosa Dalam Keluasan Rahmat Yang Maha Esa


Pernah tak kita terfikir, kenapa seringkali kita mengulangi kesilapan dan kesalahan yang sama? Walaupun setiap kali kita sedar akan dosa dan kesalahan tersebut, tetapi selang beberapa ketika, kita terjatuh balik kepada kesalahan2 tersebut.

Pagi ini saya terasa mahu menulis tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan taubat.

Kalau Nabi s.a.w yang maksum itu pun, istighfarnya lebih 70 @ 100 kali sehari, apa lagi kita selaku manusia yang jauh sekali nak dikatakan maksum. Taubat ertinya kita kembali kepada Allah, kita menyesali kesalahan2 kita dan mengakui bahawa kesemua itu adalah dari kealpaan diri dan iman kita.

Taubat suatu perkara yang terpuji, dan orang yang mahu bertaubat pun sepatutnya dipuji. Cuba lihat, Allah ta'ala memuji golongan bertaubat dengan menyatakan kasih sayangNya kepada mereka. Firman Allah : ان الله يحب التوابين ويحب المتطهرين

" saya dah banyak kali bertaubat, tapi saya buat balik "

Semua orang beriman pasti merasai keadaan seperti ini. Jangan bersedih. Selepas kita tahu betapa cintanya Allah pada golongan yang mahu bertaubat, maka elok juga kita tahu betapa Allah tidak suka kepada mereka2 yang berputus asa. Firman Allah : قل يا عبادي الذين اسرفوا على انفسهم لا تقنطوا من رحمة الله .

Apa yang penting adalah keikhlasan dan keazaman kita sewaktu hendak bertaubat dan meninggalkan maksiat tersebut. Kita berjuang melawan godaan nafsu dan syaitan, jadi yang Allah kira adalah kadar perjuangan kita. Menang tewas kita serahkan kepada Allah. Yang penting, kita bermujahadah dalam soal tersebut.

Terjebak dalam dosa, maksiat dan kesalahan merupakan perkara biasa yang terjadi kepada anak adam, lantaran iman mereka sifatnya bertambah dan berkurang. Sebab itu, antara perkara asas yang perlu disemai dalam jiwa adalah asas keimanan yang kukuh dan kebencian yang mendalam kepada segala bentuk perbuatan maksiat. Mengenali bentuk2 maksiat juga menjadi suatu keharusan bagi tujuan mengelakkan kita terjebak ke dalamnya.

Maka sentiasalah anak adam berusaha untuk kembali kepada Allah, yakni bertaubat. Lazimi beristighfar dan menunaikan solat sunat taubat serta bersungguh memohon supaya Allah ampuni segala dosa2 dan kesalahan yang pernah dilakukan. Jangan merasa sombong dengan iman sendiri. Ada orang menyangka diri mereka mulia, lantaran tidak mempunyai 'masa lampau' , sedangkan dia tidak menyedari bahawa dia sedang berada dalam kelampauan seorang hamba di hadapan Rabb nya.

Dari sekecil2 perkara sehingga sebesar2 perkara, semuanya dihisab Allah di akhirat kelak. Jadi usahlah kita berbangga dengan amal ibadah kita, atau merasa riak dengan segenap kebaikan kita. Masuknya kita ke syurga Allah kelak pun bukanlah dengan tiket amal ibadah kita di dunia.

Sebab itu ulamak menganjurkan supaya kita berdoa seperti ini ; Ya Allah, janganlah engkau hisab kami dengan keadilanMu, tetapi hisablah kami dengan RahmatMu. Kerana, jika Allah betul2 menghisab / menimbang amal ibadah kita untuk diberikan syurga, sudah tentu jauh sama sekali. Maka sebagai hamba, usah berlagak, sebaliknya selalulah memohon rahmat dan kasih sayang Allah supaya selamat di akhirat sana.

'' bila last taubat?"

Soalan macam ini pun ada juga. Tetapi jangan risau, jawapannya sudah terkandung sekian lama di dalam Al-Quran. Firman Allah : وليست التوبة للذين يعملون السيأت حتى اذا حضر أحدهم الموت قال اني تبت الآن ولا الذين يموتون وهم كفار

Daripada ayat ini, bermakna ada dua golongan yang sudah terlambat untuk bertaubat.
1- Orang yang nyawanya sudah sampai ke halkum
2- Orang yang mati dalam keadaan kufur

Ingat tak dengan kisah musuh Allah Firaun? Apabila lautan yang asalnya terbelah direntasi oleh Firaun dan bala tenteranya, maka Allah cantumkan kembali sehingga mereka tenggelam. Tiba2 di saat itu, Firaun pun bertaubat dan mengakui yang dia beriman dengan Tuhan yang diimani oleh Bani Israil ( Allah ). Namun taubat Firaun sudah pun terlambat. Sehingga kini, Allah masih kekalkan jasad beliau untuk dijadikan iktibar buat umat akhir zaman. Tetapi teriktibarkah kita? Itu kena tanya diri masing2.

Firaun nyata sudah terlambat, tetapi kita masih ada usia. Maka janganlah berlengah2 untuk bertaubat. Lebih baik, lazimilah bertaubat dan memohon ampun sentiasa kepada Allah atas dosa2 kita.

Buat akhirnya, ada beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan buat mereka yang mahu konsisten dengan taubat yang dilakukan. Antaranya :

  • Carilah turning point tersendiri untuk berubah. Biarlah orang kata macam tak ikhlas, tetapi kadang2, ia mampu menjadi wasilah untuk kita menjadi lebih baik. Contohnya,berubah demi orang tersayang.
  • Bergaul dengan orang soleh. Ingat, suasana itu satu doktrinisasi. Kalau kawan2 kita memang jenis tidak menyokong, carilah kawan2 yang boleh menjadikan kita lebih baik. Sekurang2nya kawan yang kenal masjid, kenal Al-Quran.
  • Gandakan perbuatan2 baik / amalan kebajikan. Allah berfirman : ان الحسنات يذهبن السيأت . Maksudnya ; sesungguhnya kebaikan itu menghilangkan kejahatan. Lipatgandakan amalan2 baik, insyaAllah menjadi penawar kepada amalan2 buruk yang masih membelenggu diri kita.
  • Sentiasalah bersangka baik dengan Allah, jangan sesekali prejudis kepada Allah, atau memblame diri sendiri akibat selalu terlanjur / lalai / leka. Allah berfirman dalam satu hadis qudsi : انا عند ظن عبدي بي فظنوا بي خيرا . Maksudnya : Aku di sisi sangkaan hamba2Ku maka bersangka baiklah kepada Aku.
Orang yang bertaubat diibaratkan oleh Nabi s.a.w seperti orang yang tiada dosa. Kalau seorang pelacur sekalipun telah sedar dan bertaubat dengan sebenar2 taubat, tidak mustahil dia boleh menjadi seorang yang lebih mulia dari mereka2 yang tidak pernah ditimpa ujian sepertinya. Kisah2 dalam sejarah banyak membuktikan perkara tersebut.

Sama2 lah kita ambil manfaat dari perkongsian ringkas ini. Wallahua'lam.

0 comments:

Archive Blog