Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

26 January 2011

Cerpen : Selepas Hujan Berhenti [ Part 2 ]

gambar hiasan



Oleh : Fiq Ahmad

Alangkah terkejut Arisha apabila melihat kelibat Razman di muka pintu. Tambah mengejutkan apabila Razman hanya memakai singlet dan seluar pendek. Selama hari ini, tidak pernah sekali pun dia melihat Razman berpakaian begitu di dalam rumah. 

" Err..abang Man ..ada ape? " Arisha serba salah. Arisha masih menghormati lelaki yang sudah pun dianggap seperti abangnya sendiri.

" Jom la Isha..teman abang kat bawah..tengok tv..Isha buat ape sorang2 dalam bilik? " Razman tersengih2.

" Eh abang Man..takpelah..Isha nak studi ni..nak hafal skit..lagipun..." 

" Alah..nanti2lah.." Kata2 Arisha terus dipotong Razman. Serentak itu, tangan Arisha dicapai dan ditarik keluar. 

Arisha terkejut. Sungguh2 terkejut. 

" Eh lepaslah!! " Arisha menjerit. Tangannya segera di tarik dari genggaman Razman.

" Isha ni..janganlah sombong sangat..ni..abang Man kan ada..abang Man sayang Isha tau.." Dada Arisha berdegup kencang. Tidak pernah dilihatnya Razman berkeadaan sedemikian. Razman memandangnya dengan pandangan yang sangat pelik. Senyuman sinisnya membuatkan lutut Arisha menggigil.

Arisha pantas masuk ke dalam bilik. Pintu bilik cuba ditutup, namun gagal. Razman menolak dari luar dengan kuat. Arisha rebah tersungkur. Razman terus menerpa ke arahnya. Arisha meronta2 sambil menjerit. 

" Lepaskan aku la!! binatang kau..!!! lepas!!! " Arisha meronta sekuat hatinya. Kakinya ditujah keras ke perut Razman. Lelaki tersebut jatuh terduduk. Arisha mengengsot ke belakang. Tangannya cuba mencapai apa2 sahaja yang boleh dijadikan senjata, namun gagal. Razman bingkas dan melangkah ke arahnya. Wajah lelaki tersebut bertukar merah padam menahan marah.

Tiba2 kedengaran deruman enjin kereta masuk ke garaj. Razman tidak jadi meneruskan langkah, sebaliknya terus kelam kabut keluar dari bilik tersebut. Arisha duduk memeluk lutut. Seketika kemudian, dia terus bangun menerpa dan mengunci pintu. Tangisannya terus pecah. Arisha melemparkan dirinya ke atas katil dan menekup muka ke bantal. Tangisannya menjadi2. Terasa kaki dan tangannya masih menggigil. Arisha benar2 takut. Saat itu, dia benar2 mahu berada di pangkuan arwah ibunya. Dia benar2 rindu pada arwah kakaknya. Esakannya bertambah kuat, namun sedaya upaya ditahan supaya tidak kedengaran dari luar.

.

.

.

" betul..betul..betul.." Suara kartun ipin yang dijadikan ringtone message handsetnya membuatkan Arisha terjaga. Arisha mengangkat muka dari bantalnya yang basah. Rupanya, ketika menangis tadi Arisha tertidur. Tangannya mencapai telefon bimbit yang diletakkan di birai katil. 

"sweet dream dear..hehe..jumpa esok kat sekolah..muah!"

Teks mesej tersebut dibaca Arisha dengan mata yang kabur. Mesej dari Wati yang mengingatkannya tentang study group pada esok hari. Teringatkan Wati, serta merta Arisha menjadi sebak. ' wati..aku perlukan kau..' Air matanya kembali mengalir. Kejadian tadi meninggalkan kesan pada jiwanya. Arisha menjadi sangat takut.

"Wati..aku nak tumpang tidur rumah kau..aku takut.."

Mesej tersebut di taip dengan mata berkaca. Kaki dan tangannya masih terasa sejuk. Kemudian, butang send ditekan.

Tidak sampai seminit, Wati terus menelefon.

Arisha menangis di talian. Pertanyaan2 Wati tidak mampu dijawab. Nada suaranya yang menggeletar benar2 menggusarkan Wati. Hendak keluar, jam sudah pun menunjukkan angka 12 malam. Wati cuba memujuk supaya Arisha bertahan sehingga esok. Namun Arisha berdegil. Dia tetap mahu keluar dari rumah tersebut malam itu juga. Akhirnya Wati mengalah. Dia berjanji untuk menumpangkan Arisha tidur di rumahnya.

Arisha bingkas berlalu ke bilik air. Membasuh muka dan melihat wajahnya di singki. Matanya bengkak akibat tangisan. Arisha pantas berkemas. Pakaian dan buku2nya dimasukkan ke dalam sebuah beg besar. Seketika kemudian, Arisha keluar dari bilik dengan berhati2. Mujurlah pergerakannya tidak disedari dan Arisha berjaya keluar melalui pintu dapur. 20 minit kemudian, Arisha sudah pun berada di rumah Wati.


                                                            ****************


Sudah 5 hari Arisha menjadi anak angkat di rumah tersebut. Mujurlah keluarga Wati memahami dan menyenanginya, membuatkan Arisha tidak kekok berada di rumah tersebut. Emak Wati sendiri melarangnya memanggil mak cik, sebaliknya lebih selesa menyuruhnya memanggil mama. Arisha bersyukur kerana dalam kesempitan itu, masih ada manusia yang baik hati memberikan perlindungan kepadanya. Arisha masih ingat, sewaktu awal2 tiba di rumah tersebut, emak dan ayah Wati mahu membawanya ke balai polis untuk membuat report. Namun Arisha berkeras tidak mahu memanjangkan perkara tersebut. Emak dan ayah Wati akhirnya mengalah kerana kasihankan Arisha. Mereka tahu Arisha trauma dengan peristiwa tersebut.

" Isha..turun sarapan nak.." Pintu bilik diketuk perlahan. Suara emak Wati lembut memanggilnya turun.

Arisha membuka pintu. Senyuman paling manis dihadiahkan kepada wanita yang dipanggilnya 'mama' itu.

" Mari turun sarapan..mama buatkan Isha bubur kacang..sedap tau.." Wanita itu memeluk lengannya dan mereka sama2 berjalan turun. Jauh di lubuk hati Arisha, kerinduan kepada arwah ibunya datang membuak2. Apatah lagi apabila berdampingan dengan emak Wati yang begitu baik dan memanjakannya.

Tiba di meja makan, Wati dan dua adiknya sudah pun sedia menunggu. Ayahnya juga ada bersama.

" amboi2 tuan puteri..seronoknya turun pun dipimpin tangan.." Wati mengusik. Arisha hanya membalas dengan sengihan. 

" mama..wati pun nak mama pimpin jugak..boleh kan..boleh kan? " Emaknya pula menjadi sasaran usikan Wati.

" Jangan nak mengada..ni nampak ni? " Emaknya mengunjukkan senduk kepada Wati. Serta merta ketawa mereka pecah. Arisha memendam rasa cemburu melihat kemesraan mereka.

" Sudah2..cepat makan..kita baca doa dulu.." Ayah Wati mencelah. Mereka sama2 menadah tangan nak mengaminkan doa.

Selesai makan, Arisha menolong Wati membasuk pinggan di singki. 

" Beb..jap lagi bersiap..aku nak bawak kau jumpa someone.." Wati berbisik.

Arisha tertoleh2 ke belakang. Di dapur hanya ada mereka berdua.

" eh yang bisik2 ni apasal? bukan ada orang dengar pun.." Arisha kehairanan.

" Aku saje je..nak bagi suspen skit..hehe..pukul 10 tau kita keluar..ayah aku nak tolong hantarkan.." 

" Apa2 jela Wati..someone konon..nak ajak teman dating tu terus terang jela.." Arisha mencebik. 

" Dating2 ni tak mainla ajak kau..menyemak je..ni lain ni..kau ikut je.." Wati terus berlalu meninggalkan Arisha dengan tanda tanya.


                                                                      ****************


" Cikgu Dahlia? " Arisha seakan tidak percaya apabila melihat kelibat cikgu muda tersebut di dalam restoran. Langkahnya terhenti sambil matanya memandang tepat pada Wati. 

" Sori Isha..ni permintaan cikgu sendiri..aku cuma ikut..tapi relaks jela beb..kita dengar apa dia nak cakap nanti.." Wati cuba menghilangkan kebimbangan di hati Arisha.

Mereka meneruskan langkah. Cikgu Dahlia adalah antara cikgu paling muda di sekolahnya. Tidak salah Arisha, cikgu tersebut sebaya dengan abangnya, iaitu 24 tahun. Sewaktu tingkatan 4, cikgu Dahlia mengajar mereka subjek Sains. Cuma di tingkatan 5. cikgu tersebut tidak lagi mengajar kelas mereka. Setelah bersalaman dan duduk, mereka memesan minuman. Cikgu Dahlia mengenakan tudung labung berwarna pink , sama warna dengan baju kurung yang dipakainya. Meskipun bergelar cikgu Sains, namun penampilan cikgu Dahlia memang persis seorang Ustazah. Malahan, ustazah2 di sekolahnya pun ramai yang tidak mengenakan tudung labuh.

" Sori ye cikgu ambil masa Isha n Wati.." Cikgu Dahlia bersuara lembut. Senyuman manisnya tidak lekang menghiasi bibir. Arisha suka dengan ketenangan wajah cikgu tersebut. Seolah2 hidupnya langsung tidak ada masalah.

" Eh takpe je cikgu.. kitorang free je.." Arisha membalas sambil tersenyum. Namun di hatinya masih berteka teki akan tujuan cikgu Dahlia mahu bertemu dengannya.

Dengan tenang, cikgu Dahlia menerangkan satu persatu. Rupanya, masalah yang dialami oleh Arisha telah pun diketahui oleh cikgu Dahlia. Namun bukan dari mulut Wati, sebaliknya diketahui dari sumber lain. Cikgu Dahlia enggan memberitahu siapa orang tersebut, sebaliknya menyuarakan hasrat supaya Arisha tinggal bersamanya.

" Sebelum ni cikgu tinggal ngan kawan2 maktab..tapi semua dah kahwin..tinggal cikgu je yang takde orang nak.." Dalam bercerita, cikgu Dahlia sempat melawak. Wati yang tadinya hanya menjadi pendengar setia tergelak. Lawaknya kalau cikgu secantik itu tidak ada orang yang nak.

" emm..entahla cikgu..Isha tak tahu nak cakap apa. Kadang2, Isha rasa hidup Isha ni cam susahkan orang je..Isha cuma nak fokus SPM ..nak fokus studi.." Arisha menahan sebak. Pelawaan cikgu Dahlia membuatkannya merasa segan dan serba salah.

" Isha studi kat rumah cikgu..jangan risau, takde susahkan nye..lagipun, kalau Isha ada, cikgu tak la sunyi sangat.." Cikgu Dahlia terus memujuk.

Akhirnya Arisha bersetuju untuk tinggal bersama cikgu Dahlia. Keputusan tersebut benar2 membuatkan cikgu Dahlia ceria.


                                                                  ****************


2 bulan berlalu. Arisha semakin serasi dengan cikgu Dahlia. Cikgu tersebut sudah pun dianggap seperti kakaknya sendiri. Cikgu Dahlia sendiri yang menyuruhnya menganggap sedemikian. Katanya, cikgu tidak punya adik. Dia adalah anak bongsu dari 4 orang adik beradik. Kehidupan Arisha pula berjalan seperti biasa. Arisha tidak lagi trauma dengan kejadian lepas,sebaliknya lebih tabah menjalani hidup. Kurang sebulan lebih sahaja lagi, Arisha akan menduduki peperiksaan paling penting baginya iaitu SPM. 

Arisha memang berusaha gigih. Itu yang membuatkan cikgu Dahlia kagum dengannya. Masanya tidak pernah dibazirkan. Kalau tidak studi, Arisha akan menolong cikgu Dahlia mengemas rumah, memasak dan membasuh baju. Itu juga yang menjadikan kehidupan mereka seperti adik beradik.

Hari itu Arisha balik sendirian dari sekolah. Cikgu Dahlia terpaksa menghadiri mesyuarat sekolah. Sewaktu berjalan pulang, Arisha disapa dari belakang. Wajah yang suatu masa dahulu pernah dicintainya, kini kembali muncul mengganggu hidupnya. 

" Faizal..kau faham tak aku cakap? jangan kacau hidup aku lagi boleh tak? " Arisha bersuara keras.

" Isha..i masih sayangkan you..betul..i tak dapat lupakan you..tolonglah bagi i peluang kedua.." Faizal berdiri menghalang jalannya. Kata2 pujukan lelaki itu sedikit pun tidak mencairkan hati Arisha. Bukan wajah itu yang dibenci, tetapi perangai buaya darat yang ada pada lelaki itu yang membuatkan Arisha menyampah.

" apa sayang2?!! eh kau pergila dating dengan awek2 kau tu..ramai lagi pompuan atas dunia ni yang kau boleh tackle..tapi dengan aku sorilah!" Arisha menolak Faizal ke tepi. 

Lelaki tersebut nyata tidak berpuas hati. Faizal terus mengekori Arisha dari belakang sambil memujuk. Apabila Arisha tetap tidak mengendahkannya, Faizal bertindak kasar. Bahu Arisha ditarik dari belakang membuatkan Arisha terpusing. Serta merta Arisha menjadi takut. Ini kali kedua Arisha dikasari oleh lelaki. Kakinya terus menggigil.

Tiba2 sebuah kereta Honda berwarna silver berhenti mendadak di sebelah mereka. Bunyi brek kereta yang begitu kuat mematikan langkah Faizal. Seorang lelaki berjaket hitam keluar dari kereta dan menerpa ke arah mereka.


bersambung..

Archive Blog