Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

28 January 2011

Cerpen : Selepas Hujan Berhenti [ Akhir ]





Oleh : Fiq Ahmad

Lelaki tersebut nyata tidak berpuas hati. Faizal terus mengekori Arisha dari belakang sambil memujuk. Apabila Arisha tetap tidak mengendahkannya, Faizal bertindak kasar. Bahu Arisha ditarik dari belakang membuatkan Arisha terpusing. Serta merta Arisha menjadi takut. Ini kali kedua Arisha dikasari oleh lelaki. Kakinya terus menggigil.

Tiba2 sebuah kereta Honda berwarna silver berhenti mendadak di sebelah mereka. Bunyi brek kereta yang begitu kuat mematikan langkah Faizal. Seorang lelaki berjaket hitam keluar dari kereta dan menerpa ke arah mereka.

" Abang...? " Arisha tidak mempercayai matanya. Sekian lama kelibat tersebut menghilang, hari ini tiba2 muncul mendadak. Arisha benar2 bingung.

Azizul menarik kolar baju Faizal dan menghempas tubuhnya ke dinding kereta. Tanpa berkata apa2, sebuah penumbuk singgah di pipi Faizal. Arisha terjerit. Tindakan keras abangnya benar2 membuatkan Arisha terkejut. Faizal bangkit dan kelam kabut berlari pergi.

" asal kau layan lagi mamat tu ha? kau dah gatal sangat nak kawin ke?! " Arisha pula menjadi mangsa tengkingan Azizul.

Serta merta darah Arisha menyirap. Melampaulah kalau aku dituduh gatal!

" Eh jaga sikit mulut kau tu ek..yang kau tiba2 datang menyibuk apa hal?! Aku tau la jaga hal aku! " Bukan itu yang mahu diungkapkan Arisha, tetapi itulah yang keluar dari mulutnya. Bengang dengan sikap abangnya yang langsung tidak pandai bercakap baik2.

Arisha terus berlalu pergi. Meninggalkan Azizul dengan muka merah padam menahan marah.


                                                            *****************


Perjalanan balik ke Kelantan menaiki bas memakan masa hampir 8 jam. Cikgu Dahlia menjeling Arisha yang sudah pun terlelap di sebelahnya. Dalam hati, rasa kasihan pada gadis tersebut menjalar. Takdir Allah menemukan dia dengan sebuah kisah hidup yang sangat berguna untuk dijadikan pengajaran. Masih teringat peristiwa kelmarin. Waktu dia sampai ke rumah, Arisha tidak ada di ruang tamu. Kebiasaannya, Arisha akan menunggunya sambil membaca buku atau menyiapkan nota. Apabila dipanggil namanya pun tidak ada sahutan. Dalam kebimbangan, pintu bilik Arisha dibuka dan kelihatan gadis tersebut sedang menangis. Peristiwa dikacau oleh Faizal sewaktu pulang dari sekolah mengulang trauma pada jiwa gadis tersebut.

Bukan mudah untuk cikgu Dahlia memujuk gadis yang sudah pun dianggap seperti adiknya sendiri itu. Akhirnya dia mengajak Arisha mengikutnya pulang ke kampung. Kebetulan, hari jumaat sekolah mereka cuti peristiwa. Justeru cikgu Dahlia berhasrat pulang ke kampungnya di Kelantan pada hari khamis dan kembali semula ke Kuala Lumpur pada hari sabtu. Mujurlah Arisha bersetuju untuk mengikutnya. Agak melucukan apabila Arisha tidak mempercayai yang dirinya berasal dari Kelantan. Cikgu Dahlia tersenyum sendirian. Penghijrahannya selama bertahun2 ke Kuala Lumpur untuk menuntut ilmu telah mengubah loghat percakapan dalam kehidupan hariannya.


                                                                *****************


Razman meludah ke tanah. Mukanya merah menahan marah. Pipinya yang lebam cuba diusap. Kesakitan menjalar. Mujur sahaja rusuknya tidak patah. Razman hilang kata. Keangkuhannya selama ini ranap sekelip mata. Terasa bagai dirinya ditampar di khalayak ramai. Siapa sangka, lelaki yang dianggapnya lemah selama ini, akhirnya menewaskannya dengan hanya beberapa tumbukan. ' Silap aku juga kerana terlalu berani mencabar ". Razman mendengus keras.

Perlahan2 Razman bangkit. Menyapu debu dan pasir yang melekat di seluarnya. Perutnya masih terasa senak. Dalam ketakutan ketika ditewaskan tadi, segala rahsianya terpaksa dipecahkan. Segalanya terpaksa diceritakan kepada lelaki tersebut. Mujurlah dirinya tidak dibelasah lebih teruk.


                                                                *****************


" Yang ni ok tak? " Cikgu Dahlia berdiri di hadapannya sambil menyuakan sehelai tudung berwarna biru lembut. 

" ermm..ok..cantik..hehe.." Arisha tersenyum. " Tudung bulat ek Kak Ya? " Sejak mereka rapat, Arisha sudah pun memanggil Cikgu Dahlia dengan panggilan tersebut.

" Ha'ah..Isha siap dulu, lagi setengah jam kita pergi. Kuliah tu mula dalam kul 8 pagi tau.." Cikgu Dahlia menjawab dengan senang hati. Dia gembira kerana Arisha tidak kekok mahu mengikutnya ke kuliah agama di Kota Bharu.

" orait! " Arisha tersengih sambil menunjukkan isyarat ok.

Selesai bersarapan, Arisha mengikuti keluarga Cikgu Dahlia ke Kota Bharu. Kata Cikgu Dahlia, setiap pagi jumaat , mak dan ayahnya tidak akan ketinggalan untuk mengikuti kuliah agama yang diadakan di sana. Cikgu Dahlia juga bercerita tentang suasana ilmu yang benar2 hidup di negeri tersebut. Arisha sebelumnya lebih banyak mendengar. Arisha sangat jarang mengikuti kuliah2 agama, sementelah hidupnya lebih banyak dihabiskan dengan studi dan pelajarannya sahaja. Dalam hati, Arisha teringin juga mahu mengikuti kuliah2 dan ceramah2 agama. Itu memang minatnya dari kecil.

Tiba di Kota Bharu, orang ramai sudah pun membanjiri jalan utama. Jalan tersebut disekat dan didirikan khemah. Lautan manusia memenuhi kawasan tersebut. Orang lelaki kebanyakannya memakai kopiah putih dan yang perempuan pula bertudung labuh. Arisha terpegun. Suasana tersebut agak janggal di matanya. Di sebelah jalan tersebut, berdiri sebuah bangunan yang dicat dengan warna hijau putih. Arisha hanya mengikut Cikgu Dahlia mencari tempat duduk. Waktu itu, kuliah sudah pun hampir bermula. Seorang lelaki tua berserban duduk bersila di hadapan sebuah restrum. 

Arisha kenal lelaki itu. Wajahnya selalu sahaja dilihat di dalam media. " Kak Ya..ni MB Kelantan kan..? " Arisha bertanya perlahan.

Cikgu Dahlia mengangguk. Wajah Arisha ditatap lama. Pastinya gadis tersebut merasa janggal kerana tidak pernah berada dalam majlis sebegitu. Suasana yang tidak mungkin dirasai di negeri2 lain dalam Malaysia. Lebih dari itu, seorang Menteri Besar pula turun padang memberikan kuliah agama kepada rakyatnya. Keberkatan pemimpin itulah yang menjadikan Kelantan sebuah negeri yang aman dan harmoni. 

Arisha tersengih apabila ditenung lama oleh Cikgu Dahlia. Terasa bagai jakun benar dirinya. Arisha mendekatkan mulutnya ke telinga cikgu Dahlia dan berbisik. " Kak Ya orang PAS ye..hee " Niat Arisha hanya mahu mengusik. Dia sendiri pun tidak tahu sangat PAS itu apa. Dari kecil sehingga besar, pendedahan tentang politik sangat minima dalam keluarganya.

Cikgu Dahlia hanya tersenyum. Angguk tidak menggeleng pun tidak. Seketika, Cikgu Dahlia bersuara.

" Isha, dari kecil mak ayah Kak Ya tak pernah didik tentang PAS itu apa..tapi mak ayah didik Kak Ya dengan ilmu agama. Kak Ya syukur sangat..walaupun bidang Kak Ya bukan bidang agama, tapi Kak Ya rasa sangat dekat dengan kehidupan beragama.." 

Arisha mendengar dengan teliti. Tutur kata cikgu Dahlia benar2 menjadikannya merasa tenang.

" Mak ayah suka bawak Kak Ya datang sini..dari kecil lagi..dekat sini juga Kak Ya faham tentang agama, tentang sirah..tentang tafsir..paling penting, Kak Ya dapat rasa roh agama dalam kehidupan..itu yang paling best.." cikgu Dahlia mengukir senyuman. Raut wajahnya yang penuh ketenangan mendamaikan Arisha. Ketika kuliah berlangsung, Arisha khusyuk mendengar. Sesekali, pandangannya dihalakan pada suasana sekeliling. Arisha kagum melihat mereka2 yang sanggup datang dari berbagai2 tempat. Tujuannya hanya untuk mendengar kuliah agama dan meningkatkan kefahaman tentang kehidupan beragama. Arisha digamit sejenis ketenangan. 

Kehidupannya mungkin tidak sebaik orang lain. Namun saat2 indah yang dilaluinya ketika itu bagai mengubat segala duka yang pernah ditempuhinya. ' Terima kasih Allah..' Arisha separuh berbisik. Tanpa sedar, air jernih mengalir di wajahnya.


                                                                     *****************

Telah seminggu peperiksaan SPM berakhir. Arisha menarik nafas lega. Segalanya berjaya dijawab dengan baik. Terasa penat lelahnya bersengkang mata selama ini sangat berbaloi. Dalam hati, Arisha tidak putus2 mengucap rasa syukur. Dia sangat berharap agar keputusan yang diperolehi nanti adalah keputusan yang cemerlang. Arisha benar2 optimis.

Memandangkan cuti sekolah telah pun bermula, Arisha dan cikgu Dahlia merancang untuk bercuti ke mana2 tempat peranginan. Wati turut sama diajak, namun gadis itu telah pun mempunyai perancangan cuti dengan keluarganya. Akhirnya Arisha terpaksa pergi berdua dengan cikgu Dahlia. Mereka memutuskan untuk ke Batu Feringgi di Pulau Pinang.

Sambil mengemas beg, Arisha teringatkan abangnya. Entah mengapa, sejak akhir2 ini ingatannya pada lelaki itu seringkali menerjah. Kali terakhir dia berjumpa abangnya lebih kurang sebulan yang lepas. Arisha sebenarnya masih merasa bersalah kerana memarahi abangnya ketika peristiwa dikacau oleh Faizal. Namun perasaannya gagal dikawal, apatah lagi apabila abangnya hanya menuduh dengan melulu. Arisha tiba2 teringatkan peristiwa ketika selesai kuliah agama di Kota Bharu tempoh hari. Ketika manusia berpusu2 keluar, Arisha perasan kelibat seseorang yang sangat dikenalinya. Arisha yakin orang yang dilihatnya itu adalah abangnya, Azizul. Lelaki tersebut berkopiah putih dan berbaju melayu. Namun Arisha gagal mengecam dengan lebih jelas. Apabila diberitahu pada cikgu Dahlia, dikatakan itu hanya perasaan Arisha sahaja.

Anehnya, cikgu Dahlia tidak pernah pula bertanya Arisha tentang abangnya. Arisha cuba berteka teki, namun kesemuanya seolah kabur dan menemui jalan buntu. Akhirnya persoalan tersebut hanya diabaikan sahaja.


                                                                  *****************


Pemandangan di Batu Feringgi sungguh mempesonakan. Pantainya dipenuhi batu2 besar. Arisha begitu teruja bermain air dan bergambar. Kemudiannya mereka berehat di bawah pepohon yang redup.

" Isha.." cikgu Dahlia membuka bicara.

Arisha yang sedang leka menyedut air berpaling. Kedengaran macam serius pula suara cikgu Dahlia.

" emm..Kak Ya sebenarnya ada benda nak cerita kat Isha.." Cikgu Dahlia berhenti dan menarik nafas. Arisha hanya memandang penuh persoalan.

" Benda ni dah lama Kak Ya pendam tau..sebab orang tu amanahkan Kak Ya supaya jangan cerita pada Isha..sampai Isha dah habis SPM.." 

" Cerita ape ni Kak Ya..? Isha tak faham .." Isha menggaru2 kepalanya yang tidak gatal. Dadanya diundang sedikit debaran.

" tentang abang Isha..Azizul.." 

Mata Arisha membulat.


                                                                 *****************


Azizul memandu agak laju. Seketika tadi dia terperangkap dalam kesesakan di bandar Penang. Hari ini bakal menjadi hari yang paling bermakna dalam hidupnya. Mesej yang diterima sebentar tadi kembali dibaca. Mesej dari orang yang telah banyak menyedarkannya akan erti kasih sayang dalam kehidupan. 

" masanya dah tiba..sy doakan yg tbaik utk awak.."

Dalam hati, Azizul sedikit gusar. Rasa kekok pun ada. Namun kesemua itu terpaksa dihadapi sematang mungkin atas nama kehidupan. Lebih2 lagi dia tahu, segala yang dilakukannya selama ini adalah khas untuk orang yang paling dia sayang. 


                                                                  *****************


Wajah Arisha basah dengan tangisan. Cerita panjang lebar yang keluar dari mulut cikgu Dahlia benar2 menjadikannya rasa bersalah. Langsung Arisha tidak sangka, lelaki yang dibencinya selama ini sebenarnya sangat dekat dalam hidupnya. Arisha gagal menahan sebak apabila teringatkan kasut baru yang diletakkan di atas rak. Rupanya Azizul yang menggantikan kasut tersebut kerana kasut lamanya sudah buruk. Pergerakannya dalam rumah Mak Long juga dijaga oleh Azizul tanpa dia sedar. Azizul sebenarnya telah lama tahu akan perangai buruk Razman. Kerana itu Azizul sangat marah apabila Razman berpura2 lepak di dapur ketika Arisha sedang mencuci pinggan. Perbelanjaan hariannya juga Azizul yang uruskan. Sehinggakan kisahnya dengan Faizal turut diketahui oleh Azizul. Patutlah Azizul boleh muncul tempoh hari ketika Faizal cuba mengganggunya.

Arisha menangis teresak2 di bahu cikgu Dahlia. Lelaki tersebut dibuang jauh2 dari hidupnya, sedangkan lelaki tersebut begitu gigih menjaganya sepanjang masa. Sungguh2 Arisha dihimpit rasa bersalah.

" kenapa dia tak bagitau Isha ..kenapa Kak Ya.." Arisha diamuk tangisan.

Cikgu Dahlia mati akal untuk memujuk. Segalanya telah pun diceritakan pada Arisha. Terasa lapang dadanya apabila berjaya menunaikan amanah yang diberikan padanya dengan baik. Dia sendiri tidak sangka yang Arisha adalah adik kepada tunangnya sendiri. Selepas bergelar tunangan Azizul, lelaki tersebut bersungguh2 meminta bantuannya untuk menjaga Arisha. Dia tahu sangat kasih sayang Azizul pada Arisha. Azizul banyak meluah pada dirinya. Kata Azizul, dia merasa bersalah kerana tidak menghargai adiknya itu ketika arwah ayah dan ibunya masih ada. Setelah mereka meninggal, Azizul merasa sangat bertanggungjawab untuk menjaga Arisha dengan sebaik mungkin. Kerana itu dia bertahan untuk terus tinggal di rumah Mak Long demi mengelakkan adiknya dibuli ataupun diganggu.

Apabila dia terpaksa juga keluar akibat permusuhannya dengan Razman, dia tidak keruan. Ditambah pula apabila menerima khabar dari Pak Longnya yang Arisha sudah pun meninggalkan rumah tersebut. Orang pertama yang dicari Azizul adalah Razman. Razman mengaku segalanya setelah tidak tahan dibelasah oleh Azizul.

" Isha..abang Isha tahu semua wasiat emak dan ayah Isha..banyak masalah yang terpaksa dia tempuh sebab nak pertahankan wasiat tu..Isha mungkin tak tahu, yang Mak Long Isha dengan Razman berpakat nak ubah wasiat tu..mereka nak kan harta peninggalan arwah ayah Isha..mujurlah abang Isha sedar pakatan tersebut..sebab tu diorang marah sangat dengan abang Isha.." cikgu Dahlia menghabiskan ceritanya. Dari tadi dia tertoleh2, menanti kelibat Azizul yang belum muncul. Sepatutnya, Azizul sudah pun sampai waktu ini.

Tangisan Arisha sudah pun beransur reda. Arisha membisu sambil menguis2 pasir pantai. Seketika dia bangun dan berjalan ke gigi pantai. Membiarkan kakinya disapa deruan ombak. 


                                                                 *****************


" Lia..dia kat mana ? " Azizul mengah. Dia terpaksa berjalan kaki agak jauh kerana ketiadaan tempat meletak kereta. Azizul berdiri menghadap cikgu Dahlia sambil membetulkan jaket hitamnya.

Cikgu Dahlia tersenyum memandang tunangnya. Kadang2, telatah Azizul yang kelam kabut agak melucukan.

" Tu.." Cikgu Dahlia mengunjuk dengan bibirnya. Kelihatan seorang gadis sedang berdiri sambil menghadap pantai.

Azizul menarik nafas. Kemudian langkahnya diatur perlahan2.

Sampai di belakang Arisha, langkah Azizul terhenti. Terasa sangat kekok mahu bercakap baik2 dengan adiknya sendiri. Selama ini, dia hanya pandai menengking dan bergaduh.

" Adik.." 

Seumur hidupnya, itulah kali pertama Azizul memanggil Arisha dengan panggilan tersebut. Kejanggalannya cuba dilawan sebaik mungkin.

Arisha tidak menoleh. Menyahut pun tidak.

Azizul mampir lebih dekat ke belakang Arisha.

" Adik..emm..abang tau..abang ni banyak wat salah..banyak sembunyi benda dari adik..abang sebenarnya tak nak ganggu studi adik.." Azizul bagai mendapat kekuatan untuk meneruskan bicara. Arisha masih diam, langsung tidak berpaling ke arahnya.

" bila arwah mak ngan ayah meninggal..abang rasa sedih sangat..abang dah kehilangan semua orang yang sepatutnya abang hargai masa dorang masih ada..tapi, abang tak sempat..abang lebih banyak dengan kawan2..akhirnya abang cuma tinggal adik..dan ..abang tak nak kehilangan adik.." Azizul berhenti seketika. Tiba2 dia merasa sebak.

" sejak itu..abang bertekad nak jaga adik sebaik mungkin..abang kekok sangat nak cakap benda2 ni dengan adik dulu..yang mampu abang buat cuma awasi adik dari jauh..jaga belanja adik sume..dekat family Pak Long pun abang kasi duit..semata2 nak adik duduk aman dalam rumah tu.." Entah dari mana datangnya kekuatan itu. Bagi Azizul, wajah Arisha terasa sangat rindu untuk ditatap. Wajah insan yang paling disayangi dalam hidupnya.

" Adik..percayalah..abang tak pernah tinggalkan adik.."

Serentak itu Arisha berpusing menghadap Azizul. Air matanya berjuraian membasahi pipi. Wajah lelaki tersebut ditenung lama. Bagai tidak percaya yang kata2 tadi adalah keluar dari mulut lelaki tersebut. Alangkah mulia segala pengorbananmu..

Azizul mengukir senyum. Matanya turut berkaca. Wajah adiknya ditatap penuh rasa kasih dan sayang. Perlahan2, air mata di pipi Arisha disapu dengan tanganya.

Arisha membuka mulut. Mahu memanggil lelaki itu namun terasa benar2 kekok. Arisha mengumpul kekuatan untuk berbicara.

" Abang..maafkan adik.." Hanya itu yang keluar dari mulut Arisha sebelum wajahnya disembam ke dada Azizul. Azizul memeluknya erat. Arisha kembali menghambur tangisan. Terasa dirinya begitu selamat berada dalam dakapan lelaki tersebut. ' Adik sayang abang....' kata2 itu dibisikkan berkali2 di dalam hatinya.

Seketika kemudian, Azizul meleraikan pelukan. 

" sudah2..adik abang tak leh nangis lama2..adik dah banyak nangis..abang tak nak tengok adik nangis lagi pasni..k? " Azizul mengangkat kening memandang adiknya.

Arisha tersenyum. Matanya masih merah.

" ok.." Suara Arisha sedikit serak

" Janji? " 

" Janji!" 

Jari mereka bertaut. Mereka beriringan meninggalkan pesisiran pantai. Menuju ke arah Cikgu Dahlia yang menunggu mereka dengan senyuman. Dalam hati Arisha tidak putus2 mengucap syukur. Hujan telah pun berhenti, aku mahu menikmati pelangi! Terima kasih Allah~


         - TAMAT -

5 comments:

miera January 28, 2011 at 1:56 PM  

sedih citer ni tapi best.:)

hafizquran January 28, 2011 at 7:49 PM  

terima kasih sudi baca ~

SeRiKaNDi_uMaR93 January 31, 2011 at 7:37 PM  

bagus, penulisan yang menarik.. ada terselit pengajaran dan erti kasih sayang saudara sendiri... jadi, sayangilah insan sekeliling kerana ianya hanya pinjaman sementara, sebelum ia di ambil balik.. jagalah baik2...

hafizquran January 31, 2011 at 10:46 PM  

serikandi umar :

terima kasih atas komen anda:)

dewdrop April 4, 2011 at 12:32 AM  

it's beautiful
best x ada abg? :)

Archive Blog