Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

29 January 2011

Muraqib Akhawat : Di Mana Silapnya?




Malam ini, satu lagi perbincangan mengenai isu keselamatan berlangsung di pihak syabab. Siapa pun penganjurnya, saya doakan semoga Allah memberi ganjaran sebaiknya atas inisiatif tersebut. Beberapa idea baru, beberapa isu , permasalahan serta beberapa kritikan membina menghiasi suasana perbincangan yang berlangsung sekitar lebih 2 jam tersebut.

Saya juga berkongsi pandangan. Mengikut kacamata serta pemerhatian saya sendiri.

Memandangkan ini adalah kali kedua saya menyertai perbincangan berbentuk 'open talk' ini, maka saya berhasrat membuat sedikit ulasan ringkas di dalam blog saya. Harapan saya, semoga komuniti kita di Irbid khususnya akhawat dapat mengambil manfaat sebaiknya untuk kemaslahatan mereka.


Isu Keselamatan dan Gangguan

Pertama sekali kita kena faham, isu keselamatan bukan sahaja isu di Irbid bahkan ia isu di semua tempat. Hatta di Malaysia sendiri, apakah kita tidak mementingkan keselamatan? Apakah di negara kita tidak ada isu jenayah? Sudah tentu, di mana2 tempat, jenayah tetap berlaku. Di mana2 tempat, keselamatan kena jaga. Di mana2 tempat, ada orang jahat.

Di Irbid pula, isu gangguan daripada orang Arab bukan isu baru. Ia dah berlaku sekian lama. Cuma semenjak komuniti Melayu di Irbid semakin bertambah, kes2 yang dilaporkan juga semakin meningkat. Hal ini sudah tentu menuntut kita supaya membuat analisa dan mengenalpasti punca permasalahan seterusnya berusaha untuk membendung dan mengatasi masalah tersebut sebaik mungkin.


Punca Permasalahan

Saya letakkan punca yang paling utama adalah dari pihak akhawat. Saya letakkan ini yang pertama kerana saya berpandangan, 80% masalah berlaku disebabkan sikap dan perangai mereka sendiri. Namun saya tidak katakan semua. Saya kata, segelintir. Sepertimana saya katakan di atas, isu gangguan dan isu keselamatan bukan hanya isu di Irbid, tetapi di mana2 pun ia tetap ada.

Cuba kita lihat, kenapa mereka dikatakan punca?

Jawapan utama sudah tentu ; kerana mereka enggan menggunakan khidmat muraqib. Mereka tidak mahu perjalanan mereka ke mana2 tempat diawasi oleh syabab. Mereka dengan pendapat mereka. Antaranya :


  • Mereka merasakan mereka 'orang lama'
  • Mereka merasakan mereka 'kebal' dari gangguan arab
  • Mereka merasakan meminta muraqib semacam ada 'karenah birokrasi'
  • Mereka merasakan tempat yang hendak dituju dekat sahaja
  • 1001 alasan2 yang lain
Asasnya, enggan bermuraqib.


Antara Punca Lain

Bila saya katakan 80% berpunca dari sikap dan perangai akhawat, tidak bermakna mereka kesemuanya silap. Bahkan saya akui, ada di kalangan mereka yang betul2 konsisten dengan peringatan2 yang diberikan kepada mereka. Mereka akur untuk meminta muraqib jika mahu ke mana2. Sikap ini kita puji dan kita galakkan dalam komuniti akhawat.

Cuma kita dapati ada juga punca permasalahan datang dari aspek yang lain. Contohnya ; syabab yang malas menjadi muraqib, banyak beralasan, 'pilih kasih' dan lain2. Bahkan ada juga isu gangguan yang timbul, walaupun akhawat tersebut sudah bermuraqib. Itu kita kategorikan sebagai 15-20% yang berbaki.


Apa Tindakan Kita?

Ini soalan paling glamour. Bincang banyak pun tidak ada guna, kalau tidak ada tindakan.

Sebab itu, selepas kita kenalpasti masalah2 seperti di atas, maka kita membuat tindakan2 proaktif. Saya bahagikan kepada 2 kategori.

Kategori A : Menjurus kepada akhawat. Maka diadakan pelbagai bentuk sesi penerangan, sesi inzar, kempen2 umpama princess protection dan sebagainya. Juga diberikan pendedahan kepada akhawat tentang kaedah mempertahankan diri, menggunakan semburan dan lain2.

Kategori B : Menjurus kepada syabab. Maka diadakan sesi perjumpaan , umpamanya perjumpaan syabab bersatu, jadual muraqib, khidmat muraqib 24 jam , kempen kesedaran supaya melindungi dan memuraqib dan lain2.

Itu antara tindakan yang telah pun dilaksana, khususnya oleh pihak Ajk Keselamatan PERMAI di sini. Pada saya, segala komitmen dan kesungguhan pihak Ajk Keselamatan dalam pekara ini amat saya kagumi. Kita tidak boleh nafikan bahawa mereka memang bersungguh2 mahu menjaga keselamatan komuniti melayu di bumi Irbid.

Namun cukupkah sekadar mereka sahaja yang beriya2? Berjayakah masalah ini selesai kalau akhawat masih berdegil dengan sikap mereka? Syabab masih membatu dengan kemalasan mereka? Dan sekalian yang bergelar Ahli PERMAI tidak sama2 turun padang bagi membendung masalah ini secara BERSAMA?

Jawapannya , tidak.


Mengambil Mudharat Yang Lebih Ringan

Dalam perjumpaan malam ini, saya lontarkan beberapa pendapat. Antara yang saya sentuh adalah tentang punca segelintir akhawat yang malas menghubungi muraqib. Saya andaikan, punca mereka bertindak sedemikian adalah kerana mereka merasakan meminta muraqib dari PERMAI seakan satu karenah birokrasi pula. Dengan kata lain, secara pandangan kasar, mereka nampak yang proses meminta muraqib seakan tidak lancar, perlu melepasi 'halangan' dan yang seumpamanya.

Ini andaian saya.

Kita tak nafikan, menjaga pergaulan adalah salah satu daripada agenda yang perlu diutamakan dalam komuniti kita. Kita tidak mahu melihat wujudnya pergaulan bebas antara syabab dan akhawat, samada di medium nyata atau maya. Kita juga tidak mahu melihat wujudnya gejala ber'dating' , keluar berduaan ataupun sebarang perbuatan yang menjurus kepada mukaddimah Zina.

Justeru, antara syabab dan akhawat perlu ada pendinding yang harus dijaga, supaya biah solehah dapat terus dipelihara.

Dalam masa yang sama, kita tahu yang dalam komuniti kita wujud hubungan antara syabab dan akhawat ; dalam ertikata berkawan. Mungkin telah berkawan dari Malaysia, mungkin kerana satu kampung satu sekolah, mungkin kerana pernah terlibat dalam program bersama dan sebagainya. Maksudnya, mereka ada kenalan dan ada contact.

Maka saya katakan ; memberi ruang kelonggaran supaya akhawat2 ini mudah menghubungi kawan2 syabab yang dikenalinya untuk dijadikan muraqib mengandungi mudharat, iaitu boleh terdedah kepada pertukaran nombor telefon yang tidak terkawal, terdedah kepada masalah cintan cintun dan berkemungkinan terdedah kepada pergaulan yang agak kurang terjaga.

Saya katakan juga ; Membuat dan menyuruh supaya diikut sistem atau jadual muraqib yang agak ketat, sehingga akhawat perlu menghubungi orang ini dan orang itu, baru boleh dapat muraqib, sehingga menjadikan sebahagian akhawat MALAS berbuat demikian lalu keluar tanpa muraqib, turut sama mengandungi mudharat. Mudharatnya adalah berkemungkinan mereka akan diganggu, dicabul, dirogol dan seribu satu kemungkinan buruk yang lain.

Nah. Antara mudharat pertama dengan mudharat kedua, yang mana lebih ringan?


Perkara2 Lain

Banyak perkongsian pendapat yang saya perolehi pada malam ini. Antaranya teguran tentang cara syabab menyindir dengan agak keras kepada akhawat dalam isu ini. Mahu atau tidak, kita kena terima, bahawa dalam komuniti kita di Irbid ini ada macam2 orang dan macam2 perangai. Sudah tentu, ada macam2 pendapat.

Dalam isu keselamatan ini sendiri kita nampak perkara tersebut. Ada yang agak lembut, mengikut sahaja kata akhawat. Ada yang agak keras, sehingga berpendapat akhwat tidak harus datang belajar tanpa mahram. Ada yang bengang, maka mereka menyindir dan memperli. Ada yang menegur dengan nada marah, sehingga akhawat menjauhkan diri. Ada juga yang langsung tak ambil tahu. 

Apa yang lebih penting adalah, kita mengambil yang terbaik daripada kesemua pendapat tersebut. Agama ini adalah NASIHAT. Mahu atau tidak, kita kena berdakwah. Antara dakwah kita juga ; kita kempen supaya akhawat menggunakan muraqib,jangan teruskan dengan kedegilan, giatkan 'pujukan' sehingga mereka mahu menerima dan lain2 yang boleh kita usahakan. Mereka memang ada yang degil, keras kepala, tetapi dasar UKHWAH ISLAMIAH ini menghalang kita untuk berpaling daripada mereka. 


Cadangan Saya

Disebabkan saya menyebut mengenai ''mudharat kecil dan mudharat besar'' di atas, maka saya merasa risau, kiranya pandangan tersebut disalahtafsir sebagai 'membolehkan' pula syabab2 bergaul bebas dengan akhawat. Perkara yang perlu kita terima adalah, setiap tindakan ada risiko, dan risiko itulah yang dipanggil mudharat.

Memberi kelonggaran bukan bermakna tidak mengawal. Memberi kelonggaran sebenarnya salah satu inisiatif sahaja, supaya akhawat2 ini lebih 'selesa' mahu menggunakan muraqib. 

Maka saya mahu memberi beberapa cadangan kepada pihak PERMAI :

  • Bagaimana mahu 'relate' kan ISU MURAQIB dengan UKHWAH ISLAMIAH? Saya cadangkan medium2 umpama kempen, forum atau bentuk2 talk yang lain. Objektifnya, kita mahu hubungan syabab-akhawat di sini terbina atas dasar PERSAUDARAAN. Bukan untuk tujuan2 lain. Kefahaman ini perlu diterap, supaya kelangsungan sistem muraqib itu tidak dicemari oleh anasir2 lain.
  • Jelaskan sejelas2nya kepada para ahli tentang MURAQIB menurut syariat. Ada kaedah fiqh menyebut, sesuatu yang tidak sempurna perkara wajib melainkan dengannya, maka perkara tersebut dihukum sebagai wajib. Penjelasan ini saya kira penting, sebagai satu bentuk dakwah kita agar komuniti akhawat di Irbid lebih 'terbuka hati' untuk bermuraqib dan syabab juga lebih 'ikhlas' untuk menjadi muraqib. Saya cadangkan Akademi Syariah Mmy memperkasa pencerahan dalam tajuk ini.


Sekian

P/s : Seronok berada dalam suasana diskusi berbentuk 'open talk' seperti tadi. Itu baru MAHASISWA namanya. 


[Ada Komen? sila klik link di bawah ]

8 comments:

SeRiKaNDi_uMaR93 January 29, 2011 at 7:13 AM  

mcm faham2 apa yang ana fikirkan, ana mahu isi borang ummul qura, tetapi perlu letak nama mahram, mula2 tu mcm nak menipu juga, letak nama orang lain... tapi, mana boleh, tak berkat, muslimat ni bukan apa.. kami ni asyi fikir, pergi mana2 saja mesti terbatas pergerakan kami, sebab tu muslimat cukup tak suka kalau ada program yg melibatkan muslimin, terbatas.. tapi, bila fikir2 balik, isu keselamatan itu penting. muslimat ni bertindak dengan emosi, sebab tu ta boleh memimpin, semuanya dengan emosi..bukan dengan pemikiran yang matang...

hafizquran January 29, 2011 at 8:59 AM  

serikandi umar :

kalau nti ada rezeki smbung luar , kena titik beratkan benda ni. duduk jauh dgn keluarga, kedegilan n emosi xboleh letak di hadapan. istikharahlah sebaiknya..

SeRiKaNDi_uMaR93 January 29, 2011 at 10:31 AM  

ya, kedegilan dan emosi itu tidak boleh letak di hadapan, sebab hari yang mendatang kita tidak tahu bagaimana, perjalanan masih jauh, dan perjuangan masih panjang... kita perlu membuat keputusan yang terbaik kerana bukan pilihan untuk kepentingan semata-mata, tetapi untuk kepentingan Islam tercinta supaya tidak ada fitnah dari kaum Hawa yang menyebabkan kufar bisa sahaja menghancurkan muslimah Islam di luar sana...

-IBNU ROSLAN- January 29, 2011 at 12:29 PM  

Muroqib yg terbaik --> Suami sendiri, lebih selamat..
Jadi, digalakkan utk Akhawat berkahin..kih3..
xde la..Entri yg menarik, dpt maklumat walau ana xpergi..masih tiada di Irbid. :)

Anonymous January 29, 2011 at 1:12 PM  

asif tnye..muraqibah ni ap?

Huda Afiqah Hashim January 29, 2011 at 1:44 PM  

Salam.

Hmmm... isu muraqib 'hakikatnya' agak berat. Kalau di Malaysia ni, tak kesah sangat... nak keluar, keluar jer (dengan keizinan). Tambah pulak, 'negeri tanah tumpah'.
Sejujurnya bila baca artikel ni, terasa semacam cerewet jer nak mintak tolong muraqib apatah bagi gadis yang sosial dan 'independent'. Huhu...

Syukron atas pencerahan~

hafizquran January 29, 2011 at 10:21 PM  

serikandi umar :

harapnya, bilangan mereka2 yg sebegini tidak mendominasi komuniti yg ada, exp di luar negara. dan harapnya, yang sedar dan faham boleh melaksanakan dakwah fardiah pada mereka. syukran atas pndangan:)

IBNU ROSLAN :

Ya..tepat skali saranan anda :)
bile nak balik Irbid? esok da kuliah..

Anonymous :

Muraqib tu istilah merujuk pada lelaki yg bertugas mengawasi kaum wanita. cthnya kalau s'orang wanita hndak keluar ke mana2, perlulah diawasi lelaki. istilah ni lebih famous di luar negara

Huda Afiqah:

wslm. betul, isu keselamatan sbnarnya yg berat.mmg benar meminta muraqib tu macam cerewet, xbebas n sebagainya, tapi we got no choice.

SeRiKaNDi_uMaR93 January 30, 2011 at 2:06 PM  

ya, muslimat tidak ada pilihan, kena ikut juga... di malaysia, kadang ada juga masalah ni... contohnya, muslimat ni kadang2 taksub untuk ke program, hingga tidak hirau isu keselamtan, tidak kira malam atau siang, sedangkan ia boleh menjadi fitnah... bila ana lihat, muslimat semangat untuk ke program, namun kadang2 tindakan tu di luar jangkaan... main redah... janji ilmu dapat katakan, sedangkan muslimat tidak sedar... mungkin keadaan itu telah membawa fitnah...

Archive Blog