Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

13 January 2011

Sahabat nabi pun dihina, inikan pula ulamak

gambar hiasan

Saya menganggap, pengiktirafan kepada status kemuliaan ulamak itu bukan diberikan oleh manusia kepada manusia, tetapi datang dari Allah ta'ala sendiri. Rujuk Al-Quran, kita akan jumpa ayat2 Allah berkenaan perihal alim ulamak.

Antara yang selalu kita dengar adalah ayat Allah : " sesungguhnya yang paling takut ( hatinya ) kepada Allah dari kalangan kamu adalah para ulamak ".

Perkataan 'خشيه' dalam bahasa arab bermaksud takut atau gentar dan kebiasaannya ia dinisbahkan kepada hati manusia. Kalau kita tengok dalam bab taqwa, kita akan jumpa banyak takrifan. Antara takrifan yang popular adalah yang diberikan oleh Saidina Ali , iaitu merangkumi 4 perkara :

1- Takut kepada al-Jalil ( Allah )
2- Redha dengan pemberian yang sedikit
3- Beramal dengan at-Tanzil ( Al-Quran )
4- Membuat persiapan untuk hari akhirat

Bermakna, ayat yang menceritakan perihal ulamak itu secara langsung mengaitkannya dengan sifat taqwa. Bukan calang2 orang yang diiktiraf ketaqwaan mereka, lebih2 lagi oleh Allah ta'ala sendiri. Dan orang yang paling mulia di sisi Allah kelak adalah orang yang paling tinggi taqwanya. Firman Allah : ان اكرمكم عند الله اتقاكم

Siapa ulamak?

Bagi saya, yang mentakrifkan ulamak sebagai hanya pandai ilmu agama semata2, itu jumud. Yang mentakrifkan ulamak sebagai saintis atau golongan profesional semata2, itu liberal. Jangan rosakkan takrifan ulamak sesuka hati manusia. Siapa kata ulamak hanya gelaran kepada pak lebai berserban berkopiah semata2, sedangkan ilmu sains pun sumbernya datang dari Al-Quran sendiri. Siapa pula kata ulamak itu boleh juga diberikan kepada saintis, meskipun tidak tahu menahu bab agama, sedangkan ilmu syariat merupakan ilmu dasar yang lebih tinggi berbanding ilmu2 lain?

Ilmu Allah itu luas. Gelaran ulamak itu pun cukup luas dan merangkumi segenap aspek. Kita boleh bercakap itu dan ini tentang ulamak, tidak cukup itu dan tidak cukup ini. Tetapi kita juga perlu ingat, ulamak tetap manusia yang tidak maksum. Keredhaan manusia adalah matlamat yang mustahil dapat dicapai sampai bila2. Apa yang mampu adalah berusaha ke arah melahirkan ulamak yang lebih mantap, lebih hebat dan syumul, bukan berlumba2 mengkritik para ulamak sedia ada.

Kerana saya sendiri tidak nafikan akan kemungkinan untuk seorang alim atau ulamak itu dihumbankan ke dalam neraka Allah, meskipun dia banyak ilmu. Habis, kenapa Allah mengiktiraf golongan ini dalam Al-Quran? Jawabnya adalah, perkataan ulamak itu Allah kembarkan dengan ketakutan hati kepada Allah, bermakna yang diiktiraf juga adalah dari jenis itu sahaja. Hanya Allah yang mengetahui hati manusia.

Isu Aduka di Rusila

Dalam tajuk keberanian anak muda, saya boleh bersetuju dengan Aduka. Berani tidak semestinya betul, sebab itu berani perlu dididik. Didikan atau dalam bahasa arab disebut تربية bukan hanya proses yang tertumpu pada otak, tapi kepada hati manusia. Ada orang jenis genius dan cerdik, tetapi sampai terlibat dalam  pelacuran. Maknanya, cerdik sahaja tidak cukup.

Dalam tajuk demokrasi pula, Aduka ada hak untuk melakukan itu dan ini. Mahu langgar ke mahu terjah , itu hak Aduka. Tidak apalah kalau dikatakan hak itu dijamin oleh perlembagaan. Tetapi orang kampung pun sudah tentu ada hak juga, apatah lagi kalau seseorang melakukan tindakan yang disalahanggap sebagai 'menceroboh'. Apa yang berlaku dan dilaporkan dalam portal2 berita tidak mahu saya sentuh. Kiranya benar sudah jadi kes polis, serahkan sahaja kepada pihak polis untuk melakukan siasatan.

Namun sebagai anak muda yang dari kecil dididik untuk sayangkan ulamak, sudah tentu penghinaan dan tohmahan kepada alim ulamak seumpama Tok Guru memberi kesan kepada saya. Jauh sama sekali saya mahu menjebakkan diri dalam kontroversi yang sepatutnya 'tidak dilayan' tersebut, tetapi sekadar mahu membuat sedikit pencerahan.

Terlalu banyak kritikan, makian, penghinaan dan fitnah dilemparkan kepada TGHA akibat peristiwa tersebut. Pelbagai bentuk cerita kita dengar dan menariknya, cerita2 itu berbeza antara satu sama lain. Dalam hal ini, wajib kita berbalik kepada suruhan Allah di dalam Al-Quran : " wahai orang2 beriman, sekiranya datang kepada kamu seorang fasiq dengan membawa satu berita, maka hendaklah kamu selidik terlebih dahulu berita tersebut.."

Pendek kata, dalam bab membaca berita2 atau isu2 sensasi ini, baca boleh tapi percaya jangan.

Saya tidak bersetuju dengan tindakan memukul , mencederakan, menyakiti atau sebarang perlakuan samseng. Itu pertama. Tidak kiralah ia dilakukan oleh sesiapa sekalipun. Hal ini kerana Islam menegah perbuatan tersebut dengan jelas. Jika kita tengok dalam kaedah fiqhiah, kita akan jumpa satu kaedah yang berbunyi : لا ضرر ولا ضرار  yang bermaksud, tidak boleh kita menimpakan mudharat pada orang dan tidak boleh kita membalas mudharat yang ditimpakan kepada kita dengan kemudharatan juga.

Contohnya, kalau harta kita dirompak oleh si fulan, kita tidak boleh membalas dengan rompakan pula kepada si fulan tersebut. Sebaliknya Islam menganjurkan saluran keadilan melalui qadhi atau mahkamah, supaya kita beroleh kembali hak kita dan perompak tersebut beroleh hukuman.

Kedua, menuduh seorang ulamak 'merestui' perbuatan tersebut adalah perbuatan yang hina lagi keji. Banyak cerita2 yang disasarkan kepada TGHH lebih berunsur dendam dan tujuan lain , berbanding mahu menjelaskan perkara sebenar. Kalau dikatakan saya tidak relevan, kerana saya tidak ada ditempat kejadian, maka orang yang bercerita itu bolehkah dianggap relevan, sedangkan dia sendiri mempunyai kepentingan dalam cerita tersebut? Maka berlaku konflik kepentingan di mana penyudahnya, kita ada hak untuk percaya dan begitu juga sebaliknya.

Ketiga, saya cuba meneliti kenapa Aduka mengulang2 ayat ' sokong gua ikut tajuk '. Itulah namanya doktrin berbentuk psikologi. Perasaan simpati dan tidak puas hati dari orang yang membaca, secara tidak langsung melupakan mereka kepada 'tajuk2' lain yang dimulakan Aduka sebelum ini. Apabila manusia hilang pertimbangan, atau pertimbangan berat sebelah, emosi pula diletakkan di hadapan, maka yang dicari bukan lagi kebenaran. Hakikatnya, dalam seribu 'tajuk', mungkin Aduka hanya betul dalam satu 'tajuk' sahaja. Tajuk itulah yang dicanang2 supaya disokong.

Keempat, mereka yang mengikut tunjuk ajar dan didikan ulamak tidak boleh sama sekali dituduh fanatik dan sebagainya. Kadang2, bila manusia sudah hilang perasaan sangka baik, maka segala2nya menjadi susah dan bermasalah. Apa lagi kalau dibayangi oleh agenda tertentu.

Kesimpulannya, kalau kita cuba berfikir dengan hati yang jernih dan bebas dari dendam kesumat , maka kita akan dapati yang peristiwa ini terkandung hikmah serta tunjuk ajar dari Allah buat mereka yang mahu berfikir. Sebagai anak muda, saya mengajak kita semua menyokong para ulamak. Tetapi saya tidak mengajak kita semua menjadi golongan yang taksub. Orang muda, bukan orang yang menyokong atas dasar semangat , tetapi atas dasar kefahaman yang tinggi. Aduka menghina ulamak? Bagi saya tidak pelik. Sahabat Nabi s.a.w sendiri dihina, apa lagi ulamak yang katanya bergenetik melayu?

Semoga Allah jauhi kita semua dari doktrinisasi dari kaum yang sesat. Amin.

3 comments:

Zafer Muslim January 13, 2011 at 1:49 AM  

"kerana politik itu bercabang lorongnya, bengkang laluannya, dan infiniti pengakhirannya..."

apa pun, belum didengar komen dari tuan punya badan. mungkin kalam tersebut mampu mencerahkan suasana.

hafizquran January 13, 2011 at 4:22 AM  

tuan punya badan lebih arif dgn sepak terajang politik, sebab tu cool je..:) insyaAllah, sama2 kita nantikan. tapi rasanya, xde effect apa pun. tengoklah nanti.

Aku January 15, 2011 at 7:04 PM  

Terutama sekarang ni yang dikatakan sudah akhir zaman.
Yang menyokong dan menentang tu jelas nmpk.

Archive Blog