Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

28 January 2011

Lusa , sebuah lagi lembaran baru

Jump



Irbid kembali meriah. Semalam keluar ke Arabella Mall, masyaAllah punya lah ramai manusia. Mungkin kerana malam minggu. Kalau minggu lepas, kecoh dengan berarak di jalan raya. Bukan berdemonstrasi , tapi meraikan kemenangan Jordan lawan bola.

Mayarakat melayu pun kembali ramai. Mana2 yang pergi bercuti , menjelajah, menakluk rantau arab pun dah ramai yang balik. Sebahagian besar dari mereka, termasuk saya, akan memulakan kembali kuliah lusa.

Berada di awal , kita jarang berfikir tentang di akhir. Lumrah manusia memang begitu. Sebabnya, fatrah awal adalah fatrah yang penuh dengan ruang kosong, masa2 keselesaan, baru nak panaskan badan kata orang. Maka, kita lebih cenderung untuk bersantai dan bersikap ala kadar.

Akhirnya kita lupa kepada fatrah2 sempit yang akan kita tempuhi di peringkat akhir.

Fatrah di mana kita dihadapkan dengan imtihan. Fatrah di mana kita kelam kabut dan merasa tidak cukup masa. Situasi yang sama berulang saban waktu , namun tidak ramai yang ambil pusing.

Lebih malang, ada yang menganggap putaran masa itu hanya sebagai putaran masa, tidak lebih dari itu.

Bagaimana Manusia Hebat Berfikir?

Adakah akal kita menerima bahawa seorang tokoh hebat yang ada pada hari ini, lahir daripada kehidupan yang biasa2 dengan pemikiran yang biasa2 dan usaha yang biasa2? Sudah tentu tidak sama sekali. Paling tidak, kita akan merasakan tokoh tersebut mempunyai sesuatu '' kelebihan '' yang tidak ada pada  diri kita. Sebab itu dia berjaya.

Nah, sekarang dengarkan pernyataan ini pula : Tidak ada manusia luar biasa yang lahir pada hari ini melainkan seorang manusia biasa tetapi mempunyai usaha yang luar biasa.

Ya, itulah manusia hebat. Itulah manusia luar biasa.

Orang2 yang hebat ini, mereka meletakkan cita2 dan matlamat sebelum memulakan langkah lagi. Sebelum kaki mereka melangkah, matlamat sudah pun mereka genggam. Berbeza dengan sebahagian dari kita. Melangkah semata2 melangkah, tetapi tidak tahu apa matlamat yang hendak dituju.

Kemudian, mereka2 ini peka dengan masa akhir dan tidak leka sewaktu berada di masa2 awal. Mereka beringat dengan masa senang sebelum datang masa susah, kerana mereka tahu masa susah itu pasti akan datang. Mereka ambil peluang sewaktu ruang luas masih terbuka , kerana mereka tahu ruang sempit pasti akan tiba.

Ini jarang sekali ada pada kita. Selalu sahaja kita terlupa.

Sebenarnya, bandingan urusan kita, tidak kira belajar atau bekerja, sama sahaja dengan perumpaan dunia menuju akhirat.

Dalam belajar contohnya, waktu awal semester kita jarang menumpukan untuk menghafal, membuat nota, menghadap buku dan mengulangkaji secara konsisten. Tetapi sewaktu saat2 akhir, ketika peperiksaan cuma tinggal beberapa minggu, barulah kita kelam kabut mengejar waktu. Setiap saat yang ada kita rebut semahunya. Malangnya, ini berlaku ketika kita terhimpit, tidak ketika kita mempunyai ruang yang luas.

Hasilnya, boleh jadi kita berjaya dan boleh jadi kita gagal. Rata2nya gagal, kerana tidak cukup persediaan. Tidak cukup persediaan kerana tidak berusaha dari awal. Itu sebabnya.

Bandingan dunia menuju akhirat juga begitu.

Waktu kita berada pada umur kita sekarang ini, kita jarang berfikir tentang bila umur kita akan berakhir. Lihatlah betapa seronoknya manusia2 hari ini ketika menyambut hari lahir mereka. Siap diadakan Birthday Party dan sebagainya. Mereka berseronok kerana umur mereka bertambah, tetapi mereka lupa bahawa bertambah umur maka semakin singkatlah hidup mereka.

Itu kalau diletakkan had umur tertentu untuk manusia mati. Ikut hukum adat. Mati apabila tua.

Tetapi semua itu hanya kata2 manusia yang leka. Allah dan Rasul-Nya tidak pernah pula mengatakan demikian. Mati datang tidak kira usia, tidak kira bila, tidak kenal siapa. Justeru, banyak peringatan dari Al-Quran dan Hadith menyuruh supaya kita bersedia.

Hakikatnya, waktu senang dan lapang, seringkali membuatkan kita lupa untuk bersedia. Bagi kita pula, esok masih ada. Lusa tetap akan datang. Dan minggu depan, bulan depan, tahun depan masih ada untuk kita kecapi.

Hal ini menjadikan usaha kita bertaraf biasa2.

Orang yang berfikir sebaliknya, akan menjadikan usaha mereka luar biasa.

Kata Saidina Ali k.w : Orang yang cerdik itu adalah orang yang sentiasa menghitung dirinya dan membuat persediaan untuk kehidupannya selepas mati.

Kita pula bagaimana?

Maka latihlah diri kita untuk sentiasa berfikir melangkaui batas waktu sedia ada. Berada di awal semester, kita jadilah orang yang berfikir seperti berada di akhir semester. Maka fikiran sebegitu akan mendorong kita berusaha secara luar biasa.

Apabila ini berterusan dan sebati dengan diri kita, suatu masa nanti, kita lah orang yang akan dilihat sebagai 'luar biasa'

InsyaAllah :

  • Sentiasa buka lembaran baru dalam hidup
  • Sentiasa perbaharui azam dan tekad
  • Sentiasa fokus pada matlamat
  • Sentiasa Positif dengan diri dan usaha
  • Sentiasa bersangka baik dengan Allah

Sekian.



Sudi tinggalkan komen? Sila klik link di bawah :)

0 comments:

Archive Blog