Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

25 January 2011

Cerpen : Selepas Hujan Berhenti [ Part 1 ]


gambar hiasan


Oleh : Fiq Ahmad


Arisha melepaskan keluhan berat. Membuang pandang jauh ke hujung tasik. Kenyamanan udara pagi di Taman Tasik Titiwangsa sedikit sebanyak mengubat kegundahan yang lebih seminggu bersarang di jiwanya. Arisha pasrah. Lebih setengah jam dia berteleku di situ , namun segala kenangan pahit itu langsung tidak mampu dibuang. Tangannya masih menggenggam tisu yang tadinya basah dengan juraian air mata.

" Isha..dah la tu..kalo ko nangis sampai esok pun, masalah ni takkan selesai..ko takleh macam ni beb.."

Wati menepuk bahunya perlahan. Dari pagi tadi, Wati lah yang setia menemaninya ke situ. Wati sanggup mengambil risiko untuk ponteng sekolah bersama Arisha semata2 tidak mahu sahabatnya terus hanyut dengan perasaan. ' Itulah..aku dah cakap jangan nak cintan cintun sangat, ko degil..' Getus hatinya. Tipulah kalau dia kata tidak geram dengan sikap kawan baiknya itu. Sengaja menempah maut dengan memberi kepercayaan bulat2 pada kata2 Faizal. Padahal, semua warga SMKA Al-Farahin tahu yang Faizal itu buaya darat, buaya tembaga dan segala jenis buaya yang ada. Dasar lelaki! Wati benar2 geram. Namun hati sahabat baiknya itu tetap mahu dijaga.

Arisha langsung tidak mengendahkan pujukan wati. Seolah suara Wati langsung tidak didengarinya. Seolah di tepi tasik itu hanya ada dia seorang, bertemankan angin tasik yang begitu mendamaikan. Kenangan itu menerjah, sekaligus mematikan segala ketenangan yang cuba diraihnya.


   *****************


" Faizal! ni sape?! " Arisha menjegilkan mata. Memandang tepat ke wajah Faizal yang masih terkejut. Tidak disangka, temujanjinya dengan 'awek' baru akhirnya terkantoi dengan Arisha. Faizal cuba berlagak tenang.

" Ni kawan i..em..Linda..ni Arisha..kawan sekolah i..hehe.." Faizal langsung tidak menunjukkan riak bersalah. Siap sempat memperkenalkan antara satu sama lain lagi! Arisha angin satu badan.

" Apa kawan2?!! ko jangan nak bohong ek..aku nampak tadi..dengan mata kepala aku tadi aku nampak ko makan suap2 dengan pompuan ni..ko cakap kawan??!!"

Linda yang tidak tahu apa2 tampak kebingungan melihat pergaduhan tersebut. Apa yang dia tahu, Faizal tidak mempunyai teman wanita. Faizal sendiri yang mengaku, dia tidak mempunyai teman wanita kerana sibuk menumpukan perhatian pada pelajaran. Maklum saja , tahun itu mereka akan sama2 menduduki peperiksaan SPM.

" Isha..dengar dulu i cakap..i boleh explain dear.." Faizal bersuara seakan berbisik , masih berusaha memujuk.

Kemarahan Arisha sampai kemuncak. Sungguh bodoh dirinya kerana tidak menerima nasihat teman2nya sendiri. Selama ini, disangkakan semua itu hanya khabar angin. Apatah lagi, penampilan Faizal langsung tidak menampakkan sikap buruknya yang sering menjadi buah mulut orang. Akhirnya, waktu Faizal berterus terang akan perasaannya pada Arisha beberapa bulan lepas, Arisha menerima dengan hati terbuka. Meskipun Arisha bukanlah gadis yang mudah dipikat, namun entah apa kelebihan yang ada pada Faizal, Arisha menerima lelaki itu dengan mudah. Sangkanya lelaki itu jujur. Namun hari ini, berkepit pula dengan perempuan lain, siap makan bersuap2 pula! 

" Watch your mouth!! jangan ko berani panggil aku dear!! ko boleh berambus la dari hidup aku!! Dasar jantan sial!! " Arisha melepaskan geram. Nada suaranya yang tinggi menarik perhatian beberapa pengunjung restoran tersebut. Selesai kata2nya yang terakhir, Arisha terus keluar dari restoran tersebut. 


                                                             ******************

" Beb..jom la makan ..ko mesti lapar kan? meh aku belanja ko makan..jomla " Wati masih sabar memujuk. jauh di sudut hatinya, dia sangat kasihan pada Arisha. Bukan sehari dua dia mengenali gadis itu. Masuk tahun ini, sudah lebih 5 tahun mereka berkawan baik.

" sori la wati..aku dah kenyangla ..ko jela pegi makan.." 

Kenyang? Huh. Wati mendengus. Dari pagi tak ada apa masuk perut, sekarang dah tengahari, alih2 cakap kenyang. Agak2lah kalau nak menipu.

Hasrat untuk makan terbantut. Wati bangun ,meluruskan pinggang dan berjalan ke sebatang pokok kelapa berdekatan. Dia bersandar sambil ekor matanya menjeling kelibat Arisha yang duduk memeluk lutut. Simpatinya menjalar. Kehidupan dia dan Arisha sangat jauh berbeza. Dari awal mengenali Arisha sehingga sekarang, tidak putus2 sahabat baiknya itu ditimpa ujian. Sewaktu tingkatan 2 lagi, Arisha sudah kehilangan orang tua tersayang. Ayah, ibu dan kakak sulungnya terlibat dalam kemalangan maut sewaktu dalam perjalanan pulang ke kampung. Waktu itu, Arisha dan abangnya tidak ikut sama. Arisha terlibat dengan program sekolah manakala abangnya pula berdegil tidak mahu balik kampung. Abangnya lebih selesa keluar ke sana sini dengan kawan2nya. Sejak itu, Arisha dan abangnya dijaga oleh bapa saudara mereka yang tinggal di Ampang.

Apa yang Wati tahu, kehidupan Arisha sangat tertekan sejak kematian ibu dan ayahnya. Keluarga bapa saudara Arisha langsung tidak menerima kehadiran mereka ke rumah tersebut. Selalu sahaja Arisha menjadi mangsa dan tempat melepaskan geram ibu saudara dan sepupu2nya yang lain. Mereka seolah menganggap Arisha sebagai beban. Bapa saudaranya pula sangat jarang berada di rumah, lantaran tugasnya dengan syarikat telekomunikasi yang menuntutnya untuk selalu out-station di luar negeri. Tekanan2 tersebut menjadikan Arisha berubah perwatakan. Dahulunya Arisha sangat lembut dan gemar berbaju kurung. Arisha menggemari pelajaran agama dan seringkali mencatatkan keputusan yang tinggi dalam pelajaran. Namun perubahan senario hidupnya menjadikan Arisha seorang yang keras dan degil. Tahun ini mereka akan menduduki peperiksaan SPM yang sangat penting, namun Arisha kian hari kian teruk. Bulan ini sahaja sudah hampir 5 kali dia ponteng sekolah. Kena panggil dengan guru disiplin sudah menjadi perkara biasa. Guru2 SMKA Al-Farahin sudah tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat pada Arisha.

Pun begitu, Arisha budak yang cerdik. Wati tahu sangat. Arisha sebenarnya memberontak dengan takdir hidupnya sendiri. Tetapi dalam masa yang sama, dia pandai mengawal diri. Kerana itu, meskipun kehadirannya merosot, namun skor dalam pelajaran tetap stabil. Wati tahu yang Arisha tidak pernah melupakan pelajaran. Itulah satu2nya keistimewaan Arisha yang membuatkan guru2 di sekolah tidak jauh hati dengan Arisha.

" Oit..tadi cakap aku ..ko pun jiwa kacau gak ke beb? " 

Wati tersentak dan menoleh. Arisha tersengih2 di belakangnya macam kerang busuk. ' bila masa pulak minah ni muncul kat belakang aku '. Wati ikut tersengih. Lega hatinya melihat Arisha sudah pulih. Walaupun dia tahu, sengihan itu sengaja dibuat2..

" waah..aku ingat ko dah lupa cara nak senyum..haha..camni la baru member..jom makan? "

Arisha terdiam. " Jap ek..aku pikir dulu.."

" Ahh...jomla.." Wati pantas menarik tangan Arisha. Mereka beriringan ke kedai makan.


                                                             *****************


Bunyi bising di luar menarik perhatian Arisha. Pembacaannya terganggu. Buku Teks Tasawwur Islam diletakkan di atas meja studi. Arisha mengurut2 belakang lehernya. Matanya mengerling jam loceng di birai katil. Jam 9.30 malam. Baru sejam yang lepas, mereka sama2 makan malam di tingkat bawah. Selesai mengemas dan menolong mencuci pinggan mangkuk, Arisha terus naik ke biliknya. Di rumah besar itu, dia lebih selesa berkurung di dalam bilik ditemani buku2 pelajarannya sahaja. Baginya, itulah tempat paling aman dan tidak ada gangguan.

Bunyi bising seakan orang bergaduh kedengaran semakin kuat. Arisha bingkas, menyelak sedikit daun pintu. Dia mengamati suara2 yang datang dari tingkat bawah tersebut. Jelas, itu suara abang dan ibu saudaranya. Sekali sekala kedengaran suara Razman yang dipanggilnya abang Man, sepupunya yang paling sulung.

" Mak Long jangan ingat saya nak sangat menumpang rumah ni..kalau bukan wasiat ayah, saya pun tak kemaruk la!! " Suara abangnya kedengaran meninggi. Arisha mahu turun, namun dia gusar. Takut2 dirinya turut menjadi sasaran.

" Ewah..ewah..sedapnya mulut kau bercakap..masa kau kecik dulu, aku yang bela kau ..bagi makan minum..dah besar panjang..ko pandai cakap macam2 pulak?! kau ni memang budak tak reti kenang budi!! " Ibu saudaranya yang dipanggil Mak Long enggan mengalah. Arisha bagai dapat membayangkan bagaimana rupa Mak Long ketika itu. Kadang2, Arisha cukup takut dengan kemarahan Mak Long nya sendiri. Cuma rasa takut itu cuba dilawan, enggan dirinya terus2an dibuli di dalam rumah tersebut.

" Kalo kau nak blah, blah la cepat..biar je dia ni berambus mak..hari ni dia tuduh along curi handphone dia, esok lusa entah apa pula dia cakap kat keluarga kita mak.." Kedengaran pula suara Razman meningkah.

Arisha terpaku. Bukan tidak pernah dia mendengar abangnya bergaduh dengan keluarga Mak Long. Boleh dikatakan tiap2 minggu , pasti rumah tersebut akan hingar bingar dengan pergaduhan. Fenomena biasa yang membuatkan Arisha tertekan untuk studi, sekaligus mendesaknya untuk pergi sejauh2nya dari rumah tersebut.

Arisha menutup pintu dan menghenyakkan punggungnya ke katil. Suara pergaduhan masih kedengaran sayup2 di bawah. Seketika kemudian, suara tersebut hilang. Suasana menjadi hening dan sepi. 

Arisha teringatkan abangnya. Jarak umurnya dengan abangnya agak jauh, iaitu 7 tahun. Bermakna, tahun ini abangnya berusia 24 tahun. Sejak kecil, dia memang tidak rapat dengan abangnya. Dia rapat dengan arwah ibu dan kakaknya sahaja. Arwah ayahnya tidak berapa rapat, mungkin disebabkan kesibukan ayahnya menguruskan bisnes. Namun Arisha cukup kagum dengan arwah ayahnya. Baginya, arwah ayahnya seorang yang sangat berdedikasi dan mempunyai komitmen yang sangat tinggi. Meskipun bergelar Pengarah Urusan Razak Aman Sdn Bhd, namun perhatiannya pada keluarga tetap tidak diabaikan. Mungkin kerana adanya keberkatan itu, bisnes kereta yang diuruskan arwah ayahnya berkembang dengan pesat sekali.

Abangnya sahaja yang berbeza. Sepanjang hidupnya, sekali pun tidak pernah lelaki itu dipanggil abang. Lelaki itu juga tidak pernah memanggilnya adik. Kadang2, mereka bagaikan orang asing. Arisha masih ingat sewaktu mereka kecil. Arisha seringkali dibuli abangnya sendiri. Bila dia mengadu kepada arwah ibu, pasti dipujuk dengan dikatakan abangnya cuma bergurau. Kalau betul bergurau, bagi Arisha , abangnya adalah orang paling kasar dalam bergurau. Pernah kakinya terseliuh akibat ditolak abangnya sewaktu turun tangga. Pernah juga tangannya lebam kerana terkena batu yang dibaling oleh abangnya. Dari kecil, Arisha agak benci dengan lelaki yang ditakdirkan menjadi abangnya itu.

Sebab itu, Arisha lebih rapat dengan arwah kakak. Anehnya, abangnya juga baik dengan arwah kakak. Jarang sangat Arisha melihat mereka bergaduh. Dengan arwah kakak, abangnya tidak bergurau kasar. Mereka bagaikan kawan baik. Kadang2, Arisha sendiri cemburu. Mungkin kerana jarak umur antara abang dan arwah kakak tidak begitu jauh, menjadikan mereka lebih mudah berkawan. Itulah yang difikirkan Arisha ketika itu. Namun semenjak kematian mereka, perangai abang makin menjadi2. Abangnya sebaya dengan Abang Man, anak sulung Mak Long. Sifat keras kepala keduanya pula lebih kurang sama. Abangnya tidak pernah mengikut kata2 Mak Long. Mungkin kerana itu, Mak Long sangat benci dengan abang. Tetapi sekali sekala, ketika Pak Long ada di rumah, keadaan menjadi tenang dan damai. Kesemuanya menyorokkan krisis2 yang berlaku dari pengetahuan Pak Long. Di hadapan Pak Long, Mak Long melayan mereka dengan baik, seolah tidak ada apa2 yang berlaku. Begitu juga dengan sepupu2 yang lain.

Arisha sedar kebimbangan Mak Long. Ini kerana abangnya agak rapat dengan Pak Long. Sejak arwah ayah masih ada, Pak Long begitu baik dengan keluarganya. Setakat yang Arisha tahu, wasiat keluarga mereka juga dipegang oleh Pak Long. Namun Arisha tidak tahu banyak tentang hal2 tersebut. Dia yakin, yang abangnya lebih banyak tahu rahsia2 tersebut berbanding dirinya.

Dalam melayan kenangan, akhirnya Arisha tertidur.


                                                                   *****************


Hujan baru berhenti. Arisha dan Wati berjalan berhati2 merentas padang sekolah yang masih basah. Menuju ke bangku batu yang terletak di tepi pagar sekolah, bersebelahan dengan tempat letak kereta. Setiap kali waktu rehat, mereka akan lepak berdua di situ. Borak2 sambil makan keropok lekor, cucur udang atau apa2 sahaja yang dibeli dari kantin sekolah.

" cepatla skit..tau la kasut baru.." Wati menyindir apabila melihat Arisha melangkah agak lambat.

Arisha menjeling. " diamlah.." Wati tergelak melihat jelingan kawan baiknya. Mereka duduk di bangku batu yang sedikit basah. Arisha meletakkan bungkusan keropok lekor yang dibimbitnya manakala Wati masih memegang dua bungkusan air sirap. Satunya dihulurkan kepada Arisha.

" Baik plak Mak Long kau..dah tengah2 tahun pun bagi kasut baru lagi.." Wati sedikit menjeling pada kasut sekolah baru yang dipakai Arisha.

" Mana la aku tahu sape yang beli..pagi2 tadi aku tengok kasut buruk aku tu dah berganti..aku pun tak sempat nak tanya sape yang baik hati sangat tolong gantikan kasut aku tu. Aku agak Pak Long yang belikan, tak pun abang Man.." Arisha membalas acuh tak acuh sambil mengunyah keropok lekor yang masih panas. Dia membuang pandang ke bangunan sekolah yang tersergam indah di hadapan mereka. Bangunan yang berusia lebih 30 tahun itu telah banyak melahirkan generasi pelapis dalam masyarakat hari ini. Sebut sahaja Al-Farahin, pasti orang akan tahu kehebatannya. Arisha tersenyum bangga.

" Woi! " Tiba2 bahunya ditepuk kuat.

" Omak kau!! " Arisha terlatah. Wati dijeling pantas. ' kurang asam punya budak, aku nak ngelamun pun tak senang '. " Ape main tepuk2 ni beb? " Arisha tak puas hati.

" Kau ni angau ke ape? tersengih2 sorang2..aku tanya pun kau tak jawab.." Wati membalas. Dari tadi rupanya dia hanya bercakap sorang2.

" Eh yeke? haha..sorila..kau tanya apa tadi? " Arisha membalas sambil tersengih.

Wati mendengus. Payah kalau ada kawan kuat berangan ni.

" Aku tanya pasal life kau..family Mak Long kau dah ok ke skang ? " 

Riak wajah Arisha terus mengendur. Memikirkan tentang kehidupannya di rumah Mak Long benar2 menghilangkan kegembiraannya. Namun dia faham hasrat Wati bertanya. Dia bersyukur punya kawan baik yang prihatin seperti Wati.

" Tahla Wati..life aku macam ni la..buat masa skang, aku malas nak pikir apa2 selain studi aku..yang penting, tahun depan aku nak masuk U..nak duduk kampus..so aku ada alasan untuk tinggalkan rumah tu.." Arisha menjawab ringkas. Keropok lekor yang masih berbaki setengah di tangannya tidak jadi dikunyah.

" Hmm..betul gak cakap kau tu..eh abang kau camne? "

" Abang aku tu? kan aku dah citer pasal minggu lepas tu.."

" Yela..dia betul2 dah blah ke? Tinggal kau sorang2 kau rumah tu..? " Bersungguh2 Wati mahu tahu cerita sebenar.

Arisha terdiam. Benar, semenjak peristiwa pergaduhan minggu lepas, abangnya tidak lagi kelihatan di rumah tersebut. Bagi Arisha pula, abangnya ada atau tidak sama sahaja. Cuma Arisha sedikit hairan apabila Razman semakin baik dengannya sejak abangnya keluar dari rumah tersebut. Kalau dulu, Razman tidak berani mengusiknya atau membuka perbualan secara berdepan. Sekarang ini, pantang Arisha ada di dapur, Razman akan datang berpura2 untuk ambil air, tetapi sebenarnya mahu berbual dengan Arisha.

" Kau tau tak Wati..abang Man tu lagi baik dari abang aku tu tau..kurang2, dia layan aku ni macam orang..borak dengan aku, tanya pasal studi..kalau time abang aku ada dulu, abang Man tak macam tu pun. Yelah, asyik berperang dengan abang aku je..naik pening aku dibuatnya.." 

" Tak baik kau cakap camtu..kau beruntung tau ada abang kandung..aku ni teringin nak ada abang, tapi nak wat camne, keluarga aku ni takde anak lelaki..." 

" Beruntung kau cakap? eh cuba kau cakap, ape beza dia ada ke tak dalam life aku? sepanjang aku hidup, aku tak pernah la rasa kewujudan dia tu berfaedah untuk aku..sama jela dia ada ke takde.." Arisha terus menyedut air sirap. Kata2nya kedengaran agak keras, namun baginya itulah hakikat. Kewujudan abangnya langsung tidak memberi faedah, malah kadang2 dirasakan menambah masalah pula.

Arisha masih ingat peristiwa 2 bulan lepas. Waktu itu Arisha sedang mengemas dapur dan Razman masuk sambil membuka peti ais. Arisha perasan yang Razman memerhati dirinya, namun Razman sudah pun dianggap seperti abangnya sendiri, membuatkan Arisha hanya mengabaikan perasaan tersebut. Tiba2 abangnya masuk sambil marah2. " kau ni asal rajin sangat? kau dah habis baca buku ke? yang kau rajin sangat jadi amah ni apasal?! " Tak semena2 Arisha ditengking. 

Arisha sedikit terkejut. Sakit hatinya ditengking lelaki itu. Baru sahaja mahu membuka mulut, Razman masuk campur.

" Oi Jo..sukati dia la nak jadi amah ke ape..kot ye pun kalah judi, janganla balik lepas geram kat sini.." Kata2 Razman yang berbaur tuduhan nyata menyemarakkan kemarahan Azizul. Azizul berpaling. Leher Razman dicekak dan dihempas ke dinding. Suasana bertukar kelam kabut. Mak Long pula muncul di muka pintu dan terus menghamburkan seranah kepada Azizul. Arisha pantas beredar naik ke bilik. Meninggalkan ruang dapur yang terus hingar dengan pergaduhan. 

Kadang2, Arisha sendiri tidak faham dengan sikap abangnya. Abangnya bukan lelaki yang tidak berduit. Waktu arwah ayah dan ibunya meninggal dahulu, Azizul sudah pun bergelar graduan UM. Azizul sekarang sudah ada pekerjaan dan ada rumah sewa sendiri. Namun dia tetap balik ke rumah Mak Long. Bagi Arisha, kalau abangnya tidak balik, pasti pergaduhan2 itu tidak akan tercetus. Arisha terus menyalahkan abangnya sendiri.

" beeep..beeep..! " Deringan telefon bimbit itu mematikan lamunan Arisha. Wati kelam kabut menyeluk poket baju sekolahnya. 

" Kau bawak henset ek? agak2la wei..takkan dalam sekolah pun kau nak bergayut? " Arisha menjegil.

" Eh ni nyawa ni beb..sekolah tetap sekolah..gayut jangan tinggal..hahaha " Wati tergelak. Arisha hanya menggeleng melihat telatah nakal kawan baiknya itu.


                                                                  *****************


" Kemas ni semua..lauk tu nanti kau hangatkan ..karang si Razman tu balik nak makan..Mak Long dah lambat ni.." 

Arisha cuma memerhatikan Mak Longnya terkocoh2 keluar rumah. Jarang sekali hujung2 minggu seperti ini Mak Longnya keluar ke mana2. Minggu ini kelihatan seperti sibuk benar pula. Dua orang lagi sepupunya sudah pun balik ke kampus pengajian mereka. Tinggal Mak Long, Razman dan Arisha sahaja di rumah tersebut. Waktu ini, Arisha hanya bersendirian. Kebiasaannya, Razman akan pulang ke rumah apabila hari beransur malam.

Arisha meneruskan kerjanya. Mengemas dapur dan mencuci pinggan mangkuk di singki. Bahagian depan baju t-shirt yang dipakainya sedikit basah akibat terkena percikan air. Arisha pantas menghabiskan baki cucian dan mahu terus naik untuk menukar baju. Rimas. Sewaktu terkocoh2 mahu keluar dari dapur, Arisha terserempak dengan Razman di muka pintu. Alangkah terkejut Arisha melihat lelaki tersebut tercegat sambil memandangnya. ' bila pulak abang Man balik..tak dengar bunyi motor pun..' Arisha bercakap dalam hati.

" Mak dah keluar? " Razman bertanya sewaktu Arisha melepasinya untuk naik ke tingkat atas. 

" Ha'ah..em, lauk abang Man Isha dan panaskan..makanlah.." Arisha menjawab sambil berlalu naik. Terasa sangat janggal dirinya bercakap dengan Razman.

Naik ke biliknya, Arisha terus menukar baju dan mandi. Seketika kemudian, dia sudah pun berteleku di tikar sejadah. Hasrat hatinya mahu mengulangkaji ayat2 hafazan Al-Quran sementara menunggu masuk waktu Isyak. Baru hendak mencapai mashaf Al-Quran, kedengaran pintu biliknya di ketuk. Sangka Arisha, Mak Longnya sudah pulang. Arisha bangkit dan bergegas membuka pintu.

Alangkah terkejut Arisha apabila melihat kelibat Razman di muka pintu. Tambah mengejutkan apabila Razman hanya memakai singlet dan seluar pendek. Selama hari ini, tidak pernah sekali pun dia melihat Razman berpakaian begitu di dalam rumah. 

" Err..abang Man ..ada ape? " Arisha serba salah. Arisha masih menghormati lelaki yang sudah pun dianggap seperti abangnya sendiri.

" Jom la Isha..teman abang kat bawah..tengok tv..Isha buat ape sorang2 dalam bilik? " Razman tersengih2.

" Eh abang Man..takpelah..Isha nak studi ni..nak hafal skit..lagipun..." 

" Alah..nanti2lah.." Kata2 Arisha terus dipotong Razman. Serentak itu, tangan Arisha dicapai dan ditarik keluar. 

Arisha terkejut. Sungguh2 terkejut.


bersambung..

0 comments:

Archive Blog