Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

02 January 2011

Empat Madu : Hukum Beristeri Lapan

salah satu babak dalam 4 madu


Sebenarnya dalam fatrah imtihan sebegini bukanlah mudah untuk menulis entri dalam blog. Sebab itulah kebelakangan ini blog saya agak sunyi dari update terbaru. Setiap kali rasa hendak menulis, hasrat tersebut pasti terbantut dek kerana merasakan ada perkara lain yang lebih patut diutamakan. Tapi malam pagi ini saya cuba mencoret sesuatu yang agak santai, dengan tajuk yang agak tak bleh blah (^_^)

Baru berkesempatan menonton filem 4 madu bersama isteri sebentar tadi. Filem tersebut sebenarnya telah lama pun ditayangkan di Malaysia, tapi tak mengapalah. Alang2 tertonton untuk hiburan , terpanggil pula untuk menukilkan pengajaran. Sekurang2nya, ada benda yang boleh difikirkan bersama.

Poligami

Pertama sekali, filem 4 madu membawakan konsep poligami dalam bentuk komedi. Seperti namanya, tidak susah untuk memahami konsep yang cuba dibawa oleh pembikin filem tersebut. Saya tidak mahu bercerita tentang pelakon, tentang dialog, tentang tahap kelogikan atau sebarang perkara yang sedia maklum sebagai kelemahan yang akan didapati dalam kebanyakan filem kita.

Saya cuma mahu mengulas tentang konsep poligami yang agak berjaya dibawa oleh pembikin filem tersebut. Itu pendapat saya.

Konsep

Meskipun jalan ceritanya bagi saya tidaklah terlalu menarik, dan saya merasakan saiful apek sudah tidak lagi sekelakar dahulu ( mungkin ada kaitan dengan permasalahan yang melanda kehidupan beliau sebelum ini ), namun sekurang2nya motif yang ingin disampaikan terkandung kebaikan yang patut diberi penghargaan.

Dalam dunia hari ini, ketika masyarakat memandang jelek terhadap istilah poligami, filem tersebut tampil mengetengahkan soal konsep positif yang membuatkan masyarakat berfikir tentang syariat.

Mungkin tidaklah sampai ke tahap memperincikan hukum hakam poligami dalam Islam, tetapi sekurang2nya di babak akhir, ada kesimpulan yang berjaya dibuat tentang konsep poligami dalam Islam. Mudahnya, dari awal cerita membawa ke akhir babak, ia mengadunkan realiti dan konsep sehingga akhirnya diterjemahkan dalam logika yang sangat menarik.

Masyarakat

Sejak turun temurun, soal poligami dalam masyarakat kita bukanlah satu perkara yang boleh dibincangkan secara terbuka. Bahkan ia sememangnya suatu isu yang terlalu sensitif. Sehingga membawa kepada kemunculan puak2 yang kononnya membela hak2 wanita tetapi sebaliknya merupakan golongan yang jahil akan syariat dan meletakkan akal fikiran mereka sebagai lebih utama daripada apa yang digariskan oleh syarak.

Sebenarnya perkara ini mudah sahaja.

Masyarakat kita perlu tahu membezakan antara dua perkara utama berkaitan hal poligami. Pertama ; konsep poligami yang termaktub akan keharusannya di dalam Islam. Kedua ; realiti poligami yang berlaku dalam masyarakat.

Kenapa saya katakan demikian?

Kerana kejahilan sebahagian aktivis, terutama wanita dalam perkara ini boleh membawa mereka kepada menafikan hukum Allah yang terkandung di dalam Al-Quran. Contohnya ; jika seseorang mengatakan bahawa poligami itu zalim, maka hukumnya adalah haram. Lebih teruk daripada itu, perkataan zalim yang sebenarnya ingin dilontarkan kepada segelintir manusia, akhirnya seolah dilemparkan kepada Allah yang menurunkan syariat tersebut pula.

Begitu juga jika ada di kalangan orang Islam sendiri yang mempertikaikan hukum atau konsep poligami yang digariskan oleh Islam, dengan mengatakan sebagai menganiayai kaum wanita dan sebagainya, maka ini semua sebenarnya adalah barah yang timbul daripada kejahilan masyarakat dalam memahami syariat. Sudah tentu, akibatnya adalah buruk.

Realiti

Baik, jika kita bercakap dalam soal realiti pula, saya sendiri tidak menafikan sebahagian besar kritikan atau ketidakpuasan hati yang dilaungkan oleh kebanyakan orang hari ini. Sebagai contoh, Allah mensyaratkan soal keadilan dalam bab berpoligami. Tetapi sejauh mana seorang suami yang mempunyai ramai isteri berjaya mempraktikkan syarat tersebut dalam kehidupan bermadu mereka?

Termasuk dalam bab berlaku adil adalah soal pemberian nafkah, penyediaan tempat tinggal, pengurusan anak2 dan sebagainya. Nafkah batin juga begitu.

Nafkah batin = seks?

Ini satu lagi penyakit masyarakat. Namanya penyakit jahil. Jahil maknanya tidak tahu ( bukan bodoh ). Salah anggap juga termasuk dalam bab jahil. Ramai menyangka, bahawa nafkah batin adalah bermaksud nafkah seks, atau giliran suami menyetubuhi setiap isteri mengikut giliran. Maaf jika bahasa kurang sopan, niat hendak belajar bagi yang mahu.

Padahal yang dimaksudkan dengan nafkah batin itu adalah bergaul dengan cara yang baik. Tidak menzalimi isteri. Memberi didikan agama, nasihat serta teguran. Mengajar isteri tentang perkara yang tidak diketahui dan seumpamanya. Memang suami yang berpoligami itu wajib menunaikan giliran setiap isteri, yakni tidur dengan mereka pada giliran mereka. Tetapi kena faham, bahawa yang wajib itu adalah datang tidur, bukan bersetubuh.

Keadilan

2 bulan lepas, saya pernah ke Mu'tah dengan menyewa kereta seorang lelaki tempatan. Bukan sewa pandu sendiri. Kebetulan pula beliau seorang yang suka berbual. Jadi saya terpaksalah melayan beliau bersembang walaupun kepenatan dan mahu tidur. Antara topik perbualan, dia bercerita tentang kehidupannya selaku suami yang mempunyai 2 isteri. Isteri saya hanya mendengar dan sesekali turut sama tergelak apabila beliau memaklumkan hasratnya untuk mengambil pelajar malaysia sebagai isteri ketiga. Siap suruh saya tolong carikan lagi!

Apa yang ingin saya sentuh adalah soal keadilan. Sengaja saya bertanya tentang bagaimana beliau menguruskan isteri2 beliau dari segi berlaku adil. Dan beliau memberikan takrifan yang sama seperti saya, iaitu adil dari segi pemberian nafkah dan sebagainya.

Adapun soal hati, maka soal keadilan perlu difahami dengan baik.

Saya bacakan sepotong ayat Al-Quran tentang kesatuan antara hati yang hanya merupakan kerja Allah ta'ala. Sesungguhnya jika ada seorang manusia yang mampu memberi keadilan hati secara sama rata kepada manusia sekaligus memperoleh redha mereka, nescaya Nabi Muhammad s.a.w adalah insan yang paling layak berada di tempat tersebut. Tetapi sejarah membuktikan sebaliknya. Keredhaan manusia adalah matlamat yang tidak akan tercapai sampai bila2.

Sayang Sama Rata

Ramai orang menyerang lelaki berpoligami dengan hujah tersebut. Disebabkan entri ini adalah bersifat santai ( saya cuba ) dan hanya untuk mengulas tentang filem, jadi saya enggan memanjangkan perbahasan tersebut. Cuma apa yang ingin saya nyatakan adalah ; kasih sayang tidak mempunyai ukuran dan keadilan dari segi hati dalam membahagikan rasa kasih kepada isteri2 juga tidak mempunyai sukatan yang boleh dinilai. Maka , untuk bercakap soal adil dan sama rata dalam berkasih sayang , saya rasakan agak tidak relevan.

Baik, stop di situ dulu.

Berbalik kepada soal realiti. Kita melihat banyak contoh2 poligami yang cuba dipraktikkan oleh para suami tetapi akibat kelemahan mereka, atau kejahilan mereka dalam agama, mereka mempraktikkan cara yang jauh tersasar dari kehendak Islam yang sebenar. Umpamanya, mencari si jelita dan anak dara semata2 mahu memuaskan nafsu serakah mereka. Menggunakan harta dan kekayaan untuk tujuan memikat mana2 wanita yang disukai dan apabila dijadikan isteri pula, diberikan kekayaan melimpah ruah namun satu baris ayat nasihat tentang agama langsung tidak pernah disampaikan.

Rumahtangga yang dibina pula hanya berteraskan material semata2. Pada mereka, duit adalah segala2nya. Waktu mahu menikah dua, tiga, pandai pula bercerita soal sunnah nabi dan sebagainya. Namun sunnah yang paling utama dibuang entah ke mana. Nafsu serakah dipuaskan semahunya atas nama nafkah batin, kononnya. Inilah namanya jahil bertimpa2.

Realiti atau contoh sebegini yang nyata merosakkan konsep poligami yang dibawa oleh syariat Islam yang mulia. Akhirnya tertimpalah fitnah kepada agama akibat tangan2 sang pendusta. Sampai ke hari ini, konsep poligami yang dibawa Islam gagal untuk dipandang bersih oleh masyarakat. Inilah padahnya.

Ada Hikmahnya

Bagi saya, filem 4 madu berjaya mencetus teguran yang membina dalam masyarakat. Asyik lelaki sahaja yang dihentam dalam bab poligami, filem ini tampil menyampaikan kritikan yang agak baik buat para wanita. Kerana memang ada wanita yang menentang , menghentam atau yang berpura2 menerima kerana mahukan harta. Dan orang2 sebegini belum tentu bertemu bahagia. Sebaliknya ada juga wanita2 yang ikhlas dalam berkongsi, bukan gilakan harta tetapi benar2 mahu menyempurnakan erti bahagia. Dan dengan keikhlasan mereka, tidak mustahil Allah berikan bahagia.

Bagus juga tentang contoh isteri kedua, ketiga dan keempat yang dibawa dalam filem ini. Wanita yang bergelar janda, yang buta matanya juga yang sudah tiada sesiapa di dunia. Mereka2 ini lebih utama dibela atas nama agama. Jadi jika berkehendak dan berkemampuan, silalah kahwini mereka!

sekian.

p/s : cerita poligami ni walaupun nampak mudah, tapi amat2lah kompleks. Sebabnya, ia cerita masyarakat, bukan cerita atas kertas semata2. Banyak sudut pandang yang menjadikan pendapat kita berbeza2. Cuma saya menulis berdasarkan cerita filem ini sahaja. Wallahua'lam.

0 comments:

Archive Blog