Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

06 January 2011

Cerpen : Untukmu Farhanah



Iqbal masih termenung di meja studi. Ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Hajat untuk mengulangkaji subjek Akidah terbantut begitu sahaja. Kurang 2 minggu lagi, final exam akan menjengah. Sem ini, dia mengambil 7 subjek. Bermakna, dia perlu menghadapi 7 peperiksaan besar bermula dua minggu akan datang.

Dia membuang pandang ke luar. Kedudukan meja studi yang berdekatan tingkap memberikan sudut pandang yang sangat menarik. Di situlah selalunya dia duduk menenangkan fikiran, saat tidak terlibat dengan apa2 program persatuan atau keluar dengan kawan2. Pemandangan dari biliknya di tingkat 4 ternyata memberi sedikit ketenangan.

Seketika, matanya tertancap kepada kad matrik yang tergantung di sudut tepi rak buku. Iqbal Hanief Bin Irham. Tahun 3 Kuliah Syariah. Yarmouk University, Jordan. Sedang matanya terpaku di situ, fikirannya mula melayang mengimbau kembali detik2 perjalanannya. Dari Johor ke bumi Jordan.

****

" pulangkan balik keychain aku!! kau memang tak guna la ..bebal!!!" laung Maria sambil berlari mengejar Iqbal.

''hahaha...Brad Pitt konon...rumah kau takde cermin ke??!!" Iqbal makin kuat menyakat sambil berlari keliling kelas. 5 Al-Farisi menjadi gamat seketika. Semua pelajar yang ada tumpang bergelak tawa menyaksikan gelagat Maria yang sering menjadi bahan usikan di dalam kelas. Tubuhnya yang agak gempal dan sedikit pendek, ditambah dengan cermin mata berbingkai putih yang dikenakannya menjadikan penampilannya sangat melucukan.

Dan orang yang selalu menjadi 'hero' di dalam kelas tentulah Iqbal Hanif. Bukan hero penyelamat, tetapi hero penyakat. Pun begitu, Iqbal mempunyai ramai peminat. Meskipun dia bukanlah jenis lelaki yang berkulit cerah, tetapi penampilannya mempunyai daya tarikan. Sebab itulah pelajar2 perempuan ramai tergila2kan dirinya sehingga Iqbal rambang mata dalam memilih. Jiwa remaja pula menjadikan pilihannya agak tersasar.

" Iqbal!!"

Langkah Iqbal terhenti. Suasana kelas yang tadinya gamat dek kerana keychain Maria yang dicilok oleh Iqbal, hening seketika. Di sudut kanan kelas, Farhanah berdiri sambil merenung tajam ke arah Iqbal. Farhanah bukanlah seorang gadis yang banyak bercakap di dalam kelas, ataupun seorang yang gemar menunjukkan kuasa walaupun statusnya sebagai Penolong Ketua Pengawas di sekolah tersebut. Dia dikenali sebagai seorang gadis yang lemah lembut dan pemalu.

Tindakan Farhanah meninggikan suara menegur Iqbal seolah satu tamparan yang sangat hebat buat jejaka berkulit hitam manis tersebut. Iqbal benar2 terkesima dan malu, terasa bagai mukanya di tampar di khalayak ramai.

" Baru minggu lepas awak jumpa Guru Disiplin! Baru minggu lepas awak janji untuk ubah sikap awak! Tapi awak masih sama! Awak tak pernah berubah pun!" Farhanah menghamburkan kemarahan. Lebih tepat lagi, kekecewaannya yang terpendam.

Sebenarnya banyak tingkah laku Iqbal di dalam kelas tersebut bertujuan untuk menarik perhatian Farhanah. Semua orang tahu yang Iqbal menyimpan hati pada Farhanah sejak mereka di tingkatan 4 lagi. Namun sikap Farhanah yang lembut tetapi tegas menjadikan Iqbal begitu berhati2. Dia bimbang dirinya bertepuk sebelah tangan. Dalam pada begitu ramai kawan-kawan perempuan yang tergila2kan Iqbal, tiada siapa mengerti bahawa hati jejaka itu hanya pada Farhanah.

****

Peristiwa sebulan yang lepas benar2 memberi kesan kepada Iqbal. Bukan pasal Maria si debab yang menangis dan memukul2 belakangnya ketika keychain tersebut dipulangkan. Bukan pasal kawan2 sekelas yang menyaksikan Iqbal dimarahi oleh Farhanah. Bukan pasal Guru Disiplin, Cikgu Azhar yang memberikannya pelbagai jenis amaran.

Tetapi, semuanya pasal Farhanah.

Gadis berkulit putih dan mempunyai sepasang mata yang agak sepet. Ayahnya dari keturunan cina dan berkahwin dengan emaknya yang berketurunan melayu asli. Bukan hanya wajah manisnya yang menjadikan Iqbal hampir gila, tetapi kelunakan budi pekerti gadis tersebut yang sukar ditemui. Ternyata, Iqbal kalah.

Dan sebulan yang lepas, gadis tersebut memarahinya di depan semua orang. Bagi Iqbal, kata2 Farhanah tidak dilihat sebagai hamburan kemarahan semata2. Ada 'maksud' lain yang terkandung dalam kata2 Farhanah tersebut. Kata2 yang menjadikan Iqbal tidak tidur lena berminggu2 lamanya.

'' baru minggu lepas awak janji untuk ubah sikap awak! tapi awak masih sama! awak tak pernah berubah pun!"

Sejak bila Farhanah tahu yang aku berjanji untuk ubah sikap? rasanya, dalam bilik disiplin masa tu hanya ada aku dan cikgu Azhar sahaja. Siapa yang beritahu Farhanah? Atau..Farhanah yang bertanya dengan cikgu Azhar?

'' awak tak pernah berubah pun!!" betulkah Farhanah ambil berat pasal aku?

Monolog tersebut hadir bertalu2. Bukan Iqbal sengaja untuk menjadi perasan. Namun segala yang berlaku bagaikan puzzle yang hampir tercantum. Kata2 Farhanah tempoh hari. Serta pertemuan Farhanah dengan cikgu Azhar selepas daripada Iqbal dipanggil ke bilik disiplin. Itu belum cerita tentang kes2 lain sebelum ini yang berpunca dari kenakalan Iqbal tetapi langsung tidak sampai ke guru disiplin.

Dalam diam , rupanya Farhanah memberi perhatian kepada Iqbal. Di sebalik sifatnya yang nampak pendiam, rupanya tindak tanduk Iqbal diperhati. Dalam ramai2 perempuan yang tergilakan Iqbal, Farhanah rupanya turut menyimpan perasaan yang sama. Namun tiada siapa tahu perhatian dan minat tersebut atas dasar apa. Namun, Iqbal ternyata telah membuat persepsi terlalu awal. Persepsi yang mendorong perubahan drastik pada jejaka nakal tersebut.

****

Keputusan SPM diumumkan. Iqbal mendapat keputusan yang sungguh di luar jangkaan. Perubahan pelajar tersebut diakui oleh semua guru2 yang berkhidmat di sekolah tersebut. Hasilnya, 11A di dalam genggaman. Iqbal tersenyum penuh kesyukuran. Janjinya telah tertunai.

Namun, tiada siapa tahu misteri di sebalik perubahan Iqbal. Iqbal ternyata bijak menyembunyikan rasa hatinya sendiri. Sejak merasakan Farhanah menyimpan harapan padanya, Iqbal bangkit dengan meninggalkan segala anasir tidak baik yang ada dalam dirinya. Buku2 menjadi teman setianya dan tempat lepak yang selama ini kecoh dengan kehadirannya , seolah bertukar menjadi tanah perkuburan batu tiga. Momentum luar biasa itu dicetuskan oleh seorang gadis yang dia tidak pernah mengucapkan kata cinta. Hanya sebaris ayat yang terkandung harapan serta ditafsirkan oleh Iqbal dengan hatinya sendiri.

Dalam kekecohan kawan2nya mengambil result, ada yang menangis dan tak kurang juga yang begitu riang ria, Iqbal menyisihkan diri. Dia perasan yang Farhanah tidak ada di situ. Saat ini, entah dorongan apa yang menyebabkan dia begitu berani mahu berdepan dengan Farhanah. Dia mahu gadis tersebut melihat sendiri result yang berada di tangannya.

Akhirnya dia menemukan kelibat Farhanah di dalam kelas. Bersamanya ada Tina dan Azlin. Mereka bertiga memang kawan baik dan sering kelihatan bersama.

'' emm..assalamualaikum.." Iqbal berdehem dan memberi salam.

'' waalaikumussa...lam..'' Farhanah sedikit terkejut melihat Iqbal dibelakangnya. Matanya merah.

'' er..hana..kami tunggu kat luar ye.." Tina dan Azlin sengaja memberi ruang. Mereka beredar ke depan kelas.

Iqbal berdiri dalam jarak yang sedikit jauh. Matanya masih memandang Farhanah. Tetapi Farhanah hanya menunduk. Mata merahnya mengundang kehairanan kepada Iqbal.

'' Hana..."

Oh. Entah dari mana datang kekuatannya untuk memanggil gadis tersebut dengan panggilan sedemikan.

'' Kenapa menangis? Result awak....'' Pertanyaan Iqbal terhenti apabila terlihat kertas result di atas meja. 15A. Andaiannya bahawa Farhanah menangis kerana keputusan SPM meleset.

'' Saya akan ke Australia hujung bulan ini. Semuanya dah diuruskan keluarga saya..." Farhanah bersuara perlahan. Kata2nya masih terkandung kesedihan.

'' oh...ok lah tu..belajar kat oversea..saya mungkin sambung dalam je.." Iqbal tersengih2. 'aku ingatkan apa tadi..ni mesti kes mak paksa pegi oversea ni..' Iqbal bermonolog.

'' Janganlah sedih2..bukan semua orang dapat belajar luar negara..tak baik hampakan hasrat mak ayah..'' Iqbal masih mahu memujuk tanpa mengetahui cerita sebenar.

'' bukan sebab tu...''

habis?

'' Saya akan bertunang dua minggu lagi. Bakal tunang saya bekerja di Australia.. saya sendiri tak kenal dengan dia. Semua keluarga yang aturkan.. dan..saya tak menolak..saya tak nak ibu saya kecewa.." Farhanah menghabiskan kata2 tersebut dengan berat.

Iqbal terpaku. Kata2 yang keluar dari mulut Farhanah bagai halilintar menyambar bumi. Segala impian yang dipendam selama ini bagai omongan kosong yang tiada makna apa2.

Farhanah bangkit dari kerusi. Matanya kembali berkaca.

''Iqbal..tahniah atas result awak..saya bangga dengan awak....'' Ucap Farhanah sambil melangkah pergi.

Iqbal mengukir senyum sambil menghantar langkah Farhanah dengan ekor mata.Senyum yang tidak memberi makna apa2, seperti ucapan 'tahniah' dari gadis idamannya yang tidak lagi bernilai apa2.


*****

Titt..Titt.....Titt..Titt...

Iqbal terjaga dari lamunannya. Matanya mengerling jam di dinding. Tepat jam 5.00 petang. Setengah jam lagi akan masuk waktu maghrib. 'lama juga aku melayan kenangan..' bisiknya.

Dia bingkas bangun menuju ke bilik air. Hasrat hatinya mahu pergi ke masjid Jamiah lebih awal. Sambil2 itu boleh berjalan2 seketika di Syari' Jamiah. 5 minit kemudian, Iqbal menyarung jaket hitamnya dan keluar.

Syari' Jamiah agak sibuk di sebelah petang. Laluan utama yang menjadi nadi di Irbid. Iqbal menghayun langkah perlahan sambil memerhati gelagat warga arab di tepi jalan. Pasangan2 kekasih yang berpegangan tangan begitu membuatkannya cemburu. Cemburu dan tertanya tentang bilakah saat dirinya pula akan tiba.

Sedang melayan fikiran, matanya tertangkap pada kelibat dua orang gadis melayu yang sedang berjalan di seberang jalan. Entah mengapa, hatinya seakan terpanggil untuk mengekori dua orang gadis tersebut. Hari hampir gelap dan Iqbal merasa bertanggungjawab untuk mengawasi dua orang gadis senegara tersebut.

Hasrat untuk ke masjid terbatal begitu sahaja.

Langkahnya dihayun pantas mengekori kelibat dua orang gadis melayu di hadapannya. Dua orang gadis tersebut langsung tidak menyedari yang dirinya diekori dari jauh.

' Iqbal..apa kau buat ni..kan kau dah janji nak berubah?' suatu bisikan kedengaran. Hampir membuatkan langkahnya terhenti.

' ala..bukan pergi buat maksiat..eh ni tanggungjawab ni..dalam masa yang sama boleh usha2..mana tau ada jodoh..hehehe..' bisik suatu suara yang lain.

Iqbal resah. Tiba2 dia menjadi serba salah. Dia berada di antara dua persimpangan. Mahu berpatah balik ke masjid atau terus mengekori dua orang gadis tersebut atas nama 'muraqib'. Istilah muraqib di bumi arab merujuk kepada pengawasan kepada golongan wanita.

Namun langkahnya tetap diteruskan.

****

' eh! apa mamat arab tu buat?' Iqbal tersentak melihat seorang lelaki arab yang tiba2 berjalan begitu dekat dengan dua orang gadis di hadapannya. Waktu itu, Iqbal berjalan dalam jarak yang agak jauh, sekadar membolehkan matanya melihat pergerakan orang yang diawasinya sahaja.

Belum sempat Iqbal menemukan jawapan, dia terdengar bunyi jeritan. Ketika itu barulah dia sedar yang dia berada di sebuah lorong yang agak sunyi dalam deretan bangunan lama. Serta merta Iqbal berlari ke arah suara tersebut. Lariannya sungguh pantas dan dia berusaha mengawal panik. Di dalam fikirannya cuma satu, dua orang gadis tadi mesti dilindungi.

Dalam jarak yang agak dekat, Iqbal melompat tinggi. Lututnya disasarkan betul2 ke atas bahu lelaki arab tersebut. Kedua2nya jatuh bergolek di atas jalan. Lelaki arab tersebut ternyata tidak takut. Dia bingkas bangun dan menerkam ke arah Iqbal. Berlaku pergelutan di atas jalan. Dua gadis melayu yang menjadi mangsa gangguan hanya mampu menjerit2 meminta pertolongan.

Ternyata Iqbal bukan mudah ditewaskan. Meskipun dia tidak mempunyai ilmu persilatan yang tiggi, tetapi dorongan semangat yang kuat untuk menentang menjadikan lawannya berputus asa. Lelaki arab tersebut menolak Iqbal dan melarikan diri.

'' Abang! abang tak apa2 ke? '' seorang dari gadis tersebut bertanya cemas.

' abang..? sejak bila akhawat malizi panggil syabab abang ni? ' Dalam kesakitan Iqbal sempat bermonolog sendiri. Dia mengesat bibirnya yang berdarah. Bibirnya pecah. Mungkin akibat tumbukan dari pak arab.

'' takpe2..sikit je..awak berdua ni nak pergi mana gelap2 macam ni? lagipun lorong ni kan sunyi...'' Iqbal menekankan sedikit suaranya. Nasib baiklah Iqbal meneruskan hasrat untuk mengekori mereka. Kalau tidak, entah apa nasib yang akan menimpa mereka.

Keduanya menunjukkan riak bersalah. Muka keduanya pucat.

'' sebenarnya kami nak pergi rumah kawan..emm..kami ingat rumah dia kat area sini..tapi tersalah masuk..kami tahu kami salah...''

Iqbal langsung tidak memandang wajah mereka. Hatinya masih marah dan kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh kedua gadis tersebut. Bukan sedikit nasihat dan peringatan yang diberikan oleh persatuan mahupun helwi, tetapi kedegilan yang sama masih berlaku. ' budak tahun berapalah agaknya ni..'

" kami pelajar baru..sepatutnya tadi kami tunggu kakak senior, tapi dia lambat. Itu yang kami beranikan diri je..tak sangka sampai jadi macam ni..kami minta maaf banyak2 bang..'

Iqbal mengangkat muka. Melihat tuan empunya suara yang menuturkan kalimah maaf tersebut. Sakitnya bagai terbang menghilang apabila melihat wajah tersebut. Meskipun dalam samar2 cahaya lampu, wajah tersebut benar2 menggamit memori lamanya.

'Farhanah'

Ya. Gadis berbaju merah tersebut mempunyai raut wajah yang hampir serupa dengan Farhanah, gadis yang pernah menghampakannya 3 tahun lalu. Gadis di hadapannya ini mempunya sepasang mata yang agak sepet dan kulit yang putih melepak. Iqbal hampir tidak mempercayai matanya. Bagaikan bermimpi.

'' err..abang..boleh tak hantarkan kami balik..err..naik teksi je, kami bayar...''

Kata2 dari kawan si gadis berbaju merah mengembalikan Iqbal ke alam nyata. Seketika, sakit2 di badannya kembali terasa. Boleh tahan juga bergelut dengan pak arab ni, keluh hatinya.

****

Mereka berdiri di tepi jalan, menanti teksi yang sudi mengambil penumpang. Keadaan jalan yang cerah menjadikan sudut pandang Iqbal lebih jelas. Sekali lagi, wajah gadis berbaju merah dijeling. Benar, mirip dengan Farhanah. Cuma ketinggian sahaja berbeza.

Seketika kemudian, sebuah teksi berjaya ditahan. Iqbal pulang bersama mereka ke syari' Jamiah. Gadis tersebut tinggal di sebuah asrama berhampiran.

Sewaktu tiba di hadapan asrama, sekali lagi keduanya meminta maaf kepada Iqbal.

" er..kejap.." Iqbal serba salah. Sewaktu di atas teksi tadi, Iqbal sempat memikirkan berbagai2 cara. Niatnya cuma satu, mahu berkenalan dengan si gadis berbaju merah. Pelbagai taktik lama kembali dibongkar dalam mindanya.

Tulis nombor fon atas kertas?
Buat2 minta pinjam telefon dan dailkan nombor sendiri?
Ajak pergi makan dan borak2?
Tawarkan diri untuk jadi muraqib lain kali?

Ah..kesemuanya tidak boleh pakai.

Iqbal kembali memujuk hati. Segala niat dan hasrat itu dipadamkan sedaya upaya. Dia telah berjanji dengan dirinya untuk berubah. Perubahan yang suatu ketika dahulu untuk Farhanah. Tetapi kini dia lebih jelas dengan matlamat dirinya sendiri. Cuma sekali sekala, jiwa adamnya terusik jua.

'Sabarlah duhai diri. Kalau engkau jadi baik, Allah akan berikan engkau calon isteri yang baik..yakinlah' Dan bisikan itu menghapuskan semua strategi2 yang dirancang oleh jiwa mudanya.

Kedua gadis tersebut masih menunggu kata2 dari Iqbal.

'' er..takde apa2..nama awak ...'' Aduh! Macam mana boleh terlepas. Mata Iqbal terpaku kepada si gadis berbaju merah. Kawannya hanya memerhati.

'' saya? Oh.. nama saya Farhanah.."

Seketika, dunia Iqbal bertukar warna!


sekian.


NOTA : Cerita ini tidak ada kena mengena dengan yang telah mati, yang masih mati atau yang telah hidup dan akan mati.

9 comments:

$hakirShafiee™ January 6, 2011 at 5:51 AM  

romantis gitu.. cinta dibumi isya jordan berputik kembali.. siapakah?.. no2 kah?hahaha

Salam Abdullah January 7, 2011 at 10:02 PM  

Salam

Sedapnyo cerpen abe syafiq. Macam ada pengalaman jah. keh3

Time kasih abe syafiq :)

Huda Afiqah Hashim January 8, 2011 at 12:22 AM  

salam Kembara.

Tetiba teringat lagu Farhana oleh Jinbara. Boleh la nak layan~~~

Testimoni daripada adik, "Best3... Jalan cerita pun tak meleret-leret."

Tak sangka pulak, pengulas politik, isu2 semasa boleh tulis cerpen best. Ustaz, ada potensi jadi penulis cerpen ni. :)

Salam Juang.

siti fatimah bt abd.ghaffar January 8, 2011 at 12:41 AM  

masyaallah,jln cerita yg agak menarik..teruskan menulis.

hafizquran January 8, 2011 at 1:17 AM  

salam

terima kasih pada yg bagi komen..sebenarnya cerpen ni ana saja2 je tulis utk release tension time exam..:)

insyaAllah pas exam ada smbungan ..

doakan ana ye semua..

ainshams January 11, 2011 at 3:43 AM  

cerita yg ditulis kdg kala menggambarkan 'hasrat hati' atau pengalaman diri.. heh.
fokus study yer =P

hafizquran January 11, 2011 at 9:37 AM  

to ainshams :

setuju..tapi xsemua :)
bkn smua penulis smda cerpen atau novel menulis bdasarkan hasrat hati atau pengalaman sndiri, malah ramai yg menulis dari pengalaman org lain dan isu2 sekeliling / kehidupan

heh. tgh fokus study la neh..sbb tu menyepi utk seketika..syukran

Ibnu Darwin June 10, 2011 at 8:35 AM  

err.. sambungannya da siap ke belum?? hehe

Ilham Fiq Ahmad June 10, 2011 at 9:58 AM  

ibnu darwin :

wallahua'lam. ^^

Archive Blog