Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

15 January 2011

Mereka Islam , Tapi Sesat Akidah

gambar hiasan

Saya suka baca banyak blog. Pembacaan saya tak tertumpu hanya pada blog2 islamik, politik atau isu2 semasa semata2. Antara yang selalu saya buat adalah berkunjung ke blog2 yang ''anti-islamik''. Peh, bunyi macam dasyat label tu. Tapi yang saya maksudkan ni adalah golongan2 yang tidak menyukai unsur2 agama dalam penulisan atau kehidupan mereka, meskipun mereka ni atas kad pengenalan tercatat sebagai beragama Islam.

Memang lumrah dunia hari ini, Islam tidak lebih sekadar jenama. Aku Islam, kau kristian, dia budha. Sekadar itu sahaja.

Ada orang anti dengan blog2 'tak berfaedah' seperti yang saya cerita kat atas. Buang masa, katanya. Lebih baik tulis tazkirah atau copy paste kata2 hikmah letak dalam blog. Tak apalah, itu pendapat mereka. Tapi bagi saya, golongan seperti ini memang patut pun dilabel sebagai syok dengan dunia sendiri. Sesekali terdengar 'benda2 pelik' , barulah macam rusa masuk kampung jadinya. Ingat pesan orang tua2, tiada hilang bisa ular dek menyusur akar.

Bagi saya, melayari blog2 yang berbicara perkara yang berbeza dengan kita, berpendapat bertentangan dengan kita, mempunyai corak pemikiran yang melangit bezanya dengan kita, sedikit sebanyak memberi inspirasi untuk merangka strategi dalam berdakwah.

Ingat berdakwah itu senang?

Semalam saya menghalusi pemikiran seorang penulis blog. Secara mudahnya saya cakap, penulis tersebut berpegang pada prinsip sekularisme. Senang kata, nak baca Quran pergi surau, jangan baca dalam blog. Dia juga terang2an menolak hujah2 yang dilandaskan kepada ayat2 Al-Quran mahupun hadith, sehingga saya dapati satu bentuk kekeliruan telah berakar umbi dalam diri penulis tersebut.

Di samping baca tulisan tu, saya baca juga komen2 yang dihantar. Bagi yang mempunyai asas Islam yang kuat, ramai lah yang melenting marahkan si penulis. Tak kurang juga yang membawa pelbagai hujah dan kitab untuk diceramahkan kepada tuan punya blog. Namun saya lihat tiada kesan. Bahkan yang menyokong tulisan atau ideologi beliau pula yang makin bertambah.

Menariknya, golongan agamawan yang menjadi sasaran penghinaan, kutukan dan sindiran!

Berserban, berjubah, belajar bahasa arab, semua dilabel sebagai sesat dan mengagung2kan orang arab. Bagi golongan agamawan yang bercakap jenis ''ana , enta '' lebih teruk dihentam. Makan tahi unta katanya.

Sakit hati tu, memang sakit hati. Tetapi saya cuba keluar dari kepompong emosi dan melihat kepada isu yang lebih besar. Saya melihat kewujudan golongan2 seperti ini, yang berbangsa melayu dan beragama Islam, namun keliru dengan agama sendiri, adalah satu bentuk barah yang bakal menjahanamkan ummat di masa hadapan.

Mana tidaknya, mereka2 ini golongan terpelajar. Mereka hebat dalam ilmu sains dan arif dengan fakta2 sejarah. Kadang2, golongan agamawan pun tidak tahu tentang itu semua. Sehingga satu tahap, mereka2 ini dilihat seolah mempertikaikan fakta2 ayat dalam Al-Quran itu sendiri.

Al-Quran dan Sains tidak pernah bercanggah. Itu saya setuju. Tetapi Al-Quran mengikut Sains, atau kajian Sains yang akhirnya mengakui Al-Quran? Dan antara keduanya, yang mana satu lebih benar dan lebih tepat?

Sebagai seorang muslim dan mukmin,kita diajar untuk percaya kepada wahyu. Al-Quran dan Hadith adalah dua perkara yang wajib kita percaya tanpa keraguan. Kewujudan Allah perlu diyakini 100%, barulah keimanan dan akidah kita dikira sah. Kalau ragu2 dengan kewujudan Allah, seseorang itu akan terjerumus ke dalam kekafiran. 

Banyak contoh Al-Quran membuktikan kajian Sains. Maka kita tidak pernah menidakkan kepentingan ilmu sains itu sendiri. Sebagai contoh, peredaran bumi, matahari serta kewujudan planet2 kesemuanya telah termaktub di dalam Al-Quran, tanpa satu pun menyalahi kajian2 Sains. Sebab itu, ramai di kalangan sainstis dan para pengkaji ini yang akhirnya memeluk Islam.

Tetapi ada juga perkara dalam Al-Quran yang tidak boleh dirujuk dengan Sains, tidak boleh difikir dengan logik akal dan tidak boleh diperdebatkan. Iaitu perkara2 yang disebut sebagai الغيبية , yakni perkara2 Ghaib.

Buka sahaja Al-Quran, surah kedua selepas Al-Fatihah, kita akan berjumpa dengan ayat ini : 

الم . ذلك الكتاب لا ريب فيه هدى للمتقين . الذين يؤمنون بالغيب ويقيمون الصلاة ومما رزقنىهم ينفقون

Maksudnya : Alif lam mim . Inilah kitab ( Al-Quran ) yang tidak ada keraguan padanya , menjadi petunjuk kepada orang yang bertaqwa. Iaitu orang2 yang beriman dengan perkara2 ghaib , mendirikan solat serta mengeluarkan zakat

Awal2 lagi, Al-Quran sudah pun menerangkan tentang perkara ghaib, kerana perkara ghaib itu sendiri menjadi asas dalam keimanan. Di sinilah orang2 yang mendewakan sains atau fakta menjadi keliru, sehingga ramai di kalangan mereka yang menentang , tidak percaya serta ragu-ragu.

Saya bawakan cerita tentang Isra dan Mikraj, iaitu peristiwa Nabi s.a.w diangkat ke langit. Dalam peristiwa ini kita boleh lihat, bagaimana hebatnya Saidina Abu Bakar As Siddiq dalam keimanan beliau. Tanpa ragu2, berhujah atau menetang, Abu Bakar memberikan kepercayaan dan keyakinannya kepada peristiwa tersebut. Tetapi kita juga boleh lihat bagaimana dengan puak2 penentang di masa itu? Terbukti, mereka tidak percaya. Bahkan tidak mustahil di kalangan mereka juga ada yang jenis mendewakan ilmu sains melebihi wahyu, lalu menolak cerita tersebut.

Pokok pangkalnya,keimanan dan kepercayaan yang kukuh lagi utuh. Itu sahaja yang menjamin terpasaknya akidah kita sebagai seorang mukmin. 

Namun , apa yang cuba saya sampaikan dalam tulisan ini bukanlah tentang hujah2 seperti di atas, di mana kita tahu ia menyangkal teori2 manusia yang jahil lagi tidak beriman. Apa yang cuba saya bawa adalah fenomena kejahilan di kalangan umat Islam hari ini yang sungguh2 berada di paras bahaya.

Lalu di kalangan kita berkata ; anjurkan wacana , anjurkan forum tentang pemurnian akidah.

Tetapi hasilnya, yang datang adalah golongan2 yang berkopiah, berbaju melayu, pak2 haji. Golongan sasaran terus jauh dan jauh. Namun mereka aktif menyebarkan ideologi mereka kepada anak bangsa mereka sendiri.

Virus yang akhirnya melahirkan gejala murtad.

Akhirnya saya akur, hidayah itu milik mutlak Allah. Apa yang tinggal pada kita hanya usaha. Bukan mudah mahu berdakwah kepada golongan sebegini. Golongan yang menganggap agama Islam yang dianuti mereka sebagai warisan, tidak lebih dari itu. Maka sebagai golongan pendakwah, menguasai teknik dan taktik semasa sangat2 penting dalam misi menyelamatkan akidah umat Islam hari ini, terutama golongan muda khususnya blogger.


p/s : saya suka dengan hujah santai Ustaz Anuar dalam program API bulan lepas. Kalau pakai rejoice, pakai jari pun boleh. Tapi kalau pakai tudung, tak payah pakai jari pun boleh. Idea yang menarik. Mungkin para future daie perlu mengasah kebolehan berhujah sedemikian, barulah mantap namanya.

4 comments:

Dark Half January 15, 2011 at 11:37 AM  

assalamualaikum hafiz,

sekali baca, saya dah tau blog mana yang saudara maksudkan. saya pernah 'argue' dengan penulis blog tersebut kerana dia mengingatkan saya pada abang kandung yg merupakan seorang atheist (btw, saya bkn melayu).

saya setuju bila saudara mengatakan mereka adalah golongan terpelajar. walaupun mereka mempertikaikan sesetengah ajaran islam, mereka tetap meneliti teks ucapan seorang mufti yang pernah disampaikan. kebetulan bila ada sedikit salah faham dalam teks tersebut, mulalah mereka mempersendakan kredibiliti mufti tersebut dan dikukuhkan lagi dgn doktrin dan teori yg 'kelihatan reliable'.

bg saya, golongan seperti ini tidak 'lut' jika ditegur dgn memberikan potongan ayat A-Quran dan Hadis. dalam ramai2 followers penulis itu, saya perasan beberapa org yg bertindak 'masuk' ke dalam 'culture' (bercakap dalam 'bahasa' dan berkongsi interest yg sama) dgn golongan seperti penulis tadi, dan dalam masa yg sama menyuntik sikit demi sedikit dakwah islamiah dgn gaya bahasa yg rugged.saya nampak cara ini agak berkesan kerana tiada bantahan kelihatan dr pihak penulis dan followersnya.

pendapat saya, cara utk menundukkan golongan spt penulis itu adalah dgn meningkatkan knowledge kita on par atau melebihi knowledge mereka sendiri agar wujud 'respect' dari kalangan mereka, barulah teguran kita akan didengari. wallahualam

Jue January 15, 2011 at 1:18 PM  

sy setuju, bukan mudah nak berdakwah pada zaman nie, mungkin teknik berdakwah perlu diubah mengikut zaman, mungkin dengan bahasa yang mudah dan ringkas agar mudah difahami, tp masih lagi mengikut syariat Islam

hafizquran January 15, 2011 at 10:07 PM  

Dark Half :

wslm. terima kasih atas pandangan anda. setuju dgn cadangan tu, maknanya kita perlukan kreativiti otak yg lebih tinggi nak bercakap dgn golongan macam ni :)

Jue :

part bahasa mudah dan ringkas tu saya setuju sgt. sy sndri pun tgh mncuba :) ada sstengah orang masih mggunakan 'bahasa berita' mengalahkan pembaca berita..huhu

abu idris January 17, 2011 at 4:04 PM  

Kitab " Ajhizah Daulah al - Khilafah ", Persediaan Berdirinya Negara Islam

http://ibnuyassir.blogspot.com/2011/01/kitab-ajhizah-daulah-al-khilafah.html

Archive Blog