Assalamualaikum!Saya dah pindah blog.

Anda akan dibawa ke blog baru saya dalam masa 6 saat,atau anda boleh terus ke
http://myilham.com/blog
jemput datang ye^^.

16 January 2011

Anak Muda : Perbezaan Pendapat Bukan Titik Permusuhan


Gelaran mahasiswa sangat sinonim dengan anak muda. Sebut saja mahasiswa, kita akan terbayang golongan muda yang penuh semangat, berjiwa kental, sarat dengan ideologi perjuangan dan sebagainya. Dari dulu sampai sekarang, gelombang yang melanda negara banyak berpunca dari anak muda, iaitu mereka2 yang mula terjun dalam dunia perjuangan yang sebenar.

Suara anak muda tidak perlu dinafikan lagi akan kehebatannya. Pidato dari seorang anak muda sahaja mampu untuk menggerakkan tenaga ratusan malah ribuan manusia. Ideologi yang didokong oleh anak muda mampu menterbalikkan keadaan semasa, bahkan sejarah membuktikan bahawa ia mampu menumbangkan sebuah kerajaan yang diperintah oleh golongan yang zalim dan tidak berperikemanusiaan.

Kalau di masa dahulu, di tanah melayu, golongan muda tidak banyak pergi ke universiti. Tetapi mereka mempunyai cara tersendiri bagi menghasilkan gelombang perubahan kepada dunia. Sebab itu kita lihat, ramai anak muda memilih silat sebagai wadah untuk menyalurkan kehebatan dan kemampuan mereka. Waktu itu, mereka melihat bahawa kekuatan fizikal sangat penting bagi menentang sesuatu kezaliman yang berlaku. Terbukti, ramai pendekar2 melayu dari kalangan anak muda yang masih disebut2 namanya sehingga kini.

Zaman sekarang, keadaan sudah jauh berbeza. Manusia tidak lagi meletakkan kekuatan fizikal di depan, tetapi keupayaan mereka dalam menjana idea2 baru, mempelopori sesuatu gerakan, mencetuskan arus perubahan dan sebagainya. Manusia sudah berada di suatu era di mana hanya golongan cerdik pandai memegang tampuk kepimpinan, bukan lagi pendekar2 seperti di era silam.

Sebab itu bagi saya, kalau masih ada lagi anak muda yang kemaruk mahu berjuang dengan keris dan pedang, anda nyata sekali telah ditipu oleh zaman. Semangat anda yang sepatutnya disalurkan kepada tempat yang betul, telah dimanipulasi demi kepentingan pihak2 tertentu , terutama yang mahu terus kekal berkuasa. Kewujudan golongan2 begini hari ini tidak lebih sekadar menjadi pak turut kepada pemimpin di mana akhirnya mereka mendapat nama yang buruk atas nama 'ketaatan'.

PERBEZAAN IDEOLOGI / FIKRAH

Berbalik kepada golongan mahasiswa. Fatrah berada di kampus sebenarnya adalah fatrah penting yang menetukan hala tuju perjuangan mahasiswa tersebut apabila terjun ke dalam masyarakat. Dari situ kita melihat, golongan mahasiswa memilih wasilah perjuangan mereka sendiri berpandukan apa yang dinilai oleh mereka sebagai paling betul dan paling tepat.

Golongan mahasiswa yang terlibat dengan jamaah Islam juga begitu. Hari ini muncul pelbagai bentuk pemikiran dan ideologi, pelbagai bentuk pembaharuan serta 'penjenamaan semula' yang akhirnya meramaikan lagi bilangan jamaah Islam sedia ada. 

Di sesetengah kampus, terutama di dalam negara , pertembungan dilihat lebih nyata di antara ideologi menyokong kerajaan atau menyebelahi pembangkang. Pilihanraya kampus yang diadakan saban tahun menjadi rujukan utama kepada fenomena tersebut yang tidak akan putus sampai bila2. Namun di sesetengah kampus yang lain, pertembungan lebih banyak berlaku di antara ideologi menyokong sesuatu jamaah Islam berjenama A atau berjenama yang lain. Keadaan ini lebih banyak berlaku di kalangan mahasiswa di luar negara.

Sama juga dengan keadaan pertama, keadaan kedua juga merupakan fenomena yang mustahil akan putus atau berakhir, sampai bila2.

Ini kerana mahasiswa adalah pendokong idealogi sendiri yang sangat kukuh. Mereka percaya dengan pegangan mereka sendiri, dan mereka bertekad memperjuangkan kepercayaan atau keyakinan mereka tersebut. Kebanyakan mereka meletakkan matlamat yang sama demi Islam namun memilih cara serta wasilah yang berbeza2.

ADAB BENTENG UKHWAH

Saya bawakan fenomena2 di atas, bagi memudahkan kefahaman kita untuk berbicara perihal ukhwah. Ukhwah yang membawa maksud persaudaraan dalam Islam merupakan satu perkara yang WAJIB untuk kita letakkan sebagai dasar utama. Bermakna, sejauh mana pun kita melalui perselisihan serta perbezaan dari segi pendapat / idealogi / fikrah , ukhwah Islamiah tetap perlu dipertahankan oleh semua orang.

Saya bawakan satu contoh, di mana sekumpulan anak muda berada di satu tempat. Tujuan utama mereka berada di tempat tesebut adalah untuk mencari gali emas , dan mereka dinaungi oleh sebuah kesatuan yang dinamakan Kesatuan Cari Gali Emas Hentamsajala. Namun dalam fatrah mereka mencari gali emas tersebut, mereka berbeza2 pendapat mengenai makanan harian yang paling baik untuk seseorang manusia. Satu kumpulan berpendapat bahawa nasi tetap wajib di makan oleh semua orang, jika tidak orang akan mati. Satu kumpulan lain menyatakan pendirian berbeza, iaitu bagi mereka roti lebih molek dan berkhasiat. Begitu juga satu kumpulan yang lain, berpendapat bahawa ayam goreng broasted adalah terbaik. Lalu berpecahlah mereka ( dari segi pendapat / pendirian ) kepada 5 buah kumpulan.

Saya katakan , bahawa asas kepada perbezaan tersebut adalah sama, iaitu mahu memberi kebaikan kepada manusia sejagat supaya mereka beroleh makanan yang paling berkhasiat. Asas tersebut sudah cukup untuk menyatukan mereka, lebih2 lagi di tempat tersebut mereka bernaung di bawah kesatuan yang sama. Maka apabila tiba sesi cari gali, mereka boleh pergi bersama2, bekerja bersama2, makan bersama2 dan hadir ke program2 anjuran kesatuan bersama2.

Keadaan menjadi keruh , apabila salah satu dari kalangan kumpulan tersebut, bertindak melebihi atau menyaingi Kesatuan sedia ada. Sebagai contoh, mewujudkan Kesatuan Nasi Baik Punya sebagai kesatuan alternatif kepada Kesatuan Cari Gali Emas Hentamsajala. Keadaan tersebut mengeruhkan keadaan disebabkan ia mendorong kepada fenomena tarik menarik ahli, komitmen yang tidak mendapai paras maksimum serta kekeliruan di kalangan ahli2 Cari Gali yang lain.

Bagi saya, mana2 kumpulan di atas tidak wajar sama sekali meletakkan kepentingan mereka sebagai melebihi kepentingan Kesatuan , kerana mereka lebih wajar menghormati perbezaan pendapat yang wujud di kalangan umum. Begitu juga, mereka lebih wajar berlapang dada atas apa sahaja perbezaan pendapat yang wujud, tidak taksub kepada pegangan sendiri serta mengamalkan sikap toleransi yang tinggi - demi menjamin keutuhan ukhwah di kalangan jumlah yang lebih besar.

Tetapi perbezaan tetap ada, iaitu dari segi prinsip, pendirian, kepercayaan serta keyakinan yang menjadi pegangan mereka yang tersendiri. Sesiapa juga tidak wajar sama sekali untuk mengarahkan supaya perbezaan itu terhapus, atau menutup ruang2 perbezaan daripada wujud, kerana ia akan melahirkan anak2 muda yang tandus idealogi  serta lesu roh perjuangan.

Kerana itu, saya tidak bersetuju dengan akta semacam AUKU. Wujudnya akta2 jumud sebegini menjadikan mahasiswa2 yang ada hari ini beku, malas berjuang, selesa dalam zon mereka sendiri, serta tega menjadi pak turut di masa hadapan. Ingat, negara bakal hancur jika generasi yang lahir di masa hadapan adalah dari jenis2 sebegini!

PERBEZAAN PENDAPAT YANG SEPATUTNYA?

Saya lebih selesa dengan wujudnya pelbagai bentuk pemikiran hari ini di kalangan anak muda atau wujudnya pelbagai kelompok dengan idealisme perjuangan masing2 pada hari ini, kerana saya yakin dan percaya, keadaan tersebut adalah keadaan yang sihat dan menjamin kegemilangan negara di masa akan datang.

Cuma, apa yang perlu diperbaiki adalah persepsi serta kefahaman kita dalam bab perbezaan pendapat.

Semua orang mahukan kebaikan, dan semua orang mahu memberi kebaikan. Saya rasa, atas asas tersebut sahaja sudah cukup untuk kita letakkan titik temu di antara banyak perbezaan. Biarlah cara kita berbeza, asalkan matlamat kita tetap sama.

Lalu kita suburkan wacana2, dialog2, forum2 yang boleh menjadi medan percambahan idea yang sihat. Jika menjadi medan debat sekalipun, ia berlaku dalam kondisi yang paling cantik, beradab serta profesional. Itulah yang kita harapkan dari anak muda hari ini. Kita kesal, kiranya yang wujud hari ini lebih ramai anak muda yang totok semata2 atas dasar semangat, emosional dan yang sewaktu dengannya.

Apa yang lebih utama adalah, jangan jadikan khilaf itu sebagai perosak kepada ukhwah Islamiah yang terjalin di antara kita. Memang susah untuk mempraktikkan perkara sebegini, kerana anak muda biasanya penuh dengan semangat berkobar2, tetapi percayalah, dengan sebegini, anak muda boleh menjadi matang. Apalah ertinya anak muda tanpa kematangan?

Semoga tulisan ini mampu menyuntik kesedaran kepada kita semua.

Sekian

0 comments:

Archive Blog