Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

30 January 2011

Blog : Anda Tulis, Orang Baca




Ramai orang yang mahu menulis dan berminat untuk menjadi penulis. Biasanya mereka2 ini adalah golongan yang gemar membaca. Minat membaca kebiasaannya mendorong seseorang minat menulis. Namun apa yang berlaku, ramai di kalangan yang mahu menulis tadi gagal untuk menulis.

Gagal untuk menulis bukan bermakna tidak mampu menulis. Tetapi lebih berbentuk semacam kebimbangan, kerisauan dan perasaan2 yang tidak sepatutnya mereka rasai.

Hendak menulis, tetapi takut tiada orang baca. Membuat blog, mempunyai blog, mahu berkongsi idea dan pendapat, tetapi terbantut kerana merasa tidak yakin, lantaran terdapat lebih ramai lagi penulis atau blogger yang hebat2 di luar sana.

Ada juga yang memang teringin sangat mahu berkongsi pandangan dalam blog mereka, tetapi hasrat tersebut terpadam begitu sahaja. Mereka takut dikritik, takut pandangan mereka tidak diterima dan sebagainya.


Mengapa Ini Berlaku?

Antara punca utama adalah NIAT.

Menulis adalah suatu perkara mulia. Para ulamak dahulu kala adalah golongan yang sangat gemar menulis. Kalau tidak, masakan kitab2 mereka sampai kepada kita hari ini. Dengan menulis, kita tidak dapat menjangka,berapa ramai orang yang akan mendapat manfaat daripada tulisan kita tersebut.

Tetapi perkara paling utama dalam menulis, tentulah niat yang IKHLAS. Diriwayatkan bahawa Sheikh As Sonhajy yang menulis kitab Matan Ajrumiah ( ilmu nahu ) , telah menghanyutkan kitab karangannya tersebut di sebatang sungai. Katanya ; Ya Allah, kiranya aku ikhlas dalam menulis kitab ini, maka engkau selamatkanlah ia. Terbukti hari ini, kitab متن الأجرميه adalah antara kitab paling masyhur dalam ilmu Nahu.

Jadi kalau mahu menulis, perbetulkan niat. Kalau niat semata2 mahu memasyhurkan diri anda dengan menulis, akhirnya usaha anda akan berakhir dengan sia2. Kalau niat semata2 mahu menyebarkan fitnah, menghentam sesama manusia, pun akan bertemu kesudahan yang sia2.

Niatlah menulis kerana Allah. Kerana REDHA dan RAHMAT dari-Nya.


Bagaimana Menulis Menjadi Ibadah?

Takrif ibadah :  كل عمل فيه طاعة الله هي العبادة  --> maksudnya ; setiap perkara yang terdapat padanya ketaatan kepada Allah adalah dikira sebagai ibadah.

Sebagaimana kita tahu, ibadah ada yang khusus dan ada yang umum. Ibadah khusus seperti solat, puasa dan mengeluarkan zakat. Tetapi ibadah umum lebih luas. Hatta makan pun menjadi ibadah, jika diniatkan untuk menguatkan tubuh badan supaya dapat mengerjakan perintah Allah.

Menulis pun begitu. Jika diniatkan menulis untuk menyampaikan pesanan Allah sesama manusia, automatik ia menjadi ibadah. Maknanya menulis itu diberikan ganjaran pahala oleh Allah. Jangan sangka tulisan kita di blog adalah suatu yang sia2.


Saya Baca Tulisan Mereka, Bandingkan Dengan Saya....

Kerapkali orang yang mahu menulis bersikap sebegini. Membanding2kan dirinya dengan orang lain. Apatah lagi kalau membandingkan dirinya dengan penulis novel, penulis puisi, penulis veteran bahkan para sasterawan. Mereka hebat, ya mereka memang hebat. Tetapi ingat, kalau belasan atau puluhan tahun sebelum mereka menjadi hebat, mereka tidak memulakan tangan mereka untuk menulis, adakah hari ini mereka menjadi hebat..?


Tapi Mereka Dikenali Ramai..

Betulkah mereka dikenali..? Kadang2, kita membaca novel atau cerpen yang menarik, tetapi kita tidak kenal pun kepada siapakah penulisnya. Di otak kita, hanya cerita atau mesej dalam cerita tersebut sahaja yang kekal. Lambakan penulis yang muncul hari ini tidak mendorong kita mengenali setiap satu dari mereka. Bahkan kalau anda bertanya secara rawak kepada kawan2 anda, tentang penulis yang anda kenal dan anda anggap masyhur tersebut, anda akan dapati yang ada di kalangan kawan2 anda tidak pun mengenali mereka.

Jadi mengapa harus kemasyhuran yang anda kejar? Kecuali, anda seorang yang gila nama, gila duit dan gila habuan.

Saya hanya bercakap tentang orang2 yang ada hasrat untuk menulis bagi menyebarkan manfaat pada manusia. Manfaat yang paling utama, tentulah berpesan2 dengan kebenaran.


Petua Supaya Blog Anda Dibaca

Secara psikologi, kita sendiri tidak teruja untuk menulis kalau tulisan kita hanya kita yang baca. Cikgu yang masuk ke kelas untuk mengajar, betapa ikhlas sekalipun hati cikgu tersebut untuk memberi ilmu, tetapi kalau tiada seorang pun anak murid dalam kelasnya, adakah dia teruja untuk mengajar..? Berilah gaji yang tinggi sekalipun, tidak akan ada guru yang sanggup bercakap dengan kerusi dan meja.

Blogger pun begitu. Pembaca atau followers bukan tujuan utama kita menulis. Tetapi mereka itu mad'u kita. Mereka wasilah untuk mendorong kita menulis. Mereka penting kepada kita dan kita juga kena rasa yang kita penting kepada mereka.


Jadi saya kongsikan beberapa petua supaya blog anda dibaca :

1- Buat blog bagi kemas. Ramai orang buat blog, tetapi serabut. Susun atur dalam blog juga menyemakkan mata. Kombinasi warna sahaja sudah cukup untuk membuatkan orang malas untuk membaca. Jadi kena kemaskan blog, cipta kombinasi warna yang menarik. Warna yang tidak terlalu banyak akan menjadikan blog anda nampak lebih kemas.

2- Blog jangan berat. Sesetengah orang suka meletakkan widget yang berbagai2 di dalam blog. Kalau boleh, semua widget yang ada mahu diletak. Kalendar, jam loceng, playground, penyangkut baju ( ada ke? ) semua mahu disumbat dalam blog. Ini akan menjadikan blog anda berat untuk loading. Orang akan merasa malas untuk klik ke blog anda. Jadi, buanglah widget2 yang tidak penting. Ringankan blog anda.

3- Rajin menulis post baru. Ini paling penting. Blog cantik tapi berbulan2 tidak diupdate, akan membuatkan orang tidak masuk ke blog anda. Sebab mereka tahu, blog anda jenis tidak diupdate. Nak tak nak, menulis paling penting.

4- Jangan asyik copy paste. Orang masuk blog anda untuk baca buah fikiran dan idea anda. So jangan hampakan mereka dengan asyik menyalin artikel dari tempat lain. Sekali sekala, tidak mengapa. Jangan jadikan ia suatu tabiat!

5- Mesra pembaca. Maksudnya, jangan jadikan blog anda terlalu kaku. Sehingga orang tidak berani meninggalkan komen. Jangan menulis seperti anda menulis berita. Skema tidak mengapa, jangan over sudah. Bayangkan seperti anda sedang bercakap dengan para pembaca. Ini akan mengurangkan rasa bosan pada orang yang membaca blog anda.

6- Berkawan. Kalau anda tulis blog, dan duduk 'terperap' dalam blog anda sendiri, memang sukar untuk orang bertandang ke blog anda. Sekaligus, orang tak baca apa yang anda tulis. Jadi berkawanlah. Keluar dari blog anda dan masuk ke blog2 orang. Kalau geng ustaz atau ustazah tu, janganlah asyik berkawan dengan geng sendiri sahaja. Tidak salah masuk ke blog kawan2 yang berlainan, bertukar2 idea dan memahami mereka. Itu lebih baik. Automatik, anda ziarah blog orang dan orang akan ziarah blog anda.

7- Anda selesa dengan blog anda. Ini pun penting. Tak guna anda ada blog dan tulis blog, tetapi anda sendiri tidak selesa dengan blog anda. Mungkin tentang cara penulisan, cara pembawakan watak dan sebagainya. Hindari kesemua perkara tersebut. Jadilah diri anda sendiri. Tulislah dari hati, berkongsilah dari jiwa anda sendiri. Bila anda selesa dengan blog anda, barulah anda bersemangat untuk menulis. Bila anda mampu istiqamah begitu, semakin hari anda akan lihat makin ramai orang baca blog anda. Tak percaya, sila cuba :)

Banyak lagi petua yang boleh anda amalkan. Tetapi yang paling penting, ikhlaskan niat masing2 sebelum menulis. Jangan sesekali ada rasa riyak, ujub dan takabbur dalam menulis atau mem'blog'. Kesemua itu akan menjadikan penulisan anda ke laut.

~ Peringatan Untuk Saya, Perkongsian Untuk Anda ~


Sekian.

Archive Blog