Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

14 January 2011

Letih Mencari Pandangan Manusia



Masa kecil2 dulu, saya suka baca kisah Joha. Salah satu dari kisah2 negara arab yang diterjemahkan dalam bahasa melayu. Tidak kisahlah cerita2 berunsur jenaka tersebut betul atau tidak, nama lagi riwayat, tetapi yang penting, ada iktibar yang boleh diambil.

Saya teringat salah satunya, kisah tentang si ayah dan si anak di sebuah pasar. Mereka ke pasar, membeli barang dan mahu pulang ke rumah. Mulanya si ayah menunggang keldai, dengan si anak membawa barang sambil berjalan. Lalu orang sekeliling yang melihat mula mengata ; apa lah si ayah ni, senang lenang naik keldai, dera si anak bawak barang.

Kemudian si ayah pun turunlah dari keldai, bertukar tempat dengan anaknya sambil membawa barang. Sampai sekerat jalan, orang sekeliling mengata lagi ; apa lah si anak, senang lenang naik keldai, dibiarnya si ayah yang tua berjalan sambil bawa barang.

Akhirnya si anak pun turun dari keldai, berjalan kaki bersama2 ayah. Barang2 diletakkan di atas keldai. Tapi orang sekeliling tetap mengata juga ; apa lah kedua orang ni, menganiaya si keldai sedemikian rupa, disuruhnya membawa barang2 yang berat.

Penyudahnya ? Cuba anda fikir. Itu satu kisah.

Di Jordan pula, dalam pengajian di university, apabila tiba sahaja musim peperiksaan, pelajar2 arab mesti bising. Bila Doktor bagitau tajuk ini masuk, tajuk ini muhim, kemudian tarikh imtihan sekian2, mula lah mereka mengada2 itu dan ini. Ada yang minta tukar tarikh, ada yang nak cepat, ada yang nak dilambatkan. Macam2  ragam. Pendek kata, setiap kali tiba masa exam, keadaan yang sama berulang dari sebahagian besar pelajar arab dalam kelas.

Ada antara Doktor yang memang syadid ( tegas ) dan tak bagi muka. Contohnya seorang pensyarah bahagian Usuluddin , Dr Samirah Tahir. Kata2nya tidak lebih, tidak kurang. Memang dengan dia pelajar arab tidak banyak songeh. Maklum saja, segala 'songeh menyongeh' tidak akan dilayan sama sekali.

Tapi ada juga Doktor yang jenis baik hati. Dilayan juga kerenah budak2 arab yang meminta itu dan ini. Tapi saya perhatikan, akhirnya sifat baik tersebut tidak ke mana juga. Penutup penyudahnya,tidak semua permintaan dan kerenah tersebut mampu dipenuhi. Last2 Doktor cakap : رضى الناس غاية لا تدرك . Maksudnya : keredhaan manusia adalah matlamat yang tidak akan tercapai sampai bila2.

Dari dua kisah di atas, saya buat kesimpulan, kalau kita hidup di dunia dengan meletakkan pandangan manusia di hadapan, al-jawabnya kita akan letih dengan sia2 sahaja. Segala kerja buat kita hari2 tidak akan mendatangkan kepuasan kepada diri kita sendiri.

Sebagai contoh, pakaian.

Hari ni aku mahu pakai jubah lah. Tapi, kalau pakai jubah nanti orang cakap aku poyo pulak, nak menunjuk2. tak jadilah.
Hari ni rasa malas pula nak pergi masjid. Eh tak boleh, kalau tak pergi nanti orang mengata. Aku kan orang berjawatan.
Aku kena pakai kopiah sentiasa, pakai purdah sentiasa, sebab nanti orang cakap tak thiqah pula. Aku kena jaga thiqah.

Macam2 dilema menghantui manusia yang jenis mencari pandangan manusia. Apa kita dapat? Tenang? Tenteram?

Ingatlah, syarat sesuatu amalan diterima Allah adalah niat yang ikhlas. Kalau niat tak ikhlas, amalan kita comfirm Allah reject. Buka lah kitab hadith اربعين النووي , hadith mula2 sekali kita akan jumpa adalah tentang niat.

Betullah, dari satu sudut, pandangan manusia itu menjadi wasilah. Tetapi kalau dari dulu , kini dan selamanya hanya difokuskan ke situ, itu bukan lagi wasilah namanya. Kita akan sentiasa dibayangi hipokrasi yang tidak berterusan.

Cuma dalam tulisan ini,saya cuma mahu mengajak kita semua supaya mengubah persepsi masing2, dari sibuk memikirkan apa orang kata, apa orang tengok, apa orang nilai, lebih baik kita berubah mencari nilai keikhlasan yang sangat sukar untuk kita perolehi.

Contoh ikhlas macam mana? Ini contoh : Aku nak solat sunat ni, tapi kalau aku solat, nanti orang kata aku berlagak alim. Tapi kalau aku tak solat, nanti orang kata aku pemalas. Ah, pedulikan, aku memang nak solat pun.

Nampak? Dari situ , anda pun bangun dan solat sunat, itulah namanya ikhlas.

Kata orang, kita hidup bermasyarakat, jadi pandangan masyarakat kena jaga. Itu saya setuju. Tapi ada disiplinnya dalam menjaga pandangan orang kepada kita. Kalau sudah sampai tahap hipokrit, bermuka2, meniru sifat munafik, itu sudah salah sama sekali. Wasilah sekadar wasilah, jangan sampai menjadi tujuan.

Benarlah, kalau hari2 dalam hidup kita hanya sibuk menjaga pandangan orang, lama kelamaan kita akan letih dan hilang punca. Ayuh berubah. Bangun pagi hari dan fikirkan Allah nombor satu, manusia dan selainnya cuba letakkan nombor sepuluh. Ikhlaskan dulu kerana Allah, barulah fikirkan method sesama manusia.

Moga Allah memberi petunjuk kepada kita semua.

2 comments:

SeRiKaNDi_uMaR93 January 14, 2011 at 9:44 AM  

benarlah...kita suka rungsingkan hal manusia di sekeliling yang membuatkan niat kita terbantut...

hafizquran January 14, 2011 at 7:31 PM  

SeRiKaNDi_uMaR93 :

keterbiasaan yang patut diubah, insyaAllah bersama kita ubah

Archive Blog